Thursday, 24 March 2016

KOLEKSI DOA PENYEMBUHAN PENYAKIT DARI BUKU PENYEMBUHAN PENYAKIT OLEH TUAN GURU DATO' DR HARUN DIN


1.    RANGKAIAN ZIKIR

·         Tiada Tuhan di sembah melainkan Allah
·         Tiada Tuhan di sembah melainkan Allah- Muhammad pesuruh Allah
·         Tiada Tuhan di sembah melainkan Allah- Muhammad Nabi Allah
·         Tiada Tuhan di sembah melainkan Allah-Muhammad Kekasih Allah
·         Tiada Tuhan di sembah melainkan Allah- Muhammad pesuruh Allah- setinggi Rahmat ke atasnya
·         Allah Dialah – Allah maha besar
·         Allah Dialah- Allah yang hidup kekal
·         Wahai Tuhan yan Maha Kekal Abdi- Allah yang hidup selamanya (Wahai yang maha Kekal Abadi- nAllah yang idup selama-lamanya)
·         Ya Allah berilah rahmat ke atas junjungan kami nabi Muhamad S.A.W nabi yang ummiyy dan selawat serta salam juga ke atas ahli keluarga dan sahabat baginda.

2.    PERMULAAN DOA- SELAWAT DAN PUJIAN-PUJIAN KEPADA ALLAH

“ Wahai Allah, Rahmatlah k atas junjungan kami Nabi Muhamah SAW dan juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda kesemuanya.”

“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani”

“Segala puji bagi Allah seru sekelian alam, puji-pujian ke atas anugerah nikmat-nikmat dan yang menolak segala bencana dan anugerah kelebihan-Nya.Ya Allah, Wahai Tuhan kami, bagi Mu segala kepujian sebagaimana selayaknya bagi kebesaran zat-Mu dan kemuliaan sertya keagungan kekuasaan-Mu”

3.    PENUTUP DOA

“Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami permitaan kami sesungguhnya Engkau maha mendengar dan lagi maha mengetahui dan terimalah taubat daripada kami, wahai Tuhan yang maha mulia sesunggunya engkau maha penerima taubat lagi maha mengasihini.”

“Doa ucapan mereka di dalam syurga ialah Maha suci Engkau dari segala kekurangan, wahai Tuhan dan ucapan penghormatan mereka padanya Ilah : Selamat sejahtera dan akhirnya doa mereka ialah Segala puji dipersembahkan kepada Allah Yang memelihara dan mentadbir sekian alam”
                                                                              (Surah Yunus ayat 10)


4.    DOA MOHON KESELAMATAN, KESIHATAN DAN TOLAK BALA

“Ya  Allah. sesungguhnya kami adalah hamba-hamba mu, anak-anak dari hamba-hamba Mu ya  Rahman, umbun-umbun kami adalah dalam gengaman Mu, yang terdahulu ketetapan Mu bagi kami telah adil qadha dan gadar Mu bagi kami, kami meminta dengan nama-nama mu yang engkau telah sebut untuk diri Mu atau yang telah engkau ajar kepada salah seorang hamba Mu atau nama yang engkau rahsiakan dalam ilmu Mu yang ghaib agar engkau kurniakan kepada kamu kesihatan dan keselamatan, afiat dan keselamatan yang kekal dalam agama, dua dan akhirat dengan rahmat Mu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasahani.”

“Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasahani dengan rahmat Mu kami memohon pertolongan Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim agar engkau menguatkan kami dengan kekuatan dari engkau Ya Allah dan berikan pertolaongan Engkau Ya Rahman dan berikanlah afiat kepada kami dengan afiat engkau wahai Yang Maha mengasahini dengan rahmat Engkau ya Allah Wahai yang peling mengasihani daripada segala yang mengasihani.

“ Ya Allah kurniakan keselamatan ke atas kami darpada bencana di dunia dan azab di akirat, keselamatan daripada keburukan di dunia dan keburukan di akirat, semuga Allah mengampuni kami dan kamu. Ya karim dengan rahmat Mu Ya Allah wahai yang paling mengasahani dfaripada segala yang mengasahani”


5.    DOA MOHON KESEMBUHAN DARIPADA PENYAKIT

“Ya Allah anugerahlah ke atas kami, wahai Tuhan kami penawar kepada penawar Mu dan kesembuhan daripada kesembuhan Mu juga keberkatan dari keberkatan Mu juga rahmat dari rahmat Mu terhadap penderitaan-penderitaan yang diderita oleh orang yang sakit.......sebut nama pesakit...... juga mereka yang lemah dan sembuhlah, sembuhlah, sembuhlah dengan rahmatmu Ya Allah Wahai paling mengasahini daripada segala yang mengasahini.”

Ampunlah dosa juga kesalahan kami, berilah pertunjuk terhadap urusan kami. Tuhan Kami Ya Allah  Tuhan kami Ya Rahman, Tuhan kami Ya Rahim. Engkau adalah penguasa kepada kesemua kesembuhan, anugerahkan kepada kami kesembuhan dan penawar kepada sakit ini. Sembuhlah (3X) dengan rahmat Mu, Wahaintuhan ynag maha Pekasa lagi maha pengampun. Wahai Tuhan Yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.”

6.    DOA PENAHAN SAKIT

            Kaaf, Haa, Yaa,Ain, Saad, Haa, Miim, Ain, Siin, Qaaf.
           
(Surah Maryam ayat 1, surah Asy-asyura ayat 1 & 2 )

7.    DOA SAKIT KEPALA

“Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk’
                                          (surah Al-Waqiah ayat 19)

“Ya Allah, kasihanilah kulit yang lembut, tulang yang halus dan urat yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam jalakau engkau  sesungguhnya beriman dengan Allah yang maha agung, maka janganlah engkau sakit kepala, janganlah engkau pahitkan mulut dan janganlah engkau minum darah, Berpinsdahla  kepada orang yang menyengutukan  Allah dengan tuhan yang laian.”

8.    DOA KESEMBUHAN PENYAKIT

Berlindung dengan kemuliaan Allah

“Dengan nama Allah, dengan nama Allah, dengan nama Allah
Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti.”


9.    PENDINDING DENGAN SURAH AL-FATIHAH

·         Amalkan bacaan Surah Al Fatihah setiap hari selepas solat fardu 5 waktu.
·         Niatkan bacaan Surat Al-Fatihah agar Allah jadi sebagai pendinding diri.
·         Amalan seperti berikut
o   Hari pertama – baca sekali saja selepas solat fardu selepas selesai wirid sembahyang fardu.bermula waktu subuh dengan niat sebagai pendinding diri (5 x )
o   Hari ke dua- baca dua kali saja selepas solat fardu selepas selesai wirid sembahyang fardu. dengan niat sebagai pendinding diri (10 x )
o   Seterusnta sampai hari ketujuh. Surah Al Fatihah di baca  tujuh kali pada hari ketujuh selepas solat fardu subuh.
o   Selepas itu setiap hari surah Al fatihah dibaca tujuh kali selepas solat,i wirid dan doa. (35 x)

10. PENDINDING DENGAN SURAH YASIN AYAT 1-9

UNTUK MEMAGAR DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Bediri di satu penjuru rumah (katalah dihadapan rumah sebelah kanan) sambil mengadap penjuru rumah satu lagi bahagian kiri rumah. Baca surah Al Fatihah dan di ikuti Surah Yasin ayat 1-9, sambil baca dan berjalan menuju ke penjuru satu lagi (Ikut arah tawafg kaabah). Baca kombinasi ini setiap penjuru jumlahnya 4 kali (4 penjuru rumah). Bacaan akhir yang kelima baca sambil mensyaratkan mendinding keseluruhan bumbung rumah.

11. DOA SAKIT JANTUNG

Untuk rawatan sakit jantung kombinasi bacaan doa
a.    Surat Al Fatihah
b.    Selawat Syifa bila sampai ayat (Tiibbitkulub- menyembuhkan hati-hati-3 X) dan seterusnya akhir ayat.

“ Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad SAW yang berkat berselawat ke atas baginda, akan menyembuhkan hati-hati menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan yang memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurnianlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas kelurga dan sahabat baginda.”
c.    Surah  Al-Hasyr Ayat 21-24

“Kalau sekiranya kami menurun Al Quran ini kepada sebuah gunung pasti      kamu akan melihatnya, tunduk berpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpama-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

“Dia-lah Allah Yang Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia Yang Mengetahui.yang gaib dan yang nyata. Dialah yang Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang”

“Dia lah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dia. Raja Yang Maha suci . Yang Maha sejahtera. Yang mengerniakan keamanan. Yang Maha memelihara. Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa. Yang memiliki Keagungan, Maha suci. Allah dari apa yang mereka persekutukan.”

“Dia-lah Allah Yang Maha Mencipta, Yang Maha Mengadakan, Yang membentuk rupa. Yang menpunyai Nama-Nama paling baik, bertasbih kepadanya apa yang ada dilangit dan dibumi. Dan Dia-lah  Yang Maha perkasa lagi Maha Bijksana.”

12. DOA DARAH TINGGI

a.    Surah Al-Fatihah
b.    Surah  Al-Hasyr Ayat 21-24

“Kalau sekiranya kami menurun Al Quran ini kepada sebuah gunung pasti      kamu akan melihatnya, tunduk berpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpama-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.”

“Dia-lah Allah Yang Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia Yang Mengetahui.yang gaib dan yang nyata. Dialah yang Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang”

“Dia lah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dia. Raja Yang Maha suci . Yang Maha sejahtera. Yang mengerniakan keamanan. Yang Maha memelihara. Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa. Yang memiliki Keagungan, Maha suci. Allah dari apa yang mereka persekutukan.”

“Dialah Allah Yang Maha Mencipta, Yang Maha Mengadakan, Yang membentuk rupa. Yang menpunyai Nama-Nama paling baik, bertasbih kepadanya apa yang ada dilangit dan dibumi. Dan Dia-lah  Yang Maha perkasa lagi Maha Bijaksana”.

c.    :”Ya Allah, kasihanilah kulitnya yang lembut,tulang yang halus dan urat yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam jikalau engkau sesungguhnya beriman



Harun Din (2008), Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat dan Doa-Doa Mustajad, Bangi Selangor. Pustaka Kebajikan Dan pengubatan Islam.

Saturday, 19 March 2016

MAKAN DEMI UNTUK KESIHATAN

Makan merupakan satu keperluan dan aktiviti yang amat menyeronokkan.Untuk terus hidup kita memerlukan pemakanan yang baik dan sesuai untuk kesihatan. Bagitu juga amalan pemakanan kita yang boleh mendatangkan kebaikan pada kesihatan diri kita. Malangnya kebayakan dari kita kurang berhati-hati dari segi pemilihan makanan, baik segi jenis, kualiti dan kuantitinya. Mereka akan makan hanya untuk memuaskan selera dan mengisi perut agar tiad lapar tampa mengambil kira makanan itu berzat baik atau tidak untuk kesihatan. Kita kadang kala tertipu dengan hidangan makanan yang cantik, baunya yang yaman dan rasa yang enak tampa mengambil kira keseimbangan zat makanan tersebut. Semakin sibut seseorang kita makan kita mengambil makanan ala kadar saja. Makanan yang baik  nilai pemakanan ialah makanan yang lengkap dan seimbang. Makanan yang lengkap ialah makanan yang mengandungi semua zat makanan yang penting bagi kesihatan seseorang dalam nisbah yang tertentu. Zat makanan sangat diperlukan supaya  tubuh badan kita dapat berfungsi dengan sempurna. Tubuh kita memerlukan 50 jenis zat makanan dan tubuh yang betul-betul sihat dapat menghasilkan 25 peratus daripada zat tersebut. Zat makanan terbahagi enam kumpulan iatu, karbohidrat, lemak, protin, mineral, vitamin. Zat-zat ini dibahagikan kepada tiga fungsi,  kumpulan makanan memberi tenaga untuk pergerakan tubuh dan untuk tindakbalas kimia dalam tubuh. Karbohidrat, lemak dan protein termasuk dalam kumpulan ini. Kumpulan makanan yang membina dan membaiki tubuh seperti air, protein lemak, karbohidrat dan mineral. air 63% berat badan, protein 18%, minirel 6%, dan karbohidrat 0.8%. Vitamin tidak dianggap sebagai zat pembina sebab jumlah vitamin dalam tubuh dewasa tidak mencapai 30gm. Fungsi zat pemakanan lain sebagai mangkin pelbagai tindakbalas kimia dalam tubuh. Kesemua zat tersebut seperti vitamin dan mineral.


PANDUAN PEMILIHAN PEMAKANAN YANG SIHAT
Untuk memilih diet yang memberi kesemua zat makanan dalam jumlah yang mencukupi untuk kesihatan harian  makanan haruslah memenuhi kriteria berikut iaitu, seimbang dan sederhana, pelbagai, mencukup dan mempunyai kalori yang terkawal.
 Seimbang dan sederhana.Setiap orang inginkan kesihatan yang sempurna harus mengamalkan kriteria keseimbangan dan keserderhanaan dalam  pemilihan diet. Contoh untak mendapatkan zat besi yang cukup harus makan daging dan ikan (Tapi tidak berlebihan), manakala untuk dapat kalsium yang cukup harus minum susu atau makan makanan hasil tunusu dalam jumlah yang berpatutan. Pelbagai: Kita tidak boleh mengambil makanan yang sama setiap hari. Setengah nutrien merupakan punca utama beberapa nutrien jika dibanding dengan makanan yang lain. Kelebihan seseatu nutrien  mungkin mudarat dan bagitu juga jika kekurangan. Makanan yang serupa mungkin tidak diperlukan oleh tubuh  Makanan juga misti mencukupi dan memenuhi keperluan diet harian (RDA). Keperluan kelori setia orang berbeza bergantung kepada jantina, umur, jenis pekerjaan atau aktiviti dan juga faktor umur seseorang. Kalori yang terkawal, berkaitan dengan pemakanan yang membekal tenaga (karbohidrat, Lemak, protein). Kelebihan kalori menyebabkan kegemukan, kekurangan kalori dikaitkan dengan kekurangan tenaga dan kelesuan dan  ganguan tumbesaran.

Untuk pemilihan pemakanan yang sihat, pilihlah makanan yang asli., iaitu makanan yang dimakan dalam bentuk asal atau yang  minimum mengalami pemerosesan, pengawetan atau pengubahsuaian dari bentuk semulajadi. Contonya susu lembu asli dibandingkan dengan susu coklat, buah rambutan berbanding dengan jus rambutan dalam tin. kentang segar berbanding dengan cip kentang berperisa. makanan yang diproses atau diawet akan kehilangan nutrien tertentu.  Keduanya mungkin mempunyai kelori yang sama, tapi khasiat jauh berkurangan dari makanan asli. Pilih makanan yang berketumpatan nutrien yang tinggi, salah satu rahsia makanan ialah memilih makanan dari setiap kumpulan makanan (Karboidrat, lemak, protein dan vitamin). Ciri-ciri makanan mistilah pelbagai dan memenuhi nutrien dalam makanan yang seimbang dapam piramid makanan atau dalam satu sajian makanan. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran. Semenjak dahulu lagi bahawa mereka  yang kerap memakan buahan sayuran mempunyai risiko yang lebih rendah  mengalami penyakit jantung dan strok.kebaikan sayuran berpunca daripada sifat makanan tersebut yang kaya dengan vitamin, antioksidan iaitu A,B dan E dan kandungan serat yang tinggi. Biasanya apabila seseorang mengambil buah dan sayur maka ia kurang mengambil makanan yang kaya lemak. Tingkatkan pengambilan serat. Sarat ialah saki baki tumbuhan yang tidak boleh dicerna oleh enzim di usus. Diet berserat ialah makanan yang mengandungi selulosa, hemiseselulose, gam, pektin atau lagnin, ada larut dalam air (pektin) dan tak larut dalam air (selulosa dan lignin). Umumnya sayuran dan bijiran merupakan selulosa yang baik. Epal dan limau serta buahan mengandungi pektin yang baik. Serat berfungsi mengekalkan fungsi normal gastrousus. Kurangkan pengambilan minyak tepu dan kolesteral. Asid lemak tepu (SFA) terdapat dalam jumlah yang sangat tinggi  dalan keju, kulit ayam, daging berlemak, susu penuh krim, aiskrim, dadih, kek dan kuih-muih mengandungi lemak, mentega, santan kelapa dan coklat. SFA akan meningkatkan  aras kolesteral. Untuk mengantikan asid lemak tepu (SFA) boleh diganti dengan lemak monotaktepu (mengandungi asid lemak monotaktepu MFA). Makanan yang kaya dengan MFA yang sesuai ganti SFA ialah minyak zaiton, minyak manzola, kacang, badam dan buah avokado. LDL (lipoprotein  berketumpatan rendah) dianggap ‘kolesteral jahat’ kerana ia menghantar kolesteral kepada sel yang memerlukan dan mengedapkkan kolestera ini menyebabkan berlaku arterioskrerosis. HDL (Lipoprotein berketumpatan tinggi) pula dianggap ‘kolesteral baik’ kerana ia memindahkan kolesteral berlebihan dari sel tubuh ke hati untuk dibuang. Contoh makanan kolestral tinggi ialah telor ayam, organ dalaman haiwan, makanan laut, makanan asal susu, ayam dan ikan.

AMALAN PEMAKANAN UNTUK GAYA HIDUP SIHAT.

AMALAN PEMAKANAN UNTUK GAYA HIDUP SIHAT


PENDAHULUAN.
Kesihatan  merupakan kunci utama kesejahteraan insan dan kehidupan kita. Kesihatan umpama sahabat, kehilangan dirasai ,bila ianya telah pergi dirasakan kesusahan. Kesihatan merupakan satu simbul kekayaan. Sehebat mana kita manusia, setinggi mana pangkat kita, agenda penjagaan kesihatan misti diutamakan pengekalan status kesihatan setiap orang merupakan kewajipan yang utama . Dalam dunia yang sedang membangun dan serba moden kehidupan kita sekarang banyak dibantu dengan teknologi moden , ditambah dengan kesibukan dan tugasan yang berpanjangan, hingga kita lupa dan alpa aspek penjagaan kesihatan diri. Kita hanya akan berjumpa doktor bila kita sakit. Bila diberi sedikit ujian kesihatan kita barulah ada kesedaran, berdoa memohon pada Tuhan supaya sembuh dari penyakit dan merasakan  alangkah bahagianya jika diberi kesihatan yang  baik

Kesihatan kita tidak ternilai dengan wang ringgit,Ia terlalu berharga. Kesihatan merupakan nikmat dan anugerah Allah S.W.T yang amat besar ertinya dalam kehidupan manusia sebagai bangsa beragama kita tidak boleh lari dari penciptanya, jiwa yang tidak tenang, resah gelisah dan gundah gualana berarti tidak sihat secara rohani. Mereka yang tidak memiliki hubungan yang baik dengan penciptanya sering merasa terhukum apabila jatuh sakit. Tetapi persoalanya adalah kita menghargai kesihatan kita yang sangat ternilai itu?  Apakah langkah kita lakukan untuk mencegah badan kita dari sakit atau supaya badan kita mampu memberi prestasi, umpama kereta baru kita. Pernahkah kita menjalani pemeriksaan berkala atau mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan, bersenam dan sebagainya. Fikirlah, kerana tabiat manusia tidak merasakan penting kesihatan selagi mereka tidak sakit. Umpama kita orang tua-tua, bila terhantuk baru terngadah. Orang merokok akan terus merokok walaupun ia sedar bahaya merokok, Orang yang mengamalkan gaya hidup ‘sedentary’ terus mengamalkan gaya hidup ‘sedentary’ walaupun ia tahu gaya hidup tersebut bukan amalan gaya hidup yang sihat. Pelajar-pelajar kita waktu petang gemar melepak  walaupun ia tahu mengisi masa lapang beriadah  waktu petang baik untuk kesihatan. Pensyarah kita semua tahu penyakit kencing manis, kolesteral, darah tinggi, Penyakit jantung koranari, tapi tidak tidak tahu atau tiada pengetahuan bagaimana kaedah menjaga kesihatan atau berupaya bersenam atau beriadah kerana alasanya sentiasa sibuk  malaslah dan tiada masa.

MASALAH KESIHATAN MASA KINI

Masalah kesihatan di dunia sekarang telah  mengalami revolusi, jika dulu masyarakat  mengalami kekurangan zat makanan dan vitamin tapi hakikat hari ini masyarakat mengalami masaalah kesihtan, disebabkan terlebih makan, lebihan kolesteral, lebihan gula, lebihan berat badan dan obesiti. Penyakit wujud dalam masyarakat sekarang kerana limpahan rezeki, dimana manusia lupa dan tidak mengikut peraturan yang disusun oleh Allah SWT dan tidak mengikut sunnah yang dijar oleh Rasullah SAW. Ini berlaku akibat kelalaian dan kealpaan manusia sendiri yang tidak menjaga kesimbangaan dalam hidup, seperti sanatullah yang ditetapkan. Dalam surah ar-Ruum ayat 41 dimana Allah mengingatkan kita, bahawa kerusakan muka bumi ini akibat perbuatan manusia itu sendiri dan mereka perlu bertanggungjawab atau merasa akibat daripada perbuatan tersebut  kegagalan inilah yang menyebabkan  manusia mendapat pelbagai penyakit.dan pelbagai penyakit yang pelik menjadi wabak didunia moden tampa ada cara, teknologi moden, penyelidikan atau ubat, veksin, antibodi untuk menyembuhnya.

Dari kajian  statistik Kementerian Kesihatan Malaysia daripada 26 juta penduduk Malaysia, 6 juta warga dewasa mempunyai berat badan berlebihan. Bilangan yang gemuk dinegara 3 kali ganda Penyelidikan TNS Asiapanel 2006, mendapati 38 peratus suri rumah Malaysia mempunyai berat badan berlebihan tertinggi di kalangan 5 negara Asian, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Korea Selatan. semenjak 10 tahun dulu, ini melebihi negara Jerman dan Perancis. Kira-kira 2.3 juta perokok di Malaysia, Kajian menunjukkan  8.4 juta rakyat Malaysia tidak suka  atau mengelak dari bersenam. Peningkatan pesakit yang masuk wad hospital akibat diabetis amat merisaukan. Kajian Pegawai Penyelidik IKIM dan Kementerian Kesihatan 2006, Gaya hidup masyarakat negara ini menyebabkan banyak masalah kesihatan yang kronik. Antara ciri yang mendatangkan resiko penyakit bahaya yang tidak berjangkit ialah gaya hidup dan gaya penakanan yang tidak sihat dimana kajian Kementerian Kesihatan  7.2.juta (60.1) rakyat tidak menjalani aktiviti fizikal; dan 8.7 juta (7.8 peratus tidak memakan sayuran dan buahan).

MENGAPA PERLU GAYA HIDUP SIHAT

Kita perlu mengamalkankan Gaya hidup yang sihat kerana gaya hidup sihat  sebagai satu proses atau amalan kesihatan kearah perubahan hidup yang berkualiti dan memuaskan.  Ia meliputi pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan dan stress dan yang paling penting menghindar diri dari aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko kepada kesihatan. Gaya hidup sihat berkaitan rapat dengan kecergasan dan senaman. Semua orang ingin sihat sejahtera dan menikmati kehidupan yang aman. Kuncinya ialah dengan pemakanan yang sihat, kekal aktif, mengurus kesejahteraan  emosi dan memastikan kita tidak mengidap sebarang penyakit walau pun seusia 40 tahun. Setiap individu dari pelbagai kategori dinasihatkan melakukan aktiviti fizikal 3 kali seminggu selama 30 minit, mengamalkan pemakanan yang rendah lemak dan garam. Pepatah ada mengatakan diri kita apa yang kita  makan Kerajaan tidak boleh menjaga kesihatan setiap rakyat, merekalah perlu menjaga kesihatan masing-masing

Sebaik doktor adalah badan kita sendiri, itulah satu pegangan yang kami cadangkan dalam usaha mengamalkan kehidupan yang sihat dan sempurna. Jika kita menjaga  badan dengan sempurna , maka badan kita sendiri akan menjaga kesihatan kita. Pada zaman dulu masyarakat terbelanggu dengan dengan kekurangan zat makanan atau kekurangan  nutrisi dan masalah penyakit berjangkit, tetapi zaman moden  ini, masalah utama melanda dengan masyarakat ialah ketidakseimbangan nutrisi dan serangan penyakit akibat lebihan zat makan akibat kehidupan yang mewah dan gaya hidup sedentary,  Penyakit biasanya menyerang masyarakat zaman kemajuan ini seperti kanser, penyakit jantung, obesity, diabetis dan sebagainya. Mengikut kajian pada 40 tahun adalah tempoh yang ketara pelbagai penyakit dikesan. Jika dalam usia ini anda sihat dan cergas, anda boleh menikmati  kehidupan yang sempurna  dalam usia yang lanjut, InsAllah mudah mudahan .Jika ada ada masalah kesihatan masih tidak terlambat untuk mengambil langkah pencegahan mengatasinya. Masalah utama kesihatan masyarakat kita ialah kerana tidak mengamalkan gaya hidup sihat , kurang kesedaran dalam penjagaan kesihatan. Gaya hidup yang berlebihan tampa  pengetahuan penjagaan kesihatan akan memberi takanan dan kesannya timbul pelbagai penyakit.

Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat serta melakukan aktiviti fizikal yang kerap.Kesihatan jasmani yang baik juga memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap. Kesihatan mental yang baik mempamirkan bahawa seseorang mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi dengan bijaksana dan bebas dari ganguan mental. Manakala kesihatan sosial ialah individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan perhubungan antara satu sama lain.  Gaya hidup yang sihat ialah penjagaan kesimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengekalkan pelbagai serangan penyakit zaman moden dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan dengan kekal sihat dan teratur. Pemakanan juga penentu kepada tahap kesihatan setiap wagra IPGM. Amalan makan secara sihat seperti pengambilan makanan berdasarkan kepada piramid makanan adalah faktor penting penjagaan kesihatan. Penglibatan dalam aktiviti kecergasan seperti berjoging, bersenam dapat membantu mengawal dan menurun berat badan Aktiviti seperti berbasikal, berjalan kaki, senamrobik, riadh waktu petang boleh membantu membakar kelori berlebihan dan menurun berat badan. 300 kelori boleh dibakar dalam 30 minit, oleh ltu kita digalakkan meluangkan masa 30 minit, 3 kali seminggu melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan, berjalan pantas, berlari, berkebun, naik tangga dan bermain permainan secara aktif. Melakukan akativiti secara berkala boleh meningkatkan tahap kesihatan kesan bukan pada fizikal tapi pada psikologi dan emosi. Feadahnya boleh meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sistem pengedaran darah serta menguatkan otot jantung dan membantu mengawal tekanan darah tinggi

Sunday, 28 February 2016

KHASIAT ULAM-ULAMAN



PEGAGA

1.    Semua jenis pegaga mempunyai zat protein, kalsium, ferum(zat besi), vitamin C, karaternoid (provitamin), gentian serta vitamin A.
2.    Khasiatnya:-
a.    Menajam tumpuan ingatan
b.    Penyegar tubuh, mampu marawat pitam
c.    Memulih masalah keguguran rambut serta melicin kulit, mengatasi masalah jerawat.
d.    Awet muda dengan melambatkan penutaan
e.    Menyembuh luka dan penyakit kusta
f.     Melegakan suhu badan

ULAM RAJA

1.    Mengandungi protein, lemak dan karbohidrat. Kaya dengan kalsium dan vitamin A.
2.    Khasiat dapat mencuci darah dan bahan toksin dan menguatkan tulang
3.    Merencatkan aktiviti bekteria.

CEKUR MANIS

1.    Mengandungi banyak provitamin A, karetenaoid. vitamin B, C protein dan juga mineral. Juga mengandungi kandungan nutrien yang tinggi.
2.    Memperbanyakkan susu selepas melahir anak, jus untuk mengubat sakit mata mereda deman dan deman panas

PUTAT

1.    Daun berlemak, enak dan boleh dijadikan ulam
2.    Astrak putat mempunyai sifat anti kanser terutama kanser ketumbuhan dan fibroid

PUDINA

1.    Sebagai ulam, dimakan mentah dalam laksa nasi berani atau sambal belacan dan juga diproses jadikan teh. Perubatan Cina pudina adalah daun bersifat sejuk
2.    Kehebatan pudina dapat mengubat penyakit berkaitan paru-paru, batuk, deman selsema. membuang angin, mengurang tekanan .

PETAI

1.    Kegunaan untuk membuat ulam
2.    Bijinya boleh merawat kencing manis dan mengubat masalah hati. Bagi kanak-kanak ia boleh mengubat kekacingan dan mengurang penyerapan kolesteral oleh usus.

SELOM

1.    Kelompok ulam-ulaman
2.    Paling berkhisat kerana dapat membersihkan darah dan mencuci toksin di dalam badan.

TIMUN

1.    Sejenis sayuran dan ulam-ulaman, boleh dimakan mentah dan dibuat masakan
2.    Khasiat utama menyingkir bahan toksin dalam badan. Mereda sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk.

Kesimpulannya ulam bukan saja pembantu untuk menyedapkan makanan tapi ia ada khasiat tersendiri untuk kesihatan tubuh badan. Kenalilah ulam-ulaman dan ketahui khasiat tersendiri untuk kesihatan tubuh badan.

MOHD,YAZID BIN DERAMAN

Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu, Kelantan.

PEMAKANAN UNTUK JANTUNG SIHAT.

7 TIP PEMAKANAN UNTUK JANTUNG
Tidak kira berapa usia anda, apa jenis pekerjaan atau pangkat anda, saya rasa anda masih belum terlambat untuk menjaga kesihatan jantung anda. Hari ini apabila anda membaca artikl ini,inilah masa yang terbaik untuk anda menjaga  dan mempertahankan kesihatan jantung anda.

Punca utama masalah jantung kita iala kolesteral. Kolesteral berada dalam mbadan kita dikenali sebagai lopoproteins. ( Low densinty lipoproteins LDL). LDL ini bukan Lembaga Hasil dalam Negeri tapi ialah sejenis kolesteral jahat yang menyebabkan kehadiran plak pada bahagian arteri atau pembuluh darah jika wujud dengan banyak. Ia menyebabkan saluran arteri mengecil dan menganggu peredaran darah atau lebid tepat saluran darah akan tersumbat. Keadaan ini menyebabkan peredaran darah terbantut dan penghantaran oksigen dan nutrien ke sel terganggu. Akibatnya seseorang akan mengalami masalah serangan jantung atau strok. High densitu lipoproteins. HDL sejenis kolesterol yang baik yang berkeupayaan mengapuskan LDL yanng menyekat saluran erteri untuk dibawa kebahagian ati dan dibuang.

Cara mudah menjaga jantung anda agar sentiasa sihat ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu bua-buahan dan tumbuhan semulajadi yang mempunyai zat yang baik untuk kesihatan jantung anda. Antara tip-tip pemakanan sihat untuk menjaga jantung anda ialah
            1          MAKANAN BERASASKAN OAT

                        Oat kaya dengan beta glucan sejenis serat yang berkerja seperti span                                            yang boleh mengigis kolesterol.

            2          KEKACANGAN  BADAN

                        Badan mengandungi dua jenis antioksidan yang berkuasa iaitu vitamin E                         dan flavonoids yang berupaya menghapuskan LDL disamping                                                         mengelakkan perkembangan plak.

            3          BAWANG PUTIH

                        Bawang putih menghalang keupayaan hati mnghasilkan kolesterol.

            4          MAKANAN MENGANDUNGI PHYTOSTEROL

                        Phytosteral sejnis lemak yang ditemui dalam tumbuhan seperti                                                        bijiran,kekacang,  bijiran dan minyak sayuran. Ia bertindak menyerap                                              kolesterol dengan mengelak kolesterol daripada masuk dalam 
                        sel tubuh anda.

            5          EPAL

                        Epal jaya dengan polyphenols sejenis antioksidan yang berkuasa untuk                                           menghalang perkembangan plak.

            6          KEKACANG

                        Kekacanag mengandunginsejenis serat yang mudahnancur istimewa  yang akan                         menjalani proses penapaian dalan colon. bekteria sihat   akan                                                         memakan serat dan kekacang tersebut untuk mengasilkan kitaran pendek asid                           lemak yang seterusnya akan bergerak  ke bahagian hati dan seterusnya                                       mengelakkan penghasilan kolesterol  LDL.

              7          PROTEIN SOYA

                         Protein soya mengandungi phytoestrogens yang berupaya memperbaiki                                        kemampuan  hati untuk mengelakkan kehadiran kolesterol dalam saluran                                      darah
            

            Mohd.Yazid bin Deraman
            Pensyarah Cemerlang PJK, IPG KKB.

Monday, 1 February 2016

PROFESIONALISME

CIRI-CIRI PROFESIONALISME DALAM ORGANISASI.
(Mohd.Yazid Deraman . IPG Kampus Kota Bharu)

PENGENALAN

Profersionalisme angota dalam organisasi misti mempunyai ilmu yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab demi menghasilkan budaya kerja cemerlang dan pengurusan yang berkualiti, menyelesai masala secara profesional untuk menghasil perkhidmatan yang efisen dan afektif.
Justeru itu rakan-rakan IPGKKB dan rakan di jabatan  berkewajipan untuk meningkatkan ilmu, kecekapan, kebolehan, kemahiran berkaitan dalam bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing.

CIRI-CIRI PROFESIONALISME

1.    KEJUJURAN INTELEKTUALISME
Kejujuran intelektual ialah menjalankan tugas dan tanggungjawab pergurusan organisasi berdasarkan dasar yang telah digariskan. Melaksana dengan ikhlas tampa memalsukan maklumat penting

2.    NEUTRALITI
Tidak memihak mana-mana individu atau kumpulan. Sudut pengurusan bersedia serta berusaha melaksana semua dasar, program dan aktiviti yang dirancang oleh organisasi.

3.    KEPIMPINAN
Sebagai contoh dan tauladan dalam organisasi. Kepimpinan berkesan bukan pada kuasa tapi keupayaan memimpin, merangsang,membangun dan mengembeling tenaga kerja, kepakaran, sumber bagi mencapai matlamat iorganisasi. kepimpinan yang baik ada wawasan yang jelas, menmyapaikan matlamat organisasi jelas dan mudah dan dapat digembelingkan semua kpakaran dengan sisitematik dan berkesan.

4.    BERKERJASAMA
Dammorganasisi kerjasama setiap individu dan  unit, bahagian, jabatan penting dan perlu penyelarasan yang berkesan untuk capai objektif dan matlamat organisasi.

5.    KREATIVITI DAN INOVASI
Organiassi perlu ada kakitangan atau organisasi itu sendiri membuat pembaharuan dalam pengurusan dan pentadbiran untuk mengurang tekanan dalam pentadbiran.Kreativiti dan inovasi ialah nilai tambah yang perlu dibangun jika ingin meningkat produtiviti .krra aktif dan tidak tertangguh.kreativiti dan inovasi di kalangan kakitangan organisasi dapat menyelesaikan masalah 

6.    PELANGGANG
Budaya kerja cemerlang dan pengurusan berkualiti misti berorentasikan pelanggang. Asperasi pelanggang misti diutamakan. Anggota organisasi perlu ada pemikiran terbuka, mendampingi dan mendapat maklumbalas daripada pelanggang.

7.    PEMAJUAN DIRI
Kakitangan organisasi misti memajukan diri sendiri, misti letak targt dan tahap pencapian setiap tugas dan tanggungjawab untuk dicapai dalam satu jangka masa yang perlu dirancang.Perlu meningkat ilmu, kepakaran, kecekapan, kebolehan dan kemahiran dalam bidang tugas. Pupuk semangat ingin tahu, fikiran resional,saintifik san semangat ingin berbudi, berbakti dalam m,enyelesai masalah organisasi.

8.    PENGURUSAN DIRI
Mengurus personaliti penting untuk mendapat kepercayaan organisasi dan mesyarakat terhadap kredibiliti organisasi tempat bertugas. Kakitangan yang berpersonaliti dan berdisiplin serta berhemah dapat meningkatkan lagi nilai  profenalisme dan kualiti organisasi.

9.    AKUNTABILITI
·         Tanggungjawab terhadap tugas diamanah
·         Tugas dilaksana mengikut peraturan, undang-undang, prosidur dan arahan yang diberikan.
·         Misti berhati-hati, cermat, teliti, cekap dan tidak membazir sumber.
·         Satu kaedah kawalan supaya undang-undang dan peraturan dipatuhi dan sistem berkesan capai matlamat organisasi.
·         Peranan akuntabiliti berkaitan rapat pengurusan kewangan yang cekap, sisitematik dan amanah.
·         Patuhi tatacara pengurusan pihak atasan. Perancangan dan pelaksanaan projek keutamaan akuntabiliti sebab proses pelaksaaan yang kompleks memerlukan akuntabiliti
·         Pelaksanaan tanggungjawab dan tugas berkesan memerlukan kawalan,kawalan disiplin dan tata tertib yang mematuihi perintah am
·         Kegagalan dalam akuntibiliti kerana kurang pengawasan, pengesanan yang lembab, rekod yang tidak teratur dan kakitangan kurang kepakaran serta kurang bertanggungjawab.
          
         MENGATASI MASALAH AKUNTIBILITI DALAM ORGANISASI
·         Menjelaskan  akuantabiliti tugas,dan  tanggungjawab
·         Memperinci  tugas dan tanggungjawab setiap kakitangan
·         Dinyatkan dalam bentuk dokumentasi bertulis, yang jelas mengandungi peraturan, undang, prosidur dan arahan.
·         Menguatkuasakan sistem kawalan
o   Agihan belanjawan berkesan
o   Mengawas dan mengawal pengunaan tenaga manusia, aset dan perkhidmatan
o   Perakunan yang cekap dan kemaskini.
·         Kawalan audit dalaman untuk tingkatkan keupayaan dan mengesan kelemahan.
·         Peraturan dan arahan perlu tegas dan berkesan dan kosisten.
·         Kerenah birokrasi perlu dikurangkan. atau dihapuskan jika akuntabiliti  berjalan dengan baik.
·         Akauntabili harus bermula setiap kakitangan, Bersedia menilai kelemahan dan melaku koreksi diri dan menerap nilai murni dalam perkhidmatan.. Juga misti rasa bangga dengan budaya kerja cemerlang dan pengurusan berkualiti yang beramanah, cekap dan didikasi.

        SYARAT DIPERLUKAN MELAKSANA AKAUNTIBILITI
·         Kakitangan diberitahu dengan jelas tentang kefahaman, tugas dan tanggungjawab
·         Kakitangan berkeupayaan memahami dan melaksana tugas mencapai tahap yang diharapkan.
·         Kakitangan mistilah ada komitmen tidak berbelah bagi dan keutamaan preference.

10. PENGURUSAN MASA
Pengurusan masa yang baik dan berkesan asas dalam pembentukan sikap yang positif pengurusan masa yang baik mengelakkan axecutive stress atau tekanan kerja dan meningkat produktitiviti dan kualiti.
Bagaimana pangurusa masa yang betul dalam organisasi:-
·         Perancangan kerja yang teratur, menyenaraikan keutamaan kerja dan mengadakan chectlist senarai semak untuk merancang dan mengawal kerja.
·         Delegasi kuasa pada orang lain kongsi tanggungjawab bersama, tidak wajar disia-siakan
·         Elakkan ganguan kerja.
·         Tempat kerja sebagai yang berharga dan bernilai
·         Pengurusan mesyuarat yang baik dan ada agenda tindakan capai objektif.
·     Adakan prinsip follow up dan follow through.mengikut keperluan dan keadaan secara teliti dan teratur.

11. KEPUTUSAN
·   Dalam organisasi membuat keputusan tidak dapat dielakkan.Dasar dan peraturan memerlukan keputusan yang tepat, adil dan saksama.
·         Ciri perkhidmatan berkualiti ialah kemahiran membuat keputusan.Keputusan perlu dibuat secara profesionalisme dan kualiti pemikiran.
·         Dalam proses kerja membuat keputusan mengatasi kekaburan, penyelewengan, ketidakkepastian pinting

KESIMPULAN


Budaya kerja cemerlang dan pengurusan berkuliti  banyak dipengaruhi oleh nilai dan etika. Falsafah idup mencorak nilai dan tahap profesionalisme kakitangan. Nilai utama digali ilah ilmu,kebijaksana, keadilan dan iktikad. Etika adalah pemelihara tingkahlaku dan dikawal olah iman dan takwa..Implikasi dan cetusan budaya kerja cemerlang dan dan pengurusan berkualiti peningkatan tahap profesionalisme ialah kelahiran kepercayaan dan nilai selaras dengan aliran kemajuan teknologi masa kini.