Sunday 1 May 2016

MAKNA SEORANG PENSYARAH DAN SEORANG GURU........

TIDAK BOLEH MENJADI BULAN ATAU BINTANG YANG MENYERLAH SEBUAH SIANG,
JADILAH

SEBUAH BINTANG YANG MENJADI PANDUAN KEPADA KHALIFAH

TIDAK  BOLEH JADI SEBUAH BELENTARA,
JADILAH

SERUMPUN BULUH YANG MENYERI SEBUAH TASIK
TIDAK BOLEH JADI BULUH PUN,
JADILAH

SEDERET RUMPUT YANG MENYERI SEPANJANG JALAN


TIDAK BOLEH JADI HARUAN YANG LICAH DIAIR DERAS
JADILAH

SELUANG YANG LINCAH DI AIR TENANG.


TIDAK BOLEH  MENGHASILKAN GURU CEMERLANG DI IPG
JADILAH

GURU HEBAT  MENGHASILKAN PELAJAR CEMERLANG DI SEKOLAH


BERFIKIR DAN BERSYUKUR (THINK AND THANK)

”Think and Thank” atau ”Berfikir dan bersyukur”.
Fikirlah semua hal  yang harus kita berikan rasa terima kasih dan bersyukur kepada Tuhan atas segala anugerah dan rahmatnya. Kita jarang memikir atau menghirau apa yang kita miliki tapi banyak memikir kekurang semata-mata. Kecederungan ini merupakan satu tragedi hidup zaman moden yang membawa kepada penyakit mental dan fizikal. Jika anda ditakdir Tuhan terlantar sakit, ini bukan satu stagedi. Tidak benar kerana kesakitan ini memberi ruang masa untuk anda berfikir tentang diri anda, mengenali diri anda.Kelemahan-kelemahan yang kita rasai akan memberi pertolongan yang tidak diduga. Kesakitan adalah ujian yang patut diterima dengan keredaan, kerana Tuhan sayang pada kita, oleh itu sertakan dalam pemikiran yang positif untuk melawan penyakit dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan disokong dengan doa kepada Allah SWT.