Saturday 7 November 2015

TABIAT INSAN YANG BERJAYA

TABIAT INSAN YANG BERJAYA

·         Matlamat Jelas dan unggul
·         Kesedaran mendalam kepada sesuatu perkara
·         Bijak Mengurus masa
·         Bijak menyelesaikan masalah
·         Manafatkan peluang untuk berjaya.

TABIAT INSAN GAGAL ATAU TIDAK CERMERLANG

Tiada kesungguhan dan biasa saja
·         Sentiasa berada dalam zon selesa
·         Suka memberi alasan
·         Suka membuang masa dan kurang istiqamah
·         Abaikan perintah agama
·         Suka Bertangguh , lalai atau lara
·         Kerja perlu disuruh
·         Suka berseronok dari berkerja,
·         Berkawan dan membuang masaberlebihan
·         Mengharapkan nasib
·         Tidak suka ditegur atau kritik
·         Terlalu sukan komen atau kritik kerja orang lain
·         Berfikiran negatif atau menongkat arus
·         Memilih untuk berjaya

JIKA KITA BERMOTIVASI.......UNTUK BERJAYA.....

·         Setiasa awal dan mendahulu
·         Bersemangat dan bersungguh
·         Rajin dan tekun
·         Positif dan optimis
·         Cekap dan tabah
·         Membiasakan diri berkerja tahap kesempurnaan dan cemerlang
·          
KEJAYAAN HASIL ORANG BIASA YANG SANGGUP
BERUSAHA SECARA LUAR BIASA

ORANG BIASA YANG BERUSAHA BIASA SAJA,
MENGHARAPKAN HASIL, MASA DEPANNYA IA SEPERTI BIASA SAJA

BIBIT KECEMERLANGAN BERMULA DARI AWAL
TANAMKAN SIKAP POSITIF UNTUK BERJAYA,
MENINGGALKAN KESELESAAN, SANGGUP MENGUBAH SIKAP
DAN MENGURUS MASA DENGAN BIJAK.

A winner sees answer for every problem,
 but a loser sees a problem for every answer,

ONE VISION, ONE FUTURE, WORK TOGETHER, YEAR 2016


KEPIMPINAN BUKAN SATU TANGGUNGJAWAB..............



Kepimpinan bukan satu tanggungjawab tetapi satu amanah yang memerlukan usaha kerjasama daripada ahli jabatan.Pemimpin mesti menjadi pendengar yang baik, menganalisis, merumus dan menerima sesuatu yang benar-benar bermanfaat. Semuga dunia yang kita duduki ini merupakan sebuah organisasi yang memberi kebahagiaan hidup yang berpanjangan melalui proses kepimpinan yang luhur, berkesan dan dinamik. Sememangnya mana-mana organisasi tidak dapat memenuhi kemahuan setiap individu. Sesuatu yang memuaskan hati individu mungkin menimbulkan ketidakpuasan orang lain. Tampa kefahaman yang menyeluruh daripada semua ahli jabatan sebagai angota IPG maka sistem pentadbiran sedia ada akan menjadi sumber tekanan atau konflik kepimpinan dan pengurusan disemua peringkat di IPG. Dalam menangani masalah IPG kita tidak boleh mengundur ke belakang dengan memusnah segala  aset kepimpinan yang ada tetapi perlu membina kekuatan dan jati diri dalam menghadapi cabaran ke arah halatuju IPG. Kita misti fokus dan jelas ,tahu bahawa keputusan diambil akan membawa pelbagai natijah, hanya orang bijaksana bukan saja mengenal sebiji batu dijalanan tetapi mengenal , membeza dan memilih, antara intan dan permata .Orang berkeyakinan tinggi dan bijaksana ia lebih berkuasa dalam membentuk nasib, bukan menjadi mangsa pada nasib. Ia lebih menyedari bahawa impian atau gagasan yang boleh melahirkan realiti kepada mereka yang bercita-cita tinggi. Orang bersemangat tidak akan kalah dan sentiasa berkenyakinan tinggi walaupun dalam keresahan. ia dapat membezakan antara kejayaan dan kegagalan, tahu bagaimana memupuk, membina dan mengekalkan keazaman dan membina wawasan yang diimpikan. Ibarat perbandingan, seseorang itu hanya melihat kereta yang kotor, sementara seorang lagi melihat peluang untuk membuka tempat baru mencuci kereta kotor tersebut. Jika kita melihat masalah  lebih daripada satu prespektif   tersebut, maka kita akan menjadi seorang yang cemerlang dan bijak dalam proses menyelesaikan masalah.

Wassalam.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui….

Mohd Yazid Deraman- Pensyarah Kanan PJK IPGKKB.


Tuesday 3 November 2015

MEREALISASI KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM BERKERJA


“ Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran Allah, mnjadi saksi dengan adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa”.
                                                                                    (Surah Al Maaidah  Ayat 8)

Pengalaman 10 tahun Ketua jabatan,menjadi pensyarah cemerlang dan pensyarah kanan melihat fenomena kehadiran dan lambakan pensyarah-pensyarah baru di setiap  jabatan . Saya lihat sanario dan budaya berfikir ternampak terkesan perubahanya antara dulu dan sekarang .Budaya kerja,berfikir, memberi pendapat , budaya berhujah atau budaya keilmuan tidak menampak keupayaan berfikir secara kreatif dan kristis. Daya Juang dan istikomah kerja masih ditahap perlu sentiasa diberitahu dan dibimbing. Banyak kerja wajib yang rutin ternampak kurang kepatuhan atau budaya cakna diamalkan, Kesilapan yang sama dalam rutin kerja sentiada berulang dan orang yang sama masih berada ditahap kepatuhan yang rendah. budaya tidak kesah dan kurang keperihatinan masih menguasai tahap prestasi kerja.Kecelaruhan arahan dan kurang budaya pencegahan dan pemantuan menyebabkan isu yang sama berulang saban masa. Budaya membicara isu-isu semasa dengan surat layang, berbicara di media sosial satu gambaran keikrapan yang tidak profesional dikalangan genarasi terkini. Mereka tidak dapat membeza maklumat, andaian atau dalil-dalil yang releven, membeza antara fakta, andaian, pendapat, hujah yang terbukti dengan fakta atau hujah yang berkepentingan yang belum dibuktikan tetapi telah tersebar luas.Dalam budaya kerja mereka tidak merujuk kepada ketepatan fakta sesuatu kenyataan atau menentukan kebolehkepercayaan sesuatu sumber, mereka tidak berupaya membuat inferens dalam memastikan hujah atau andaian yang ambiguous atau cuba bersikap bias pada puaknya tampa mengenalpasti kekeliruan yang logik. Apabila dianggap sesuatu perkara sebagai satu  kesilapan dilakukan,kesilapan itu adalan kebenaran yang baginya, Seolah-olah tidak merasa bersalahan diatas kesalahanya.Mereka ini tidak mengenal ketidak cocokan logik dalam amalan profesional dalam pekerjaan.

Untuk merialisasikan kemahiran generik dan kemahiran pemikiran kristis dalam pekerjaan sebagai pensyarah individu memerlu anjakan budaya pemikiran atau menganggap perkara berikut sesuatu yang sangat penting. Sesuatu kenyataan, hujjah atau maklumat perlu diperiksa sejelas supaya ianya benar. Kita hendaklah cenderung untuk meneroka sebab-musabab sesuatu dengan mendasari hakikat atau realiti yang sebenarnya, cuba mengetahui sesuatu sebanyak mungkin dengan sumber yang boleh dipercayai sebelum bertindak. Kadangkala kita tidak melihat sesuatu secara keseluruhan, atau mencari alternatif terhadap sesuatu dengan cara fikiran terbuka.Ernis (1987) mengajar kita untuk memupuk sikap postif yang kritis kita perlu bercakap pada diri kita sebelum bercakap kepada orang lain:-

1.    “ Let see, am I clear about what (he/she is saying/writting?). What would he/she be trying to persuade me ( to do) to take a position?’
2.    “I don’t have all the facts, I’d better clarify this issue.”
3.    “Am I beng open-minded about what he/she saying/writting or have I already concluded that he/she cant’n be right?.
4.    “ I am starting to be convinced. I am better modify my original oponion.”
5.    Is the auther biased?.What is the author’s basic assumption?. Is the writting slanted?

Sikap mediokriti sudah mula berleluasa iaitu sikap mudah berpuashati dengan prestasi atau mutu kerja yang rendah.kita terlalu jumud dan presimis.tidak berani mencuba idea-idea baru walaupun peluang diberikan. Masih menyukai perkara-perkara yang lazim, sentiasa benci atau bantah idea atau hasil kerja orang lain.Jika diberi tugas atau jawatan hasilnya biasa-biasa saja, malas berikhtiar, selalu cemas dan kurang percaya pada potensi diri.Kita kadangkala terikat dengan prosidur dan pemikiran yang sempit dalam pengurusan, tidak mempunyai pandangan jauh dalam pentabiran, tidak jelas wawasan dan hala tuju dan tak nampak kekuatan pangkat dan kedudukan kita sebagai terjemahan ahli pemikir yang hebat, hanya sekadar dipinggiran, menjalankan tugas dan tanggungjawab. bagitulah seadanya refleksi sebelum saya pencen........


SENARAI SEMAK SEMBAHYANG HARIAN

SENARAI SEMAK SEMBANYANG HARIAN
BIL
JENIS SEMBAYANG
BILANGAN RAKAAT
SURAH-SURAH LAZIM DIBACA SELEPAS
AL-FATIHAH
A.  Sembahyang Harian
1
Sunat Subuh
2
1. Al Ihsyinah
2. Al Fill
2
Fardu Subuh
2
1. Al Sajdah
2. Al Insaan
* Pada pagi Jumaat.
3
Sunat Dhuha ( 24 minit selepas naik matahari sehingga tergelincir matahari,
2/4/6/8
1. AlSyams/Al Kaafirun/Ayat Kursi
2. Ad Dhuha/ Al Ikhlas/ Al Kaafirun
4
Sunat Zuhur (Qobliyatan)
2
Bebas
5
Sunat Zuhur (sama)
2 (TM)
Bebas
6
Fardu Zuhur
4
Bebas
7
Sunat Zuhur (Ba’diyatan)
2
Bebas
8
Sunat Zuhur (sama)
2 (TM)
Bebas
9
Sunat Asar (Sebelum )
2/4
Bebas
10
Fardu Asar
4
Bebas
11
Sunat Manghrib (Qobiyatan)
2 (TM)
Bebas
12
Fardu Maghrib
3
1. Al Kaafirun
2. Al Ikhlas
* Pada malam Jumaat
13
Sunat Mahgrib
2
Bebas
14
Sunat Awabin (antara Magharib dan Isya
6
1. Al-Ikhlas – 6 kali
2. Al-Falaq- 1 kali
3. As- Nas – 1 kali
4. Al Kaafirun & Al Ikhlas rakaat seterusnya.
15
Sunat Irsya’  (Qobliyatan)
2
Bebas
16
Fardu Irsya’
4
Al Jumu’ah dan al Munfiqun pada malam Jumaat.
17
Sunat Irsya’ ( Ba’diyatan)
2
Bebas
18
Sunat Tahajud ( Sehingga tengan malam sehingga masuk subuh dengan syarat tidur dahulu.
2
1. Ayat Kursi/ Al Kaafirun)
2 Al Ikhlas
19
Sunat Witir
1/3/5/7/9/11
1. Al A’ia (Rakaat Pertama)
2. Al Kaafirun/Al Ikhlas/Al Falaq/An nas
(Rakaat ke tigAa)

20
Sunat Wudhuk (Selepas setiap kalimngambil wudhuk)
2
1. Al Takathur
2. Al Ikhlas.
B SEMBAYANG KHUSUS.
1
Sunat Tasbih
(Jika kelapangan irikan malam Jumaat atau pagi jumaat
Siang 4 rakaat satu malam
4 rakaat dua malam
1. Al Takarthur/Al Duha
2. Al Asri/ Al Insyiraah
3. Al Kaafirun/ Al Kauthar
4. Al Ilhlas/ Al Nas
2
Sunat Hajat. (Bila perlu)
2/4/6/8/12
1. Ayat Kursi/ 11 kali Al Kaafirun
2. Ayat As manarrasul.... (Al Bagarah 285-286)/ 11kali Al Ikhlas.
3
Sunat Istikarah (Bila perlu)
2
1. Al Kaafirun
2. Al Ikhlas
4
Sunat Taubah (Bila perlu)
2
1. Ayat Kursi 11 kali
2. Al Ikhlas 11 kali
5
Sunat Tahiyaitul Masjid
2
Bebas
6
Sembahyang jenazah
4 takbir
Bacaan selepas setiap takhbir
1. Al fatihah
2. Selawat atas nabi
3. Doa
4. Salam
7
Sunat musafir
2
1.Al Kaafirun
2. Al Ikhlas
8
Sunat perhentian (Apabila singgah di satu tempat dalam musafir
2
sama
9
Sunat Qudum(Apabila sampai tempat di tempat bermusafir
2
sama
10
Sunat Hari raya Aidikfitri
2
Mengikut iman
11
Sunat Hari Raya Aiduladha
2
Mengikut iman
12
Sunat Ilhram (apabila memakai ikhram mengerja umrah atau haji
2
1. Al Kaafirun
2. Al Ikhlas
13
Sunat Tawaf di masjidil Haram (Kalau boleh dibelakang makan nabi Ibrahim
2
Sama
14
Sunat ( sunat Mutlak) di Hjr ismail di Misjid Haram
2
Sama
PADA HARI JUMAAT.
15
Sunat Jumaat (Qobliyatan)
2 TM
Bebas
16
Fardu Jumaat
2
Nabi SAW kerap kali membaca al-A’ia & al-Ghasyiah
17
Sunat Jumaat (Ba’diyatan)
2
Bebas,

Sumber Amalan Sepanjang Hayat  (1993) : Mufakat Enterprisise Sdn Bhd.Kuala Lumpur