Tuesday 22 May 2012

Penyakit Kardiovaskular


PENYAKIT KARDIOVASKULAR
Penyakit kardiovaskular terdiri daripada hipertensi ( tekanan darah tinggi ) , hiperlipidemia , penyakit jantung koronari dan strok .
Faktor Risiko
  • Umur yang meningkat
  • Tekanan darah tinggi
  • Keturunan
  • Berlebihan berat badan atau obes
  • Diabetes
  • Pengambilan rokok , alkohol , kopi dan dadah
  • Stress dan masalah kemurungan
  • Penggunaan ubat pencegah kehamilan yang berlebihan
  • Aktiviti fizikal
  • Tabiat pemakanan
  • Aras HDL yang rendah
Rawatan pesakit kardiovaskular adalah bertumpu kepada perubahan kepada faktor-faktor risiko yang boleh diubah iaitu pemakanan , gaya hidup dan pengawalan penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi .
HIPERTENSI
·         Hipertensi adalah penyakit kronik memerlukan rawatan perubatan,diet dan senaman oleh pesakit secara berterusan untuk megurangkan resiko kompikasi seperti penyekit jantung, kerosukan buah pinggang dan strok.
·         Tekanan darah pengidap hipertensi meningkat lebih tingi secara kronik daripada tahap normal iaitu 120/80mg
·         Angka 120 menunjukkan tekanan darah sistolik ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung manakala angka 80 menunjukkan tekanan distolik senasa jantung berihat antara pengepaman,
·         Mereka yang mencatat 3 bacaan tekanan darah berturut-turut yang melebihi 140/90mmHg semasa rehat perlu dan wajib menjalani rawatan.
·         Tekanan darah tinggi berpunca :-
o   Pengambilan garam
o   Makanan berlemak secra berlebihan.
o   Kolesteral tinggi dalam darah
o   Pegambilan kafen  dan alcohol
o   Rokok
o   Kurang bersenam.

HIPERLIPIDEMIA
Hiperlipidemia merujuk kepada ketidaknormalan aras lipid dalam darah yang diketegorikan tinggi kolesterol , tinggi trigliserida , tinggi LDL , rendah HDL yang menyumbang kepada artherosclerosis .

SERANGAN JANTUNG
Terdapat beberapa simpton jika seseorang itu diserang sakit jantung , antaranya :
·         Rasa tidak selesa pada dada ,
·         Sakit jantung biasanya terasa amat mecengkam dan menyucuk di bahagian dada terutama di bahagian tengah-tengah dan sebelah kiri dada ,
·         Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan ,
·         Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik ,
·         Simpton serangan jantung ini berbeza antara lelaki dan wanita , lazimnya lelaki akan mengalami simpton yang biasa seperti sakit dada . berbeza pula wanita , mereka akan berasa letih dan tidak dapat tidur malam . Mereka juga tidak akan berasa sedap badan ,
·         Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti , bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat ,
·         Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada ,
·         Pedih perut seperti ada angina tau menghidap gastric ,
·         Kepala berpusing ,
·         Badan lemah seperti berpeluh sejuk .


PENYAKIT JANTUNG KORONARI
Ketidakseimbangan aras lemak dan tekanan darah boleh membawa kepada penyakit jantung koronari seperti Myocardial Infarction dan Congestive Heart Failure .

STROK
Strok terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu dan salur darah di otak pecah meyebabkan darah bergerak memasuki ruang di otak dan menyelaputi sel-sel di otak . Kerosakan yang berlaku akan member kesan pada deria , pertuturan , tingkahlaku , pemikiran , ingatan dan boleh membawa kepada kelumpuhan pada individu yang berkenaan .

SUMBER RUJUKAN
·         Mingguan Malaysia 29.04.2012 , Ahad , m.s 15
·         Panduan Diet Untuk Pesakit Kardiovaskular , Jabatan Dietetik & Sajian , Hospital Raja Perempuan Zainab II , Kota Bharu