Sunday 21 August 2016

UCAPAN MAJLIS PERSARAAN EN MOHD.YAZID DERAMAN PENSYARAH IPG PADA 30HB OGOS 2016

PROLOG DAN EPILOG- PERJALANAN HIDUP SEORAN PENSYARAH IPG

Hari ini 30hb, 3 hari lagi   merupakan detik terakir hari lahir ke 60 tahun umur saya  pada Sabtu 2hb September 2016 .Alhamdulilah Allah memberi rezeki tubuh badan yang sihat dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah. Pada Umur 60 tahun mengikut pekeliling perkhidmatan pegawai kerajaan yang baru  rasminya  dan berakhirnya kakitangan perkhidmatan, awan sebagai pensyarah di IPG.

Terima kasih kepada Jabatan PJ dan jabatan kajian sosial yang mengatur majlis hari ini yang sungguh istimewa hari ini diambang menyambut hari kebangsaan.Terima kasih kepada pensyarah dan guru pelatih yang hadir.Hari terakhir saya dalam perkhidmatan sabtu 2b September 2016. Awal bulan Ogos saya dah terima surat kelulusan persaraan, kad persaraan. walaupun surat memberi gambaran supaya saya diarah bersara, tapi kita sebagai penjawat awan yang setia dalam perkhidmatan berkerja seperti biasa tampa cuti hingga diakhir tarikh persaraan.Sedangkan ada rakan-rakan dalam jabatan lain   sebulan sebelum persaraan dan berciti. saya masih setia berkerja dengan baki cuti 7 hari lagi saya tidak ambil.

Vedio yang baru di tayang saya nak didikasi khas kepada En Zul Grafik, En Yahya dan pelajar PISMP Semester 3, membantu saya menyiapkan persembahan vedio. 1 bulan yang menyiapkan gambar dan susun skrip vedio dan pada masa yang sama saya sempat menyiapkan buku yang ke 3 untuk di hantar kepada Dr Abdullah  bawa ke Serawak baru-bari ni. Alhamdullah  bila mereka balik dari Serawak vedio dah siap dan buku saya diterima dengan membaiki oleh DBP. Vedio ini 240 keping gambar, 4 bahagian, zaman persekolahan, belajar, berkerja dan zaman di IPG. Jika tuan puan melihat vedio itulah sebahagian liku-liku perjalanan hidup yang   saya tempuhi masa lampau ,Saya tidak lupa sejarah kerana sejarahlah  telah mencerminkan kejayaan saya pada pada hari dalam perkhidmatan awam dan disaat-saat akhir persaraan pada pagi ini saya pasti akan mengenang segala nostagia yang berlalu bertugas dengan 8 pengarah IPG. Saya juga menyiapkan edisi khas buku bibliografi saya bertajuk Travalog seorang pensyarah IPG, Sebahagian barang peribadi saya dan hasil kerja guru pelatih dari tahun 1991 hingga 2016 saya serahkan pada geleri untuk diabadi dan disimpan.pada pagi juga saya edarkan buku autograf untuk tuan/puan buat catatan sebagai tanda ingatan saya di IPG Tulislah sesuatu semuga dengan tulisan tuan/puan saya akan ingat di IPG.Saya didikasi kepada tuan/puan 40 Doa Rabana dala Quran sebagai ingatan khas sempena majlis persaraan saya pada hari ini.

 Kemana saya pergi mereka kan tanya bila nak bersara,Setiap hari kawan-kawan di IPG bertanya berapa hari lagi nak bersara, Saya tidak bilang berapa slip gaji, tapi membilang minggu,berapa kali jumaat, tapi saya menunggu tarikh 2 September 2016 hari lahir saya ke 60.Solan ke 2 ditanya,apa perancangan bila pencen?.Pada ini  ada orang bertanya apa perasaan saya di hari terakhir meninggal perkhidmatan. Semua soalan tidak boleh dijawab tapi saya sudah bersedia hadapi dan bersedia untuk bersara segi psikologi dan fizikalnya, bersara apabila saya melepas jawatan ketua jabatan kepada Tn j Aziz Jaffar dan En Wan Zamri. Kadang-kali mari perasaan dihati apabila saya mula berhijrah, sepatutnya sudah lama saya bersara pabila semua cita-cita dan memiliki keluarga  bahagia dan sempurna- apa lagi saya nak kejar didunia ini, jika bekalan kita masih tidak lagi sempurna untuk kehidupan di akhirat nanti.

Hari ini saya tidak merasa bersedih tetapi bersyukur dan  bangga dapat menamatkan perkhidmatan seperti yang  dalam tempoh 37 tahun berkhidmat dalam sistem pendidikan dalam keadaan yang sihat walafiat walaupun perlu makan ubat setiap hari. Alhamdulilah sepanjang perkhidmatan ,saya bersyukur ada Isteri dan keluarga bahagia yang amat perihatin dan setia atas  saya dan sehingga kini  dan dapat menjalani kehidupan dengan penuh kebahagian dan keberrkatan. Semuga seluruh hasil kerja buat saya Allah akan memberi pahala , ganjaran  amalan-amalan baik dalam usaha mendidik dan melahir bakal guru.Mungkin kita berutung dilahir sebagai guru dan pesnyarah, dimana anak murid kita bertebaran seluruh Malaysia hasil didikan kita. Cuba bayangkan betapa besarnya pahla dan ganjaran Allah jika kita di IPG istigomah dalam niat berkerja seharian. Di IPG hendarkan sikap ujud, riak, ego, sombong, takabur tapi cuba bersikap tawaduk pada diri.

Kita berupaya membina kehidupan dengan penuh perancangan tapi takdir menentukan. kadang-kadang kita tidak tahu, qada’ dan qadar, ujian Allah dan rezeki datang dari mana-mana yang kita tidak sangka dan kadang-kadang ujian datang dalam kita tidak bersedia menghadapinya. Itulah takdir kehidupan yang pasti kita hadapi semua orang.

Saya  dari keluarga yang susah, anak penoreh getah Kg Degong ,Rantau Panjang, hidup satu keluarga kebun getah di selatan Thailand. berpisah ibu bapa dalam umur 4 tahun,Berpindah ke Kelantan semasa umur 7 tahun dan tinggal bersama dengan nenek dan bapa suadara selama 9 tahun sehingga dapat berdikari  sendiri pada tahun 1972  apabila menerima tawaran KPM belajar di sekolah  berasrama penuh SMSAH pada tahun 1972. Ini kesah lama yang jika tidak diceritakan ia hanya tinggal sejarah diri,jika tidak dikenang, ia berlalui bagitu saja .Minggu lepas saya bawa anak-anak dan isteri ketampat kelahiran saya untu mereka memaami realiti dan perjalanan nidup yang ditentukan oleh Alla SWT. Kesah ini berlaku pada sesiapa saja, kerana setiap kejayaan pada hari ini hasil dari kesusahan, keperitan dan kedudukaan, dimasa dulu.Kita senang hari ini hasil keperitan hidup ibu bapa kita dimasa dulu. Sejarah persekolahan 3 tahun saya berbasikal sejauh 12km setiap hari dari kg Bandar, Kemubu ke sekolah Menengah Pulai Condong berbekalkan duit 20 sen dan sebungkus nasi berlauk ikan kering yang disediakan oleh nenek. Hampir 3 tahun menjadi rutin harian, hujan dan panas bersama rakan setia, sekarag pensyarah metamatik UPM sekarang Profesor Dr Mohd Ropa Ismail, kerana kami berdua  tidak mampu untuk membayar tambang bas. Anak-akan saya tidak percaya akan kesah-kesah dan kesusahan,kerana mereka hidup dalam zaman kesenang, katanya itu zaman dulu mana sama zaman sekarang. Mereka tidak faham hakikat kehidupan , kesusahan dahululah yang membawa kesenangan masa sekarang. Anak-anak memang tidak faham realiti kehidupan  kerana merekahidup dalam senang,ke sekolah hari-hari dihantar dengan kereta Volvo DU23 ,Honda PCX993,Honda City DCM 2962,Proton WHQ4605, Tapi hari ini  4 orang anak-anak saya  apabila mereka  berada dimenara gading memerlukan belanja lebih besar,mereka sedar dan lihat sendiri kawan-kawannya dalam kesusahan mengejar segulong ijazah sebagai mahasiswa yang bergantung hanya kehidupan dengan duit PPTN atau biasiawa semata.

Allah memberi rezeki pertama kepada saya pada 1972 pelajar terbaik SRP dan dapat tawaran dan melanjut pelajar aliran sains tingkatan 4 di SM Sultan Abd.Halim Jitra dan 1973 SPM mendapat grade 1 sains tulin. Masa itu tiada lagi matrikulasi, meneruskan pengajian  tingkatan 6 sains tahun 1975 disekolah yang sama dengan keputusan STPM sains 4 subsid. 1976 mendapat tawaran Diploma Pertanian UPM dan Diploma Rubber Plastik Teknologi di UITM. Tidak meneruskan pengajian kerana tidak mampu, Saya memilih untuk berkerja dan tahun 1976 masa bermula kerjaya baru selama 1 tahun bakal pegawai  kedet pilot di TUDM Sungai Besi, tapi Allah Maha berkuasa dan menentukan segala-galanya, saya cuma gagal satu item ujian  dalam Air Crew Medical semulitor copit Kapal terbang dan di serap kapada bahagian teknikal. Kekecewaan ini menyebabkan saya memohon untuk keluar dari tentera. Atas nasihat Allahyarham Cikgu Wahab Mamat, guru dan bapa suadara saya di SM Pulai Condong  supaya saya mohon ke maktab perguruan. Lantas memohon ke maktab perguruan dan berjaya pada tahun1978 di MPPKNP Terengganu..Tahun 1978-1979 mendapat latihan dengan sijil perguruan cemerlang dan anugerah Pengetua di Maktab Perguruan Pendidikan kesihatan dan Nilai Pemakanan Kuala Terengganu, Pasir Panjang Terengganu. 1979 bermula era baru sebagai guru muda 11 tahun,sebagai guru PJ dan sains tingkatan 3 di SMK Kuala Krai. Di sini sekolah ini saya membina  kerjaya guru  sukan. dan akhirnya melanjut pelajar UPM 1984 dan mendapat ijazah Bac.Pen. Pendidikan Jasmani & Kesihatan. tahun1988.  Berkhdmat Guru PJ di Sek Men Keroh Kuala Krai.selama satu tahun dan 1990 mendapat tawaran mengajar di SM Sains Labok Macang dan  juga SM Hamzah Macang sebagai Hoki tapi mengambil keputusan bertukar kerjaya di Maktab perguruan Kota Bharu pada 2hb Februari 1991 di Unit Pendidikan jasmani  Pengetuanya Pn Hjh Rahmah Hj Husein.Ini sebahagian dari Intsari Buku dalam percetakan “Travalog Cerita Seorang Pensyarah IPG, Prolog dan Epilognya.”

Berakhir saya dalam perkhidmatan pagi ini , bermakna sudah 37 tahun berkhidmat dalam perkidmatan Awan sebagai guru dan pensyarah, 25 tahun di IPG dan 12 tahun di sekolah. Saya bermula sebagai guru biasa gaji permulaan RM 540 ,tahun 1979 dengan grade C2 ,1984-1988 melanjut pelajaran ke UPM mendapat ijazah Bac.Pn.PJK dan diberi gaji kepada grade D1,A19, DG3, di sekolah dan 1990 bertugas di Maktab Perguruan dengan gred gaji SSB,DG 41, DG44, DG 48, DG 52 dan akhir DG 54 di IPG(8 gred gaji dalam 37 berkhidmat). Bemula kelulusan SPM dengan sijil perguruan ambil masa 5 Tahun(1979-1984) mendapat ijazah pertama di sekolah , dan di IPG mengambil masa 5 tahun mendapat ijazah ke dua di IPG 1990-1995.

25 tahun di IPG Apabila skim cuti 7 hari ditukar kepada  Cuti Rihat 7 hari, saya  dalam 13 tahun skim ini dilaksanakan saya Cuma ambil cutu 3 hari saya. Alhamdillah kerajaan membayar dengan gaji akhir bulan Ogos ini kerajaan  ganjaran GCR Rm 32,399.54 dengan jumlah cuti 88 hari yang tidak diambil.Jika perkhidmatan dipanjang saya perlu tunggu 9 tahun lagi dengan cuti 7 hari untuk dapat maksima 150 hari GCT dimana ganjaran penuh oleh kerajaan RM 56 ribu . Dalam Perkhidmtan saya ada MC kerajaan  3 bulan saja itupun kerana kerana dimasukkan dalam wad untuk pembedahan dan pemulihan jantung.

 Saya nasihat rakan yang akan bersara supaya menyemak buku perkhidmatan dan menyemak borang permohonan dengan kerani.Feadah persaraan saya terima pada hari ini berdasarkan gaji pada bulan Jun sedangkan gaji bulan Ogos ada 2 perubahan kenaikkan. Syukur Alhamdullah saya menerima 2 kenaikan pergerakan gaji tahunan dan tambahan baki cuti 7 hari lagi. Pejabat membuat permohonan semula berdasarkan penyelarasan gaji baru dan selepas ini Alhamdullah saya akan menerima feadah persaraan baru yang ke 2 ini dilulus oleh JPA.

26 tahun di IPG saya disiplinkan diri saya untuk sampai di IPG sebelum jam 7,30 setiap hari dan memulakan kerja jam 7.30 pagi.Saya berkerja dan berihat apabila makan tengari,  Bukan saya kedekut atau tidak bersosial, tapi saya menghargai masa dan kerja. Banyak kerja  yang  saya perlu buat setiap hari, saya tidak cukup masa walaupun mengajar 4 jam, Banyak yang saya ketinggalan ,impian dan sasaran kerja tidak tercapai jika saya tidak mengejar masa setiap hari.Masa lapang saya menulis dan membuat nota . penulisan dalam jurnal IPG, Modul, inovasi dan tulisan dalam blogs, saya dapat menghasilkan Buku Permainan Kanak-kanak dalam pasaran,3 manuskrib buku kepada DBP, Buku Permainan Rekreasi Kanak-kanak, Permainan Kecil Dalam PJ dan terbaharu dan bulan Ogos ini 100 Permainan Yang Meyeronokkan.Ini Anugerah Allah sesuatu yang tidak ternilai, bila kita kita sakit kita di diuji,Syukur dalam masa pemulihan dapat menyiapkan 3 manuskrip buku yang terbengkalai sejak tahun 2008 lagi. Allah nak tahu tahap kesyukuran dan penghargaan pada masa, pada kehidupan dunia dan pada kehidupan selepas kematian.Menulis tampa tekanan dan penuh keseronakan saya jadikan ia satu terapi untuk diri saya selain saya menjadikan hobi-hobi lain sebagai terapi.

Ini sadikit kesah hidup saya Di  IPG, 8 tahun pensyarah PJ, 2 tahun Ketua Unit Disiplin Rekod HEP,10 tahun Ketua Jabatan,  6 tahun pensyarah cemerlang. Sepanjang perkhidmatan di IPG Saya sempat menjadi pensyarah untuk program  Sijil Perguruan, Diploma perguruan dan Ijazah Perguruan. Pengalaman berkhidmat 8 pengetua/pengarah- Hjh Rahman, Hj Salleh,Hj Borhan, Hj Abd Rahman,Hj Mohamad, Hj Salehudin, Hj Hashim, 6 Timbalan Pengarah, Allyarham Dato Hj Razali, Hj Omar, Hj Zawiah. Hj Yajit Yaacob dan Dr Aziz Mat Din dan Dr Abdullah. Tahun 1996 terpilih oleh KPM mendapat tajaan Bank Dunia ke UNSW Sydney Australia selama 3 bulan.1997 melanjut pelajaran Ijazah ke dua sepenuh masa di UM.  1995 mendapat perkhidmatan Cemerlang dengan pergerakan gaji menengak dan pada tahun 2003 kali kedua mendapat perkhidmatan cemerlang dan Pada 2006 mendapat Darjah Kehormatan Negeri Kelantan dengan pingat tertinggi negeri Kelantan, Bintang Seri Mahkota Kelantan(SMK).

Semasa berkhidmat 8 Pengarah,saya ingin didkasikan ucapan terima kasih Mantan/ Bekas Pengetua/Pengarah dan KPM, mereka ini ada kaitan dengan kehidupan yang saya nikmati hari ini.
Hjh Rahmah- Kursus Bank Dunia , UNSW, Australia.
Hjh. Salleh -Perkhidmatan cemerlang 1995 dengan pergerakan gaji   Hj.Borhan            - Perkhidmatan Cemerlang tahun 2005.
Hj. Abd Rahman- Bintang Sri Makhkota Kelantan
Hj.Hashim- Pensyarah Cemerlang DG 52 dan 54.

Hari ini hari terakhir ia sudah pasti akan berlalu dan akan jadi kenyataan. Kenangan terakhir yang tidak akan saya lupakan,ia sangat bermakna dan bernilai dalam kehidupan.Terima kasih semua majlis tersangat istimewa. Semua penghargaan dan pemberian tersimpan dilubuk hati, orang berhati mulia akan mengenang budi orang. Semenjak tidak menjadi Ketua Jabatan saya merasa sadikit kekurangan bukan satu kerugian. Saya suka pada aktiviti hebat berimpat tinggi dalam pelbagai cabaran. Saya boleh melakukan apa jua perkara jika dipercayai dan dipertanggungjawabkan dan di hargai. Sejarah saya dengan 8 pengarah terdahulu saya mampu mencorak pelbagai citra warna dalam perkhidmatan di IPG. Kalau dulu saya menjadi pemimpin, sekarang saya menjadi pengikut yang setia. hidup umpama roda, kita jangan memikir antara kita siapa yang menang dan siapa yang kalah. Kita mesti selalu dalam situasi menang-menang,kata orang umpama menarik rambut dalam tepung jangan sampai ia terputus. Bila tiada jadi KJ dan mengajar 4 jam, inilah peluang terbaik saya menyambung hobi menulis buku dan menambah nota-nota dalam blogs.Terima kasih kepada Dr Abduulah dalam siri kedua meminta saya masuk dalam kumpulan, Alhamdullah akhirnya 3 manuskrip disiapkan dan 2 ada di DBP, bila pencen saya dah berjanji dengan Dr Lah aka meneruskan untuk memastikan 3 manuskrip ini menjadi buku atas nama IPG, jika nampak selepas ini saya masih datang ke IPG, ada kerja penulisan buku yang belum beres lagi.

Pagi ini realiti kehidupan, pasti jua kau hadapi
Bak air yang mengalir,Pasti tiba  ia di muara waktu
Perpisahan akan mengimbau makna
Sebuah kenangan tercipta,Pada jejak-jejak yang lalu
37 di alam perguruan, 26 tahun di alam pendidik guru.

Hari ini, berdiri di Dewan Wawasan
Pasti ini hari terakhir diraikan dan  ucapkan salam perpisahan
Kau pasti ditinggalkan, kerinduan dalam kesepian

Pagi ini anak-anak dan rakan-rakan
Saya melihat tenang denai di malam ,itulah  kenangan di IPG,
Pasti kau ingat, ini barisan kepimpinan, rakan pensyarah, bakal-bakal guru, 
apa lagi Dewan Wawasan  ini.

Bagai terdengar dihati, Suara bisikan melankolia,
Ucap salam terakhir, salam perpisahan yang pasti,
 tetap jua kan pergi ,Kerana kita ada yang muda penyabung bicara
Tiba waktu menyusun jari,Memberi keringat, tekad dihati,
Yang tersua, dimaafi,Yang sesal di insafi
Yang lebih dibahagi,Yang kurang dilengkapi

Pada saat perpisahan ini,Tiada terlerai gundah gulana,
Tersima sebuah amanah
Kerana yang pasti, Yazid, kau telah berbakti,
melakukan segala termampu di persada ilmu.
Tersinar cebisan amanah dalam amalan
Sekelumis Doa hanya  Allah pembeberi rahmat dan hidayah.

Pagi ini....,Bagikan air yang mengalir,
Pasti tiba jua dimuara,Pasti tersisa kenangan indah
Berbisa luka tiada berdarah

Selangit tinggi suara-suara ceria anak-anak ku,
Diliku hidup IPG tercinta
Dewan wawasan, bakti padang saujana memandang
Ingatlah, ini tempat pernah kau jejaki, berlari,
bermain bersama anak-anak mu guru muda
Ini tempat aku mencurah bakti,
 Pertemuan antara kesah suka dan duka
Selamat tinggal IPG,katanya ini sebuah kenangan,
 25 tahun  di IPG,Datang pergi pelbagai wajah,
Berbaur gembira bercampur gundah,
Usah dikenang, kerana ia adalah sejarah
Pasti kau terkenang ,Sayangku  jangan menangis,  jangan sedih
Air mata keinsafan dan menginsafi dosa itu,
 lebih bernilai dari air mata perpisahan di pagi ini.Kerana...
 yang tertinggal di dewan wawasan pagi ini
Anak -anak ku  terdidik  mewarisi citra guru,
Mereka penyambung pewaris jasa dan perjuangan mu
Jangan risu dengan pada yang hilang,
Kerana yang ada  dan yang ditainggalkan adalah amanahmu
 Kau ada rakan-rakan maha pendita,mereka lebih
menongkak menorak warna dan wajah
Mereka adalah murabi dan muaalim payambung legasi.

Ah..........Telalu sukar aku hendak mengatakan ,
Pada situasi yang pasti ku tempuhi
Tenyatakan, tapi aku tetap pateh berbicara pada pagi ini
Pada temanku maha guru,
Kita  yang dijanjikan di syurga pada amalan yang diradai,
Kita pengalir keringat ilmu dan perit kehidupan
Pagi ini 30 Ogos
Aku yang terlewat mengucap salam perpisahan
Kerana , aku yang pemaaf, dan memaafakan,
penyenang bicara insan semua
Halalkan yang termakan dan terminum,Kerana aku tahu,
aku banyak berdosa , aku banyak bersalah
Hanya ampun dan maaf dipinta

Pesan Lukman paada anaknya Surah Lukman ( 18.19)
” Wahai anakku,jangan kamu memaling wajah dari    manusia dan jangan berjalan dimuka bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong membanggakan diri
Dan sederhana dalam berjalan dan lunakkkan suaramu,
kerana seburuk suara itu adalah suara keldai.

Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada engkau
Dari memohon kepada engkau
sesuatu yang aku tidak mengetahui hakikatnya
Dan sekiranya engkau tidak memberi ampun kepada ku,
Dan tidak menaruh belas kasihan kepada ku
Nascaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi
Ya Allah Engkau adalah Rabbiku,
Tiada Tuhan berhak disembah, kecuali engkau
Engkau yang Maha mencipta, aku adalah hamba mu,
Aku akan setia pada perjanjianku dengan mu,
Semampuku Aku berlindung kepada mu,
dari kesilapan dan dosa yang aku lakukan
Aku mengakui nikmatmu pada ku
Aku mengakui dosaku semasa mendidik anak-anakku
Kerana itu ampunlah aku
Sesungguhnya tiada yang mengampun dosa
kecuali engkau Maha pengampun.

PESAN AKHIR SEORANG GURU.....
Wahai  anak-anakku & rakan ku, ingat

Patuhilah dan hormatilah guru dan  Kepimpinan guru kerana ia fitrah  kebenaran
Tapi tegurlah jika ia salah,dan perbetulkan secara berhemah
 agar engkau menjadi rakan  bijaksana,
tidak pendendam diakhir persaraan,

Jangannkau amalkan kehidupan dengan menghina dan memfitnah
dia kerana kesenangan yang dinikmati ini
hanya dengan izin dari Allah
Cuba kenang tangan-tangan yang pernah menyusapmu .
Suatu masa dulu kau tidak kenal BPG dan  IPG,
kau tidak merasa nikmat DG 52,54 seusia bagini
Ingat Allah  yang lebih mengetahui dan
Maha mengetahui amalan kita apa yang aku lakukan
Kerana Allah SWT.tidak sebut
siapa yang paling banyak amalannya,
 tapi ALLAH menyebut siapa yang paling baik amalannya.
Kita manusia merasa kita melakukan kebaikan, tidak sedar telah sebenarnya telah melakukan keburukan
dari perbuatan yang dirasakan ada kebaikannya,
kita perlu membuat istiqarah,
sedar perbezakan mengata dan mengupat,menasihat,dan mencerca, membetul dan memfitnah,
 surat rasmi dengan surat layang , antara pahla dan dosa .
Adakah kita dilandasan kebenaran atau pengikut setia pada kawan,
Kita diberi persimpangan memilih jalan,
 Pemimpin kalah dalam dalam perjuangan
Kita manusia merasa kita melakukan kebaikan,
tapi tidak sedar telah sebenarnya telah melakukan keburukan
dari perbuatan yang dirasakan ada kebaikannya ,
Kita dipuja,dijulang sebagai pejuang,
 tapi sebenar kitalah pemusnah kecermerlang
Kerana gagal mengenal potensi diri.
membezakan fakta dan andaian

Zurah Az-Zumar. Ayat 9.
Katakanlah sama, orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui. Yang ingat ialah orang-orang yang berfikiran”

Surah Al Maaidah. Ayat 8.
“Hai orang-orang yang beriman,hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegak kebenaran kerana Allah.menjadi saksi dengan adil. Berlaku adillah itu lebih dekat kepada takwa”

Firman Allah SWT surah Al-Ujurat. Ayat 12 .
“Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (agar kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa dan janganlah kamu mengitip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan jangalah setengah dari kamu mengumpat setengah dari yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging suadara kamu yang mati (jika demikian keadaan mengupat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya (oleh itu patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasahini.”
Ini ujian sebagai pemimpin,
Setiap orang tidak pernah terlepas dari ujian Allah .
Setiap ujian berbeza antara satu sama lain, samaada ujian itu berbentuk kesusahan atau kesenangan.
Suka atau tidak pasti ujian dari Allah akan hadir,
 janji Allah adalah pasti sebagaimana Allah berjanji
setiap yang bernyawa akan ada kematianya,
setiap kemudahan dan nikmat itu ada kesulitannya.
 Kehidupan kita sememangnya penuh dengan ujian .
 Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan.
Ujian ini merupakan warna kehidupan yang misti dilalui
 setiap insan yang bergelar manusia.

Kita tidak pernah menyangka akan berlaku ujian bagitu rupa
 pada diri kita dan keluarga.
Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk
dan kadangkala kita manusa dia terlupa diri kita sedang di uji.

Saya sedari dan menerima segala dengan redha 4 tahun lepas,
kuatkan semangat, katakan pada diri,
ada hikmah besar sebalik ujian ini.
Buka mata dan hati, jangan putus berdoa
dan berharap kebaikan akan kembali,
Insya Allah ketenangan akan kembali,
Mohon kempunan,semua yang hilang akan diganti balik
malah lebih baik lagi.
kerana Allah akan menerima doa orang teranyai.

Maksud firman Allah dalam surah Al-Bagarah Ayat 216,
 “Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal ia sangat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia sangat buruk bagimu”.

Saya cuba membayangkan kisah yang lalu
 pada bulan April 5 tahun yang lalu
Satu ujian hadir tidak terduga.
Diri ini tewas , dalam rahmat dan rezeki .
Hampir 1 tahun diri ini dengan ujian Allah,
segala-gala telah berubah.
Tapi Allah masih sayangkan diri,
Allah memberi peluang dan masa Allah menguji kita,
Jika nikmat  hidup terasa ditarik tanda kita jangan lupa Maha pencipta
  Hadapi ujian dengan tabah dengan penuh keinsafan ,
Yakin bahawa Allah sentiasa bersama
kerana DIAlah menurunkan ujian
 Jangan putus-putus memohon keampunan
atas dosa-dosa yang lalu.
Yakin ada nikmat dari pada Allah, kemanisan disebalik ujian.
Ujian tidak bertandang dalam bentuk musibah,
 kesakitan, kepayahan,
 tapi ada orang yang dalam tewas ujian masa kesenangan.
Syukur satu tahun saya menderita,saban masa ke Hospital RPZ2, dan sekarang yakin Allah bersama kita orang sentiasa tunduk memohon keampunan,
Kuatkan azam kita akan sembuh, tapi...ingat
Jangan lupa Allah telah memberi peringatan atas segala peristiwa berlaku untuk kita untuk menginsafi dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini.
Kita banyak menghitung nikmat yang Tuhan berikan
tapi kita tidak pernah menghitung dosa-dosa yang kita lakukan.
 Ujian itu membawa pintu kesedaran
perubahan gaya hidup untuk mendapat Rahmat dan keredaan Allah semata.
 Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia,
sesungguhnya dunia tempat ujian dan akhirat jua tempat kekal abadi.
Aku memohon kepada Mu, ampunlah segala dosaku,
maaflah segala khilaf dan lemah dayaku.
Kawan-kawanku, Hari ini pasti berlalu, tapi ingat pesan saya.....
Sebagai pemimpin yang diamanahkan
kita misti melahirkan rasa bersyukur,
kerana Hidup ini saling memerlukan dan saling tumpang, menumpang.
Marilah kita sedari hakikat kehidupan di IPG pada pagi ini,
 umpama kita makan sepinggang nasi.
Pada sepinggang nasi yang kita makan di situlah ada padi yang diusahakan oleh petani, 
ada ikan yang dicari oleh nelayan,
ada ayam yang diternak oleh peternak.
ada sayur ditaman orang kampung
 Bayangkan berapa banyak pihak berkerja untuk sepinggang nasi.
lahirnya rasa bersyukur disebalik kejayaan kita hakikat perlu sedari banyak yang saling membantu
Allah telah kirim malaikat Nya mengejut kita agar bangun beribadah dan berdoa kepadaNya.
 Paling malas mintalah dan berdoalah kepada Allah atau kita beristigfar dan bertahmid supaya malaikat akan datang lagi mengejut kita dari tidur.
Ketika orang lain nyeyak tidur kita munajat, merayu pada Mu sepanjang malam, membawa menggunung harapan
mengadu pada dengan penuh keinsafan dan kesabaran
. Kau tentu tahu limpah kurnia Allah seluas lautan bagai buih buih dilautan
. Kita sebenarnya  serba tiada, Hanya Allah memiliki segala-gala maka semakin banyaklah kita meminta kepada Allah.
  kerana Allah ingin mendengar doa dari mulut kita sendiri,
Allah nak tengok bibir kita sendiri meminta kepadanya.
Allah hendak mendengar suara kita,
 jangan dikunci mulut untuk meminta pertolangan,
Kita tidak minta syurga tapi mohon Rahmat dan Hidayah dengan kesudahan yang baik bertemu Maha pencipta
 Jangan menumpang doa dari orang lain,
 jangan sekadar meminta dimulut sahaja tapi dalam hati kosong.
Saya tanamkan sikap  bukan pensyarah yang berpencen
tapi Persyarah Cemerlang DG 54 dibersarakan
 setelah tamat tempoh 60 tahun perkidmatan .
Kami yang bersara ini adalah mutiara dihujung perjalanan.
bukan batu-batu  di jalanan atau ayam pencen hanya untuk sembelihan.

Wahai Rakan-rakan dan anak-anakku....ini pesanku diakhir ucapan di akhir kalam, saya selalu berpesan pada anak-anak saya.....

Dalam hidup ini ingat ,Jika kita tak mampu membuat semua,Jangan kita tinggal semua
Jangan menilai seseorang berdasarkan masa silam,
Tapi lihat pada hari ini...
Kerana setiap orang mampu berubah,
malah lebih baik dari yang disangkakan.

Orang jahat perilakunya jarang mengaku kejahatannya
tapi orang jahat nampaknya baik tapi 
bisanya orang berniat jahat ia melihat kejahatan satu kebaikan

Hidup seperti lilin menyinari orang lain,
jangan hidup seperti menusuk diri dan menyakiti orang lain

Jika anda mahu membuat sesuatu anda akan cari jalan, Jika anda tidak mahu membuat sesuatu anda akan cari alasan dan mencari kelemahan .
 Jangan menabur najis dalam periuk nasi orang lain.

Sebaik baik manusia diharapkan kebaikannya daripada kejahatanya.
ada manusia nampak baik tapi hatinya jahat.-manusia melihat dosa itu adalah kebaikan atau tidak sedar kebaikan itu adalah dosa

Baju yang cantik hanya sesuai dengan orang yang kemas.

Lebih baik jadi tak pandai dari yang memadai-mandai atau lebih baik memandai-mandai daripada tak pandai lansung, sekurangnya ada guna juga. 
Jangan menjadi orang bodoh,berlagak hebat dan sombong

Berfikir sebelum bertindak,fikir dulu sebelum berbicara, 
Berfikir dua kali sebelum mengambil keputusan.
Fikiran yang benar akan mengasilkan tindakan yang benar, 
fikiran yang salah akan menghasilkan tindak yang salah
 
Orang yang biasa tapi kerjanya luar biasa hasilnya akan luar biasa,
 sesuatu yang biasa dilakukan secara luar biasa
 hasilnya luar biasa, kita mampu berkerja luar biasa,
kecuali orang yang tidak luar biasa dan berkerja biasa-biasa saja .
tapi bila bercakap ialah yang luar biasa, boleh buat semua perkara

Kita perlu berubah dan jangan takut bila berubah
kita tidak akan hilang apa yang kita miliki bila kita berubah.
Berubah itu mudah, tapi kekal dengan perubahan itu mungkin payah

Kita nak cemerlang ,jangan mencari salah orang lain,Kenal potensi diri dan semak hasil kerja kita dan buktikan kita sememang dan selayaknya cemerlang, Cemerlang bukan dalam borang tapi hasil kerja dan penilaian orang lain dan kerja berkualiti dibuktikan.

Biar azab kurang makan dari azab lebih makan
Jangan fikir yang sedap saja Kadang-kadang kena fikir yang pahit,
 sebab yang pahit itu ubat, yang sedap itu racun
Biar buruk dimata orang tapi baik di mata Tuhan,
tentu lebih baik di mata Tuhan dan di mata orang.

Anak-anak ku dalam mengejar ilmu, jika tidak tahu banyak,
 tapi ingat  jangan menyembunyikan perkara  yang sadikit.

Mempertajam mata kapak satu minit ,
lebih baik  menghayun kapak satu hari.

Ada rakan kita ia orang yang gagal  
tapi ia menyalahkan orang lain, ia sebenarnya tersalah langkah,
Tersalah langkah bermula dari tersalah fikir,
Tersalah fikir bermula kita tersalah kenal diri kita.

Jangan lihat apa yang telah kamu selesaikan,
tapi lihat apa yang belum kamu selesaikan,
Kerja kita konsisten.Istikomah dalam kerja

Jika nak berjaya,jadilah orang yang mencari peluang dan
 jangan jadi orang yang menunggu peluang.

Orang berjaya mencari peluang membuat kerja,
orang yang pengalah/gagal cuba melepas diri,
melepas peluang dari membuat kerja

Orang berjaya kita akan nampak ia berusaha untuk berjaya,
tapi orang yang gagal akan berusaha mencipta alasan 
untuk keselesaan dirinya bukan untuk berjaya.

Orang yang berjaya memaksa dirinya untuk berubah,
manakala orang gagal akan berubah bila terpaksa atau dipaksa

Orang yang gagal akan memberi seribu masaalah dan alasan,
tapi oranag berjaya jadikan masalah dan alasan untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Ingat, sebalik kekurangan itu ada tersembunyi hikmah kekurangan.
Kita tidak gagal tapi kita belum berjaya lagi. Kita misti berani gagal, 
kerana sebalik kegagalan hikmah itu ada kejayaannya.

Allah tidak lihat siapa banyak amalan tapi
 Allah nak lihat siapa yang paling baik amalannya.
(ilmu, belajar, mendengar atau mencintai ilmu atau ulamak)

Kadang kali kita terlalu ingin apa yang orang lain dapat, 
tapi kita lupa kita sudah miliki apa yang Allah berikan kepada kita.
Kenal kehebatan kita kerana  Allah merezekikan.

Saya bukanlah orang hebat, tapi saya belajar dari orang yang hebat, Saya orang biasa tapi ingin menjadi orang yang luar biasa, Saya bukanlah orang yang istimewa tapi saya ingin membuat sesorang itu istimewa, kerana saya bukan orang yang gagal tapi saya akan   belum berjaya lagi- akan saya usaha dengan pertolongan dan izin Allah.

Bila kita berjiwa pensyarah, pasti kita berjiwa pendidik, berhati putih, suci dan tidak mengadu dumba dan mengubat mengeji.
Pastikan hati bersih dan minda terbuka ,tiada dendam dan prangsangka

Sekali kita menjadi pensyarah, kelakuan di tauladani dan perkataan kita dingati, amalan kita jadi panduan.

Ciri-cirikan sebagai guru dan pensyarah minda kelas pertama,
ada prinsip dan jati diri, jangan menongkat arus,
Pensyarah kenal hala tuju IPG, Penaraju Pendidikan Guru,
 Falsafah Melahir guru berbudi perkerti mulia.

Saya akan bersara ,saya tidak pencen, ayam yang pencen tiada nilai hanya untuk disembeleh dibuat laut, tapi orang bersara bertambah kualiti kehiduppan dunia dan akhirat,
penaraju kepimpinan mesyarakat dan
hidup lebih berkat kerana masa lebih banyak beribadat.

Hari-hari terakir saya ingin didikasi kepada guru ...
Semuga kita menjadi guru,yang hadirnya ditunggu
yang hilangnya dirindu, ilmunya diburu
nasihatnya diseru, tingkahlakunya ditiru

Guru pendidik mulia, Laksana kumtum kembang mekar
Memuncak nama pembela sejahtera
Abadi dalam harum namanya
Saya berdiri pagi kerana jasa guru mendidik menjadi pensyarah cemerlang
Terima kasih guruku, mengajar diri ini, membawa ke ladang ilmu
Dengan sabar tidak kenal jemu,
Dan yang kini ku petik buah kejayaan
Dari pohon segar dari guruku terbilang.

Terima kasih guruku budiman,
Yang merungkai erti kehidupanku
Yang menanam benih kemanusiaan,
Dari bintang kegelapan malam
Ditengah lautan jadi pedoman

Terima kasih guru,Yang membugar perkebunan budi
Lembut menyiram akal pekerti,
Tekun menyemai mulia peribadi
Jasa baki mu guru terhampar pasti,
Moga Tuhan sentiasa memberkati

Terima kasih guru tercinta,Dari murid mu di IPGKKB
Menyambut cabaran semangat perkasa
Memperkukuh iltizam membina bangsa
Gelanggang pendidikan guru dipersada
Modal insan jiwa pendidik di pelihara,
IPG,Penaraju  guru bertaraf  dunia

Pantun orang bersara
Orang bersara hatinya gembira
Hidup aman sebagai pesara
Kerja tidak perlu hidup disara
Nilai prestasi sudah tak dikira

Cukup bulan dapat bayaran
Buat belanja lauk dan sayuran
Sekali sekala mencari hiburan
Pergi melancong bersama jiran

Bangun pagi tidak tergesa
Senaman ringan diri selesa
Sarapan sadikit sekadar rasa
Tahap kesihatan sering diperiksa

Makan dan pakai hanya ala kadar
Jangan sampai masih tak sedar
Amalan yang buruk wajib dihindar
Jangan ditentang qada dan qadar

Perkara penting amal jariah
Menjaga kebajikan surau kariah
Anak dan cucu menambah mariah
Tiada masalah bimbang dan payah

Orang pencen orang kampung hormati
Teladan baik budi pekerti
Disana sini orang menanti
Mendengar cerita dikedai-kedai kopi


Hidup bersara terrasa lega
Tiada ISO dan MQA
Tidak banyak hati perlu dijaga
Hanya bermesra dengan jiran tetangga

Orang pencen anak dah besar
Cucunya ramai sedang membesar
Rumah dah selesa biarpun tak besar
Yang penting tiada masalah besar

Bagitu kesah usia dah tua
Suami isteri tinggal berdua
Pengalaman hidup dirasa semua
Kepada yang esa terserah jua.

Sasaran kerja orang bersara
Bangun pagi masjid berjemaaah
Banyak menghitung pahla dan dosa
Berbekal banyak  amalan,ganti yang lara.

Kaunselor baik doktor dan hospital
Istikoma temujanji, makan ubat berkala
Nasihat isteri amat berharga
Agar kesihatan sentiasa terbela.

Hidup harian penuh berharga.
Kawan sekeliling jiran tetangga
Kenderi kendara, jadual dijaga
Keluarga  bahagia hubungan berharga.

SEMPENA HARI MERDEKA PANTUN KEMERDEKAAN
Serikandi handal bermain sejata
Bijak pula bermain seloka
Aman harmoni negara tercinta
Berkat usaha sejak merdeka

Segak bergaya pehlawan gagah
Mengembara sampai ke Andalusia
Proton Perdana baru tampak megah
Barang buatan negara Malaysia

Mudik kehulu berkayuh sampan
Nahkoda belayar dipulau jawa
Tanah airku pusaka warisan
Rela berkorban harta dan nyawa.

Jika mahu pergi ke kota
Jangan lupa membeli cendawan
Negara kita tanggungjawab kita
Jadi teras pemupuk perpaduan.

Kepada Pengarah, Timbalan pangarah, KUP, PEK,pensyarah, Staf sokongan dan anak-anak pelajar semua, bersaksi majlis dalam dewan ini saya memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, jika selama ini saya melakukan kesalahan baik segi perbuatan atau tutur kata atau segi bahasa badan dan saya memaafkan semua orang yang berasa berdosa dengan saya kerana setiap malam tidak putus amalan amalan   memohon keampunan dan memaaf sesiapa saja yang kerana itulah ketenangan saya nikmati dalam kehidupan pada hari ini.  sunnah Nabi ia akan memaafkan, melupakan dan menyayangai dan mendoakan, mereka yang pernah membuat kesalahan. atau kejahatan . Terima kasih utucara majlis hari ini yang tersangat istimewa dan saya sekeluarga amat terhutang budi dan menghargai.
Sekian yang lemah datang dari saya, yang sempurna itu Allah SWT.