Sunday 28 February 2016

KHASIAT ULAM-ULAMAN



PEGAGA

1.    Semua jenis pegaga mempunyai zat protein, kalsium, ferum(zat besi), vitamin C, karaternoid (provitamin), gentian serta vitamin A.
2.    Khasiatnya:-
a.    Menajam tumpuan ingatan
b.    Penyegar tubuh, mampu marawat pitam
c.    Memulih masalah keguguran rambut serta melicin kulit, mengatasi masalah jerawat.
d.    Awet muda dengan melambatkan penutaan
e.    Menyembuh luka dan penyakit kusta
f.     Melegakan suhu badan

ULAM RAJA

1.    Mengandungi protein, lemak dan karbohidrat. Kaya dengan kalsium dan vitamin A.
2.    Khasiat dapat mencuci darah dan bahan toksin dan menguatkan tulang
3.    Merencatkan aktiviti bekteria.

CEKUR MANIS

1.    Mengandungi banyak provitamin A, karetenaoid. vitamin B, C protein dan juga mineral. Juga mengandungi kandungan nutrien yang tinggi.
2.    Memperbanyakkan susu selepas melahir anak, jus untuk mengubat sakit mata mereda deman dan deman panas

PUTAT

1.    Daun berlemak, enak dan boleh dijadikan ulam
2.    Astrak putat mempunyai sifat anti kanser terutama kanser ketumbuhan dan fibroid

PUDINA

1.    Sebagai ulam, dimakan mentah dalam laksa nasi berani atau sambal belacan dan juga diproses jadikan teh. Perubatan Cina pudina adalah daun bersifat sejuk
2.    Kehebatan pudina dapat mengubat penyakit berkaitan paru-paru, batuk, deman selsema. membuang angin, mengurang tekanan .

PETAI

1.    Kegunaan untuk membuat ulam
2.    Bijinya boleh merawat kencing manis dan mengubat masalah hati. Bagi kanak-kanak ia boleh mengubat kekacingan dan mengurang penyerapan kolesteral oleh usus.

SELOM

1.    Kelompok ulam-ulaman
2.    Paling berkhisat kerana dapat membersihkan darah dan mencuci toksin di dalam badan.

TIMUN

1.    Sejenis sayuran dan ulam-ulaman, boleh dimakan mentah dan dibuat masakan
2.    Khasiat utama menyingkir bahan toksin dalam badan. Mereda sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk.

Kesimpulannya ulam bukan saja pembantu untuk menyedapkan makanan tapi ia ada khasiat tersendiri untuk kesihatan tubuh badan. Kenalilah ulam-ulaman dan ketahui khasiat tersendiri untuk kesihatan tubuh badan.

MOHD,YAZID BIN DERAMAN

Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu, Kelantan.

PEMAKANAN UNTUK JANTUNG SIHAT.

7 TIP PEMAKANAN UNTUK JANTUNG
Tidak kira berapa usia anda, apa jenis pekerjaan atau pangkat anda, saya rasa anda masih belum terlambat untuk menjaga kesihatan jantung anda. Hari ini apabila anda membaca artikl ini,inilah masa yang terbaik untuk anda menjaga  dan mempertahankan kesihatan jantung anda.

Punca utama masalah jantung kita iala kolesteral. Kolesteral berada dalam mbadan kita dikenali sebagai lopoproteins. ( Low densinty lipoproteins LDL). LDL ini bukan Lembaga Hasil dalam Negeri tapi ialah sejenis kolesteral jahat yang menyebabkan kehadiran plak pada bahagian arteri atau pembuluh darah jika wujud dengan banyak. Ia menyebabkan saluran arteri mengecil dan menganggu peredaran darah atau lebid tepat saluran darah akan tersumbat. Keadaan ini menyebabkan peredaran darah terbantut dan penghantaran oksigen dan nutrien ke sel terganggu. Akibatnya seseorang akan mengalami masalah serangan jantung atau strok. High densitu lipoproteins. HDL sejenis kolesterol yang baik yang berkeupayaan mengapuskan LDL yanng menyekat saluran erteri untuk dibawa kebahagian ati dan dibuang.

Cara mudah menjaga jantung anda agar sentiasa sihat ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu bua-buahan dan tumbuhan semulajadi yang mempunyai zat yang baik untuk kesihatan jantung anda. Antara tip-tip pemakanan sihat untuk menjaga jantung anda ialah
            1          MAKANAN BERASASKAN OAT

                        Oat kaya dengan beta glucan sejenis serat yang berkerja seperti span                                            yang boleh mengigis kolesterol.

            2          KEKACANGAN  BADAN

                        Badan mengandungi dua jenis antioksidan yang berkuasa iaitu vitamin E                         dan flavonoids yang berupaya menghapuskan LDL disamping                                                         mengelakkan perkembangan plak.

            3          BAWANG PUTIH

                        Bawang putih menghalang keupayaan hati mnghasilkan kolesterol.

            4          MAKANAN MENGANDUNGI PHYTOSTEROL

                        Phytosteral sejnis lemak yang ditemui dalam tumbuhan seperti                                                        bijiran,kekacang,  bijiran dan minyak sayuran. Ia bertindak menyerap                                              kolesterol dengan mengelak kolesterol daripada masuk dalam 
                        sel tubuh anda.

            5          EPAL

                        Epal jaya dengan polyphenols sejenis antioksidan yang berkuasa untuk                                           menghalang perkembangan plak.

            6          KEKACANG

                        Kekacanag mengandunginsejenis serat yang mudahnancur istimewa  yang akan                         menjalani proses penapaian dalan colon. bekteria sihat   akan                                                         memakan serat dan kekacang tersebut untuk mengasilkan kitaran pendek asid                           lemak yang seterusnya akan bergerak  ke bahagian hati dan seterusnya                                       mengelakkan penghasilan kolesterol  LDL.

              7          PROTEIN SOYA

                         Protein soya mengandungi phytoestrogens yang berupaya memperbaiki                                        kemampuan  hati untuk mengelakkan kehadiran kolesterol dalam saluran                                      darah
            

            Mohd.Yazid bin Deraman
            Pensyarah Cemerlang PJK, IPG KKB.

Monday 1 February 2016

PROFESIONALISME

CIRI-CIRI PROFESIONALISME DALAM ORGANISASI.
(Mohd.Yazid Deraman . IPG Kampus Kota Bharu)

PENGENALAN

Profersionalisme angota dalam organisasi misti mempunyai ilmu yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab demi menghasilkan budaya kerja cemerlang dan pengurusan yang berkualiti, menyelesai masala secara profesional untuk menghasil perkhidmatan yang efisen dan afektif.
Justeru itu rakan-rakan IPGKKB dan rakan di jabatan  berkewajipan untuk meningkatkan ilmu, kecekapan, kebolehan, kemahiran berkaitan dalam bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing.

CIRI-CIRI PROFESIONALISME

1.    KEJUJURAN INTELEKTUALISME
Kejujuran intelektual ialah menjalankan tugas dan tanggungjawab pergurusan organisasi berdasarkan dasar yang telah digariskan. Melaksana dengan ikhlas tampa memalsukan maklumat penting

2.    NEUTRALITI
Tidak memihak mana-mana individu atau kumpulan. Sudut pengurusan bersedia serta berusaha melaksana semua dasar, program dan aktiviti yang dirancang oleh organisasi.

3.    KEPIMPINAN
Sebagai contoh dan tauladan dalam organisasi. Kepimpinan berkesan bukan pada kuasa tapi keupayaan memimpin, merangsang,membangun dan mengembeling tenaga kerja, kepakaran, sumber bagi mencapai matlamat iorganisasi. kepimpinan yang baik ada wawasan yang jelas, menmyapaikan matlamat organisasi jelas dan mudah dan dapat digembelingkan semua kpakaran dengan sisitematik dan berkesan.

4.    BERKERJASAMA
Dammorganasisi kerjasama setiap individu dan  unit, bahagian, jabatan penting dan perlu penyelarasan yang berkesan untuk capai objektif dan matlamat organisasi.

5.    KREATIVITI DAN INOVASI
Organiassi perlu ada kakitangan atau organisasi itu sendiri membuat pembaharuan dalam pengurusan dan pentadbiran untuk mengurang tekanan dalam pentadbiran.Kreativiti dan inovasi ialah nilai tambah yang perlu dibangun jika ingin meningkat produtiviti .krra aktif dan tidak tertangguh.kreativiti dan inovasi di kalangan kakitangan organisasi dapat menyelesaikan masalah 

6.    PELANGGANG
Budaya kerja cemerlang dan pengurusan berkualiti misti berorentasikan pelanggang. Asperasi pelanggang misti diutamakan. Anggota organisasi perlu ada pemikiran terbuka, mendampingi dan mendapat maklumbalas daripada pelanggang.

7.    PEMAJUAN DIRI
Kakitangan organisasi misti memajukan diri sendiri, misti letak targt dan tahap pencapian setiap tugas dan tanggungjawab untuk dicapai dalam satu jangka masa yang perlu dirancang.Perlu meningkat ilmu, kepakaran, kecekapan, kebolehan dan kemahiran dalam bidang tugas. Pupuk semangat ingin tahu, fikiran resional,saintifik san semangat ingin berbudi, berbakti dalam m,enyelesai masalah organisasi.

8.    PENGURUSAN DIRI
Mengurus personaliti penting untuk mendapat kepercayaan organisasi dan mesyarakat terhadap kredibiliti organisasi tempat bertugas. Kakitangan yang berpersonaliti dan berdisiplin serta berhemah dapat meningkatkan lagi nilai  profenalisme dan kualiti organisasi.

9.    AKUNTABILITI
·         Tanggungjawab terhadap tugas diamanah
·         Tugas dilaksana mengikut peraturan, undang-undang, prosidur dan arahan yang diberikan.
·         Misti berhati-hati, cermat, teliti, cekap dan tidak membazir sumber.
·         Satu kaedah kawalan supaya undang-undang dan peraturan dipatuhi dan sistem berkesan capai matlamat organisasi.
·         Peranan akuntabiliti berkaitan rapat pengurusan kewangan yang cekap, sisitematik dan amanah.
·         Patuhi tatacara pengurusan pihak atasan. Perancangan dan pelaksanaan projek keutamaan akuntabiliti sebab proses pelaksaaan yang kompleks memerlukan akuntabiliti
·         Pelaksanaan tanggungjawab dan tugas berkesan memerlukan kawalan,kawalan disiplin dan tata tertib yang mematuihi perintah am
·         Kegagalan dalam akuntibiliti kerana kurang pengawasan, pengesanan yang lembab, rekod yang tidak teratur dan kakitangan kurang kepakaran serta kurang bertanggungjawab.
          
         MENGATASI MASALAH AKUNTIBILITI DALAM ORGANISASI
·         Menjelaskan  akuantabiliti tugas,dan  tanggungjawab
·         Memperinci  tugas dan tanggungjawab setiap kakitangan
·         Dinyatkan dalam bentuk dokumentasi bertulis, yang jelas mengandungi peraturan, undang, prosidur dan arahan.
·         Menguatkuasakan sistem kawalan
o   Agihan belanjawan berkesan
o   Mengawas dan mengawal pengunaan tenaga manusia, aset dan perkhidmatan
o   Perakunan yang cekap dan kemaskini.
·         Kawalan audit dalaman untuk tingkatkan keupayaan dan mengesan kelemahan.
·         Peraturan dan arahan perlu tegas dan berkesan dan kosisten.
·         Kerenah birokrasi perlu dikurangkan. atau dihapuskan jika akuntabiliti  berjalan dengan baik.
·         Akauntabili harus bermula setiap kakitangan, Bersedia menilai kelemahan dan melaku koreksi diri dan menerap nilai murni dalam perkhidmatan.. Juga misti rasa bangga dengan budaya kerja cemerlang dan pengurusan berkualiti yang beramanah, cekap dan didikasi.

        SYARAT DIPERLUKAN MELAKSANA AKAUNTIBILITI
·         Kakitangan diberitahu dengan jelas tentang kefahaman, tugas dan tanggungjawab
·         Kakitangan berkeupayaan memahami dan melaksana tugas mencapai tahap yang diharapkan.
·         Kakitangan mistilah ada komitmen tidak berbelah bagi dan keutamaan preference.

10. PENGURUSAN MASA
Pengurusan masa yang baik dan berkesan asas dalam pembentukan sikap yang positif pengurusan masa yang baik mengelakkan axecutive stress atau tekanan kerja dan meningkat produktitiviti dan kualiti.
Bagaimana pangurusa masa yang betul dalam organisasi:-
·         Perancangan kerja yang teratur, menyenaraikan keutamaan kerja dan mengadakan chectlist senarai semak untuk merancang dan mengawal kerja.
·         Delegasi kuasa pada orang lain kongsi tanggungjawab bersama, tidak wajar disia-siakan
·         Elakkan ganguan kerja.
·         Tempat kerja sebagai yang berharga dan bernilai
·         Pengurusan mesyuarat yang baik dan ada agenda tindakan capai objektif.
·     Adakan prinsip follow up dan follow through.mengikut keperluan dan keadaan secara teliti dan teratur.

11. KEPUTUSAN
·   Dalam organisasi membuat keputusan tidak dapat dielakkan.Dasar dan peraturan memerlukan keputusan yang tepat, adil dan saksama.
·         Ciri perkhidmatan berkualiti ialah kemahiran membuat keputusan.Keputusan perlu dibuat secara profesionalisme dan kualiti pemikiran.
·         Dalam proses kerja membuat keputusan mengatasi kekaburan, penyelewengan, ketidakkepastian pinting

KESIMPULAN


Budaya kerja cemerlang dan pengurusan berkuliti  banyak dipengaruhi oleh nilai dan etika. Falsafah idup mencorak nilai dan tahap profesionalisme kakitangan. Nilai utama digali ilah ilmu,kebijaksana, keadilan dan iktikad. Etika adalah pemelihara tingkahlaku dan dikawal olah iman dan takwa..Implikasi dan cetusan budaya kerja cemerlang dan dan pengurusan berkualiti peningkatan tahap profesionalisme ialah kelahiran kepercayaan dan nilai selaras dengan aliran kemajuan teknologi masa kini.