Monday 1 December 2014

ASID DALAM TUBUH KESAN PADA KESIHATAN

Mohd.Yazid Deraman
(IPG kampus Kota Bharu, Kelantan)

Punca penyakit dewasa ini salah satu faktor utama yang dikenalpasti ialah keasidan badan yang berlebihan. Ia pembunuh senyap yang boleh mengacam manusia. Tubuh yang mempunyai keasidan yang tinggi dan paras PH yang rendah sukar menyerap vitamin, kalsium dan mineral dalam tubuh. Pemakanan yang tidak sihat dan kekurangan oksigen dalam badan penyumbang utama kepada peningkatan  dan pengumpulan asid dalam badan. Sekiranya tiada tindakan meneuturalkan asid dan mengekalkan PH dalam badan yang sihat pelbagai penyakit kronik akan muncul dan memberi kesan kepada kesihatan kita.

KANSER – Tahab asid yang tinggi  melemahkan fungsi darah untuk memerangkap oksigen. Apabila sel dalam badan tidak mendapat oksigen yang cukup, maka sel yang mati  berpotensi sebagai  sel kenser.

KENCING MANIS- Kumuhan berasid akan berkumpul dalam Penkreas yang lama kelamaannya akan menyebabkan ia menjadi lebih berasid dan menghalang daripada penghasilan insulin.

DARAH TINGGI- Toksin dalam badan melekat dan berkumpul dalam dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit menyebabkan  tekanan darah meningkat.

DARAH RENDAH – Toksin yang terkumpul akan menyebabkan ion kalsium dalam jantung yang boleh menyebabkan aktiviti jantung menjadi lemah dan tekanan darah menjadi rendah.

ASMA KRONIK- Pengambilan asid terus menerus, parasit dan bakteria akan merebak dan akan menyebabkan penurunan tahap oksigen. Kesan jangka panjang akan menyebabkan  keletihan yang kronik dan tahap tenaga yang rendah.

BUAH PINGGANG- Kegagalan buah pinggang peringkat akhir akan menyebabkan kehilangan fungsi normanya. PH dalam badan perlu dikekalkan untuk kesihatan  buah pinggang dan fungsinya.

Sumber Mingguan Malaysia Ahad 30 Disember 2014