Thursday 9 February 2012

AMALI PERGERAKAN ASAS


PENGENALAN

Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar (pergerakan lokomotor). Manakala pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar (pergerakan bukan lokomotor). Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar.

            Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

            Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

           









Pergerakan secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu :
1.         Ruang
Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti :
a.         aras                -           tinggi, sederhana, rendah
b.         arah                -           hadapan, belakang sisi, atas, bawah
c.         aliran              -           awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag
d.         ekstensi         -           mengecil, membesar

2.         Masa
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.
a.         Serta-merta   - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas, spontan dan dinamik.

b.            Kawal-lambat -  Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.









3.         Beban
Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan.
a.         Halus-ringan            - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.

b.         Berat-kuat      - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.

4.         Aliran
Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat.



MATLAMAT

  1. Memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
  2. Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak.
  3. Mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ).
  4. Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.



OBJEKTIF

  1. Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan.
  2. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik.
  3. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran.
  4. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
  5. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.
  6. Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan.
  7. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan.
  8. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.


KUMPULAN SASARAN :
Murid Tahap 1 ( Tahun 1, 2 & 3)

Panduan pelaksanaan demonstrasi  : 
Rujuk muka surat seterusnya.

Senarai alatan tangan  : 
Kayu



(a)        Bukan Lokomotor
Bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.




Pergerakan  1 (Bukan Lokomotor)

Meringkuk dan meregang
Ø  Meregang badan secara berdiri

Cara melakukan:
      i.     Berdiri tegak dan kaki kemudiannya di kangkang seluas bahu
    ii.     Kayu dipegang di tangan dan badan diregangkan ke kiri dan kembali ke tengah.
   iii.     Langkah ii diulangi dengan badan diregangkan ke kanan dan kembali ke tengah.

Gambar






Pergerakan  2 (Bukan Lokomotor)

Imbangan
Ø  Imbangan dengan satu tapak sokongan

Cara melakukan:
      i.     Berdiri tegak di atas kaki kiri.Kaki kanan dibengkokkan diarah sisi badan dan diletakkan di atas kaki kiri.
    ii.     Kayu dipegang dengan kedua-dua tangan secara lurus.
   iii.     Setelah bersedia, tangan diangkat ke atas serta kayu dipegang dengan kedua-dua belah tangan secara melurus.

Gambar








Pergerakan  3 (Bukan Lokomotor)

Mengecut dan meregang
Ø  Duduk sambil kaki dikilaskan ke kiri dan ke kanan.

Cara melakukan:
      i.     Duduk di atas lantai.
    ii.     Lutut dibengkokkan dan dikilaskan ke kanan dan ke kiri.
   iii.     Badan dibongkokkan serta kepala diletakkan ditengah-tengah lutut yang dikilaskan.
   iv.     Kedua-dua tangan dirapatkan kepada lutut yang dikilaskan  sambil memegang kayu seperti memegang handle motosikal.


Gambar





Pergerakan  4 (Bukan Lokomotor)

Melentik
Ø  Melentik badan sambil berdiri melentik ke arah kanan dan kedua-dua tangan diangkat sambil memegang kayu secara lurus.

Cara melakukan:
      i.     Dalam keadaan berdiri badan dilentikkan kearah kanan.
    ii.     Kedua-dua tangan diangkat ke atas sambil memegang kayu seperti memegang handle motosikal.
   iii.     Setelah selesai, kembali berdiri.

Gambar







Pergerakan  5 (Bukan Lokomotor)

Memusing
Ø  Memusing badan secara berdiri, mula dengan kaki bersilang dan kedua tangan ke atas.

Cara melakukan:
      i.     Berdiri tegak dan kaki kemudiannya di silangkan.
    ii.     Tangan diluruskan ke atas dan kayu dipegang di tangan seperti memegang handle motosikal.
   iii.     Langkah badan dipusingkan secara perlahan-lahan sebanyak 360°.

Gambar





(b)       Lokomotor
Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Pergerakan  6 (Lokomotor)

Do-si-do
Ø  Berjalan empat langkah ke hadapan dan mengundur 4 langkah

Cara melakukan:
      i.     Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.Kayu dipegang di tangan kanan.
    ii.     Pergerakan dimulakan dengan kaki kiri ke depan dan kayu dihayunkan.
   iii.     Berjalan empat langkah kehadapan.
   iv.     Pergerakan undur dimulakan dengan kaki kanan dan kayu dihayunkan disebelah tangan kiri.

Gambar







Pergerakan  7 (Lokomotor)

Galop
Ø  Galop lutut tinggi

Cara melakukan:
      i.     Berdiri tegak, kayu dipegang seolah-olah memegang handle motor.
    ii.     Galop dimulakan setelah bersedia.

Gambar



Pergerakan  8 (Lokomotor)

Mengguling
Ø  Guling sisi

Cara melakukan:
      i.     Meniarap di atas lantai sambil kaki dikepit.
    ii.     Kedua-dua tangan ke atas dan dirapatkan. Kayu dipegang dengan kedua-dua belah tangan secara menegak ke atas.
   iii.     Berat badan dibawa ke sisi sebelah kanan dan menolak tubuh sehingga badan berguling.

Gambar














Pergerakan  9 (Lokomotor)

Skip
Ø  Skip berlari

Cara melakukan:
      i.     Berlari anak sambil bola ditangan
    ii.     Skip dilakukan sambil berlari dan bola dilantunkan ketanah pada masa yang sama.

Gambar










Pergerakan  10 (Lokomotor)

Merangkak
Ø  Merangkak lutut sentuh lantai

Cara melakukan:
      i.     Bersedia dalam keadaan merangkak. Kayu diletakkan di hadapan lutut.
    ii.     Semasa bergerak kayu digerakkan dengan  lutut menolak kayu secara perlahan-lahan.
   iii.     Langkah ii diulangi sehingga habis .

Gambar






RUMUSAN
            Kemahiran pergerakan asas adalah kemahiran yang penting dan mesti dipelajari oleh setiap pelajar bagi memastikan mereka mempunyai postur tubuh yang seimbang. Disamping itu juga, kemahiran pergerakan asas ini adalah merupakan pergerekan asas kepada pergerakan gimnastik. Pergerakan ini juga dapat memberikan panduan kepada guru ketika keluar mengajar nanti yang cenderung merujuk kepada pergerakan asas yang terdapat dalam silibus pelajaran. Diharapkan ujian amali ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna

Wednesday 8 February 2012

Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Kanak-Kanak Berkerperluan Khas.

Pendidikan Jasmani Suaian
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
(Mohd.Yazid Deraman,)
Ketua Jabatan PJK IPG Kota Bharu

Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun matapelajaran pendidikan jasmani tidak diuji dalam peperiksaan awam di Malaysia, subjek ini nyata signifikan kerana merupakan satu-satunya bidang pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani yang tidak disentuh oleh matapelajaran-matapelajaran lain dalam hal berkaitan dengan empat taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, subjek ini menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang hayat.

Dalam konteks hubungan antara pendidikan jasmani dengan pendidikan formal, pendidikan jasmani merupakan penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke dalam masyarakat (de Vries, 1995). Pendidikan formal ialah proses di mana masyarakat, melalui sekolah, universiti dan lain-lain institusi pengajian menurunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkumpul daripada satu generasi ke satu generasi. Sekolah merupakan salah satu institusi pengajian formal. Subjek pendidikan jasmani di sekolah pula dirangkumkan ke dalam kurikulum persekolahan. Pendidikan jasmani merupakan satu bentuk pendidikan formal (de Vries, 1995). Malah, pendidikan jasmani dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding dengan subjek lain. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif (intelektual), sedikit ruang untuk aspek rohani (afektif) dan hampir tiada ruang untuk aspek psikomotor dan fizikal. Aspek-aspek yang dinyatakan adalah amat penting kepada golongan berkeperluan khas kerana sebahagian pelajar mengalami masalah fizikal seperti pertumbuhan otot dan deria yang tidak sempurna. Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan rawatan perubatan sahaja tetapi pakar perubatan telah memperkenalkan program terapi fisio yang dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1998). Oleh yang demikain pengajaran pendidikan jasmani suaian untuk pelajar khas yang dirancang dengan baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi falsafah kurikulum bersepadu yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia.

Aktiviti jasmani suaian untuk golongan khas kurang diberikan perhatian pada masakini. Malah, jika dilihat daripada skop yang lebih luas, pendidikan jasmani suaian untuk golongan khas adalah lebih kritikal daripada golongan normal.Di Malaysia tidak banyak tempat-tempat yang disediakan sesuai untuk memberi peluang kepada golongan khas untuk beriadah terutamanya di luar kawasan sekolah khas. Golongan normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi golongan khas pula sukar mendapat peluang untuk turut serta aktiviti yang dijalankan. Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas untuk melibatkan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar berkeperluan khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang kurang sempurna. Contohnya terdapat di kalangan pelajar yang mengalami otot-otot yang kurang sempurna tidak dapat melakukan pergerakan seperti pelajar biasa. Begitu juga yang mengalami masalah deria tidak dapat bergerak sebebas dan sepantas pelajar biasa. Ini akan mengakibatkan mereka merasa rendah diri dan tersisih. Aktiviti pendidikan jasmani yang bersesuaian perlu disediakan untuk melatih dan melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. Selain daripada itu aktiviti pendidikan jasmani suaian juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini.

Masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani kepada pelajar-pelajar khas yang disuarakan oleh guru-guru di sekolah percantuman dan sekolah khas adalah seperti berikut:

i. kekurangan guru pendidikan jasmani yang berkelayakan

ii. jumlah pelajar yang terlalu ramai untuk pengajaran yang kondusif
iii. peralatan yang tidak sesuai bagi pelajar khas
iv. pelajar khas yang dipinggirkan oleh pelajar normal
v. cuaca yang panas dan tidak kondusif kepada pelajar khas
vi. masalah fizikal bagi pelajar-pelajar khas
vii. kurang upaya yang berbeza-beza pelajar-pelajar khas
viii. tingkah laku pelajar khas kerana terdapat mereka yang agresif
ix. masalah komunikasi antara guru biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan pelajar normal.

Faktor-faktor tersebut merupakan beberapa halangan yang menyebabkan kesukaran untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani atau walau pun guru-guru menyedari pentingnya aktiviti ini kepada pelajar khas. Kadang-kadang aktiviti ini tidak dapat dijalankan langsung kerana faktor-faktur keselamatan kawasan atau peralatan yang hendak digunakan tidak bersesuaian dan boleh membahayakan pelajar sekiranya digunakan.


Pendidikan jasmani yang dilaksanakan secara tidak terancang dan sesuai untuk sesuatu kategori keperluan khas tidak membawa sebarang kesan yang positif kepada perkembangan fizikal, emosi dan mental. Kategori kesihatan yang paling utama untuk pelajar yang mempunyai kekurangan upaya secara fizikal yang melibatkan aspek kesihatan ialah apabila kekurangan-kekurangan itu sendiri boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan individu tadi secara timbal balik (Heller, 2000). Aktiviti fizikal terancang menjadi lebih penting kerana banyak kecacatan yang dialami oleh pelajar khas seperti kekejangan otot menyebabkan mereka sukar untuk melakukan sesuatu pergerakan dan menghadkan pergerakan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Otot-otot yang kurang sempurna ini sepatutnya perlu dilatih dan dilazimkan ke tahap yang melebihi optimum bagi membantu mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. Aktiviti pergerakan dalam pendidikan jasmani boleh membantu mengurangkan atau mengendurkan ketengangan yang dialami. Selain itu aktiviti pendidikan jasmani juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini. Tanpa aktiviti fizikal yang direka khas dan diubah suai juga adalah meyukarkan untuk golongan khas ini berpeluang bermain dengan adil, bermain bersama rakan-rakan yang mempunyai kekurangan yang sama, persekitaran kawasan yang sesuai dan selamat; dan peralatan yang khas yang diperlukan untuk tujuan beriadah.

Guru yang mengajar pendidikan jasmani juga perlu mempunyai sikap penyabar dan positif apabila berdepan dengan kanak-kanak khas ini. Tidak kurang penting juga, mereka perlu peka mengenai perbezaan yang terdapat pada anak didik mereka. Contohnya guru yang mempunyai pelajar spina bifida dalam kelasnya perlu membuat perubahan seperti merancang kelas supaya pelajar ini berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal, mengubah suai persekitaran untuk mengegalakkan mobiliti dan pergerakan dan mengelak pergerakan yang boleh mendatangkan rasa kurang selesa dan kesakitan kepada pelajar tadi. Selain itu guru pendidikan jasmani perlu mampu mengenalpasti dengan cepat tanda-tanda dan simptom seperti kulit yang tercedera atau jangkitan urinari. Begitu juga, contohnya, kelas yang mempunyai pelajar sawan. Guru perlu membuat perubahan supaya aktiviti itu tidak terlalu menekan jiwa pelajar. Sebagai langkah berjaga-jaga, guru ini perlu mengingatkan pelajar untuk mengambil medikasi terlebih dahulu dan dengan cepat mengenalpasti tanda-tanda dan simptom distres semasa aktiviti (Heller, 2000; Jansma & French 1994; Pangrazi & Darst, 1994).

Program aktiviti fizikal terancang untuk golongan khas tidak kurang penting seperti juga golongan normal. Faedahnya tidak terhad kepada kesihatan fizikal, tetapi juga merangkumi kesihatan psikologikal, termasuk pembentukan kognitif, sosial, afektif dan moral mereka yang mengikuti program ini. Kesempatan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasa seronok dan berguna. Sebagai tambahan, apabila seseorang pelajar itu berjaya menguasai sesuatau kemahiran, pelajar ini akan meningkatkan konsep kendiri (self-concept), penghargaan kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri (self-confidence) (Hvozdovic, 2003). Keterangan-keterangan ini sesuai dengan definisi yang diberikan oleh Jansma dan French (1994) yang merujuk pendidikan jasmani suaian sebagai “modifikasi aktiviti fizikal tradisional bagi membolehkan individu kurang upaya berpeluang untuk mengambil bahagian secara selamat, berjaya, dan mendapat kepuasan” (Jansma dan French, 1994).
AMALAN PROFESIONAL (PRAKTIKUM) .
(MOHD.YAZID BIN DERAMAN S.M.K)
Ketua Jabatan.Jabatan Pendidikan Jasmani. IPG Kampus Kota Bharu

Amalan professional semasa praktikum merupakan komponem penting dalam kurikukum latihan perguruan berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Falsafah Pendidikan Guru, Misi, visi IPG. Semasa amalan ini dilaksankan di sekoloah pelajar mengaplikasi ilmu dan kemahiran ke situasi Pengajaran dam Pembelajaran sebenar di bilik darjah . Di sekolah, semasa pelaksanaan, bimbingan dan latihan diutamakan dari penilaian. Proses ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian pintar IPGM dan sekolah,

MATLAMAT
      Pelajar menguasai dan mengamalkan segala konsep,prinsip, teori, kemahiran dan nilai
      Amalan profesional membantu meningkatkan perkembangan potensi pelajar supaya mempunyai daya ketahanan diri menghadapi cabaran di sekolah.
      Program ini melahirkan insan guru profesional, memiliki sahsiah guru dan bukan dibilik darjah semata-mata.

OBJEKTIF AMALAN PROFESIONAL

      Memupuk sifat positif, meningkat daya ketahanan diri dan mengamalkan amalan profesional.
      Membina daya suai, daya tahan, daya cipta dan kreativiti.
      Meningkat kemahiran memerhati, keperihatinan kepekaan terhadap murid.
      Menyesuaikan diri dengan budaya sekolah
      Menyepadukan teori dengan amali pengajaran
      Memupuk sifat positif, meningkat daya ketahanan diri dan mengamalkan amalan profesional.
      Membina daya suai, daya tahan, daya cipta dan kreativiti.
      Meningkat kemahiran memerhati, keperihatinan kepekaan terhadap murid.
      Menyesiakan diri dengan budaya sekolah
      Menyepadukan teori dengan amali pengajaran
      Menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pemgajaran dan pembelajaran.
      Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah P & P
      Membuat refleksi,penilaian kendiri dan penambahbaikan semua aspek tugas guru.
      Membina teori ,ilmu binaan dan ilmu profesional perguruan.







PANDUAN PENGUNAAN BORANG PR 1

  1. Empat komponen  fokus bimbingan
  2. PR 1 sebagai rujukan membuat penilaian dan rumusan akhir praktikum
  3. Salinan PR 1 lengkap misti diberikan kepada pelajar selepas bimbingan bertujuan untuk memberi maklumbalas dan dimasukkan dalam portfolio
4.      Borang PR 2 untuk penyeliaan bersama pensyarah dan guru pembimbing  SULIT dan tidak boleh diberikan kepada pelajar

PERANCANGAN

      HASIL PEMBELAJARAN
      Eksplisit
      Tepat
      Jelas
      Mengikut kebolehan murid
      Mengikut kehendak sukatan pelajaran.

      ISI PELAJARAN
      Sesuai dengaan hasil pembelajaran
      Sseuai dengan sukatan
      Pemerikatan isi jelas mengikut urutan
      Mencapai hasil pembelajaran.

      STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
      Strategi  amat sesuai,berketepatan.
      Mengambil kira semua aspek pengajaran
      Unsur ICT dan KMD.

SUMBER  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
      Amat baik dan sesuai
      Amat membantu proses pengajaran
      Pengunaan ICT.

NILAI
      Pemilihan amat sesuai untuk diterap melaui pelajaran
yang disampaikan.

UNSUR KEMAHIRAN BERFIKIR
      Amat jelas dan sesui
      Terdapat lengkah pengajaran menggunakan kemahiran berfikir.
      Terdapat aktiviti melibat pelajar mencapai objektif kemahiran berfikir.
      Rancangan pengunaan alat berfikir jelas
      Terdapat perancangan pengunaan teknik penyoalan,

PELAKSANAAN

PERMULAAN
      Amat berjaya mewujudkan kesediaan murid untuk belajar.
      Pelaksanaan set induksi amat sesuai. Menarik, menyeronok
      Memotivasi semua murid atau tidak.

PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN
      Berjaya melaksana langkah pengajaran dengan amat teratur
dan terkawal.
      Maklumat dan bahan diajar berjaya disampaikan
 berperingkat-peringkat.
      Kadar kelajuan penyampian sesuai dengan tahap kebolehan murid
      Boleh mempelbagaikan aktiviti mengikut kebolehan murid
      Menepti hasil pembelajaran
      Berjaya mengawal semua murid dalam kelas.

PENGURUSAN BILIK DARJAH
      Berjaya mewujudkan persekitaran pembelajaran
sebahagian besar murid.
      Beraya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang  kondusif
      Dapat memotivasi sebahagian besar murid
      Dapat mengawal disiplin murid dengan baik
      Arahan amat jelas, dipatuhi oleh sebahagian besar murid.


SIKAP DAN SAHSIAH
PENAMPILAN DIRI
      Menunjukkan kenmyakinan diri dalam semua perlakuan
      Mesra dan memliki sifat kecindan
      Dapat menimbulkan kesan menyenangkan
      Bersopan santun dan berbudi bahasa
      Berwibawa sebagai guru.
      Amat berjaya menyesuaikan diri dalam keadaan dan situasi.
KEPERIHATINAN
      Amat perihatin
      Menunjukkan sifat kemanusiaan,peka bertimbang rasa,
sabar impeti dan akrab
      Mengambil berat semua masalah,kepentingan dan kebajikan pelajar.
      Dapat memgambil tindakan sesuai dengan masalah yang dihadapi.
PEKERTI
      Menunjukkan budi pekerti luhur,terpuji dan berbudi bahasa
      Dapat menyesauaikan diri dan tingkahlaku sebagai guru
      Amat sesuai model kepada murid.
SIFAT PROFESIONAL
      Sedia berkorban masa dan tenaga melaksana tugas.
      Sentiasa menunjukkan t/jawab dan iltizam yang tingi
      Berkerja bersungguh sebgai anggota profesional dalam pasukan sekolah
      Menyedia penyediaan mengajar amat kemas dan teratur.


KESIMPULAN
Amalan professional merupakan peluang terbaik kepada pelajar untuk mempraktik semua ilmu dan teori yang dipelajari di IPG dapat diamalkan disekolah malah apa yang diperlukan ia boleh mencetus dan menghasilkan teori pembelajaran yang tersendiri mengikut acuan dan keperluan dan budaya sekolah. Seama pelaksanaan amalan professional ini adalah diharapkan terutama pelajar-pelajar pendidikan jasmani di IPGKKB mendapat bimbingan dan latihan yang sempurna dari kepakaran pensyarah dan bimbingan guru-guru yang berpengalaman disekolah. Proses ini sangat memerlukan kerjasama pintar,program latihan yang sistematik, bersifar developmental supaya pelajar dapat mengukuhkan ilmu professional perguruan untuk menjadi guru permulaan yang berkesan
Selamat menjalani latihan praktikum kepada pelajar-pelajar saya program Ijazah Sarjan muda Perguruan Pendidikan Jasmani semuga anda berjaya dengan cemerlangnya .


SUMBER RUJUKAN ; Garis Panduan Amalan Profesional, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian. IPG.Kementerian Pelajran Malaysia.