Thursday 9 February 2012

AMALI PERGERAKAN ASAS


PENGENALAN

Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar (pergerakan lokomotor). Manakala pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar (pergerakan bukan lokomotor). Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar.

            Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

            Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

           









Pergerakan secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu :
1.         Ruang
Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti :
a.         aras                -           tinggi, sederhana, rendah
b.         arah                -           hadapan, belakang sisi, atas, bawah
c.         aliran              -           awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag
d.         ekstensi         -           mengecil, membesar

2.         Masa
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.
a.         Serta-merta   - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas, spontan dan dinamik.

b.            Kawal-lambat -  Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.









3.         Beban
Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan.
a.         Halus-ringan            - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.

b.         Berat-kuat      - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.

4.         Aliran
Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat.



MATLAMAT

  1. Memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
  2. Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak.
  3. Mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ).
  4. Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.



OBJEKTIF

  1. Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan.
  2. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik.
  3. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran.
  4. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
  5. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.
  6. Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan.
  7. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan.
  8. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.


KUMPULAN SASARAN :
Murid Tahap 1 ( Tahun 1, 2 & 3)

Panduan pelaksanaan demonstrasi  : 
Rujuk muka surat seterusnya.

Senarai alatan tangan  : 
Kayu



(a)        Bukan Lokomotor
Bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.




Pergerakan  1 (Bukan Lokomotor)

Meringkuk dan meregang
Ø  Meregang badan secara berdiri

Cara melakukan:
      i.     Berdiri tegak dan kaki kemudiannya di kangkang seluas bahu
    ii.     Kayu dipegang di tangan dan badan diregangkan ke kiri dan kembali ke tengah.
   iii.     Langkah ii diulangi dengan badan diregangkan ke kanan dan kembali ke tengah.

Gambar






Pergerakan  2 (Bukan Lokomotor)

Imbangan
Ø  Imbangan dengan satu tapak sokongan

Cara melakukan:
      i.     Berdiri tegak di atas kaki kiri.Kaki kanan dibengkokkan diarah sisi badan dan diletakkan di atas kaki kiri.
    ii.     Kayu dipegang dengan kedua-dua tangan secara lurus.
   iii.     Setelah bersedia, tangan diangkat ke atas serta kayu dipegang dengan kedua-dua belah tangan secara melurus.

Gambar








Pergerakan  3 (Bukan Lokomotor)

Mengecut dan meregang
Ø  Duduk sambil kaki dikilaskan ke kiri dan ke kanan.

Cara melakukan:
      i.     Duduk di atas lantai.
    ii.     Lutut dibengkokkan dan dikilaskan ke kanan dan ke kiri.
   iii.     Badan dibongkokkan serta kepala diletakkan ditengah-tengah lutut yang dikilaskan.
   iv.     Kedua-dua tangan dirapatkan kepada lutut yang dikilaskan  sambil memegang kayu seperti memegang handle motosikal.


Gambar





Pergerakan  4 (Bukan Lokomotor)

Melentik
Ø  Melentik badan sambil berdiri melentik ke arah kanan dan kedua-dua tangan diangkat sambil memegang kayu secara lurus.

Cara melakukan:
      i.     Dalam keadaan berdiri badan dilentikkan kearah kanan.
    ii.     Kedua-dua tangan diangkat ke atas sambil memegang kayu seperti memegang handle motosikal.
   iii.     Setelah selesai, kembali berdiri.

Gambar







Pergerakan  5 (Bukan Lokomotor)

Memusing
Ø  Memusing badan secara berdiri, mula dengan kaki bersilang dan kedua tangan ke atas.

Cara melakukan:
      i.     Berdiri tegak dan kaki kemudiannya di silangkan.
    ii.     Tangan diluruskan ke atas dan kayu dipegang di tangan seperti memegang handle motosikal.
   iii.     Langkah badan dipusingkan secara perlahan-lahan sebanyak 360°.

Gambar





(b)       Lokomotor
Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Pergerakan  6 (Lokomotor)

Do-si-do
Ø  Berjalan empat langkah ke hadapan dan mengundur 4 langkah

Cara melakukan:
      i.     Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.Kayu dipegang di tangan kanan.
    ii.     Pergerakan dimulakan dengan kaki kiri ke depan dan kayu dihayunkan.
   iii.     Berjalan empat langkah kehadapan.
   iv.     Pergerakan undur dimulakan dengan kaki kanan dan kayu dihayunkan disebelah tangan kiri.

Gambar







Pergerakan  7 (Lokomotor)

Galop
Ø  Galop lutut tinggi

Cara melakukan:
      i.     Berdiri tegak, kayu dipegang seolah-olah memegang handle motor.
    ii.     Galop dimulakan setelah bersedia.

Gambar



Pergerakan  8 (Lokomotor)

Mengguling
Ø  Guling sisi

Cara melakukan:
      i.     Meniarap di atas lantai sambil kaki dikepit.
    ii.     Kedua-dua tangan ke atas dan dirapatkan. Kayu dipegang dengan kedua-dua belah tangan secara menegak ke atas.
   iii.     Berat badan dibawa ke sisi sebelah kanan dan menolak tubuh sehingga badan berguling.

Gambar














Pergerakan  9 (Lokomotor)

Skip
Ø  Skip berlari

Cara melakukan:
      i.     Berlari anak sambil bola ditangan
    ii.     Skip dilakukan sambil berlari dan bola dilantunkan ketanah pada masa yang sama.

Gambar










Pergerakan  10 (Lokomotor)

Merangkak
Ø  Merangkak lutut sentuh lantai

Cara melakukan:
      i.     Bersedia dalam keadaan merangkak. Kayu diletakkan di hadapan lutut.
    ii.     Semasa bergerak kayu digerakkan dengan  lutut menolak kayu secara perlahan-lahan.
   iii.     Langkah ii diulangi sehingga habis .

Gambar






RUMUSAN
            Kemahiran pergerakan asas adalah kemahiran yang penting dan mesti dipelajari oleh setiap pelajar bagi memastikan mereka mempunyai postur tubuh yang seimbang. Disamping itu juga, kemahiran pergerakan asas ini adalah merupakan pergerekan asas kepada pergerakan gimnastik. Pergerakan ini juga dapat memberikan panduan kepada guru ketika keluar mengajar nanti yang cenderung merujuk kepada pergerakan asas yang terdapat dalam silibus pelajaran. Diharapkan ujian amali ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna

No comments:

Post a Comment