Sunday 12 July 2015

BUDAYA BERFIKIR WARGA IPGKKB.

MEREALISASI KEMAHIRAN DALAM BUDAYA BERFIKIR DAN BERTINDAK WARGA DI IPGKKB.
Mohd.Yazid Bin Deraman
Dalam kehidupan kita sebagai pensyarah di IPG kemahiran pemikiran kreatif dan kritis perlu ada dalam diri masing-masing sebagai pendidikan guru. Kita misti membezakan budaya kerja antara sekolah dan IPG kerana IPG penaraju pendidik guru dan kita berupaya mendidik remaja untuk menjadi bakal guru. Segala tindak tanduk, perbuatan, tutur kata menjadi model membuktikan amalan profesional seseorang pensyarah yang berwibawa. Saya memerhatikan budaya kerja ,komunikasi dan pencakapan antara pensyarah dengan pelajar dan pensyarah dengan pensyarah masih tidak menjelma sebagai ahli akademik pendidik guru yang sebenarnya gaya dan tingkahlaku. pensyarah di IPG. Para pensyarah  misti bertindak berlandas pemikiran dan perbuatan sebagai orang yang berilmu baik dalam bilik kuliah atau di luar kuliah, kerana cara hidup orang yang berilmu dapat mewujudkan manusia berilmu (literate), bersyukur, bersusila, bermaruah dan berwawasan (insighit) jelas dan bercita-cita besar.

Ahli akademik perlu mencari perlu berusaha berterusan mencari, meneroka, menghayati dan menguasai ilmu. Mereka mengamalkan cara hidup berlandaskan ilmu atau ilmu menjadi landasan setiap cara hidup tampa mengabaikan kewajipan dalam beragama.Saya berpendapat cara pemikiran kritis saya perlu diamalkan di kalangan warga IPG kerana ia dapat melahirkan intelektual yang rasional dan bijak yang berupaya mencipta gagasan, konsep atau rumusan bagi pertumbuhan pemikiran kritikal dan kreatif. Apa yang diharapkan kita warga IPG ,menjadi warga berketrampilan yang gigih serta berdisiplin yang mengamalkan budaya kerja cemerlang sepanjang kerjaya. Harapan kita jangan menjadi budaya rutin untuk hadir ke IPG pagi dan petang setiap hari, Kita tidak mahu menjadi pekerja setia di punch card untuk membukti masa hadir berkerja dan balik bertugas dengan masa yang tepat . Kita bising bila puch card tidak berdakwat kerana tidak jelas bukti kehadirannya, tapi kita tidak merenung, 8 jam di IPG adakah tugas berkualiti yang kita merancang sudah disempurnakan, apa jasa kita meningkat mertabat anak didik kita sebagai bakal guru yang lebih hebat dari kita sendiri atau sebaliknya.Masa berkulati dan berhaga kita gunakan sepenuhnya. 

Warga IPG perlu menjadi warga pencipta yang inovatif dan futuristik yang berpotensi mendapatkan jupaan baru, mencipta rekaan baru, menghasilkan keluaran baru, menigkatkan produktuviti, memperbaiki mutu serta mengatasi masalah dalam pelbagai alternatif dengan bijaksana.Warga pendidik guru misti disediakan sebagai intektual yang resional dan bijak yang berupaya mencipta gagasan, konsep dan rumusan sebagai mana maksup firma Allah dalam Surah Az Zumar ayat 9 “Katakanlah adalah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Yang ingat ialah orang-orang berfikiran”.
Untuk merealisasikan budaya berfikir dan membangun tamadun ilmu di IPGKKB beberapa gagasan, teori, pendapat dan pengalaman dicadangkan untuk diamalkan. Saya mengariskan keperluan berfikir yang baik untuk diamalkan. Tapi ingat seni berfikir kritis dan kreatif jangan hendaknya mengenepikan Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Untuk menjadi diri kita mempunyai kemahiran pemikiran kritis dadalam budaya hidup di IPG kita boleh :-

1.    Membezakan antaran fakta/andaian/pendapat/hujah yang terbukti/andaian pendapat/hujah yang berkepentingan dalam hal yang belum terbukti.
2.    Membezakan maklumat, andaian dan dalil-dalil yang releven dengan yang tidak
3.    Memerlukan ketepatan fakta sesuatu kenyataan
4.    Menetukan kebolehkepercayaan sesuatu sumber
5.    Mengenalpasti hujah/andaian yang ambiguous
6.    Mengenal bias
7.    Mengenalpasti kekeliruan yang logik
8.    Mengenal ketidak cocokan logik masa menaakul
9.    Menentukan kekuatan sesuatu pendapat atau hujah.

Untuk merealisasikan kemahiran kritis dalam diri kita sebagai warga pendidik guru perkara berikut sangat penting untk kita renungi dalam segala tindakan kita di IPG. Kita gagal kerana terlalu banyak membuat andaian, komentar, akhir membawa kepada dosa fitnah atau lebih berat lagi membuat dengan surat layang yang tidak berasas. Perkara ini telah berlaku di IPG kerana kita gagal bertindak sebagai penjuang dan pemikir yang berhemah dan bijaksana. Kita semuanya masih kebodohan dalam ilmu pemikiran kritis.Antara perkara yang kita perlu pelajari dan amalkan di IPG :-

1.    Sesuatu kenyataan/hujah/maklumat diperiksa sejelasnya supaya ia benar.
2.    Sentiasa cenderong untuk meneroka sebab-musabab sesuatu itu (reasons) dengan nilai agama
3.    Mencuba untuk mengetahui sesuatu dengan sebanyak mungkin (To be informed)
4.    Mengguna dan menyebut sumber yang boleh dipercayai.
5.    Melihat dan mengambilkira keadaan keseluruhan sesuatu itu.
6.    Menentukan supaya perkara dihujah/dibincang releven dengan tajuk atau perkara pokok.
7.    Mencari cara-cara lain (alternatif) terhadap sesuatu itu.
8.    Berfikiran terbuka.
9.    Membuat keputusan atau sanggup mengubah keputusan apabila bukti-bukti sudah memadai.

Individu atau golongan pensyarah atau pentadbir yang kreatif saya melihat perkara dibawah ini yang dicadangkan boleh diamalkan bagi membaiki prestasi kerja sesama kita warga IPG.

1.    Menghasilkan banyak idea (Fluency: the ability to come up with a quantiti of ideas)
2.    Menjana pelbagai idea (Flexibility: the a ability to investigste a problem from many perpectives in the search for possible solutions)
3.    Mampu menembah idea yang ada (Unigue) asli (origenal) dan luar biasa (Originality: the abality to come up with new or noval ideas)
4.    Mampu menokoktambah idea yang ada (Elebrations :the abality to build upon an idea looking at manay implications an ramification of the problem)
5.    Melihat idea berdasarkan keberkesanan idea bukan dari mata kasar atau bukan dari mana datangnya.
6.    Rela menangguh keputusan (Suspends judgement) supaya keputusan tidak dibuat secara ah hoo.
7.    Tidak terlalu terikat dengan peraturan yang lazim.
8.    Mempunyai fantasi idea tetapi juga amat jelas akan realiti.

Fenomena di di IPG ,kita banyak  berada banyak di zon selesa dengan kekurangan jumlah pelajar dan jumlah jam intarksi, budaya ilmu, penulisan penyelidikan tidak menyerlah. Hanya aktiviti wajib dilaksanakan kerana memenuhi program tampa matlamat yang jelas. Saya berpendapat kelemahan daya pemikiran kreatif dan kritis, dikalangan kita pensyarah  yang terbiasa dengan amalan ini antaranya :

1.    Tidak berani mencuba atau menyokong idea baru
2.    Menyukai pada yang biasa dan yang lazim dilakukan
3.    Tidak berminat atau manunjukkan kesungguhan minit idea positif orang lain,
4.    Lekas menyerah kalah, tidak menampakan usaha yang terarah untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah.
5.    Malas  berikhtiar, biasa saja.Masa lapang main tenis , badminton atau keluar dengan urusan personal.
6.    Selalu cemas bila ada kes.atau faktor yang menghalang
7.    Kurang percaya diri sendiri, tidak berubah walaupun kenaikan gred atau umur berubah atau diri digelar pensyarah cemerlang dan kanan.
8.    Terlalu terikat dengan prosidur atau terlalu berhemah tapi tidak konsisten.
9.    Tidak mempenyai pandangan yang jauh.
10. Bukan ahli pemikir, banyak kepada ahli pengkritik jalanan
11.Kurang celik ilmu kerana masih terikat atau tertumpu satu bidang pengetahuan saja


Meneliti budaya kerja kita nampaknya kita masih lagi tidak menghargai masa emas yang dianugerah. Ada jabatan mengajar 9 jam lebaih , ada 2 jam dan ada yang tiada kuliah lansung. Aktiviti akademik tidak terancang dan tersusun jelas dijabatan. Tiada peneraju atau  pengerak untuk membawa pekerja yang berketerampilan, yang gigih yang mengamalkan budaya kerja cemerlang. Kita masih gagal memperbaiki mutu kerja, meningkatkan produktiviti, menjadi pakar pencipta inovatif dalam menghasil ciptaan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Adakah kita pengamal kemahiran padagogi yang tegar atau hanya mengarah anak didik mencari sendiri jalan keluar dalam penyelesaian masalah pengajaran. Dalam latihan praktikum saya dapati pelajar-pelajar kita kurang kreatif dan kritis dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam mencipta kaedah pengajaran yang kreatif lagi bistari  yang aktivinya berdasarkan pemikiran aras tinggi.Mereka memerlukan ilmu dan bimbingan, adakah kita pensyarah memberi cukup ilmu untuk mereka berjuang di medan pengajaran dan pembelajaran. Kita bercakap pengajaran untuk abab 21, pendidikan bertaraf dunia tapi kita masih berbicara perkara yang raflah, Isu politik yang terkini menjadi dan menjadi tajuk utama pedrbualan dijabatan . Budaya menyalah orang lain sudah biasa,komen, kritik dan surat layang dah amalan penyelesaian masalah diri.Sebenarnya kita ada kelemahan dan kekurangan, sebagaimana orang lain ada kekurangan dan kelemahan. tapi yang pelik mereka ini yang cemerlang di IPG.Tiada seseorang pun dari kita yang tidak bersalah. Perlu apa diperli, disindir,caci mencaci, kutuk mengutuk dan hina dan menghina. tiada sadikit kebaikan yang diperolehi bahkan menambahkan kebencian dan kemurkaan Allah sebagaimana disabda olah Rasullah: “Sesiapa yang tidak mengasihani sesama manusia, tidak akan dikasihani ia oleh Allah.Sepatutnya kita bergembira atas kejayaan orang lain, Sanggup bersusah dengan kesusahan orang lain kerana tanda-tanda sahabat warga IPGKKB, kalau kita salah, dinasihati dengan penuh kasih sayang, kalau kita tegur kesalahannya, diterima dengan baik, semua kebaikan kita ikuti dan rahsia kita simpan.Amalan yang baik adalah derma, memberi senyuman bertegur sapa adalah sedekah. Nasihat dan kata-kata baik adalah hadiah. Rasullah mengingat kia dengan sabdanya : Erti,’ Jika kamu tahu apa yang aku tahu nascaya kamu banyak menangis dan ketawa sadikit (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)