Saturday 7 November 2015

KEPIMPINAN BUKAN SATU TANGGUNGJAWAB..............



Kepimpinan bukan satu tanggungjawab tetapi satu amanah yang memerlukan usaha kerjasama daripada ahli jabatan.Pemimpin mesti menjadi pendengar yang baik, menganalisis, merumus dan menerima sesuatu yang benar-benar bermanfaat. Semuga dunia yang kita duduki ini merupakan sebuah organisasi yang memberi kebahagiaan hidup yang berpanjangan melalui proses kepimpinan yang luhur, berkesan dan dinamik. Sememangnya mana-mana organisasi tidak dapat memenuhi kemahuan setiap individu. Sesuatu yang memuaskan hati individu mungkin menimbulkan ketidakpuasan orang lain. Tampa kefahaman yang menyeluruh daripada semua ahli jabatan sebagai angota IPG maka sistem pentadbiran sedia ada akan menjadi sumber tekanan atau konflik kepimpinan dan pengurusan disemua peringkat di IPG. Dalam menangani masalah IPG kita tidak boleh mengundur ke belakang dengan memusnah segala  aset kepimpinan yang ada tetapi perlu membina kekuatan dan jati diri dalam menghadapi cabaran ke arah halatuju IPG. Kita misti fokus dan jelas ,tahu bahawa keputusan diambil akan membawa pelbagai natijah, hanya orang bijaksana bukan saja mengenal sebiji batu dijalanan tetapi mengenal , membeza dan memilih, antara intan dan permata .Orang berkeyakinan tinggi dan bijaksana ia lebih berkuasa dalam membentuk nasib, bukan menjadi mangsa pada nasib. Ia lebih menyedari bahawa impian atau gagasan yang boleh melahirkan realiti kepada mereka yang bercita-cita tinggi. Orang bersemangat tidak akan kalah dan sentiasa berkenyakinan tinggi walaupun dalam keresahan. ia dapat membezakan antara kejayaan dan kegagalan, tahu bagaimana memupuk, membina dan mengekalkan keazaman dan membina wawasan yang diimpikan. Ibarat perbandingan, seseorang itu hanya melihat kereta yang kotor, sementara seorang lagi melihat peluang untuk membuka tempat baru mencuci kereta kotor tersebut. Jika kita melihat masalah  lebih daripada satu prespektif   tersebut, maka kita akan menjadi seorang yang cemerlang dan bijak dalam proses menyelesaikan masalah.

Wassalam.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui….

Mohd Yazid Deraman- Pensyarah Kanan PJK IPGKKB.


No comments:

Post a Comment