“ Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi
orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran Allah, mnjadi saksi dengan adil,
berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa”.
(Surah Al Maaidah Ayat 8)
Pengalaman 10 tahun Ketua
jabatan,menjadi pensyarah cemerlang dan pensyarah kanan melihat fenomena
kehadiran dan lambakan pensyarah-pensyarah baru di setiap jabatan . Saya lihat sanario dan budaya
berfikir ternampak terkesan perubahanya antara dulu dan sekarang .Budaya kerja,berfikir,
memberi pendapat , budaya berhujah atau budaya keilmuan tidak menampak keupayaan
berfikir secara kreatif dan kristis. Daya Juang dan istikomah kerja masih
ditahap perlu sentiasa diberitahu dan dibimbing. Banyak kerja wajib yang rutin ternampak
kurang kepatuhan atau budaya cakna diamalkan, Kesilapan yang sama dalam rutin kerja
sentiada berulang dan orang yang sama masih berada ditahap kepatuhan yang
rendah. budaya tidak kesah dan kurang keperihatinan masih menguasai tahap
prestasi kerja.Kecelaruhan arahan dan kurang budaya pencegahan dan pemantuan
menyebabkan isu yang sama berulang saban masa. Budaya membicara isu-isu semasa dengan
surat layang, berbicara di media sosial satu gambaran keikrapan yang tidak profesional
dikalangan genarasi terkini. Mereka tidak dapat membeza maklumat, andaian atau
dalil-dalil yang releven, membeza antara fakta, andaian, pendapat, hujah yang terbukti
dengan fakta atau hujah yang berkepentingan yang belum dibuktikan tetapi telah
tersebar luas.Dalam budaya kerja mereka tidak merujuk kepada ketepatan fakta
sesuatu kenyataan atau menentukan kebolehkepercayaan sesuatu sumber, mereka
tidak berupaya membuat inferens dalam memastikan hujah atau andaian yang
ambiguous atau cuba bersikap bias pada puaknya tampa mengenalpasti kekeliruan
yang logik. Apabila dianggap sesuatu perkara sebagai satu kesilapan dilakukan,kesilapan itu adalan kebenaran
yang baginya, Seolah-olah tidak merasa bersalahan diatas kesalahanya.Mereka ini
tidak mengenal ketidak cocokan logik dalam amalan profesional dalam pekerjaan.
Untuk merialisasikan
kemahiran generik dan kemahiran pemikiran kristis dalam pekerjaan sebagai
pensyarah individu memerlu anjakan budaya pemikiran atau menganggap perkara
berikut sesuatu yang sangat penting. Sesuatu kenyataan, hujjah atau maklumat
perlu diperiksa sejelas supaya ianya benar. Kita hendaklah cenderung untuk
meneroka sebab-musabab sesuatu dengan mendasari hakikat atau realiti yang
sebenarnya, cuba mengetahui sesuatu sebanyak mungkin dengan sumber yang boleh
dipercayai sebelum bertindak. Kadangkala kita tidak melihat sesuatu secara
keseluruhan, atau mencari alternatif terhadap sesuatu dengan cara fikiran
terbuka.Ernis (1987) mengajar kita untuk memupuk sikap postif yang kritis kita
perlu bercakap pada diri kita sebelum bercakap kepada orang lain:-
1.
“ Let see, am I clear about what (he/she is
saying/writting?). What would he/she be trying to persuade me ( to do) to take
a position?’
2.
“I don’t have all the facts, I’d better
clarify this issue.”
3.
“Am I beng open-minded about what he/she
saying/writting or have I already concluded that he/she cant’n be right?.
4.
“ I am starting to be convinced. I am better
modify my original oponion.”
5.
Is the auther biased?.What is the author’s
basic assumption?. Is the writting slanted?
Sikap mediokriti sudah mula
berleluasa iaitu sikap mudah berpuashati dengan prestasi atau mutu kerja yang
rendah.kita terlalu jumud dan presimis.tidak berani mencuba idea-idea baru
walaupun peluang diberikan. Masih menyukai perkara-perkara yang lazim, sentiasa
benci atau bantah idea atau hasil kerja orang lain.Jika diberi tugas atau
jawatan hasilnya biasa-biasa saja, malas berikhtiar, selalu cemas dan kurang
percaya pada potensi diri.Kita kadangkala terikat dengan prosidur dan pemikiran
yang sempit dalam pengurusan, tidak mempunyai pandangan jauh dalam pentabiran,
tidak jelas wawasan dan hala tuju dan tak nampak kekuatan pangkat dan kedudukan
kita sebagai terjemahan ahli pemikir yang hebat, hanya sekadar dipinggiran,
menjalankan tugas dan tanggungjawab. bagitulah seadanya refleksi sebelum saya
pencen........
No comments:
Post a Comment