AMALAN
PEMAKANAN UNTUK GAYA HIDUP SIHAT
PENDAHULUAN.
Kesihatan merupakan kunci utama kesejahteraan insan dan
kehidupan kita. Kesihatan umpama sahabat, kehilangan dirasai ,bila ianya telah
pergi dirasakan kesusahan. Kesihatan merupakan satu simbul kekayaan. Sehebat
mana kita manusia, setinggi mana pangkat kita, agenda penjagaan kesihatan misti
diutamakan pengekalan status kesihatan setiap orang merupakan kewajipan yang
utama . Dalam dunia yang sedang membangun dan serba moden kehidupan kita
sekarang banyak dibantu dengan teknologi moden , ditambah dengan kesibukan dan
tugasan yang berpanjangan, hingga kita lupa dan alpa aspek penjagaan kesihatan
diri. Kita hanya akan berjumpa doktor bila kita sakit. Bila diberi sedikit
ujian kesihatan kita barulah ada kesedaran, berdoa memohon pada Tuhan supaya
sembuh dari penyakit dan merasakan
alangkah bahagianya jika diberi kesihatan yang baik
Kesihatan kita tidak ternilai dengan
wang ringgit,Ia terlalu berharga. Kesihatan merupakan nikmat dan anugerah Allah
S.W.T yang amat besar ertinya dalam kehidupan manusia sebagai bangsa beragama
kita tidak boleh lari dari penciptanya, jiwa yang tidak tenang, resah gelisah
dan gundah gualana berarti tidak sihat secara rohani. Mereka yang tidak
memiliki hubungan yang baik dengan penciptanya sering merasa terhukum apabila
jatuh sakit. Tetapi persoalanya adalah kita menghargai kesihatan kita yang
sangat ternilai itu? Apakah langkah kita
lakukan untuk mencegah badan kita dari sakit atau supaya badan kita mampu
memberi prestasi, umpama kereta baru kita. Pernahkah kita menjalani pemeriksaan
berkala atau mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan, bersenam dan
sebagainya. Fikirlah, kerana tabiat manusia tidak merasakan penting kesihatan
selagi mereka tidak sakit. Umpama kita orang tua-tua, bila terhantuk baru
terngadah. Orang merokok akan terus merokok walaupun ia sedar bahaya merokok,
Orang yang mengamalkan gaya hidup ‘sedentary’ terus mengamalkan gaya hidup ‘sedentary’
walaupun ia tahu gaya hidup tersebut bukan amalan gaya hidup yang sihat.
Pelajar-pelajar kita waktu petang gemar melepak walaupun ia tahu mengisi masa lapang
beriadah waktu petang baik untuk
kesihatan. Pensyarah kita semua tahu penyakit kencing manis, kolesteral, darah
tinggi, Penyakit jantung koranari, tapi tidak tidak tahu atau tiada pengetahuan
bagaimana kaedah menjaga kesihatan atau berupaya bersenam atau beriadah kerana
alasanya sentiasa sibuk malaslah dan
tiada masa.
MASALAH
KESIHATAN MASA KINI
Masalah kesihatan di dunia sekarang
telah mengalami revolusi, jika dulu
masyarakat mengalami kekurangan zat
makanan dan vitamin tapi hakikat hari ini masyarakat mengalami masaalah kesihtan,
disebabkan terlebih makan, lebihan kolesteral, lebihan gula, lebihan berat
badan dan obesiti. Penyakit wujud dalam masyarakat sekarang kerana limpahan
rezeki, dimana manusia lupa dan tidak mengikut peraturan yang disusun oleh
Allah SWT dan tidak mengikut sunnah yang dijar oleh Rasullah SAW. Ini berlaku
akibat kelalaian dan kealpaan manusia sendiri yang tidak menjaga kesimbangaan
dalam hidup, seperti sanatullah yang ditetapkan. Dalam surah ar-Ruum ayat 41
dimana Allah mengingatkan kita, bahawa kerusakan muka bumi ini akibat perbuatan
manusia itu sendiri dan mereka perlu bertanggungjawab atau merasa akibat
daripada perbuatan tersebut kegagalan
inilah yang menyebabkan manusia mendapat
pelbagai penyakit.dan pelbagai penyakit yang pelik menjadi wabak didunia moden
tampa ada cara, teknologi moden, penyelidikan atau ubat, veksin, antibodi untuk
menyembuhnya.
Dari kajian statistik Kementerian Kesihatan Malaysia daripada
26 juta penduduk Malaysia, 6 juta warga dewasa mempunyai berat badan berlebihan.
Bilangan yang gemuk dinegara 3 kali ganda Penyelidikan TNS Asiapanel 2006,
mendapati 38 peratus suri rumah Malaysia mempunyai berat badan berlebihan
tertinggi di kalangan 5 negara Asian, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Korea
Selatan. semenjak 10 tahun dulu, ini melebihi negara Jerman dan Perancis.
Kira-kira 2.3 juta perokok di Malaysia, Kajian menunjukkan 8.4 juta rakyat Malaysia tidak suka atau mengelak dari bersenam. Peningkatan
pesakit yang masuk wad hospital akibat diabetis amat merisaukan. Kajian Pegawai
Penyelidik IKIM dan Kementerian Kesihatan 2006, Gaya hidup masyarakat negara
ini menyebabkan banyak masalah kesihatan yang kronik. Antara ciri yang
mendatangkan resiko penyakit bahaya yang tidak berjangkit ialah gaya hidup dan
gaya penakanan yang tidak sihat dimana kajian Kementerian Kesihatan 7.2.juta (60.1) rakyat tidak menjalani
aktiviti fizikal; dan 8.7 juta (7.8 peratus tidak memakan sayuran dan buahan).
MENGAPA
PERLU GAYA HIDUP SIHAT
Kita perlu mengamalkankan Gaya hidup
yang sihat kerana gaya hidup sihat
sebagai satu proses atau amalan kesihatan kearah perubahan hidup yang
berkualiti dan memuaskan. Ia meliputi
pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan dan stress dan yang paling
penting menghindar diri dari aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko kepada
kesihatan. Gaya hidup sihat berkaitan rapat dengan kecergasan dan senaman.
Semua orang ingin sihat sejahtera dan menikmati kehidupan yang aman. Kuncinya
ialah dengan pemakanan yang sihat, kekal aktif, mengurus kesejahteraan emosi dan memastikan kita tidak mengidap
sebarang penyakit walau pun seusia 40 tahun. Setiap individu dari pelbagai
kategori dinasihatkan melakukan aktiviti fizikal 3 kali seminggu selama 30
minit, mengamalkan pemakanan yang rendah lemak dan garam. Pepatah ada mengatakan
diri kita apa yang kita makan Kerajaan
tidak boleh menjaga kesihatan setiap rakyat, merekalah perlu menjaga kesihatan
masing-masing
Sebaik doktor adalah badan kita
sendiri, itulah satu pegangan yang kami cadangkan dalam usaha mengamalkan
kehidupan yang sihat dan sempurna. Jika kita menjaga badan dengan sempurna , maka badan kita
sendiri akan menjaga kesihatan kita. Pada zaman dulu masyarakat terbelanggu
dengan dengan kekurangan zat makanan atau kekurangan nutrisi dan masalah penyakit berjangkit,
tetapi zaman moden ini, masalah utama
melanda dengan masyarakat ialah ketidakseimbangan nutrisi dan serangan penyakit
akibat lebihan zat makan akibat kehidupan yang mewah dan gaya hidup
sedentary, Penyakit biasanya menyerang
masyarakat zaman kemajuan ini seperti kanser, penyakit jantung, obesity,
diabetis dan sebagainya. Mengikut kajian pada 40 tahun adalah tempoh yang
ketara pelbagai penyakit dikesan. Jika dalam usia ini anda sihat dan cergas,
anda boleh menikmati kehidupan yang
sempurna dalam usia yang lanjut,
InsAllah mudah mudahan .Jika ada ada masalah kesihatan masih tidak terlambat
untuk mengambil langkah pencegahan mengatasinya. Masalah utama kesihatan
masyarakat kita ialah kerana tidak mengamalkan gaya hidup sihat , kurang kesedaran dalam
penjagaan kesihatan. Gaya
hidup yang berlebihan tampa pengetahuan penjagaan kesihatan akan memberi
takanan dan kesannya timbul pelbagai penyakit.
Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan
makanan yang sihat serta melakukan aktiviti fizikal yang kerap.Kesihatan
jasmani yang baik juga memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap.
Kesihatan mental yang baik mempamirkan bahawa seseorang mampu mengawal tekanan
hidup yang dihadapi dengan bijaksana dan bebas dari ganguan mental. Manakala
kesihatan sosial ialah individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan perhubungan
antara satu sama lain. Gaya hidup yang sihat ialah penjagaan
kesimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengekalkan pelbagai serangan
penyakit zaman moden dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan dengan
kekal sihat dan teratur. Pemakanan juga penentu kepada tahap kesihatan setiap
wagra IPGM. Amalan makan secara sihat seperti pengambilan makanan berdasarkan
kepada piramid makanan adalah faktor penting penjagaan kesihatan. Penglibatan dalam
aktiviti kecergasan seperti berjoging, bersenam dapat membantu mengawal dan
menurun berat badan Aktiviti seperti berbasikal, berjalan kaki, senamrobik,
riadh waktu petang boleh membantu membakar kelori berlebihan dan menurun berat
badan. 300 kelori boleh dibakar dalam 30 minit, oleh ltu kita digalakkan
meluangkan masa 30 minit, 3 kali seminggu melakukan aktiviti fizikal seperti
bersukan, berjalan pantas, berlari, berkebun, naik tangga dan bermain permainan
secara aktif. Melakukan akativiti secara berkala boleh meningkatkan tahap
kesihatan kesan bukan pada fizikal tapi pada psikologi dan emosi. Feadahnya
boleh meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sistem
pengedaran darah serta menguatkan otot jantung dan membantu mengawal tekanan darah
tinggi
No comments:
Post a Comment