Sembahyang itu tiang agama, pembuka
pintu syurga, batasan yang menceraikan antara islam dengan lain. Kerana itu
wajiblah diberikan perhatian yang penuh kepadanya, dan wajiblah kita tunaikan
dengan sehabis cermat serta hendaklah kita penuhi segala adap-adapnya.
PERSIAPAN-PERSIAPAN
UNTUK SEMBAHYANG
Persiapan yang mula-mula
ialah: bersuci dan berwudhuk serta berpakaian indah yang bersesuaian dengan
keadaan hamba yang endak berdiri menghadap Allah untuk menzahirkan kehambaan,
kerendahan, kehajatan dan keperluannya kepada Yang Maha Isa dan Maha Kuasa itu.
ADAB-ADAB
SEBELUM TAKBIR
Sebelum memasuki sembahyang
tunaikan sebaik-baik adap-adab berikut:-
- 1. Berdiri dengan lurus, menghadap muka ke kiblat dengan menunduk kepala dan memandang ketempat sujud. Kita lakukan demikian untuk menandakan kehambaan kita dan khusyuknya kepada Allah yang kita bermunajat ke hadratNya.
- 2. Baharuaiah taubat kita dari segala dosa yang telah dikerjakannya dan jaga serta pelihara hati dari pelbagai ingatan dan lintasan yang memaling kepada lain dari Allah. Kita membaharui penyesalan diketikan itu supaya jangan sembahyang yang kita persembahkan ke hadrat Allah itu tertolak kerana maksiat yang kita lakukan sebelum ini. Kita pelihjara hati dengan sepenuhnya, hadir bulat kepada Allah Tuhan yang kita sembah.
- 3. Jauhkan dari godaan syaitan dengan cara memohon kepada Allah. “Wahai Tuhanku hamba berlindung diri dengan Engkau dari lintasan-lintasan syaitan sdan hamba berlindung diri dengan Engkau ya Tuhanku dari kehadiran syaitan-syaitan.
4.
Ingatkan benar-benar bahawa pekerjaan yang
handak dikerjakan itu adalah semata-semata untuk dan kerana Allah. Kita mengharapkan
pahala-pahalanya berserta takut siksaanNya dan kerana mengakui kebesaran
kurniaNya. Ingat ketika itu
a. Dengan
siapa kita akan munajat?
b. Dengan
apa kita munajat?
c. Kenapa
kita minajat.?
Jangan
sekali kita masuk sembanyang dalam keadaan tergesa-gesa, tergopoh-gopoh dan
janganlah turuti tabiat cepat-cepat masuk dalam sembahyang dan bergegas-gegas
keluar bila saja tamat sembahyang.
ADAB-ADAB
DALAM SEMBAYANG
Setiap orang misti berusaha
supaya da;lam sembahyang kita turuti adap-adap berikut:-
- Membesarkan Allah dan memuliakanNya
- Pastikan sembahyang kita disertai dengan rasa membesarkan Allah yang berhak menerima ibadat dan rasa kemuliaanNya. Hal ini kita dapat rasakan jika kita merasakan diri ini benar-benar hamba Allah, bahawa Allah itu maha Khalig yang menjadi kita. dialah yang Maha Besar lagi Maha Tinggi kekuasaanNya.
- Merasa khusyuk dan takut kepada Allah . Sembahyang itu tali penghubung dengan hamba dengan Allah. kerana itu satu kewajipan manzahirkan kyusuk dan takut kepada Allah, sebenarnya khusyuk dan takut akan Allah itu hanya didapati oleh mereka yang yakin benar-benar akan kekuasaan Allah, kekuatan serta kekerasan dan ketembusan iradat kehendakNya.
- Menghadirkan hati.Hadapkan segala fikiran kita kepada amal yang kita kerjakan atau yang sedang kita baca. jangan hati kita berpaling kepada yang selaiannya. Sebenarnya kehadiran hati didapati dengan mengukuhkan dan meneguhkan iman kepada Allah, memahami makna yang diucapkan dan makna perkerjaan anggota kita.
JALAN UNTUK MENGHASILKAN KHUSYUK
- 1. Hendaklah orang yang sembayang merasa dirinya berdiri di hadapan yang Maha Berkuasa, yang mengetahui segala rahsia. Dengan yang Maha berkuasa itulah orang yang sembayangbermunajat.
- 2. Hendaklah memahami erti bacaan yang dibaca, perhatikan maknanya. Allah telah memerintahkan kita memahami makna Al Quran.
- 3. Hendaklah memahami zikir-zikir yang dibaca, memperhatikan makna, kandungan dan tujuannya. Untuk memperolehi pahala zikir mestilah mengetahui maknanya. Tasbih dan tahmid adala membesarkan Allah, mengaku kesucianNya dam ,memujiNya. Kata Iman Al-Ghazali di dalam Al-Arba’in: Hendaklah kamu ingat tidak ada lebih besar dari Allah,kamu benar-benar menghadap jiwa kepada Allah, merasa penuh syukur kepada Allah segala nimmatNya. dan kamu merasa sangat lemah kerana urusan segalanya di tangan Tuhan semata-mata.
Jika kita merasakan dala yang melalikan
dari memahami makna-makna, was-was dan bisikan melalaikan maka hendaklah:-
4 Hendaklah memanjang rukuk dan sujud
5 Tidak
mempermain-mainkan anggota dan tidak berpaling
6. Sentiasa memandang ketempat sujud, walaupun
kita buta atau sembanyang disisi ka’bah.
7 Menjauhkan segala yang membimbangkan hati.
Jangan sembayang tikar sejadah yang berukir dan jangan sembahyang dengan menahan buang air besar
atau kecil atau terlalu lapar.
Khusyuk dan hadir hati itu adalah jiwa sembahyang atau
rohnya. Sembayang yang tidak ada khusyuk padanya adalah umpama badan yang tidak
berjiwa, sembahyang yang khusuk dan sedar serta hadir hati itulah yang dapat
mencegah sesorang dari kejahatan dan kemungkaran.
Sumber
: Hj Nik Abdul’Qadir bin Hj Nik Muhamad (2005). Tuntutan Jiwa. Bin Halabi
Press. Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment