FITRAH
MANUSIA- CETUSAN IDEA DARI SATU PENGALAMAN.
(MOHD.YAZID
BIN DERAMAN)
JABATAN
PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
IPG
KAMPUS KOTA BHARU, KLANTAN
Tulisan ini sekadar cetusan
idea dari peristiwa berlalu semasa saya menjadi ketua jabatan dan semasa
sebagai pensyarah di akhir perkhidmatan.Hanya satu cebisan idea umum tidak
terfokus kepada sesiapapun, tapi jika ia satu kebenaran tetap menjadi kebenaran
kerana Allah itu Maha mengetahui segalanya. Pengalaman pahit menjadi ikhtibar
antara sahabat dan persahabatan sebagaimana atau orang selalu keliru perkataan
mendidik dan mengajar. . Bukan segaja
mencari menggali peristiwa-peristiwa
yang telah berlaku atau mencari kebenaran, tapi tidak lebih hanya sebagai
mahasabah pada diri sendiri. Kita perlu menghadapi realiti kehidupan kerana insan-insan
menjadi fokus perbicaraan, sememang ada sekeliling kita, ia boleh bermain, berbual,
beraktiviti , makan bersama dan segala-galanya berada dalam lingkungan kekeluargaan.
Jangan berkecil hati dengan komentar ini ,kerana hati melihat sesuatu dari
sudut hati nuraninya... Wujud fonomena ini kita harus hati-hati memilih antara
intan dengan permata, kita takut terpilih batu yang berkilauan itu disangkakan
permata yang kita puja. Orang yang bersalah tidak akan kata ia bersalah mengaku
bersalah atau menampakkan kesalahan,kadang-kadang orang menampakkan prestasi kehebatan, tapi sebenarnya kosong-kosong. Orang
ini dah biasa melakukan kesalahan, maka ia merasakan tidak bersalah atas
tindakan. Katanya tindakan ini untuk menegak kebenaran, pejuang keadilan,
refomasi dalam pentadbiran,membetul jalan yang salah, mengubah kebiasaan yang
susah kepada yang menyenangkan. Keutamaan kepada kehendak diri dan rakan-rakan
seangkatannya, aliran pemikirannya, ia pantang dicabar. prestasinya tidak boleh
diatur, ia inginkan kebebasan yang kita faham erti kebebasan .Hebatnya ia
kerana berpihak kepada yang dominan,ia diterima baik,yang menjadi mangsa kata
bahasa kumputer, ia ada “paswood “maka data yang dimasukkan itu sukar untuk di
“delete”
Inilah fitrah manusia zaman
ini dikala kita mengangkat profesion perguruan.ada manusia bagaikan enau dalam
belukar.Citra dirinyamasih gagal sebagai ahli akdemik, tercari-ciri
identitinya. Cuma setaraf guru biasa yang berlagak menjadi ahli bijak pandai
yang tidak berpijak dibumi nyata.Jika kerja hakiki tidak boleh diatur
digembeling ketaraf kesempurnaan, jangan kita berharab IPG penaraju Pendidikan
Guru dan menjadikan profesion ini bertaraf dunia dalam proses membina generasi abab ke 21. Allah
memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki,datangnya tidak disangka. Tapi
mulutnya berkata, ini rezeki anak. Bukankah jodoh, rezeki dan maut dari Tuhan?.
Ini amanah dan tanggungjawab, buka pasar untuk mengira untung dan laba. Dunia
ini adil, yang tua hanya secukup nikmat yang ada,berkerja seperti biasa. Sukar mesyarakat
masa kini mengingat jasa yang lampau kerana ia telah menjadi sejarah. Gambaran
kenyakinan semakin sehari semakin luntur ibarat bahan simpanan yang terpilih
saja untuk bahan pamiran. Sehebat manapun seseorang, pasti dia memerlukan jasa
orang lain, Sehina manapun seseorang pasti ia sudah berbudi kepada orang lain.
Perbezaan antara kita bukan untuk di pertandingkan atau menyombong diri atau
berbangga-banga dan berkecil hati. Ia adalah untuk isi mengisi,
sumbang-menyumbang, saling memberi dan menerima dan nsetarusnya agar
masing-masing merasa diri diperlukan, dihormati dan dikasihi.Dalam hidup ini
kita banyak menerima budi dan bantuan orang lain. kadang-kadang orang yang
berbudi itu ialah orang yang kita tidak kenal. Generasi X dan generasi Y memang
ada perbezaanya .Berlakulah komunikasi dalam lehidupan manusia dalam jaringan
nyang lebih kompleks lagi kerana pembangunan material sentiasa berkembang dari
masa ke semasa.Hakikatnya kita tidak menilai dan membangun segala eset sedia
ada,masyarakat dah lupa sejarah tapi hanya menilai keuntungan jangka pendek dalam
rutin kehidupan.Kita mengurus dihujung jari kurang mengurus dengan
insan.maka ikhsan kita luntur.Kita Cuma
‘copy’ ‘cut’ and ‘paste’ saja. Jika tidak merancang, gagal merancang, kita
gagal dalam perancangan. Tampa perancangan kita gagal dalam merancang. Sabda
Rasullah: Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak manfaatnya kepada
manusia lain”.
Islam menggalakkan kita
berbicara yang memberi menafat pada kita dan orang mendengar. Islam juga
menyuruh kita berbicara sadikit dan
berkerja lebih. Allah telah membentang panduan dalam syariat dan kita mempunyai
akal untuk berfikir. Fitrah manusia memang suka
kepada perkara-perkara yang baik walaupun kita kadangkala tidak dapat
berbuat demikian. Akhlak yang baik dan budi pekerti yang mulia semua orang
suka. Berkata yang baik atau tidak menyakiti hati manusia bila bercakap ia
adalah sebahagian dari akhlak mulia yang disenangi manusia. Orang yang suka
menyakiti hati orang lain pun tidak suka kalau orang menyakitinya. Bagitulah
fitrah manusia.
Islam agama fitrah itu
datang memerintah agar manusia berakhlak baik sesama manusia. Rasullah
bersabda:’Sebaik manusia ialah manusia yang paling banyak membuat kebaikan
untuk manusia lain’. memang ada manusia beraklak buruk sesama manusia seperti
bercakap bohong, sombong dan angkuh, cakap membesar diri, mangupat, mengeji
memfitnah, membuat surat layang,membuat surat tunjuk sebab bakhil, hasad dengki
semua perbuatan-perbuatan ini yang menentang fitrah. Orang bagini bukan saja
dimurkai Allah, hidupnya tidak tenang didunia dan di akhirat. Ia sentiasa iri
hati atad kedudukan dan nikmat orang lain yang lebih menandanginya.
Jikalau manusia mengikut
fitrah asal, aman damailah masyarakat. tapi apa yang berlaku sekarang kita
selalu menyusahkan orang lain, Kita nampak tenang, tapi jangan disangka air
yang tenang tidak ada buaya. Masing-masing bercakap ikut sedap mulut, berhujah sebagaikan
orang politik. Kerja hakiki entah kemana, tapi kelihatan sangat sibuk hingga
tiada dijabatan dan di IPG. Dia hanya berbekalkan maklumatnya sadikit tapi huraianya berjela-jela untuk menyakin
kehebatannya, berbicara seolah bagaikan orang yang berilmu. Bercakap ikut
nafsu, mengfitnah dan mengumpat walaupun katanya ia bertindak untuk menegak
kebenaran. kerana sayalah pejuang sebenar membetul jalan yang bengkok. Apa yang
betul baginya tidak semesti betul bagi orang lain, tapi orang bertekad kerana
katanya, ia mahu perubahan dari yang buruk dari kaca matanya ke arah kebaikan
menurutnya dan menurut aliran selera kawan-kawanya.atau puak-puak,
geng-gengnya. Nafsu dan syaitan telah mempermain manusia mengikut jalan yang
bengkok. Ia sentiasa melalaikan hati nuraini untuk engkar kepada perintah
Allah.Ia akan mencelah di mana ada peluang terutama pada orang yang lalai dari
mengingati Allah. Hasil dari dorongan syaitan dan nafsu manusia engkar kapada
Allah dan menghina syariatNya. Bisikan ini menyebabkan kita lupa untuk
berakhlak sesama manusia. Selaku hamba Allah kita ciptakan oleh Allah SWT dalam
keadaan yang serba lemah dan sangat memerlukan pertolongan atau bantuan orang
lain.
Hati kita ini seperti wadah
yang terdedah. Hati yang kotor tidak akan menerima taufik Allah. Allah tidak
akan memberi taufik dan hidayah kerana taufik itu sangat tinggi harganya.
Susalah manusia untuk melakukan kebaikan tampa bantuan dan kepimpinan Allah.
ati yang tiada pimpinan Allah akan menjadi tempat bersarangnya nafsu. Manakala
nafsu adalah musuh ketat manusia. kalau bagitu benarlah bahawa peperangan yang
besar sengit dan panjang ialah peperangan untuk mengalah diri sendiri,iaitu
nafsu yang bersarang dihati. Cuna lihat penyatuan Allah SWT terhadap hambaNya.
Suatu hari Nabi Musa bersama pengikutnya keluar kepadang untuk sembanhyang
minta hujan. kali pertama berdoa hujan tidak turun, kali kedua hujan turun.
Bertanya Nabi Musa kepada Allah kenapa bagitu halnya. Jawab Allah “Dikalangan
pengikut ada orang yang melakukan dosa besar. Sebab itulah doanya tidak
dikabulkan.tapi kamudian ia bertaubat, maka Aku ampunkannya, sebab itu doa
kedua dikabulkan. “Siapa gerangan itu ya Allah” tanya nabi musa ingin sekali
lagi mengtahui. Apa jawab Allah.Itu rahsia aku dan hamba Ku, Dia bersalah
dengan Ku, maka cukuplah saja Aku yang tahu.”Lihat bagaimana halusnya Allah
Yang Maha Penyantun. Tidak diceritakan salah silap hambanya sekalipun pada nabi
supaya ia tidak cacat dimata manusia. Bagitulah Allah menjaga maruah manusia.
Allah tidak mahu mencacat hati dan perasaan hambanya sebab cacat hati orang
atau merusakan perasaan orang, memburuk-buruk atau membuka rahsia keburukan
seseorang di depan manusia lain satu perbuatan kejam di sisi Allah.
Dunia pendidik kini dipenuhi
ahli fikir dan cendikawan yang kemampuan boleh diikhtiraf oleh keijazahan,
kesarjanaan dan kedoktorannya. Saya berpendapat mereka ini merupakan ‘master
mind’ yang boleh menentukan corak, arah, temadun dan budaya mesyarakat.Fikiran
mereka sepatutnya penentu hala tuju aliran pemikiran pendidikan. Orang yang
dikatakan bijak pandai ini mempunyai kekuatan akal, pengkritik, membuat ulasan
tapi ada dikalangan mereka “lissnul hal”
mereka lemah (Sikap dan perbuatan). Allah tidak suka hambaNya mengkaji, menilai
untuk mendedahkan kelemahan orang lain, tetapi meminta menusia berkerja dan
melaksanakan sebagaimana maksuk firman
dalam surah As-saff:2-3) “ Wahai orang
yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak lakukan. Sangat besar
kebencian Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan”.Dalam
surah (At-Taubah;105) “Hendaklah kamu
melaksanakan, Allah akan menilai, rasul juga menilai dan orang mukmin juga menilai”. Kita misti melaksanakan nilai
keislaman dalam dunia kehidupan dan
pendidikan, agar wujud satu model pendidik guru yang boleh dicontohi. disini
orang akan menilai keindahan dan kebenaran dalam dunia mendidik guru.
No comments:
Post a Comment