a)
Jika melihat anak yang kecil, katakan kepada
diri sendiri..........
“ Anak ini belum ada dosa kepada Allah, Kalau
bagitu ia lebih baik dari aku”
b) Jika
kita melihat orang yang sudah tua, katakan pada diri kita...........
“Orang tua ini hamba Allah yang lahir lebih dahulu dari
aku dan sudah tentu telah banyak membuat amal, semestinya lebih baik dari aku”
c) Jika
kita lihat seorang guru hendaklah kita berkata pada diri sendiri..............
“Orang ini berjasa memberi ilmunya, ilmu
yang tidak dapat aku berikan. Ilmu yang telah dicapainya yang aku sendiri tidak dapat mencapainya. Mengapa aku masih jauh memandang bodoh kepadanya. Padahal
semestinya aku bertanya bagaimana aku boleh buat seperti itu”
d) Jika
melihat orang bodoh hendaklah kita berkata pada diri kita................
“ Orang ini rupanya telah derhaka,
banyak dosa kepada Allah. Barangkali aku berdosa kepad Allah oleh kerana ilmu
pengetahuanku sedangkan Allah lebih mengetahui.Jadi oleh kerana itulah akupun tidak tahu lagi entah balasan apa yang akan diberikan kepada Allah kepada ku dan
bagaimana kelak balasan bagi orang itu.”
Sumber.
Fauziah Mohamad (1996) Tutur Bicara Dalam Islam. Jahabersa, Johor Bharu, Johor.
No comments:
Post a Comment