MENGUKUR BUDAYA
ORGANISASI DI IPG.KKB.
Mohd.Yazid
Deraman
Pensyarah Cemerlang PJ.IPGKKB.
Budaya organisasi yang wujud merupakan factor yang penting
dalam menentukan kejayaan dan wawasan IPG.KKB. Sebelum mewarwar wawasan strategik
pihak pengurusan perlu meneliti dan mengkaji budaya yang sedia wujud dan
diamalkan oleh ahli. Beberapa persoalan ini boleh membantu dalam menganalisis apakah
budaya yang budaya diamalkan di IPGKKB.
- Adakah semua warga IPKB mempunyuai semangat kerja berpasukan yang tinggi?
- Adakah warga organisasi mempunyai idea-idea yang jelas apa yang perlu mereka lakukan dan bagimana melakukan?
- Adakah warga IPGKB mempunyai idea yang bernas untuk membangun organisasi?
- Adakah warga organisasi cukup bersedia untuk menerima perubahan?
- Adakah pengurusan dua hala wujud dalam sistem pentadbiran organisasi?
- Adakah pihak pengurusan bersedia untuk berkongsi idea bagi pihak subordinate untuk kebaikan organisasi?
- Apakah tahap komunikasi wujud dalam organisasi?
- Adakah budaya berpuak-puak dan kroni wujud dalam organisasi?
- Bagaimana iklim organisasi yang wujud dalam organisasi?
- Bagaimana penghargaan diberikan kepada warga organisasi?
Jika nilai positif mempunyai peratusan yang tinggi, merupakan
petanda yang sihat untuk menjayakan wawasan strategik dan IPG KKB berada
dilandasan yang betul. Jika nilai
negatif lebih tinggi, pihak pengurusan perlu melakukan sesuatu bagi
membetulkan dan memulihkan keadaan supaya nanti semua wawasan strategi yang
dibentuk akan dapat dicapai sepenuhnya.
Dari kajian dan pendapat pakar-pakar pengurusan, iklim
organisasi berkaitan rapat dengan prestasi dan kepuasan kerja yang berkaitan
rapat dengan gaya kepimpinan organisasi. Organisasi mempunyai tahap pengurusan
yang tinggi dan hubungan kakitangan yang baik sering mewujudkan kepuasan kerja
yang tinggi di kalangan kakitangan dan menghasilkan output yang memuaskan.
Sekian terima kasih...............mydSMKPJK
No comments:
Post a Comment