AIR ANUGERAH YANG BERHARGA
(Mohd.Yazid Deraman)
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan.IPG.KKB.
Kepentingan air untuk kediupan manusia sesuatu yang tidak dapat
dinafikan kebenarannya. Air selain dari oksigen merupakan yang paling penting
diperlukan oleh manusia sepanjang hayat. Air sesuatu yang paling mudah dan
murah boleh kita dapati, dan semua yang hidup dan bernyawa memerlukan air dalam
kehidupan mereka. Dari tumbuhan di padang pasir, binatang, manusia hingga ke
bakteria yang paling kecil sekalipun memerlukan air untuk hidup. Tetapi manusia
adalah pengguna air yang paling banyak, baik untuk kegunaan aktiviti kehidupan
harian mahupun untuk kegunaan aktiviti perdagangan.
Kajian dilakukan di Hong Kong 50 peratus yang di tinjau meminum
air sebayak lapan gelas sehari, yang lain akan minum bila dahaga. air membentuk
55-57 peratus daripada berat badan kita mempunyaui peranan penting setiap
fungsi anggota badan kita. Tampa makanan manusia boleh hidup 8 minggu tapi
tampa air manusia boleh mata dalam tiga hari. Amalan mengamalkan minum air
cukup menghindarnya berlaku pendehidratan dan mengekalkan amalan membuang air secara normal setiap hari.Jumlah air yang
hilang setiap orang berbeza, ia bergantung kepada suasana persekitaran, tahap
kegiatan dan saiz badan. Dalam kegiatan
biasa kita mengeluarkan kira-kira 500 – 600ml peluh setiap hari.Input air dalam
badan misti sama dengan out put air. Air menyelaras suhu badan disamping
membawa nutren dan oksigen ke sel . Air
turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Orang dewasa
memerlukan antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan kanak-kanak
berantung kepada umur, berat dan aktivti. Jumlah kehilangan air akan meningkat
jika kita banyak menghabiskan masa diluar rumah dalam cuaca yang panas atau berada dalam bilik berhawa dingin.
Dalam penulisan ini saya akan memberi
panduan amalan minum air untuk kesihatan. salah Satu rawatan yang popular maasyarakat Jepun meminum air kosong . Apa yang
perlu kita lakukan ialah minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi. Ada
yang mengatakan ujian saintifik telah membuktikan keberkesanan rawatan ini.
Samada untuk penyakit yang telah sedia diketahui umum, penyakit yang serius dan
juga penyakit zaman moden yang baru diketahui. Semua penyakit-penyakit ini
dikatakan telah berjaya dipulihkan dengan mengunakan cara rawatan ini. Dikatakan
rawatan ini boleh menyembuhkan atau mengurangkan berbagai penyakit seperti
sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, sakit sendi, denyut jantung yang
laju, sawan, lemak berlebihan, paru-paru berair, lelah, TB, meningitis,
penyakit buah pinggang and kencing kotor, muntah and ceret beret, gastrik,
buasir, kencing manis, sembelit, sakit mata, kanser, haid tidak teratur serta
penyakit mulut, hidung and telinga.
Kaedah rawatan ini dimulakan dengan
meminum air di waktu pagi sebaik sahaja kita bangun dari tidur tetapi sebelum
kita menggosok gigi. Kita perlu minum air sebanyak empat gelas air iaitu lebih
kurang sebanyak 640ml. Selepas itu kita boleh menggosok gigi atau berkumur
tetapi tidak mengambil sebarang makanan selama empat puluh lima minit. Kita
juga dinasihatkan tidak meminum sebarang jenis minuman selama lebih kurang lima
belas minit hingga ke dua jam selepas mengambil sarapan, makan tengah hari dan
makan malam. Kepada gologan yang telah berusia dan yang sakit, dan tidak mampu
untuk meminum air sebanyak empat gelas pada satu masa, bolehlah mencuba dengan
meminum satu gelas pada peringkat permulaan dan ditambah dari semasa ke samasa
sehingga menjadi empat gelas pada setiap pagi.
Kaedah rawatan ini telah menunjukan kesan
positif keatas beberapa penyakit, seperti contohnya penyakit tekanan darah
tinggi dan kencing manis dapat di kurangkan atau di kawal dalam masa tiga puluh
hari. Untuk penyakit gastrik dan sembelit pula mengambil masa sepuluh hari
manakala bagi penyakit TB pula ialah sembilan puluh hari dan seratus lapan
puluh hari pula bagi penyakit kanser. Rawatan ini tidak memberi sebarang kesan
sampingan, walau bagaimana pun dengan penggunaan kaedah rawatan ini membuatkan
pengamalnya akan kerap merasa untuk pergi ketandas untuk membuang air kecil.
Pada sesiapa yang berminat sila mula mencuba rawatan ini dan adalah lebih baik
jika ia dijadikan amalan kehidupan hairan kita. Kerana telah diketahui bahawa
tubuh kita adalah lebih kurang tujuh puluh peratus dalam bentuk cairan. Sihatkan
bandan kita supaya kita dapat menikmati kehidupan yang aktif dan bahagia.
Source:
http://
panduanpercuma.info/tahukah/2914/kepentingan air untuk kesihatan manusia.
No comments:
Post a Comment