Wednesday 8 August 2012


KESIHATAN JANTUNG ANDA BAGAIMANA MENJAGANYA.
MOHD.YAZID BIN DERAMAN.SMK

Pendahuluan

Penyakit kardiovaskular adalah penyebab no 1 kematian di hospital di kebanyakan negara. 1 daripada 5 kematian di sebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Sekiranya anda berumur 25 taun dan 64 tahun anda mungkin salah saorang dari 6.4 juta orang dewasa di Malaysia mengidap penyakit hypcholesterolaemia. Terdapat beberapa faktor  rasiko untuk penyakit kardiovaskular, ini termasuk obesiti ,kencing manis, merokok, kolesteral, darah tinggi ,triglycerides dan tekanan darah tinggi. penyakit jantung koronari juga berlaku dikalangan suadara terdekat berusia 60 tahun.

Strategi pencegahan bagi mengurangkan risiko penyakit ini membabitkan perubahan asas kepada diet dan gaya hidup, seperti ambil diet sihat laksanakan regimen senaman yang betul, jangan merokok dan kekalkan berat badan yang sihat.

Diet untuk jantung sihat dengan makan lebih banyak:-

·         Sayuran segar bermusim seperti sayur-sayuran berdaun, salad sayuran, brokoli, zucchini, sayuran Cina dan kentang.
·         Buah-buahan segar.
·         Herba-herba segar seperti pasti, ketumbar, halia, dill, selasih, bawang putih.
·         Sayuran laut (sumber garam galian yang baik) seperti nori, arame, wakame.
·         Bijiran yang penuh seperti beras, oat, roti, gandum penuh dan barli.
·         Ikan laut dalam seperti trevally, kod, mackerel, salmon dan sardin.
·         Kekacang (sumber protein yang baik) seperti lentin, ganjus, kacang haricot, kacang adzuki dan kacang kuda.
·         Ayam, itik dan telur
·         Makanan soya (sumber protein yang baik) contohnya tofu dan tempeh.
·         Daging lembu, kambing tampa lemak 2- 3 kali seminggu.
·         Kekeras dan biji – sadikit saja yang boleh menyediakan lemak dan nutrien yang baik. Contoh buah badam, walnut, biji bunga matahari dan biji bijan.
·         6-8 gelas air bertapis sehari, teh hijau, teh herba seperti chmomile, pepermin.

Kurangkan Pemaknan Berikut:-

·         Makanan tenusu perlu rendah lemak
·         Produk tepung putih bertapis seperti roti putih, pasta, biskut, kek, gula
·         Garam
·         Lemak tepu (mentega, keju, daging berlemak) dan makanan bergoreng.
·         Kopi, teh, kolas dan peransang lain yang perlu dikurangkan.



Petua Jantung Sihat

·         Pilih ikan
o   Ikan air sejuk yang mengandungi asid lemak omega 3 yang terbukti dapat mengurangkan resiko masalah kesihatan kardiovaskular.
o   Pilihan terbaik salmon liar, sardin dan hering.
·         Bersenam
o   Aktiviti aerobik membantu mengekalkan kesihatan jantung.
o   Berjalan merupakan aktiviti murah, senang dilakukan, yang sangat baik.
·         Kawal Saiz pinggang
o   Pastikan mengambil lebih banyak makanan rendah lemak, serat tinggi dan rendah gula.
·         Ambil vitamin E.
o   Nutrien pelindungan terkenal untuk sistem kardiovaskular yang boleh mengurang risiko penyakit kardiovaskular.
·         Ambil CoQ10 dan Minyak Ikan.
o   Mempunyai  antioksidan dan nutrien untuk melindungi saluran darah.
·         Berhenti merokok.
o   Resiko penyakit kardiovaskular boleh dikurangkan dengan berhenti merokok tampa mengira usia.
·         Coklat Hitam
o   Coklat hitam yang mengandungi jumlah catechins yang tinggi (antioksidan untuk jantung) nikmatilahnya bersama bersama angggur hitam dan minum serbok koko asli atau teh sumber penting untuk jantung sihat.
·         Kawal tekanan dan ketawa
o   Ketawa besar amat baik untuk jantung. anda perlu berseronok dan berketawa bersama keluarga.
o   Bersikap proaktif atasi masalah sabaik mungkin.
o   Cuba bersenam seperti yoga untuk meningkatkan kesihatan mental dan fizikal

SARANAN DIET UNTUK PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Jangan makan

·         Daging merah (seminggu sekali tak mengapa)
·         Daging yang diproses.
·         Daging organ seperti hati dan limpa
·         Kulit ayam atau itik
·         Makanan bergoreng atau kuah berlemak, seperti nasi lemak
·         Produk tenusu yang tinggi lemak.
·         Kurangkan gula putih bertapis dan makanan berproses.
·         Buangkan garam dalam makanan.
·         Minyak masak dan majerin dan produk komersial yang mengandungi asid lemak
·         Elakkan akan masin, jeruk, belacan dan kicap kemersial.
·         Makanan yang hangus
·         Hadkan makanan yang mengandungi pengawit, pewarna tiruan dan perisa.

Makanlah........................

·         Daging putih daripada ayam itik.
·         Ikan mengandungi lemak EPA ( 3 kali seminggu) seperti salmon, tuna, tenggiri, sardin dan hering.
·         Produk tenusu berlemak rendah.
·         Buah-buaan beraneka warna yang kaya dengan antioksidan daripada flavonaid dan karotenoid, vcitamin B dan gentian.
·         Sayuran beraneka warna yang kaya dengan beta karotena, vitamin C,E dan B, gentian tinggi dan flavonoid, kacang dal dan kekacang.
·         Marjerin- pilih majerin lembut monotaktepu yang bebas dari asid lemak trans. Guna minyak zaiton.
·         Bijiran, kacang-kacangan, kekeras dan legum.
·         Pasta.
·         Bakar atau panggnag makanan bukan menggoreng.
·         Pilih karbohidrat kompleks, seperti beras ceruh,capati, roto gamdum asli, bijiran oat, dedak dan jagung.
·         Banyak makan bawang putih, bawang laian, halia dan kulat.
·         Minum 8 gelas air

Bersenamlah untuk kesihatan jantung. Gaya hidup yang banyak duduk dan kurang bergerak akan mengurangkan keaktifan sistem kardiovaskular, menyumbangkan kepada keobesan, membawa kepada kolesteral dan trigliserida yang lebih tinggi disamping menurun paras HDL. Jika kita bersenam secara regular ia boleh.......
·         memperkutkan otot jantung,
·         meningkatkan kecekapan paru-paru,
·         membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori,
·         meningkatkan paras lipoprotein berketumpatan tinggi yang boleh membawa kepada kolesteral pelindung
·         Dapat mengurang paras lemak dalam darah.
·         Menguatkan salur darah dan pengoksidanan otot jantung
·         Mengurang keletihan dengan meningkatkan ketahanan fizikal
·         Memperbaiki rupa bentuk perwatakan,citra diri, tona otot, keanjalan sendi
·         Melegakan ketegangan otot
·         Meningkatkan kecetrgasan dan tumpuan minda.

Mulakan hari ini untuk mencapai gaya hidup jantung yang sihat.....agar masa depan semata-mata keupayaan anda untuk dinikmati. Saya belajar dari pengalaman sendiri......betapa bahagia dan nikmatnya jika kita sihat.

Sumber
Utusan Malaysia 10hb Mei 2009
w.w.w.blackmores.con.my
Bruce Miller’s better Health Series.

No comments:

Post a Comment