Tuesday, 19 January 2016

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KASIHATAN


Kaedah mengajar pendidikan kesihatan tidak beza dengan kaedah mengajar mata pelajaran lain.  Walau bagaimanapun ramai pakar berpendapat bahawa guru pendidikan kesihatan perlu memberi pegetahuan dan kemahiran serta memantau amalan kesihatan murid,maka kaedah pendidikan kesihatan perlu diberi perhatian yang lebih.

KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN

  • 1.      Kaedah tradisional
  • 2.     Kaedah penyelesaian masalah
  • 3.     Kaedah kumpulan
  • 4.     Penggunaan pakar dan individu terpilih
  • 5.     Aktiviti kreatif

Kaedah tradisional
  • Tugasan membaca – buku teks
  • Kuliah
  •  Mengucap dengan kuat
  • Tumpuan kepada perbendaharan
  •  Lapuran secara lisan oleh murid
  •  Mengkaji semula
  • Ujian,kuiz dan peperiksaan
  • Belajar sendiri

Kaedah penyelesaian masalah
  • -         Projek
  • -         Tinjaun
  • -         Penyelidikan/penjelajahan
  • -         Tunjuk cara / demonstrasi
  • -         Kelab kesihatan
  • -         Lawatan

     Kaedah kumpulan
  • -         Perbincangan- berkumpulan
  • -         Kuliah perbincangan
  • -         Kerja jawatankuasa
  • -         Mainperanan/sosiodrama
  • -         Sessi “Buzz”- perbincangan dalam kumpulan kecil dan pembentangan
  • -         Sumbangsaran
  • -         Kempen-kempen kesihatan
  • -         Wawancara
  • -         Konferen
  • -         Kaunseling individu

  • Kaedah pakar dan individu terpilih

  • -         Penceramah luar
  • -         Simposium dan forum
  • -         Perbincangan Panel
  • -         Perbahasan

Aktiviti-aktiviti kreatif
  • -         Dramatizations – mengubah cerita menjadi drama( meluah perasaan melalui lakonan)
  • -         Sketsa ( lakunan pendek)
  • -         Bercerita
  • -         Permainan-permainan pendidikan


   PENULISAN OBJEKTIF EKSPLISIT
  • ·        Untuk menulis
  • ·        Unutk menjelas
  • ·        Untuk menyenaraikan
  • ·        Untuk membanding
  • ·        Untuk menyatakan
  • ·        Untuk mendemonstrasikan
  • ·        Untuk memilih
  • ·        Untuk mengenalpasti

AMALAN-AMALAN SELEPAS SOLAT.



1.    SELEPAS SEMBANHYANG SUBUH

a.    Membaca SURAH YASSIN.
b.    Kelebihan membaca Surah Yasin :-
                                  i.    Hati Al Quran Allah S.W.T. mencatat pahla berbanding membaca Al Quran sebanyak 10 kali.
                                ii.    ‘Barang siapa membaca Surah Yasin malam Jumaat Allah s.w.t. memberikan keimanan yang kukuh’.
                               iii.    ‘Barang siapa membaca Surah Yasin pada suatu malam kerana mengharap keredaan Allah swt makan Allah swt mengampunkan dosa-dosanya yang lampau dan keesokan harinya.’
                               iv.    ‘Barang yang membaca Surah Yasin maka Allah swt menolak keburukan dan memenuhi segala keperluan’.
                                v.    ‘Barang siapa membaca Surah Yasin di hadapan orang yang sedang sakaratul maut maka Allah swt meringan dan memudah keluarnya roh.’
                               vi.    ‘Barang siapa membaca yang menziarahi kubur lalu membaca Surah Yasin maka Allah S.W.T meringan seksa seluruh ahli kubur. Pembaca akan mendapat pahla yang sama dengan jumlah pahla ahli kubur yang ada.

2.    SELEPAS SOLAT DHUHA

a.    Membaca SURAH AL WAQIAH
b.    Kelebihan Surah ini:-
                                  i.    Jika dibaca setiap malam akan mendapat perlindungan Allah swt dari kemiskinan.
                                ii.    Pembaca yang membaca surah ini dapat mengetahui tentang kaum yang terdahulu dan yang akan datang berita tentang penghuni syurga dan penghuni neraka serta berita tentang dunia dan akhirat.

3.    SELEPAS SOLAT ASHAR

a.    Membaca SURAH AL DUKHAN.
b.    Abu Hurairah r.a berkata, Nabi SWT bersabda ‘Sesiapa membaca Ha Miin Ad Dukhan pada malam jumaat maka diberi keampunan padanya. ( H Ibnu katsir)
c.    Dar Umairah mengatakan Rasullah SWT pernah bersabda “ siapa membaca surah Al Dukhan pada malam hari Jumaat Allah akan membina rumah dalam Syurga” (H. Ar Tabrani)
d.    Abu Hurairah r.a bekata “ Siapa membaca Ad Dukhan setiap malam maka 70 ribu malaikat memohon ampun kepadanya.
e.    Khasiat ayat-ayat dalam surah Al Dukhan
                                  i.    Ayat 1-8 – Membantu membinasa
                                ii.    Ayat 12- Dijauhi ditimpa bala
                               iii.    Ayat 8-77- Membantu memenangi bahaya.

4.    Selepas solat MAGHRIB

a.    Membaca Surah AS SAJDAH
b.    Rasullah s.a.w. menerangkan keistimewaan membaca Surah as Sajdah:-
                                  i.    Mendapat keimanan yang kuat dan ‘ilmul Yaqin’
                                ii.    Mendapat pahla seperti pahla orang yang beribadat di malam Laylatul Qadar.
                               iii.    Jika diteruskan membaca pula surat Al Mulk (Tabarak) Allah S.W.T mencatat 70 kebaikan dan menghapus 70 keburukan dan menaikkan 70 darjat.
                               iv.    Rasullah s.a.w mengalakkan supaya seorang muslim membiasa diri membaca untuk membaca”-
1.    Membaca Surat Sajdah pada rakaat pertama dan Surah Al Insan pada rakaat ke 2 solat Subuh.
2.    Surah as Sajdah dan surah al Mulk ketika menjelang tidur.

5.    Selepas Solat ISYA’

a.    Membaca sura Al MULK
b.    Antara kelebihan Surah Al Mulk
                                  i.    Rasullah s.a.w.sangat mencintai surah Al Mulk, oleh itu surah ini sentiasa berada dalam kalbu  setiap mukmin
                                ii.    Rasullah s.a.w menerangkan fadilah surah ini:-
1.    Di beri keselamatan azab kubur.
2.    Diberi syafaat sampai diampunkan dosanya
3.    Dikeluarkan dari neraka dan di masukkan ke dalam syurga.

Sumber :Majmu-Syarif Kamil.(2007). Al Hidayah House of Quran Sdn Bhd.



Sunday, 17 January 2016

KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN

1.    Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala dalam sembanhyang sebesar ibadat dari segi gerak geridan perbuatan
2.    Pahla membaca Al Quran:-
a.    1 huruf 10 kebajikan
b.    Menurut Iman Majah pahla 400 kebajikan
c.    Mnurut Ibnu Al Jauzi digandakan 700 kali kebajikan.
3.    Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga
4.    Balasan pembaca Al Quran sebatang pokok di Syurga
5.    Pahla membaca satu huruf dari Al Quran:
a.    Dalam sembahyang- 100 kebajikan
b.    Di Luar sembahyang dengan berwudhuk – 50 kebajikan
c.    Tampa wudhuk- 10 kebajikan.
6.    Ibnu Abas- Pembaca adalah hartawan, pahla membaca tidak akan putus-putus.
7.    Untuk selamat dari api neraka.
8.    Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat
9.    Hari Khiamat Al Quran menjadi pembela
Pembaca akan  beroleh keamanan
10. Pembaca akan mendapat kemuliaan di Syurga.
11. Membaca sedbalum tidur akan mendapat kawalan Malaikat
12. Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin Syuada’ dan solihin.
13. Membaca AlQuran dalam kumpulan diampukan dosa-dosa mereka.
14. Memdapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit
15. Jika dibaca dirumah akan memberi cahaya kepada rumah itu.
16. Membaca secara tadarus mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi Malaikat.
17. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi iman
18. Seutama-seutama atau sebaik manusia atau kejadian mempelajari membaca dan mengajar Al Quran.
19. Mempelajari satu ayat Al Quran lebih baik sebanyang sunt 1000 rekaat.
20. Mempejari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmanian hidup.
21. Mendapat perlindungandi Padang Mahsyar.
22. Pembaca dilindungi oleh godaan syaitan.

MASA-MASA YANG DIUTAMAKAN MEMBACA AL QURAN

1.    Waktu tengah malam sehingga fajar adalah paling utama.
2.    Di antara Maghrib dan Isya
3.    Sesudah sembahyang subuh.
Sumber “Amalan Sepanjang Hayat”-Mufakat EnterpriseSdan Bhad,Petikan Keagungan Kitb Al Quran- Utz Abdullah Al Qari bin Hj Salleh)

Monday, 21 December 2015

ALLAH MENGUJI KITA...........


Setiap orang tidak pernah terlepas dari ujian Allah . Setiap ujian berbeza antara satu sama lain, samaada ujian itu berbentuk kesusahan atau kesenangan. Suka atau tidak pasti ujian dari Allah akan hadir, janji Allah adalah pasti sebagaimana Allah berjanji setiap yang bernyawa akan ada kematianya, setiap kemudahan dan nikmat itu ada kesulitannya. Kehidupan kita sememangnya penuh dengan ujian . Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan. Kita tidak pernah menyangka akan berlaku ujian bagitu rupa pada diri kita dan keluarga. Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk dan kadangkala kita terlupa diri kita sedang di uji. Ujian ini merupakan warna kehidupan yang misti dilalui setiap insan yang bergelar manusia. Saya sedari ini, terima segala dengan redha, kuatkan semangat, katakan pada diri ada hikmah besar sebalik ujian ini. Buka mata dan hati, jangan putus berdoa dan berHarap kebaikan akan kembali, Insya Allah ketenangan akan kembali, semua yang hilang akan diganti balik malah lebih baik lagi.Allah akan menerima doa orang teranyai.

Jika kita sabar dalam keadaan ketaatan, kita berada peringkat tertinggi dalam kesabaran. Jika tiada kesabaran yang tinggi, agak mustahil kita melaksanakan ketaatan.Ingat janji Allah, Dia tidak akan menguji hambaNya dengan sia-sia. Allah lebih mengetahui kenapa dan kenapa kita diuji, matlamatnya untuk mengetahui siapakah dikalangan hambanya yang baik amalannya. Allah tidak sebut siapa yang paling banyak amalannya, tapi ALLAH menyebut siapa yang paling baik amalannya. Kita manusia merasa kita melakukan kebaikan, tidak sedar telah sebenarnya telah melakukan keburukan dari perbuatan yang dirasakan ada kebaikannya, kita perlu membuat istiqarah, sedar apa yang dilakukan bezakan antara pahla dan dosa.

Bagitulah ALLAH S.W.T letakkan kita kesabaran yang tinggi, diuji dengan pelbagai dugaan. ujian ALLAH S.W.T datang dalam pelbagai bentuk, semuanya itu tanda kasih dan sayang ALLAH kepada hambaNYA.Bukan setiap masa kita diuji dengan kesusahan dan bukan setiap masa kita diuji dengan kesenangan. Bahkan ada ketika kita tidak pernah menyangka akan berlaku ujian sebagaitu rupa. ada kala kita sendiri terlupa bahawa diri sedang diuji. Hanya ALLAH mohon pertunjuk, istikhorah ke arah jalan penyelesaian. Akhir bertekat, misti berjuang, bertahan dipihak yang benar, menepis segala halangan, kuatkan azam dan tekad tampa menyerah  kalah. Hati ini bertekat dan  bersedia untuk mengadapi cabaran ini kerana yakin dengan kebenarannya.


Bumi mana tidak ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelora, bagitulah kehidupan kita sebagai manusia biasa, tidak pernah sunyi daripada dugaan. ALLAH Maha besar,Maha benar dan janjiNya benar.Ia tidak menguji kita kecuali dengan kesanggupan diri menghhadapi dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Siapa lagi yang terlindung dan penyelamat selain dari Allah Yang Maha Berkuasa.Katakan dalam jangan mengalah, mohon kepadaNya, moga rahmat dan hidayahNya sentiasa memayungi keberkatan perjalanan hidup kita. Maksud firman Allah dalam surah Al-Bagarah 216, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal ia sangat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia sangat buruk bagimu”.Ya ALLAH jangan kau beban kepada kami beban yang berat sebagaimana telah engkau bebankan kepada orang sebelum kami. Ya ALLAH, angan kau pikul kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Ampunilah kami dan rahmatlah kami. Aku adalah pendosa dan banyak dosa PadaMu aku mohon pertolongan dan Engkau Penolong kami maka tolonglah kami

Saturday, 7 November 2015

TABIAT INSAN YANG BERJAYA

TABIAT INSAN YANG BERJAYA

·         Matlamat Jelas dan unggul
·         Kesedaran mendalam kepada sesuatu perkara
·         Bijak Mengurus masa
·         Bijak menyelesaikan masalah
·         Manafatkan peluang untuk berjaya.

TABIAT INSAN GAGAL ATAU TIDAK CERMERLANG

Tiada kesungguhan dan biasa saja
·         Sentiasa berada dalam zon selesa
·         Suka memberi alasan
·         Suka membuang masa dan kurang istiqamah
·         Abaikan perintah agama
·         Suka Bertangguh , lalai atau lara
·         Kerja perlu disuruh
·         Suka berseronok dari berkerja,
·         Berkawan dan membuang masaberlebihan
·         Mengharapkan nasib
·         Tidak suka ditegur atau kritik
·         Terlalu sukan komen atau kritik kerja orang lain
·         Berfikiran negatif atau menongkat arus
·         Memilih untuk berjaya

JIKA KITA BERMOTIVASI.......UNTUK BERJAYA.....

·         Setiasa awal dan mendahulu
·         Bersemangat dan bersungguh
·         Rajin dan tekun
·         Positif dan optimis
·         Cekap dan tabah
·         Membiasakan diri berkerja tahap kesempurnaan dan cemerlang
·          
KEJAYAAN HASIL ORANG BIASA YANG SANGGUP
BERUSAHA SECARA LUAR BIASA

ORANG BIASA YANG BERUSAHA BIASA SAJA,
MENGHARAPKAN HASIL, MASA DEPANNYA IA SEPERTI BIASA SAJA

BIBIT KECEMERLANGAN BERMULA DARI AWAL
TANAMKAN SIKAP POSITIF UNTUK BERJAYA,
MENINGGALKAN KESELESAAN, SANGGUP MENGUBAH SIKAP
DAN MENGURUS MASA DENGAN BIJAK.

A winner sees answer for every problem,
 but a loser sees a problem for every answer,

ONE VISION, ONE FUTURE, WORK TOGETHER, YEAR 2016


KEPIMPINAN BUKAN SATU TANGGUNGJAWAB..............



Kepimpinan bukan satu tanggungjawab tetapi satu amanah yang memerlukan usaha kerjasama daripada ahli jabatan.Pemimpin mesti menjadi pendengar yang baik, menganalisis, merumus dan menerima sesuatu yang benar-benar bermanfaat. Semuga dunia yang kita duduki ini merupakan sebuah organisasi yang memberi kebahagiaan hidup yang berpanjangan melalui proses kepimpinan yang luhur, berkesan dan dinamik. Sememangnya mana-mana organisasi tidak dapat memenuhi kemahuan setiap individu. Sesuatu yang memuaskan hati individu mungkin menimbulkan ketidakpuasan orang lain. Tampa kefahaman yang menyeluruh daripada semua ahli jabatan sebagai angota IPG maka sistem pentadbiran sedia ada akan menjadi sumber tekanan atau konflik kepimpinan dan pengurusan disemua peringkat di IPG. Dalam menangani masalah IPG kita tidak boleh mengundur ke belakang dengan memusnah segala  aset kepimpinan yang ada tetapi perlu membina kekuatan dan jati diri dalam menghadapi cabaran ke arah halatuju IPG. Kita misti fokus dan jelas ,tahu bahawa keputusan diambil akan membawa pelbagai natijah, hanya orang bijaksana bukan saja mengenal sebiji batu dijalanan tetapi mengenal , membeza dan memilih, antara intan dan permata .Orang berkeyakinan tinggi dan bijaksana ia lebih berkuasa dalam membentuk nasib, bukan menjadi mangsa pada nasib. Ia lebih menyedari bahawa impian atau gagasan yang boleh melahirkan realiti kepada mereka yang bercita-cita tinggi. Orang bersemangat tidak akan kalah dan sentiasa berkenyakinan tinggi walaupun dalam keresahan. ia dapat membezakan antara kejayaan dan kegagalan, tahu bagaimana memupuk, membina dan mengekalkan keazaman dan membina wawasan yang diimpikan. Ibarat perbandingan, seseorang itu hanya melihat kereta yang kotor, sementara seorang lagi melihat peluang untuk membuka tempat baru mencuci kereta kotor tersebut. Jika kita melihat masalah  lebih daripada satu prespektif   tersebut, maka kita akan menjadi seorang yang cemerlang dan bijak dalam proses menyelesaikan masalah.

Wassalam.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui….

Mohd Yazid Deraman- Pensyarah Kanan PJK IPGKKB.