1.
SELEPAS
SEMBANHYANG SUBUH
a. Membaca
SURAH YASSIN.
b. Kelebihan
membaca Surah Yasin :-
i. Hati
Al Quran Allah S.W.T. mencatat pahla berbanding membaca Al Quran sebanyak 10 kali.
ii. ‘Barang
siapa membaca Surah Yasin malam Jumaat Allah s.w.t. memberikan keimanan yang
kukuh’.
iii. ‘Barang
siapa membaca Surah Yasin pada suatu malam kerana mengharap keredaan Allah swt
makan Allah swt mengampunkan dosa-dosanya yang lampau dan keesokan harinya.’
iv. ‘Barang
yang membaca Surah Yasin maka Allah swt menolak keburukan dan memenuhi segala
keperluan’.
v. ‘Barang
siapa membaca Surah Yasin di hadapan orang yang sedang sakaratul maut maka
Allah swt meringan dan memudah keluarnya roh.’
vi. ‘Barang
siapa membaca yang menziarahi kubur lalu membaca Surah Yasin maka Allah S.W.T meringan seksa seluruh ahli kubur. Pembaca akan mendapat pahla yang sama dengan
jumlah pahla ahli kubur yang ada.
2.
SELEPAS
SOLAT DHUHA
a. Membaca
SURAH AL WAQIAH
b. Kelebihan
Surah ini:-
i. Jika
dibaca setiap malam akan mendapat perlindungan Allah swt dari kemiskinan.
ii. Pembaca
yang membaca surah ini dapat mengetahui tentang kaum yang terdahulu dan yang
akan datang berita tentang penghuni syurga dan penghuni neraka serta berita
tentang dunia dan akhirat.
3.
SELEPAS
SOLAT ASHAR
a. Membaca
SURAH AL DUKHAN.
b. Abu
Hurairah r.a berkata, Nabi SWT bersabda ‘Sesiapa membaca Ha Miin Ad Dukhan pada
malam jumaat maka diberi keampunan padanya. ( H Ibnu katsir)
c. Dar
Umairah mengatakan Rasullah SWT pernah bersabda “ siapa membaca surah Al Dukhan
pada malam hari Jumaat Allah akan membina rumah dalam Syurga” (H. Ar Tabrani)
d. Abu
Hurairah r.a bekata “ Siapa membaca Ad Dukhan setiap malam maka 70 ribu
malaikat memohon ampun kepadanya.
e. Khasiat
ayat-ayat dalam surah Al Dukhan
i. Ayat
1-8 – Membantu membinasa
ii. Ayat
12- Dijauhi ditimpa bala
iii. Ayat
8-77- Membantu memenangi bahaya.
4. Selepas
solat MAGHRIB
a.
Membaca Surah AS SAJDAH
b. Rasullah
s.a.w. menerangkan keistimewaan membaca Surah as Sajdah:-
i. Mendapat
keimanan yang kuat dan ‘ilmul Yaqin’
ii. Mendapat
pahla seperti pahla orang yang beribadat di malam Laylatul Qadar.
iii. Jika
diteruskan membaca pula surat Al Mulk (Tabarak) Allah S.W.T mencatat 70 kebaikan
dan menghapus 70 keburukan dan menaikkan 70 darjat.
iv. Rasullah
s.a.w mengalakkan supaya seorang muslim membiasa diri membaca untuk membaca”-
1. Membaca
Surat Sajdah pada rakaat pertama dan Surah Al Insan pada rakaat ke 2 solat Subuh.
2. Surah
as Sajdah dan surah al Mulk ketika menjelang tidur.
5. Selepas
Solat ISYA’
a. Membaca
sura Al MULK
b. Antara
kelebihan Surah Al Mulk
i. Rasullah s.a.w.sangat mencintai surah Al Mulk, oleh itu surah ini sentiasa berada dalam
kalbu setiap mukmin
ii. Rasullah
s.a.w menerangkan fadilah surah ini:-
1. Di
beri keselamatan azab kubur.
2. Diberi
syafaat sampai diampunkan dosanya
3. Dikeluarkan
dari neraka dan di masukkan ke dalam syurga.
Sumber
:Majmu-Syarif Kamil.(2007). Al Hidayah House of Quran Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment