Bicara Hati-
Zikir Asmaul Husna
MOHD.YAZID BIN DERAMAN
INSTITUT
PENDIDIKAN GURU, KAMPUS KOTA BHARU.
mydyazid@gmail.com
Ya
Allah... kau pancarkan cahaya pertunjukMu Ya Nur, Ya Hadi agar daku sentiasa di
dalam kebenaran.
Ya
Allah, alirkan cahaya CintaMu, Ya Allah Wujud kedalam hatiku, Ya Allah agar
Daku hanya mencintaiMu melebihi cintaku
Pada
sekelian makhlukMu.. Ya Allah alirkan sifat kasih sayangMu...
Ya
Rahman,Ya Rahim ke dalam diriku agar daku
Mampu
mengasihi antara satu sama lain
Mengikut
syariatMu... Terima kasih
Ya
Allah Ya syukur di atas segala nikmat kurniaanMu yang tiada terhitung
Ya
Allah........
PENGGUNAAN ZIKIR ASMAHUSNA
DALAM MENGADAPI PELBAGAI MASALAH PENYAKIT DAN MASALAH SEMASA
Menerima dan redha dengan ujian kesakitan
|
Ya Qodir
Ya Muqtadir
|
Ya
Allah, sesungguhnya sakit ini datang
dariMu sebagai tanda kasihnya Engkau padaku dan daku redha atas ujian ini
|
Memohon kesabaran
|
Ya Sobur
|
Ya
Allah, kurniakan kesabaranMu padaku agar daku menjadi hambaMu yang sabar
dalam menanggung kesakitan.
|
Memohon penyembuhan
|
Ya Salam
Ya Fatah
|
Ya
Allah, sesungguh ubat bagi penyakit ini ada padaMu dan daku merayu agar
disembuhkan dan dibukan jalan penyembuhan.
|
Memohon dipercepatkan penyembuhan
|
Ya Awwal
Ya Akhir
|
Ya
Allah sesungguh daku sudah tidak berdaya lagi untuk menahan kesakitan ini,
daku bermohon agar dipercepatkan penyembuhan dan diakhirkan kesakitan ini.
|
Proses kekuatan jiwa untuk menanggung kesakitan.
|
Ya Aziz
Ya Qowiy
Ya Matin
|
Ya
Allah, kurniakan keperkasaan kekuatan dan keteguhanMu di dalam jiwaku yang
lemah ini agar daku dapat melalui ujian ini dengan penuh kesabaran dan ketenangan.
|
Pancaran cahaya petunjuk
|
Ya Nuur
Ya Haadi
|
Ya
Allah, kurniakanlah daku ini akan cahaya petunjukMu agar daku bertindak
mengikut aturanMu.
|
Proses Penyucian Jiwa
|
Ya Affuw
Ya Ghaffar
Ya Tawwab
Ya Quddus
Ya Jalil
|
Ya
Allah, maafkanku, ampunkanku, terimalah taubatku, bersihkan dan jernihkan
hatiku dari penyakit hati, dosa dan berhala dunia
|
Proses Pancaran cahaya
|
Ya Nuur
Ya Hadi
|
Ya
Allah pancarkan cahaya petunjukMu ke dalam hatiku.
|
Proses membuka hijab.
|
Ya Fatah
|
Ya
Allah bukakan hijab antaraku dan engkau.
|
Proses melembut hati.
|
Ya Latif
|
Ya
Allah lembutkan hatiku yang keras agar bgementar hatiku ketika menyebut
namaMu.
|
Proses pagari jiwa
|
Ya Hafiz
Ya Muhaimin
|
Ya
Allah Lindungi, pelihara dan pagari hatiku dalam bisikan nafsu dan syaitan.
|
Proses penyerahan jiwa
|
Ya Baari.
|
Ya
Allah, daku menyerah seluruh jiwa raga untuk agendaMU dan jadikan daku abdiMu
sejati.
|
Proses kebijaksanaan
|
Ya ‘Alim,
Ya Hakim
Ya Rashid
|
Ya
Allah, kurniakan Ilmu makrifat agar daku dapat mengenaliMu.
|
Proses kecermerlangan
|
99 Asmaul Husna
|
Memanggil
nama Allah mengikut situasi dan keperluan sambil berbicara dengan Allah.
|
Proses mengenalpasti penyakit (Diagnosis penyakit) yang
kita hadapi.
|
Ya Zohir
Ya Haadi
Ya Nurr
Ya Fatah
|
Ya
Allah zakir kepadaku punca penyakit ini, pancarkan cahayaMu kepada penyakit
ini dan berikan petunjuk kepada penyembuhan penyakit ini dan bukalah jalan
penyembuhan serta kurniakan kami kebijaksanaanMu dalam penyembuhan penyakit
ini.
|
Mengadapi penyakit akibat jangkitan kuman
|
Ya Mujmit
(Yan Maha Mematikan)
|
Ya Allah, Ya Mumit,
matikan kuman yang menjakiku ini,
Sesungguhnya Engkaulah yang Muhyi, Ya Maha menghidupkan dan engkau jua Yang
Mumit yang maha mematikan mampu mematikan seluruh kuman-kuman
|
Ketika tiada sesiapa datang menziarahi pesakit dan
peaskit terbiar dan terabai.
|
Ya
Basir
Ya
Rahman
Ya
Rahim
|
Ya Allah, Ya Basir,
walaupun tiada siapa menziarahiku,Engkau
sentiada datang melihatku stiap saat, bukan hanya melihat, tetapi Ya Engkau
Ya Salam juga menyembuhkanku. Hanya engkau yang sebenar-benar mengasehani dan
menyanyangiku selama ini bukanlah manusia.
|
Mengatasi masalah hutang
|
Ya
Fatah
Ya
basith
Ya
Wasi’
Ya
Razaq
Ya
Ghoniy
Ya
Mughni
Ya
Awwal
Ya
Mujib
|
Ya Allah, Ya Fatah,
bukanlah jalan keluar daripada masalah
kewanganku, sesugguhnya Engkau Ya Qobidh yang menyempitkanku kerana kasihanMu
kepadaku.
Ya Allah, Ya Basith, Ya Wasi’
lapangkan dan luaskan hidupku.
Ya Allah, Ya Razaq, Ya Ghony, Ya Munghni
kuniakan sEdikit rezeki dan kekayaanMu agar
dapat aku memperbaiki masalah kewangan yang kritikal ini, sesungghnya Engkau
Maha Memberi kekayaan.
Ya Allah. Ya Awwal,
mohon mempercepatkan, sesungguhnya daku
sudah tidak mampu menanggung ujian ini, sesungguh Engkau Yang Maha Mempercepatkan lagi Maha Menunaikan hajat Ya mujib.
|
Memperbaiki hubungan keluarga
|
Isteri
Ya
Rahman
Ya
Rahim
Ya
Wadud
Anak
Ya
Rahman
Ya
Rahim
Ya
Jami’
|
Ya
Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Waddud, alirkan secebis kasih dan cintaMu kepada kami suami isteri agar kami dapat
melaksanakan amanahMu. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Jami’ satu hati-hati
dan anak-anak kami dan anak-anak dengan kasih sayangMu agar dapat kami sayang
menyanyang, tolong, menolong, pimpin memimpin dan hormat menghormati antara
satu sama lain.
|
Yang mengadapi penyakit disebabkan tekanan kerja.
|
Ya
Salam
Ya
Basith
Ya
Baari’
|
Ya Allah, Ya Salam, Ya Basith,
kurniakan ketenangan serta kelapangan
didalam janjiku, emosiku dan fikiranku, sesungguhnya daku tidak mampu menanggung
kerja yang terlalu banyak dan terbeban ini. Bantulah daku menyusun dan
mengatur serta menyiapkan kerja-kerja ku.
|
Menerang hati dan kecergasan fikiran untuk anak-anak.
|
Ya
‘Alim
Ya
Hakim
Ya
Rashid
Ya
Nuur
|
Ya
Allah, Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid
alirkan ilmu, kebijaksanaan dan kecermerlangan kepada anak-anakku ini dengan
pancaran cahayaMu ke dalam jiwa dan fikirannya agar mereka mampu memahami dan
mengamalkan pelajaran mereka.
|
Anak-anak mendengar cakap dan berakhlak baik
|
Dengar
cakap
Ya
Qohar
Ya
Latif
Ya
Malik
Akhlak
Baik
Ya
Majid
Ya
Hamid
Ya
Latif
Ya
Halim, Ya syakur
Ya
Sobur
|
Ya Allah, Ya Qohhar, Ya latif, Ya Malik
Tunduklah
anakku kepadaMu, lembutkan hatinya yang keras dan balikkan, hatinya untuk
mendengar cakap.
Ya
Allah, Ya Majid, Ya Hamid, Ya Latif, Ya Halim, Ya Syukur, Ya Sabor
Alirkan
budi pekerti mulia, sifat terpuji, kelembutan, sifat menghormati, kesabaranMu
kepada anakku agar mereka dapat berakhlak mulia. Mengatasi masalah pelupa dan
lemah ingatan.
|
Kesemua
Asma Husna di atas dibaca sebanyak 40
kali setiap kali solat. Amal setiap hari selama satu bulan. Sekiranya tidak
sempat booleh dibaca waktu lapang. Bagi masalah yang kronik elok dibuat selepas
solat hajat, solat dhuha, solat tahjud dengan dibaca sebanyak 40 kali dan doa
dalam hati. Doa dan bicara hati ini boleh diubahsuai mengikut tujuan dan
masalah, gunakan basa yang mudah. Untuk menjaga adap sebaiknya dimulai dengan
Allahhumma/Allahhu Rabbi.
MOHD.YAZID
DERAMAN
IPG.KKB.
7APRIL 2013.
MOGA MENGALIR PAHALA DENGAN PERKONGSIAAN NI..AMIIN
ReplyDeleteMohon izin mengamalkanya
ReplyDelete