HURAIAN RINGKAS
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PANDUAN UNTUK
PENSYARAH DAN PELAJAR
MOHD.YAZID BIN
DERAMAN
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan.
IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.
Kaedah
adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran disampaikan. terdapat pelbagai
kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah yang dipilih
atau digunakan mistilah disesuaikan dengan strategi dan teknik pengajaran.
1.
KULIAH
/ SYARAHAN
Menerang, memberi
interpetasi dan menghurai idea-idea dan konsep-konsep supaya pelajar dapat
memahami prinsip-prinsip- Coleman.
Dijalankan dalam
situasi di mana bilangan pelajarnya amat besar. Digunakan meluas dalam kuliah
teori dan praktikal.Penyampaian biasa secara lisan, iaitu lebih guru bercakap
dan pelajar mendengar dan membuat catatan. Mungkin juga beberapa media
pengajaran di gunakan. lebih berkesan jika i9a digabungkan dengan teknik yang
lain.
Langkah
kuliah/syarahan yang akan dijalankan seperti adanya pengenalan, persembahan dan
penutup.Untuk pengenalan, menerang dengan jelas skop pangajaran, memberitahu
palajar apa yang dikehendaki daripada pelajar, cuba membangkitkan minat,
sentiasa ceria, semyum, menghadap kelas dan berkomunikasi dengan baik dan
berkesan dengan pelajar. Untuk persembahan pula guru mistiolah bercapakap kuat
,jelas dan mesra, jelaskan jika ada arahan, huraikan istilah yang digunakan,
berkomunikasi dengan semua pelajar, gunakan pelbagai teknik seperti
menyoal,pengunaan papan tulis,domotrasi, ulangi
butiran yang penting dan mengetahui isikandungan dengan yakin. Jika
penutup dengan kaedah kuliah misti guru misti mengulangi isi utama,
menggalakkan perbincangan dan membuat peneguhan isi yang lemah.
2.
PERBINCANGAN
Perbualan sesama pelajar
di bawah penyeliaan dan kawalan guru.Melibatkan dua hala antara guru dan
murid.Merupakan kaedah yang dinamik dan meransang perhubungan dalam bilik
darjah dan melibatkan pelajar aktif dalam pembalajaran Pelajar diberi peranan
aktif untuk menyatakan pendapat mengenai sesuatu tajuk atau isu. Guru
menandakan serta mengarahkan pandangan ke seuatu prinsip atau mendapat
menyeluruh. Pelajar belajar dan mempraktikan amalan baik dan berbincang antara
satu sama lain. Mereka berkongsi maklumat serta memberi dan menerima pendapat
dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan.
Kaedah perbincangan
pelajar dilatih berfikiran kritis dan kreatif. Sesi perbincangan mengalakkan
pelajar menilai logik, dengan pandangan sendiri. perbincangan akan memberi
maklum balas serta merta kepada guru terhadap konsep dalam pendidikan jasmani
dan dapat menguraikan kefahaman murid sesuatu
masalah.
Tiga kemahiran yang
perlu dikuasai guru iaitu kemahiran menyoal, kemahiran mengurus aliran maklumat
dan jawapan dan memahami reaksi terhadap soalan pelajar. Perbincagan boleh
dijadikan alat dalam mengukur dan menilai kemahiran dan sikap pelajar. Kaedah
ini mengalakkan pembalajaran secara koperatif dan kolaboratif. kaedah ini
seseuai untuk kumpulan yang kecil, sederhana dan untuk individu.
3.
TUNJUKCARA
Kaedah utama digunkan
semasa pengajaran pendidikan jasmani. Melibatkan demotrasi lisan dan
penglihatan. Kaedah pebgajaran memberi peluang kepada murid untuk melihat
secara langsung tugasan yang diberikan. Sebelum demotrasi sesuatu kemahiran atau
isi pelajaran, susun pelajar supaya mereka boleh melihat atau mendengar dengan
jelas.Perkenalkan tajuk atau aktiviti terlebih dahulu dengan kaedah kuliah. Lakukan
demotrasi mengikut kadar pergerakan yang sebenar, ikut cara dan prosidur piawai
yang sebenar. Semasa membuat demotrasi membuat perlakuan dan butiran kemahiran
serta menerangkan sepenuhnya pergarakan yangn tidak dapat dikuasai. Menujukkan
setiap lagkah untuk membuat, memasang, menangal, mengguna sesuatu.Kaitkan
pengalaman baru dengan kemahiran yang telah dipelajari atau dikuasai. Ulangkan perlakuan dengan
kadar perlahan jika murid bermasalah menguasainya, berikan butiran penting dan
galakkkan pelajar berbincang dan mencuba serta bentukkan pengukuhan kepada
pelajar. Kumpulan tidak terlalu besar. Penggunaan kemahiran diutamakan.Jika
perlu guru membuat dahulu pelajar perlu diberi peluang mencuba.
4.
DISKUSI
PENAL
Kumpulan tiga atau
empat orang penal membincangkan sesuatu topik secara formal
dihadapan kelas. Selepas itu ahli penal akan menjawab soalan bagi menjelaskan
atau menghuraikan idea-idea tambahan dikemukan oleh kelas.
5.
SIMULASI
ATAU MAIN PERANAN.
Sesorang ahli
kumpulan diberi satu peranan atau beliau dikehendaki berfikir, membentang dan
mempertahankan pendapat serta menentukan satu kesimpulan yang sesuai dengan
nilai yang patut dimiliki oleh watak yang diwakilinya. Tiada skrip disediakan,
hanya episod atau situasi ditetapkan dan dibentangkan kepada semua ahli dalam
kumpulan itu. Secara ini ahli berkenaan
terpaksa mempertahankan sesuatu nilai dan sikap yang mungkin tidak secocok atau
tidak sesuai dengan program asalnya. Kaedah ini amat sesuai untuk membina nilai
dan mengubah sikap.
6.
BRAINSTORMING
Satu teknik
perbincangan yang membolehkan sesuatu kumpulan berfikir secara kreatif bersama dan
menghasilkan idea-idea yang banyak. Otak diperah untuk difikir tampa batasan.
Semua idea yang dihasilkan dicatat dan hanya dipertimbangkan dan diperkembangan
dan diperkemaskan
7.
KAEDAH
TUMPUAN ATAU PENYELIDIKAN (DISCOVERY/INGQUIRY APPROACH)
Sejenis pendekatan
penyelesaian masalah yang disusun khas supaya sesuatu yang dikemukakan kepada
pelajar menjadi cabaran bagi mereka menyelidik dan meneliti secara
mendalam.Penekanan kepada pemikiran yang kriatis dan kreatif untuk mengumpul
maklumat dan membuat kesimpulan atau menyelesaikan masalah. Bermula set
pemerhatian,tentukan cara merekod
pemerhatian data yang diperhatikan dan ditaksir sebagai maklumat
8.
KAEDAH
PROJEK
Pembelajaran melalui
pengendalian sesuatu projek mengenai sesuatu topik. Aktiviti pembelajaran
secara individu atau kumpulan yang banyak dilakukan diluar bilik darjah. Projek
memerlukan tempoh masa tertentu untuk disiapkan. Guru perlu mengenal pasti
terlebih dahulu objektif yang perlu dicapai dalam kelas dan fikirkan cara yang
sesuai dan boleh digunakan dengan berkesan.Pelajar perlu mencari bahan yang
sesuai dan merancang langkah yang perlu menjayakan projek. Kaedah projek yang
berkonsepkan belajar sambil mempraktikkan (learning by doing) boleh
mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran.
9.
KAEDAH
PEMBELAJARAN MASTERI
Pembelajaran ini
boleh menagani masalah pelajar yang mempunyai pelbagai peringkat
kebolehan.Pendekanatan pengajaran ini bertujuan memastikan pelajaran menguasai
hasil pembelajaran yang ditentukan dalam satu unit pembelajaran sebelum
berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Setiap pelajar boleh belajar
mengikut kebolehan mereka. Prinsip penting kaedah ini setiap murid berpotensi
diajar oleh guru, pembelajaran dipecahkan kepada unit kecil bagi memudahkan
pelajaran dikuasai.
Pelajar perlu diberi
masa yang mencukupi untuk menguasai hasil pembelajaran dan arahan guru misti
jelas dan tepat. Guru misti menyediakan aktiviti bermakna, berkesan dan
menerik. Bahan pengajaran misti sesuai, penilaian berasaskan ujian rujukan kriteria.
Murid diberi latihan dan melihat maklumbalas. Melaksanakan ujian formatif untuk
mengukur objektif sesuatu unit pelajaran yang boleh dikuasai. Murid misti menguasai 80% aras mesteri yang
ditetapkan sebalum berpindah ke unit pembelajaran lain. Aktiviti perkayaan
untuk pelajar cemerlang dan menyediakan aktiviti pemulihan pelajar yang tidak
menunjukkan pengusaan.
9 KAEDAH
PEMBELAJARAN KOPERATIF
Kaedah ini digunakan
di dalam bilik darjah yang mempunyai pelajar dari kumpulan yang mempunyai
keupayaan yang berlainan. Pelajar akan berkerja dengan kumpulan kecil, kerah
pencapian objektif dan matlamat pembelajaran yang sama. pembelajaran disusun
supaya murid dapat berintraksi dan belajar antara satu sama lain. Guru
menyediakan aktiviti pembelajaran dan bertindak sebagai fasilitator. Kaedah ini
boleh membina kemahiran berkomunikasi secara lisan, kemahiran sosial dan
berfikiran kritis. Pembelajaran koperatif mengalakkan pelajar berdikari, bebas
memberi dan mendengar pendapat. Nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab,
bertolenransi dan berkerjasama dam pembalajaran.
10. PEMBELAJARAN
TERARAH (DIRECTED STUDY)
Pembelajaran semua
sesuatu topik melalui bacaan dari buku-buku tertentu atau membuat modul
pembelajaran sendiri.dibawah arahan, bimbingan dan penyeliaan guru.
11. PENGAJARAN
BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
Dua orang atau lebih
guru mengajar satu topik yang sama secara integrasi dalam satu tempoh yang sama.
Mereka bertugas sebagai satu pasukan dan mungkin mengajar satu-satu topik itu
mengikuti perspektif yang berlainan.
12. PENGAJARAN
TERANCANG (PROGRAMMED INSTRUCTION)
Pengajaran di susun
mengikut urutan yang rapi dan pelajar belajar secara sendiri mengikut tempoh
sendiri. Yang diutamakan penyampaian maklumat atau pengetahuan sadikit demi sadikit
dan diuji kefahaman pelajar sebekum berpindah kepada maklumat baru. Pelajaran
disedikan dalam bentuk program dan ada jenis liner dan ada jenis branching.
Program liner pelajar
akan maju dari petak ke petak dan akhirnya dapat menyelesaikan sesuatu program.
Program branching menangandungi langkah pembelajaran tambahan. Jika pelajar
membuat kesilapan,ia diarah untuk menambah kemahiran yang lebih mudah sebelum
meneruskan program itu.
Pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh pelajar dalam pengajaran
pendidikan jasmani. Guru perlu memahami dan menguasai kaedah ini dan membuat
penyelidikan tindakan pengunaan kaedah ini sesuai atau berkesan dan proses
pengajaran dan pembelajaran.
BIL
|
KAEDAH
|
BIL
|
KAEDAH
|
1
|
Analisisi
/kecerakinan (analyse)
|
55
|
Perbualan
|
2
|
Audia lingua, audia
visual
|
56
|
Penyoalan
|
3
|
Aural dan oral
|
57
|
Projek
|
4
|
Bahas (Debate)
|
58
|
Projek pembelajaran
konsep
|
5
|
Banci (Survay)
|
59
|
Penyelesaian
masalah
|
6
|
Bercerita (telling)
|
60
|
Pelbagai media
(multi purpose)
|
7
|
Bermain (play-way)
|
61
|
Pengunaan Bahan Terancang (self
instructional learning programe)
|
8
|
Berpasukan (Team
teaching)
|
62
|
Pengunaan bahan
maujud
|
9
|
Bertulis
|
63
|
Pengunaan baan
gantian
|
10
|
Campuran/panduan
|
64
|
Perangkaan
|
11
|
Cergas (active)
|
65
|
Pemetaan
|
12
|
Ceramah
|
66
|
Percubaan
|
13
|
Congak
|
67
|
Pemerhatian
|
14
|
Dalton (rancangan)
|
68
|
Peralatan pandang
dengar (audio visaul aids)
|
15
|
Dapatan/jumpaan/penemuan
(Discovery)
|
69
|
Penyelidikan
|
16
|
Dwi bahasa
|
70
|
Peta berlapis
|
17
|
Drama/ lakonan
|
71
|
Pemikiran
|
18
|
Eklektik
|
72
|
Pendengaran
|
19
|
Fonik (Phonic)
|
73
|
Praktik
|
20
|
Fonatik (reform)
|
74
|
Rujukan.
|
21
|
Gabungjalin
|
75
|
Rencana
|
22
|
Heuristik
|
76
|
Syarahan
|
23
|
Jumpaan (enguiry)
|
77
|
Semujadi
|
24
|
Jumpaan terpimpin
|
78
|
Sintaktik
|
25
|
Kajian
|
79
|
Situasi
|
26
|
Kawalan bahasa
|
80
|
Scratis/soaljawab
|
27
|
Kerja rumah
|
81
|
Mengguna surat
khabar/ADD
|
28
|
Kesatuan/unit
|
82
|
Struktur
|
29
|
Komputer/ICT
|
83
|
Terus/langsung
(inderect)
|
30
|
Kumpulan
|
84
|
Tidak terus/tidak
lansung
|
31
|
Laporan
(eye-witness report)
|
85
|
Tiori/praktik
|
32
|
Latih tubi (Drill)
|
86
|
tutor
|
33
|
Lukisan
|
87
|
tunjukcara
(demotration)
|
34
|
Lisan
|
88
|
Tayangan filem
|
35
|
Lihat dan sebut
(Look and say)
|
89
|
Tayangan filen
jalur/slaid
|
36
|
Liner programmer/Branching programe
|
90
|
Tayangan vedio
|
37
|
Lawatan/ekologi
|
91
|
Ujikaji/ selidik
|
38
|
Lawatan sambil belajar
|
90
|
Ujian secara lisan
|
39
|
membaca & soalan.
|
91
|
Ujian secara
bertulis
|
40
|
Menggunakan majalah
|
92
|
pengunaan TV.radio,
pita video
|
41
|
Menyiasat/
memerhati
|
93
|
T Group
|
42
|
Membuat model
|
94
|
Diskusi panel
|
43
|
menghafal
|
95
|
Pertukaran
maklumat.
|
44
|
Mengajuk /
mengingat
|
96
|
Persembanhan
peserta
|
45
|
Montessori
|
97
|
kerja selidik
|
46
|
menggunakan gambar
|
98
|
Simulasi
|
47
|
Minat
|
99
|
Action research
|
48
|
Mujarat
|
100
|
renungan.
|
49
|
Terjemah
|
|
|
50
|
Nyayian
|
|
|
51
|
Penerangan
|
|
|
52
|
Pameran
|
|
|
53
|
Pertandingan
|
|
|
54
|
Perbincangan
|
|
|
Guru perlu inovatif
dalam mencipta pelbagai pendekatan yang berpusat kepada murid agar dapat
merangsang pelajar berfikir, bertindak dengan kreatif dan mampu menggunakan
intelek meraka secara bijaksana. Perubahan kemajuan masa kini memelukan guru
sanggup berkerja keras dan berinisiatif, berfikir, dan mencuba pelbagai
pendekatan dan teknik pengajaran secara inovatif dan kreatif demi untuk
mengembangka kemahiran intelek, rohani dan jasmani mereka selaras dengan hasrat
Falsafah Pendididkan Kebangsaan. Murid-murid sekarang tidak boleh dididik
secara tradisional
Mohd.Yazid
Deraman
IPG.KKB
No comments:
Post a Comment