Teori
Pembelajaran dan Pengajaran
Mohd.Yazid
Bin Deraman
Institut
Pendidikan Guru,
Kampus Kota Bharu, Kelantan
Tugas utama seorang
pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar.
Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga
menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan
suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa
memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran,
guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka.
Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah
dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan
kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan
pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep
atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan
pembelajaran yang bermakna.
Perlunya guru menarik
perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih
hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi
pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus
boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
Dalam merancang persedia
mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia
perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya
aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh
pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan,
emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan
pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti
mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah
memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan.
Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan
penyampaian sesuatu subjek atau modul.
Di antara kaedah dan
teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :
- Kaedah sumbang saran
- Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
- Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
- Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
- Kaedah oudioligual
- Kaedah kodkognetif
- Kaedah projek
Penggunaan kaedah dan
teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan
memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat
sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan
oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah
dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak mehalang guru
melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah
projek yang diasaskan oelh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari
sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok
menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan
bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan
kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara
berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja
teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik
penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan
contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia
dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru
menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki
memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru
dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan
ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan
mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya.
Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran,
ilustrasi dan lain-lain.
3. Memory
- Address three pressing problem you have faced in your class and solve these problem based on what you now know about Memory.
Kesediaan belajar antara
seorang individu dengan seorang individu yang lain biasnya tidak setara. Ini
kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan
searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam
pertumbuhan mereka tetapi fizikal, mental, emosi dan social mereka tetap
berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada
guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan atau pada peringkat
melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan kesediaan belajar boleh
dikaitkan daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan a. kematangan
fizikal b. kematangan intelek c. kematangan emosi
a. Kematangan fizikal
Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang tinggi.
Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati
terhadap perbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan
belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti
ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan berlaku
dalam pertumbuhan perkembangan normal berupaya membantu guru menyediakan asas
pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat
Bantu mengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di
kalangan pelajar, guru harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat
apa sahaja penyesuaian yang berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini
boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula jadi pelajar.
b. Kematangan intelek
(mentel) Kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan mentafsir deria
(persepsi), kebolehan membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria
(imagenasi), kobolehan untuk mengingati kembali apa yang telah dialami
(ingatan) dan kebolehan meneruskan kesimpulan tentang hal-hal yang diprolehi
daripada pengalaman ataupun yang abstrak. Kematangan intelek tidak mempunyai
hadnya. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada kegiatan
mental yang paling mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks.
Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat ditentukan pada tahapsejauh manakah
kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan kesediaan belajar,
perubahan-perubahan perkembangan dalam keupayaan intelek seperti ini patutlah
diberi perhatian. Walaupun perkembangan intelek itu merupakan proses yang
berlaku secara berperingkat-peringkat dan berterusan, namun proses ini tidak
sama bagi semua pelajar. Memang terdapat kecenderungan am yang sama dalam
kalangan mereka yang sedang menjelani proses kematangan tetapi kadar
pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka yang
bertanggungjawabdengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira
perbezaan-perbezaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum
merancang dan seterusnya melaksanakan tugas mereka dalam kelas.
c. Kematangan Emosi Emosi
menggambarkan satu kaedaan yang dikaitkan oleh dorangan-dorongan melalui satu
cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan mengandungi nada
perbezaan atau berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan . Ahli-ahli
psikologi dan fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati
dan tindak balas fisiologi. GGGerak hati atau desakan dalaman yang mengarahkan
sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai gabungan dan peringkat,
secara umum, emosi dapat diertikan sebagai suatu pengalaman yang penuh
perasaan, yang melibatkan penyalarasan dalaman secara am dengan keadaan mental
dan fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan kemudiannya diperlihatkan
dalam bentuk tingkah laku yang nyata. 4. Metacognition - What is your reaction
to the video on metacognition? - Explain in your own words three or more
benefits of applying metacognition in your classes AND - How would you apply
metagnition in your classes?
Metacognition dapatlah
ditafsir sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran tentang
proses yang dilaksnankan secara berfikir. Menurut Bronw (1980) metacognition’
adalah merupakan ilmu pengetahuan atau kesedaran yang terdapat kepada seseorang
yang membolehkannya. Gadner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses
berfikir ini adalah dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Seorang
pelajar lebih tua dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh
menyedari, mengawal dan mengamalkan starategi berfikir berhubung dengan
satu-satu masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap
persekolahannya. Boyer dalam model ‘ Functional Thinking’ nya menyatakan lebih
jelas bahawa ‘ Metacognition adalah merangkumi kebolehan seseorang, merancang
(planning), memantau (monitoring). Dan menilai (assessing) satu-satunya
keputusan atau idea yang hendak diutarakan “Boyer menjelaskan bahawa
‘metacognatinion’ terletak di luar kebolehan berfikir (cognition) itu sendiri.
Menurutnya “ Metacognative operations are applied to the strategies and skill
used to produce meaning rather then diretctly to data and experience. Metacognation
seeks to control these meaning-making aperations by which one seeks to make
meaning”. Dengan ini ini metacognition dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan
seseorang dalam mengaplikasikan startegi yang betul dalam proses melahirkan
idea tetapi bukannya buah fikiran yang dilahirkan atau bukan hasil sebenar
berfikit itu sendiri. Seseorang yang ingin menyelesaikan satu masalah
ekonominya terpaksa mengalami proses merancang , memantau, menilai keputusan
yang akan dibuat. Proses merancang, memantau dan menilai ini ada kaitan
langsung dengan keputusan yang akan dibuat atau diambil dalam penyelasaian
masalah tersebut.
Terdapat kebaikkan dalam
mengaplikasikan Matacognitive: 1. Kaedah perbincangan Dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas terdapat banyak topic sesuai disampaikan
melalui sesi perbincangan khasnya bagi kursus bahasa. Di antara topik-topik
yang sesuai dibincangkan topic isu semasa, program pelajar dan sebagainya.
Kaedah ini melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan pelajar-pelajar
dalam kelas atau satu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran
atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. Para pelajar harus
diberitahu cara-cara dan peraturan-peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini
bertujuaan agar aktiviti perbincangan lancer, teratur dan tidak terpesong
daripada tujuan. Pada akhir perbincangan, idea-idea haruslah dirumuskan.
Rumusan ini kan digunakan untuk membuat ulasan perbincangan.
2. Proses pembelajaran
melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal pasti empat
unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan,
iaitu pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi
(reproduction), dan penangguhan (re inforcement) motivasi (motivion). Implikasi
daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai
melalui beberapa cara yang berikut: • Penyampaian harus cekap dan menarik •
Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat • Hasilan guru atau
contoh-contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi
3. Pembelajaran, ingatan,
dan lupaan Pembelajaran merupakan sesuatu proses psikologikal dalaman. Sama ada
ia belaku tidak akan dapat diperhatikan atau diukur secara langsung. Apa yang
kita ukur ialah ingatan selepas pembelajaran sahaja. Oleh itu, ingatan hanya
boleh dianggap gambaran atau praktikal pembelajaran. Walaupun, ingatan boleh
mewakili pembelajaran, kualiti ingatan dan lupaan ialah tiga proses yang saling
berkaitan serta saling berpengaruhi antara satu sama lain. Berikut
mengilustrasikan secara ringkas peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran,
ingatan dan lupaan. Rajah 1: peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran,
ingatan dan lupaan.
Berdasarkan
huraian-huraian pengertian ingatan di atas maka bolehlah dirumuskan bahawa
ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses
dan menyimpanya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika perlu.
Berdasarkan daripada tiga
kaedah penyampaian yang digunakan tadi, proses pembelajaran dan pengajaran yang
dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan.
Apabila guru menggunakan
kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak lansung akan
meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran.
Dalam suasana pengajaran
dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih dan
mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru,
terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan
menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat
membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih
mudah.
No comments:
Post a Comment