Pengaruh
Peribadi Dalam Gaya Membuat Keputusan
(Mohd.Yazid Deraman. mydyazid@gmail.com.my)
Dalam membuat keputusan dalam sesuatu organisasi banyak keputusan diambil atau dilaksana berdasarkan faktor keputusan peribadi pengurus atau kepimpinan sesuatu organisasi. Antara ada empat contoh ciri-ciri keputusan yang biasa dilakukan oleh kepimpinan organisasi bersifat keputusan peribadi:-
1.
Impulsiveness
: membuat keputusan secara tergesa-gesa.
Kesannya mungkin lebih buruk jika keputusan adalah perkara teknikal yang
tidak melibatkan emosi manusia.
2.
Overcoutionness
: terlalu berhati-hati dan biasanya bebas dari risiko yang terlalu tinggi.
Sering dikaitkan dengan pengurus-pengurus yang memiliki keyakinan diri yang
rendah dan sebagai satu cara untuk mengelakkan dari digolongkan ke dalam
kategori yang membuat keputusan secara impulsive.
3.
Ego
Defensiveness : biasanya pengurus ini rasa terancam egonya dan membuat
keputusan yang lebih berfungsi untuk peningkatan diri sendiri dan tidak
semestinya satu keputusan yang baik untuk organisasi.
4.
Intelligence
: Pengurus berbeza dari segi kemampuan semulajadi, pengalaman, pendidikan dan
perkembangan kemahirannya. Ia adalah
salah satu faktor yang membezakan kualiti keputusan yang dibuat.
Untuk organisasi yang mesra pelanggang saya mencadangkan organisasi IPGKKB terutama pengurusan atasan melaksanakan satu keputusan secara strategik bukan berdasarkan kepada keputusan peribadi dalam proses menyelssaikan masalah. Pengalaman saya sebagai ketua jabatan kadangkala kita terhimpit dengan keputusan yang berasiko, tampa merujuk kepada kebenaran yang hakiki. Daripada teori pengurusan saya mencadangkan garis panduan dalam proses membuat tindakan dan keputusan. Kata orang tua air dicincang tidak akan putus ibarat menarik rambut dalam tepung jangan sampai putus.
Garis Panduan Yang
Dipersetujui.
1. melalui
perancangan yang teliti dan meminimumkan bilangan keputusan yang dibuat semasa
krisis.
2. menekankan
pentingnya subordinat membuat semua keputusan yang mampu dilaksanakan setakat
yang mampu olehnya.
3. mencari
semua peluang yang ada dan mengambil peluang-peluang yang selari dengan
objektif organisasi.
4. menilai
kesan positif organisasi keatas proses membuat keputusan.
5. melakukan
tindakan yang membolehkan semua yang mahir dalam sesuatu bidang terlibat dalam
proses membuat keputusan.
6. menyedari
wujudnya ciri-ciri berat sebelah, persepsi, nilai dan sikap individu yang
mempengaruhi keputusan yang dibuat.
7. belajar
untuk melihat masalah sebagai peluang untuk memperlihatkan kemahiran
menyelesaikan masalah.
8. mempastikan
bahawa masa yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah
bersesuaian dengan kepentingan masalah itu.
9. mencari
pilihan penyelesaian yang terbaik dan bukan
yang termudah.
10. menggunakan segala kemahiran
kreatif untuk menyelesaikan masalah.
11. mengenepikan dahulu segala
pemikiran kritikal ketika mengumpul cara-cara untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.
12. menggunakan teknik
kuantitatif dalam menilai secara kritikal pilihan-pilihan penyelesaian yang
sedia ada.
13. sentiasa mengambil kira
hubungan antara perlaksanaan aktiviti dengan keputusannya yang berkesan.
semua garis panduan ini bersifat profesional sebagai pemimpin apabila membuat sesuatu keputusan dalam pentadbiran sesuatu organisasi. Kepimpinan yang mengamalkan ciri kepimpinan seperti ini adalam kepimpinan berwawasan, disenangi semua ahli organisasi dan tidak mewujudkan sparato-sparato dalam pengurusan organisasi.