PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM SUKAN SUKAN
(MOHD,YAZID DERAMAN)
PENSYARAH KANAN, IPG KAMPUS KOTA BHARU.
PENGENALAN
Pengelolaan
dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama
sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani ini mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani
merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang
terancang dan teratur. Manakala aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola,
menyertai pertandingan dan permainan
serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal.
KONSEP
DAN DEFINISI PENGURUSAN
Menurut
Kamus Dewan, pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan, pengelolaan, dan penyelenggaraan.
Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan
sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran,
perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet,
kepemimpinan dan penilaian dalam konteks
perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani.
Berikut merupakan fungsi pentadbiran
dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan iaitu merancang, menyediakan
bajet, mengawal, mengelola, menyediakan jadual pertandingan, membuat keputusan
dan menilai. Seterusnya untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani
dan sukan, terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu
persediaan profesional, sikap profesional dan perkembangan profesional. Jika
ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan
pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan, maka kemajuan
pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan memperolehi
kecemerlangan dan kegemilangan.
PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan
jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuan
kecergasan dan nilai seseorang
individu melalui pendekatan aktiviti
fizikal. Pendidikan jasmani (PJ)
juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi
semua aspek domain seperti psikomotor,
kognitif, afektif, sosial, dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani (PJ), pelajar
akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Malah, secara
ringkasnya Pendidikan Jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran
yang holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat
menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986).
Oleh yang demikian, pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai mata
pelajaran yang menumpukan penekanan
terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikal
yang menyumbang ke arah pertumbuhan
mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan
emosi. Pendidikan Jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih
sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan
amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.
KURIKULUM
PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
Pendidikan
Jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. yang
diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulum
Pendidikan Jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan
sukan serta kesihatan. Kurikulum Pendidikan
Jasmani di Malaysia
digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu
bagi membentuk masyarakat yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang
pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran
dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif
Pendidikan Jasmani. Oleh itu, bagi
membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani,
pelajar perlu memahami dan menghayati
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah
membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum
Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan
pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap
optimum.
Objektif
Kurikulum Pendidikan Jasmani
Terdapat
beberapa objektif kurikulum Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah mempertingkat
dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor, menguasai kemahiran
asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri, melakukan senaman dan
aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengaplikasikan pengetahuan kesihatan
dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal, membentuk sahsiah
dan disiplin diri, dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran,
Pendidikan Jasmani, 1999).
Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan
di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang
persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan
dan penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa memahami
matlamat utama Pendidikan Jasmani iaitu “Pendidikan Jasmani adalah bertujuan
membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan
kecergasan” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999).
Organisasi
Pendidikan
Jasmani merupakan disiplin pendidikan. Oleh itu, di sekolah Pendidikan Jasmani
mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik.
Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
Antara bidang kuasa Ketua
Panitia Pendidikan Jasmani ialah menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah,
mempengerusi mesyuarat panitia Pendidikan Jasmani, memastikan rancangan tahunan Pendidikan Jasmani tersedia
untuk digunakan, mengagih
dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani, menyediakan perancangan
tahunan panitia, memantau pengajaran pendidikan jasmani, memeriksa buku latihan
pelajar, merancang pembelian alatan untuk panitia, menyediakan anggaran
perbelanjaan panitia, dan merancang latihan dalaman.
Perancangan
Belanjawan
Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem
perbelanjaan yang sistematik. Ketua panitia Pendidikan Jasamani perlu
menyediakan perancangan belanjawan tahunan. Malah, ketua panitia juga perlu menyenaraikan atau menyusun item
mengikut kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan
kewangan Pendidikan Jasmani.
Bil Murid
------------------>
Peruntukan
Kurang daripada 100 Orang
RM 300.00
101-250 Orang
RM
300.00(minimum) Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang)
251-500 Orang
RM
720.00(minimum) Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang)
501-750 Orang
RM
1370.00(minimum) Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang)
751-1000 Orang
RM 1970.00(minimum) Rm1.80/seorang
(selepas 100 0rang)
1001 Orang atau lebih
RM 2420.00(minimum) Rm1.00/seorang (selepas
100 0rang)
Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani
Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan
berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan
afektif. Pendidikan jasmani juga adalah melahirkan masyarakat yang akan
menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta
dilaksanakan secara berterusan. Pendidikan jasmani turut membolehkan pelajar
menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri
berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran iaitu kecergasan,
kemahiran dan kesukanan.
Pendidikan jasmani adalah dapat
melahirkan masyarakat yang dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan
keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. Pendidikan jasmani dilihat
akan dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai murni, sahsiah dan
disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat.
Prinsip
Pengurusan Sukan
Pengurusan sukan adalah proses bekerja bersama orang lain dengan
menggunakan sumber secara optimum dalam persekitaran yang sentiasa
berubah-ubah. Pengurus bertanggungjawab memastikan proses pengurusan berjalan
lancar, bertindak menggunakan sumber fizikal dan manusia dengan cekap dan
berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi. Menurut Kelly, Blanton dan Bertel (1990), mendefinisikan pengurusan
sukan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan
perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan budget, kepimpinan
dan penilaian dalam konteks sesebuah oraganisasi atau jabatan di mana produk
atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan. Pengurusan sukan juga ialah
membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan
mental, bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikari
melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam
semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal.
Terdapat empat
prinsip pengurusuan sukan iaitu yang pertama ialah perancangan untuk membentuk hala tuju. Pengurus memulakan tugas dengan menentukan matlamat, mengatur dengan
merancang program dan menentukan garis-garis kasar gerak kerja. Peranan
pengurus di sini amat penting bagi menggerakkan perancangan yang akan dilakukan
dengan kuasa yang ada padanya. Prinsip
yang kedua ialah merupakan pengorganisasian iaitu pengurus memastikan semua
bahagian unit dapat bertindak, selaras melaksanakan apa yang dirancang. Ini
berkaitan dengan pembahagian kerja kepada individu dan kumpulan. Pada masa
yang sama, kerja haruslah dilaksanakan dengan betul dan bersama. Dua aspek
utama pengorganisasi ialah aspek teknikal dan sosial. Aspek teknikal ialah
untuk mencari individu yang mempunyai kebolehan teknikal yang tertentu dalam
organisasi. Manakala aspek sosial pula melibatkan ahli-ahli bukan teknikal,
tetapi individu dengan kebolehan kemanusiaan yang unik.
Prinsip yang
ketiga adalah kepimpinan yang mempunyai
kebolehan seseorang mencari pengaruh. Kepimpinan seorang pengurus ialah
bagaimana ia mempengaruhi pekerjanya dan bagaimana ia menyebarkan pengaruhnya
dalam organisasi. Pengurus memimpin dengan menunjukkan cara, membimbing dan
memberi motivasi kepada pekerja-pekerja dalam organisasi dengan tujuan mengekal
dan meningkatkan moral mereka. Motivasi juga diperoleh melalui komunikasi
aktif, penghargaan dan kebajikan. Seterusnya pengawalan adalah merupakan
prinsip-prinsip yang terakhir dalam pengurusan sukan. Pengawalan adalah proses
menilai dan menyemak. Caranya ialah dengan membandingkan status pencapaian
organisasi sekarang ini dengan apa yang dirancang.
Berdasarkan kepada prinsip
tersebut, sukan merupakan satu aktiviti yang
paling berkesan membentuk kecergasan dan kesihatan dari segi fizikal dan
mental. Sukan juga dilihat membolehkan seseorang itu memperoleh sebanyak-banyak
keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality
of life) dan keperluan asas manusia. Selain itu, sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan
beramai-ramai sama ada ahli keluarga,
sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat asing yang mana ianya
menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan
sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri. Keperluan asas
manusia juga merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan
fiziologi kepada kepuasan mutlak diri.
Definisi Organisasi
Sekumpulan individu berusaha untuk menyempurnakan satu-satu
tugas yang tidak boleh dilaksanakan oleh seorang individu sahaja. Struktur pula menentukan tugas seseorang individu dalam
organisasi tersebut dan perhubungan dengan individu lain. Mengikut
Pfiffner (1960), organisasi adalah persediaan yang sistematik untuk tindakan dan
menstrukturkan individu serta fungsi kepada pertalian-pertalian yang produktif.
Organisasi juga mencari satu pola kemahiran dan tanggungjawab yang boleh diselaraskan
serta penyatuan tujuan melalui pengawasan.
Definisi Pentadbiran
Pentadbiran merupakan
satu proses atau keadaan yang melibatkan
dua atau lebih individu mengembleng tenaga untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan. Menurut Leith (1990)
pentadbiran melibatkan proses perancangan, pengelolaan, bimbingan dan kawalan ke
atas sumber-sumber yang wujud untuk menghabiskan kerja yang diharapkan atau untuk
mengarahkan program kepada pencapaian matlamat-matlamat tertentu. Manakala
menurut Daughtrey & Woods (1976) pula ialah pentadbiran merupakan koordinasi
aktiviti oleh individu dalam kumpulan yang tersusun. Pentadbiran juga melibatkan
pengurusan kakitangan, perancangan organisasi, penghasilan dan perhubungan awam.
Perkaitan antara Pentadbiran & Organisasi
Organisasi dibentuk untuk membekalkan suatustruktur @
sistem yang berkesan bagi mencapai tujuan satu-satu kumpulan. Pentadbiran pula
ialah sebahagian daripada organisasi. Ia membimbing tingkah laku individu di
dalam organisasi untuk mencapai tujuan yang ditetapkan. Organisasi membekalkan struktur untuk mencapai sesuatu
matlamat oleh satu-satu kumpulan dan pentadbiran membekalkan unit-unit yang
berfungsi untuk menjalankan organisasi dengan berkesan. Pentadbiran diperlukan untuk menubuhkan sesuatu
organisasi. Manakala organisasi pula memerlukan pentadbiran untuk berfungsi. Objektif pentadbiran dan organisasi adalah untuk mengawal
persekitaran dan pentadbiran serta memberi arah kepada organisasi.
Aspek perlu diberi perhatian dalam perancangan organisasi:
Terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian
dalam perancangan sesuatu organisasi. Antara aspek tersebut ialah menentukan
dengan jelas garis autoriti dan tanggungjawab
dari paras atas ke bawah di dalam organisasi. Aspek yang kedua ialah individu yang mendelegasikan tanggungjawab
masih lagi bertanggungjawab. Seterusnya memastikan bilangan paras organisasi adalah
terendah. Aspek yang keempat ialah delegasi
autoriti dan tanggungjawab adalah pada peringkat tindakan sahaja. Aspek
kelima ialah kedudukan dibentuk supaya
tugas pentadbiran dan fungsi dipisahkan. Kemudian, aspek keenam adalah objektif
unit atau bahagian dalam organisasi adalah
selaras dengan objektif organisasi itu sendiri. Seterusnya aspek yang
terakhir ialah setiap individu dalam organisasi
menerima arahan daripada seorang ketua yang lebih tinggi sahaja.
PROSES DAN ASAS
PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
Pengurusan
Pengurusan adalah merupakan satu proses perancangan,
pengelolaan, memimpin dan pengawalan usaha-usaha anggota sesebuah organisasi serta
menggembleng sumber-sumber yang ada dalam organisasi bagi mencapai objektif
yang telah ditetapkan. Pengurusan juga boleh
didefinisi dan ditafsir oelh pengamal dan ahli akademik dari pelbagai sudut
yang berbeza.
Terdapat
beberapa definisi pengurusan iaitu yang pertama ialah pengurusan merupakan satu
proses integrasi sumber dan tugasan dan tanggungjawab ke arah mencapai matlamat
yang telah ditetapkan oleh organisasi. Kedua, pengurusan adalah merupakan satu
proses menetapkan objektif dan pengelolaan sumber ke arah mencapai matlamat
yang telah ditetapkan dan keberkesanannya akan dinilai bagi membantu pengamal
mengambil langkah-langkah yang perlu di masa hadapan. Pengurusan juga ialah
satu proses yang melibatkan pengarahan satu-satu kumpulan yang terlibat ke arah
mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi. Seterusnya pengurusan
adalah merupakan satu proses yang melibatkan perancangan, pengelolaan,
memotivasikan dan pengawalan dengan tujuan untuk menghasilkan satu hala tuju
dan matlamat bagi sesebuah organisasi.
Bagi
memastikan aspek pengurusan itu berfungsi dengan baik, tiga aspek penting yang
berikut perlu dipatuhi iaitu perlu wujudnya sebuah organisasi yang formal. Yang
kedua organisasi perlulah jelas dan memilik matlamat atas kewujudannya. Aspek
penting yang ketiga pula ialah organisasi itu perlu memiliki struktur pengurusan
yang diketuai oleh seseorang yang diberikan kepercayaan memimpin.
Dalam
konteks pengurusan masa kini fungsi utama pengurusan terdiri daripada komponen-komponen
seperti berikut iaitu perancangan (Planning), pengelolaan (Organising, memimpin (Leading) dan pengawalan (Control.
(a) Perancangan (Planning)
Perancangan adalah satu aktiviti penetapan matlamat dan objektif
yang dirangka secara tersusun dan sistematik. Perancangan yang baik
dan berkesan adalah yang tidak bermasalah dan mudah untuk dilaksanakan.
Terdapat empat kategori perancangan iaitu yang pertama ialah perancangan
strategik yang dirangka bagi memenuhi objektif organisasi dalam konteks
yang lebih luas. Ianya merangkumi pelan tindakan dan aktiviti yang menjurus
kepada kepentingan kewujudan organisasi tersebut. Ianya juga dikenali “Master plan”.
Kedua ialah
perancangan operasi yang dirangka
secara terperinci untuk melaksanakan plan strategik. Seterusnya aspek yang
ketiga ialah perancangan jangka panjang dan jangka pendek. Perancangan ini diklasifikasikan
sebagai rancangan yang melibatkan tempoh masa. Tempoh masa yang ditetapkan
ditentukan oleh perancang berdasarkan objektif yang ingin dicapai. Tiada tempoh
masa yang spesifik, ianya boleh jadi satu tahun atau pun kurang. Jika
perancangan itu ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh masa kurang dari satu
tahun ianya diklasifikasikan sebagai perancangan jangka pendek dan begitulah
sebaliknya.
Kategori perancangan yang
terakhir ialah perancangan berfungsi. Perancangan jenis ini diklasifikasikan
sebagai perancangan yang dibuat untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan untuk
dicapai. Perancangan jenis bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara
rancangan-rancangan lain bagi tujuan untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Sebagai contoh, perancangan jenis ini ialah perancangan sumber
manusia, perancangan kewangan dan perancangan program pembangunan atlet
sekolah. Untuk perancangan program pembangunan atlet sekolah tercapai, ianya
memerlukan kewangan dan juga sumber manusia bagi menjayakan rancangan tersebut.
Langkah-langkah
dalam merangka sesuatu perancangan:
Dalam merangka satu perancangan yang baik ianya perlu mengambil
kira semua aspek yang berkaitan dan juga aspek luar jangka. Perancangan ini
perlu dirangka dan dipastikan dengan betul dan berkesan bagi memastikan
prestasi dan masa depan organisasi tidak terjejas.
Berikut adalah beberapa langkah
yang boleh digunakan dalam merangka sesuatu perancangan iaitu memikirkan idea
yang baik, memilih idea yang terbaik, mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan
kepada idea, menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat penting,
menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan boleh diguna pakai,
mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan tindakan perancangan, menentukan
tempoh masa yang perlu dicapai, mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi
terlebih dahulu, menentukan struktur organisasi, menyediakan garis panduan yang
boleh diguna pakai sebagai contoh ketika ingin membuat sebarang keputusan
penting panduan ini boleh digunakan, memikirkan kaedah pemantauan dan
pengawalan yang terbaik, memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint) dan
sebaiknya dibukukan untuk panduan mereka yang terlibat, melaksanakan rancangan dan
yang terakhir ialah menilai keberkesanan perancangan untuk tujuan pembaikan dan rujukan di masa
hadapan
Faedah
Perancangan
Berikut adalah faedah yang diperolehi melalui perancangan yang
baik iaitu membantu memberikan hala tuju, membantu organisasi menentukan masa
hadapannya, membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan dan membantu
menjadikan organisasi berjaya dalam aspek pengurusannya.
(b) Pengelolaan (Organising)
Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan dan ianya bukannya satu proses yang
berasingan. Pengelolaan juga boleh menjadi sebahagian
dari perancangan atau digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan yang lain.
Secara kolektifnya, proses dan fungsi pengurusan ialah perancangan, pengelolaan, pelaksanaan dan pengawalan sebagai satu
aktiviti mengurus (managing).
Langkah-langkah
dalam Melaksanakan Pengelolaan
Berikut ialah langkah-langkah yang boleh diikuti dalam aktiviti
pengelolaan. Yang pertama ialah membahagikan
tugas secara spesifik. Ini kerana, keberkesanan dalam pengelolaan banyak
bertumpu kepada pembahagian tugasan secara spesifik kepada mereka yang
dipertanggungjawab. Faedahnya ialah individu yang menjalankan tugasan yang
spesifik dan sama akan lebih mahir dan juga turut membantu mempertingkatkan
kemahiran dan menjamin pencapaian matlamat.
Kedua ialah pembahagian tugas berdasarkan kumpulan/unit
kecil yang mana dapat membantu ketua memantau anggota di bawahnya
berdasarkan kumpulan yang telah ditetapkan. Malah turut bekerjasama dengan
anggota lain serta memantau pelaksanaan tugas. Ketiga ialah memberikan autoriti dan tanggungjawab.
Ini adalah berdasarkan portfolio masing-masing. Ketua memiliki autoriti yang
boleh dikaitkan dengan pemilikan kuasa. Kuasa yang wujud dari pihak atasan dan
diturunkan adalah mengikut keperluan tugas. Seterusnya tanggungjawab merupakan satu bentuk akauntibiliti terhadap
tugasan yang diterima.
Langkah yang
seterusnya dalam aktiviti pengelolaan ialah menentukan span of management
yang bermaksud jumlah anggota yang akan ditugaskan bagi satu-satu kumpulan
atau unit. Jumlah anggota juga menentukan kejayaan sesuatu tugasan. Jika terlalu
sedikit anggota yang diperlukan ianya akan mengurangkan keberkesanan kerja,
manakala jika terlampau ramai sebagai ketua maka akan hilang kawalan terhadap
anggota bawahan yang terlampau ramai. Langkah yang terakhir dalam aktiviti pengelolaan
ialah mengkoordinasi sumber organisasi.
Ianya merupakan usaha kolektif yang dilakukan bagi memenuhi objektif
organisasi. Koordinasi juga merujuk kepada kaedah penggabungan, integrasi dan
keseragaman di antara kumpulan dan
unit-unit lain.
Faedah
Pengelolaan
Berikut adalah faedah diperolehi melalui pengelolaan yang tersusun dan sistematik. Faedah
yang pertama ialah tindakan yang diambil akan lebih berkesan. Kedua, menggunakan segala sumber yang anda dengan
lebih efektif dan efisien. Faedah ketiga ialah membantu dan memudahkan proses meletak tugasan
dan tanggungjawab kepada individu yang berkenaan. Seterusnya faedah yang
terakhir ialah membantu mewujudkan satu sistem
pelaksanaan dan pengawalan yang berkesan.
SEMAK KENDIRI 5.2
(c) Memimpin (Leading)
Dalam aktiviti perancangan dan dan pengelolaan, ketua akan
bekerjasama dengan anggota di bawahnya dalam setiap tugasan yang ingin dicapai.
Memimpin adalah satu proses mempengaruhi
dan memujuk anggota bawahan untuk bekerja secara bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan. Dalam
konteks sebagai seorang ketua, objektif ini bukan hanya disebut dari mulut
sahaja, tetapi ianya menuntut seorang ketua memotivasikan anggotanya ke arah
mencapai objektif.
Kuasa Memimpin
dalam Organisasi
Kuasa sering dilihat sebagai satu
bentuk keupayaan di mana seseorang itu boleh mengarah atau menyuruh orang lain
melakukan sesuatu tugasan atau kerja dan juga bagaimana ia menggunakan kuasa
untuk melakukan sesuatu tindakan untuk dirinya dan orang lain. Dengan
perkataan yang lebih mudah, kuasa itu merupakan keupayaan yang dimiliki untuk
mempengaruhi tindakan-tindakan lain. Tanpa pemilikan kuasa, organisasi,
pengurus dan juga pemimpin akan berhadapan dengan kesukaran untuk mencapai
sebarang objektif yang telah ditetapkan.
Kepimpinan boleh
dijelaskan melalui konsep-konsep berikut iaitu kepimpinan merupakan suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan
pengikutnya dan mendorong pengikutnya supaya mengerah tenaga secara tersusun
menuju objektif yang di rumus secara kolektif. Bekerja secara sedemikian
akan memberikan kepuasan kepada pemimpin dan pengikutnya. Kepimpinan juga memberikan perwatakan dan menerima
perwatakan daripada media, persekitaran dan iklim di tempat ia berfungsi. Kepimpinan
tidak bekerja dalam ruang yang tidak mempunyai udara, tetapi bekerja dalam iklim yang diwujudkan
oleh berbagai unsur. Interaksi pemimpin, ahli, masyarakat dan suasana sekitaran
sentiasa berlaku.
Kepimpinan juga sentiasa aktif dan mungkin berubah-ubah mengikut
peringkat, kekuatan, atau had tetapi
ianya tidak akan tenggelam dan timbul. Ini bermakna tiada pemimpin, tiada
pengikut, dan jika tiada anggota maka tiada kumpulan. Keadaaanya sama ada
dinamik atau tidak ada langsung. Kepimpinan juga mengambil prinsip-prinsip, kaedah
dan sistem mengikut kadar yang pasti dan tetap secara yang disengajakan.
Prinsip-prinsip ini termaktub dalam undang-undang tubuh atau perlembagaan.
c)
Pengawalan (Control)
Pengawalan adalah
salah satu aktiviti
penting dalam pengurusan
dan ianya wujud hasil dari keperluan
yang telah ditetapkan dalam setiap
perancangan. Sebagai
pengurus, perlu dipastikan semua
tugasan yang telah
diamanahkan telah dilaksanakan
dengan baik. Di sinilah letaknya peranan pengawalan di mana ianya berfungsi untuk memberikan maklumat kepada
pengurus. Melalui maklumat
yang diterima ini
ianya nanti akan membantu
pengurus dalam membuat keputusan. Antara
peranan penting pengawalan ini
adalah bertujuan untuk
menyesuaikan cara kerja
kepada sesuatu standard yang
telah ditetapkan.
Contoh
Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan :
Pengurusan dan Pengelolaan Kejohanan Olahraga Tahunan
Peringkat IPG Kampus Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment