KAEDAH PENGAJARAN-
(Mohd.Yazid Deraman .IPGKKB.)
Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama
maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu teknik
dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata
pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan
objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan
yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa
pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran
dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon
Seng 1992). Manakala teknik
pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah
mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut
Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.
Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih
dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru
Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan
dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan
teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu
sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara
yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif
pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada misal-misal yang
diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi
Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin
(1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti
kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan
sebagainya.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran
yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu
pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah
mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah,
iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu
sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara
tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada
pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah,
walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah
Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua
mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan.
Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar.
Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan
keadaan masa, tempat dan pelajar.
Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi
sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:
1.
kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran
2. kaedah mesti
sejajar dengan objektif pelajaran yang
hendak dicapai
hendak dicapai
3. kaedah juga
haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran
yang diajar
yang diajar
4. kaedah mesti
sepadan atau setara dengan umur pelajar
5. kaedah itu
mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6. mempunyai masa
yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah
bekenaan
bekenaan
7. kaedah yang
dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang
ada.
ada.
An-Nashmy (1980)
mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam
bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi
kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar
akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih
cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah
pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula
dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.
Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi
yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping
itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi
pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran
harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran
ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
1. Tujuan am (learning goal)
2. Objektif pelajar (specific objective)
3. Langkah-langkah pengajaran yang
mengandungi aktiviti-aktivit
tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
4. Perlu ada makanisma untuk memantau
kemajuan pelajar .
5. Penilaian (sumative evaluation) untuk
mengukur
pencapaian pelajar
pencapaian pelajar
Kata Cangelosi
(1992):
Learning goal is the overall purpose of the teaching unit.
It indicates what students are expected to learn.
Specific objective, define the learning goal. That is a
number of specific skills, abilities, and/or attitude that the student to/or
must acquire.
Perrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah
yang lebih mendasar, iaitu:
a.
Planning
b.
Implementation
c.
Evaluation
Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini
merupakan asas pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada
pada guru. Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan. Ini yang
dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching).
Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat
diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di
atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan
mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan
langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan
pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang efektif (effective
teacher).
“…effective teacher is one who is
able to demonstrate the
ability to bring about intended learning goals”. Parrott (1986:5)
ability to bring about intended learning goals”. Parrott (1986:5)
Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki
kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan,
objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM
yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu
yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan Islam atau penerapan nilai
Islam. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa
yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai
yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya.
Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja untuk
lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan
ajaran Islam dengan cara yang betul. Jadi,
penekanannnya ialah penghayatan Islam, bukannya peperiksaan. Kalau guru
mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya
menyampaikan ilmu Islam, tetapi gagal memberi pendidikan Islam, iaitu gagal
mendidik anak-anak untuk menjadi orang Islam bagi memikul tugasnya sebagai
hamba dan khalifah Allah.
Demikian juga dengan istilah guru berkesan
(effective teacher). Ia bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran
yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi
contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru
mempengaruhi sikap pelajar (Huitt, 1994). Ini termasuklah gaya bercakap,
kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran
(engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam
layanan dan sebagainya. Ini semua mencerminkan guru muslim (Al-Ghazali,
1988; Al-Ibrashy, 1976).
Guru yang gagal ialah tidak membuat persediaan
penjagaran gagal memahami spendekatan, stragegi, kaedah dan tenik pengajaran
yang akan digunakan semasa bersama murid. Apa yang menyedihkan guru masuk ke
kelas tidak jelas objektif pengajarannya, mengajar sebagai hanya rutin biasa dan
tidak bersandar kepada padagogi dan ilmu dan kemahiran yang akan digunakan.
kemahiran dan pengurusan bilik darjah penting untuk menapatikan kaedah
digunakan bembari kesan peda pembalejaran murid. Tiada satu kaedah yang terbaik,
tapi apa yang penting kebijaksanaan guru
memilih starageti pengajaran bersandarkan kepada keperluan yang difikirkan sesuai
pada masa itu. Jadilah guru yang celerlang di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment