Tuesday 13 January 2015

Buku Permainan Kanak-kanak. (Mohd.Yazid Deraman)

PENULIS ;  MOD.YAZID DERAMAN
PENERBITAN & PENCETAKAN : PENERBITAN ABADI, KOTA BHARU, KELANTAN
CETAKAN PERTAMA; SEPTEMBER 2014 
MUKA SURAT; 140 MUKA SURAT DENGAN 140 JENIS PERMAINAN
SAUZ B5, CETAKAN WARNA WARNI DANGAN ULUTRASI BERBEZA SETIAP MS.

ISBN ; 978-983-2953-63-0  PERPUSTAKAAN NEGARA

Buku Permainan kanak-kanak dalam pendidikan jasmani ditulis bagi memenuhi kurikuklum sukan pelajaran pendidikan jasmani. Ia boleh digunakan juga untuk murid pra sekolah dan jurulatih sukan dan olahraga. Ia disusun dengan peraturan permainan yang mudah  dilaksanakan dan dengan gambarajah panduan cara bermain. Terdapat 163 permainan yang dipilih yang biasa dimainkan oleh kanak dan juga dari permainan tradisonal kanak-kanak seluruh Malaysia. Permainan dalam buku ini berfokus membina kemahiran asas    dalam permainan tertentu, ia mengandungi peraturan yang minima dan senang difahami, tidak menggunakan masa yang panjang untuk bermain, permainannya boleh diubahsuai segi bilangan, peraturan, kawasan bermain dan peralatan yang diperlukan. Tugas guru atau jurulatih ialah mencipta situasi supaya pelatih dapat Belajar melalui bermain dalam pendidikan jasmani atau aktiviti sukan merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Penekanan pendekatan belajar melalui cara bermain boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak melalui aspek fizikal, emosi dan sosial. Melalui teknik ini juga mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka . Dengan bermain sambil belajar kanak-kanak akan dapat menguasa perkembangan dan kemahiran fizikal, penguasaan bahasa, melahirkan perasaan dan perkembangan proses sosial yang baik. Bermain sebagai penentu  perkembangan, kekuatan sahsiah, daya cipta, kesetabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek disamping perkembangan koodinasi badan dan ketangkasan fizikal. Permainan memberi pengalaman   keadilan, kebolehan berfikir dan memahami peraturan dalam permainan. Permainan  digalakkan dalam pelajaran pendidikan jasmani kerana ia dapat mendedahkan murid kepada kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Pelaksaan permainan dalam pengajaran pendidikan jasmani atau dalam kejurulatihan sukan akan melahirkan sahsiah yang tinggi bagi menghadapi cabaran masa kini.
Permainan dalam buku ini sesuai untuk kanak-kanak pra sekolah, pelajar  sekolah rendah dan menengah dan  boleh digunakan secara meluas dalam aspek kejurulatihan sukan. Buku ini sesuai  untuk semua peringkat dan boleh dijadikan sebagai panduan untuk pengajaran dan    kejurulatihan sukan, ia mudah difahami peraturannya dan cara bermain boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis kemahiran sukan. Permainan dalam buku ini berfokus membina kemahiran asas dalam permainan tertentu, ia mengadungi peraturan yang minima dan senang difahami, tidak menggunakan masa yang panjang, permainan boleh diubahsuai segi bilangan,  peraturan,kawasan bermain dan peralatan yang diperlukan Tugas guru atau jurulatih ialah mencipta situasi supaya pelatih dapat membina kemahiran yang diperlukan  dalam situasi permainan. Murid-murid atau pemain digalakkan bermain tahap keupayaan fizikan dan  teknikal untuk memastikan kejayaan dan keseronakan dalam permainan. kemahiran yang       diperlukan  dalam situasi permainan. Murid-murid atau pemain digalakkan bermain tahap keupayaan fizikan dan  teknikal untuk memastikan kejayaan dan keseronakan dalam     permainan. Permainan ini dicipta bagi membantu guru-guru mengajar subjek pendidikan jasmani dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mencapai hasrat Falsafah     Pendidikan Kebangsaan. Buku ini sangat sesuai dan memenuhi semua standard yang ditetapkan dalam KSSR.



Belajar melalui bermain dalam pendidikan jasmani atau aktiviti sukan merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Penekanan pendekatan belajar melalui cara bermain boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak melalui aspek fizikal, emosi dan sosial. Melalui teknik ini juga mendatangkan keseronokan dan kepuasan     kepada mereka . Dengan bermain sambil belajar kanak-kanak akan dapat menguasai        perkembangan dan kemahiran fizikal, penguasaan bahasa, melahirkan perasaan dan        perkembangan proses sosial yang baik. Bermain sebagai penentu  perkembangan, kekuatan sahsiah, daya cipta, kesetabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek disamping perkembangan koodinasi badan dan ketangkasan fizikal. Permainan memberi pengalaman keadilan, kebolehan berfikir dan memahami peraturan dalam permainan. Permainan  digalakkan dalam pelajaran pendidikan jasmani kerana ia dapat mendedahkan murid kepada kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Pelaksaan permainan dalam pengajaran pendidikan jasmani atau dalam kejurulatihan sukan akan melahirkan sahsiah yang tinggi bagi menghadapi cabaran masa kini.

Permainan dalam buku ini sesuai untuk kanak-kanak pra sekolah, pelajar  sekolah rendah dan menengah dan  boleh digunakan secara meluas dalam aspek kejurulatihan sukan. Buku ini sesuai  untuk semua peringkat dan boleh dijadikan sebagai panduan untuk pengajaran dan    kejurulatihan sukan, ia mudah difahami peraturannya dan cara bermain boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis kemahiran sukan. Permainan dalam buku ini berfokus membina kemahiran asas dalam permainan tertentu, ia mengadungi peraturan yang minima dan senang difahami, tidak menggunakan masa yang panjang, permainan boleh diubahsuai segi bilangan,  peraturan,kawasan bermain dan peralatan yang diperlukan Tugas guru atau jurulatih ialah mencipta situasi supaya pelatih dapat membina kemahiran yang diperlukan  dalam situasi permainan. Murid-murid atau pemain digalakkan bermain tahap keupayaan fizikan dan  teknikal untuk memastikan kejayaan dan keseronakan dalam permainan.



Dalam menyediakan buku ini, penulis telah mengumpul  dan menyesuaikan segala pengalaman, penulisan, penyelidikan dan   pengajaran yang didapati dalam pelbagai program serta kursus PJM 3102 dan PJM 3110 di IPG, amali pergerakan asas dan permainan kanak dalam KSSR  dan penyesuaian  model permainan kanak-kanak Bungke dan Thorp . Penerbitan buku ini merupakan pilihan terbaik untuk memperkenalkan permainan kanak-kanak yang sesuai dengan kanak-kanak Malaysia yang pelbagai kaum. Ia merupakan koleksi permainan kanak-kanak yang terdahulu dan perlu di perkenalkan dalam sukatan pelajaran KSSR sebagai nilai tambah dari yang sedia ada. Guru digalakkan menggunakan kretativiti dan inovasi dari pelbagai jenis dalam buku ini mengikut kesesuaian  situasi, tempat, peralatan dan kebolehan murid. Pengguna  buku ini memerlukan pemikiran aras tinggi untuk menyesuaikan permainan mengikut aras dan tahap kebolehan murid. Pengajaran dan pembelajaran yang terancang melalui panduan buku ini dapat   membina individu yang cergas, sihat  berkemahiran tinggi bagi mencapai matlamat dan objektif kSSR Pendidikan Jasmani.

Mohd.Yazid Bin Deraman
Penulis.






No comments:

Post a Comment