KECEDERAAN DAN ASAS RAWATAN DALAM SUKAN
MOHD.YAZID DERAMAN. SMK
IPG.KAMPUS KOTA BARU,
KELANTAN
Dalam
kehidupan seharian, kecelakaan atau kecederaan kepada tubuh badan
sering berlaku. Seperti kata pepatah
Melayu yang tidak asing lagi, “Malang Tidak Berbau”. Kecelakaan ini mungkin
berlaku di mana-mana sahaja termasuklah ketika bersukan. Apabila berlakunya kecederaan, beberapa
langkah dapat dilakukan untuk memberi bantuan atau pertolongan mangsa
yang tercedera. Kadangkala, pertolongan
cemas yang diberikan itu akan mencegah kecederaan daripada menjadi lebih
serius. Sistem otot rangka manusia
merangkumi tulang belakang, sendi, ligamen dan otot. Fungsi utama sistem ini ialah menampung tubuh
badan manusia serta membolehkan manusia bergerak. Di samping itu, sistem otot rangka juga
melindungi organ-organ penting seperti jantung, paru-paru, otak, ginjal dan
hepar. Kecederaan pada sistem otot
rangka lazimnya berlaku dalam keadaan berikut: kemalangan jalan raya, kecederaan
semasa bersukan, kemalangan sewaktu bekerja (kemalangan perusahaan
atau cara kerja) dan kemalangan domestik.
Kecederaaan
Sebagai contoh, seorang mangsa kemalangan jalan raya mungkin mengalami kecederaan pelbagai ke atas sistem otot rangkanya. Sekiranya kecederaan melibatkan tulang tengkorak atau tulang vertebrata yang melindungi sistem saraf, mangsa kemalangan berkemungkinan menjadi lumpuh atau menemui ajal di tempat kemalangan. Biasanya korda spina tercedera dalam sesuatu perlanggaran kereta-motor di jalan raya; bergantung kepada darjah kecederaan, mangsa mungkin mengalami kehilangan fungsi saraf secara sementara ataupun kekal. Kecederaan yang melibatkan patah tulang femur boleh mengakibatkan perdarahan yang banyak sehingga berlakunya renjatan. Sekiranya kecederaan melibatkan luka pada bahagian yang tercedera, ini memberi kesempatan untuk kemasukan serta pembiakan kuman bakteria yang akhirnya membawa kepada masalah sepsis yang teruk. Dan sekiranya bantuan perubatan atau pertolongan cemas tidak diperolehi dengan segera, keadaan mangsa mungkin menjadi lebih parah.
Bagi mereka yang berminat untuk bersukan, pastikan keselamatan diri dengan memakai peralatan sukan yang sesuai dan selamat serta tidak melebihi kemampuan diri sendiri. Sebelum memulakan sesuatu permainan sukan adalah dinasihatkan supaya membuat beberapa latihan regangan (stretching) untuk mengelakkan dari kecederaan sukan yang serius. Latihan penyejukan (cooling down) juga mustahak untuk membekalkan semula oksigen yang telah digunakan dan untuk mengelak anggota badan dari kecederaan apabila selesai menjalani sesuatu latihan fizikal, beriadah atau bersukan.
Jenis kecederaan
Terdapat beberapa kecederaan
antaranya
i.
kecederaan
tulang,
ii.
sendi,
iii.
ligamen,
iv.
otot-otot
v.
abdomen.
Beberapa istilah yang lazim
digunakan dalam perbincangan membabitkan kecederaan dalam sistem otot rangka
tubuh manusia, termasuklah apabila berlaku kecederaan semasa
bersukan.
Antaranya:-
1. Fraktur iaitu
tulang yang patah atau retak. Fraktur boleh disebabkan oleh dua keadaan iaitu:
i.
hentakan langsung (direct
force) - apabila tulang patah atau retak di bahagian yang menerima
hentakan seperti sepakan atau pukuan kuat
ii.
hentakan tidak langsung
(indirect force) -
a. apabila tulang patah atau retak beberapa jarak dari bahagian yang menerima hentakan (contohnya: fraktur tulang kolar akibat jatuh tertiarap dengan kedua-dua tangan menopang badan)
a. apabila tulang patah atau retak beberapa jarak dari bahagian yang menerima hentakan (contohnya: fraktur tulang kolar akibat jatuh tertiarap dengan kedua-dua tangan menopang badan)
b. apabila berlakunya
kontraksi otot-otot secara mengejut boleh mengakibatkan fraktur
(contohnya, fraktur tulang tempurung lutut (knee cap) akibat kontraksi otot
kuadriseps femoris secara mengejut).
2.
Kecederaan Otot (strain) - otot telah diregang secara berlebihan. Keadaan
ini berlaku pada individu-individu yang menggunakan otot secara mengejut dan
berlebihan sehingga berlakunya kekejangan otot. Biasanya seseorang yang
bermain/bersukan melakukan aktiviti fizikal tanpa membuat ‘warming up’ terlebih
dahulu, boleh menyebabkan terjadinya kekejangan otot.
3. Terseliuh (sprain) - kecederaan berlaku pada sendi akibat
rentapan yang kuat dan mengejut sehingga mengoyakkan ligamen dan tisu
yang berhubungkait dengan sendi berkenaan. Keadaan ini boleh berlaku
sekiranya individu berkenaan membuat pergerakan mengejut seperti berpusing
sewaktu berlari atau sewaktu mengejar bola.
4. Dislokasi (dislocation) - berlaku apabila hujung
tulang sendi terkeluar dari kedudukan normal. Sekiranya tulang sendi
terkeluar sebahagian sahaja, keadaan ini disebut sebagai dislokasi separa
(partial dislocation atau subluxation). Sendi-sendi yang lazim terlibat
ialah bahu, siku, ibu jari, jari tangan dan rahang bawah.
5. Lutut terkunci (locked knee) - keadaan di mana tulang
rawan sendi lutut terkoyak atau terkeluar dari kedudukan normalnya.
Kecederaan ini berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:- sepakan kencang
yang tidak mengena sasaran (bola sepak), jatuh tangga dan berpusing secara
mengejut ketika berdiri di atas satu kaki.
Simpton-simpton kecederaan tulang, sendi, ligamen dan otot
Sekiranya salah satu atau
lebih simpton dan tanda seperti mana di bawah berlaku, maka sewajarnyalah
kita mengesyaki kecederaan tulang, sendi, ligamen dan otot:
1.
Rasa sakit pada bahagian
tulang, sendi, ligamen atau otot.
2. Mangsa
mendengar bunyi atau merasa ‘tulang patah’.
3. Ketidakupayaan
untuk menggerakkan anggota yang tercedera.
4. Merasa
kebas, parestesia atau anestesia, atau hilang denyutan nadi pada anggota yang
tercedera.
5. Bunyi
atau geselan hujung tulang yang tidak normal
6. Keadaan
bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi, ligamen atau otot.
7. Bentuk, kedudukan atau pergerakan
tulang atau sendi yang tidak normal.
Apabila berlaku kecederaan, prosedur
berikut boleh kita gunakan : TOTAPS.
T (Talk) - Bercakap
dengan atlit yang cedera.
Bertanya
– bagaimana ia belaku?
Di
mana sakitnya?
Adakah
ia bertambah, berkurang atau tidak berubah?
O (Observe) - Memerhati
keadaan orang yang cedera.
Memerhati tempat yang
cedera, lebam, bengkak dan lain-lain tanda
T (Touch) - Menyentuh
tempat ang cedera.
A (Active Move) - Pergerakan
aktif. Menyuruh atlit bergerak tanpa
memberi
bantuan kepadanya.
Pergerakan terhad dan rasa sakit yang amat sangat menggambarkan keperluan
rawatan perubatan.
P (Passive Move) - Pergerakan
pasif. Jika kecederaan kurang jelas,
Aplikasikan regangan otot
secara perlahan. Jika masih rasa sakit, atlit perlu direhatkan dan dapatkan
rawatan.
S (Stand) - Berdiri.
Atlit yang cedera disuruh berdiri dan
seterusnya melakukan
aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari, melompat dan menendang. Ulang
aktiviti jika cedera masih tidak dikenal pasti.
Rawatan
Kecederaan Ringan.
Cryotherapy – RICE. Tindakan awal ke atas kecederaan tisu lembut.
R (Rest) -
Merehatkan bahagian yang cedera. Atlit tidak
dibenarkan meneruskan aktiviti fizikalnya.
I (Ice) -
Menggunakan ais ada bahagian yang cedera.
Aplikasikan ais selama 5 – 10 minit dan ulang
setiap 3 jam atau 4 kali sehari, jika boleh berbuat demikian. Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam
pertama untuk mengelakkan bengkak kerana pengumpulan cecair di tempat yang
cedera. Penggunaan ais boleh diteruskan
sehingga 72 jam.
C (Compression) - Tekanan dikenakan pada bahagian yang
cedera
dengan dua cara :
Ø
Cara
tidak langsung dengan membalut bahagian cedera menggunakan bandej atau pita
pelekat kain.
Ø
Secara
langsung iaitu dengan tekanan tangan.
E (Elevation) - Menaikkan
bahagian yang cedera ke paras lebih tinggi dari paras jantung. Ini boleh
dilakukan dengan mengangkat kaki atlit ke atas bangku sambil baring
Ubat anti-inflammatory - penggunaan
ubat ini hendaklah ditentukan oleh pegawai perubatan.
Rawatan fisioterapi -
perlu diberi secepat mungkin iaitu selepas kecederaan.
Bantu diri, pergerakan bebas dan
latihan pemulihan – senaman secara bebas.
Corticosteroid - ditentukan oleh pegawai
perubatan. Dilakukan sekiranya rawatan-rawatanlain tidak berjaya.
Rawatan
Untuk Kecederaan Tidak Dijangka
1. Terseliuh
Terseliuh
adalah satu kecederaan pada persendian di mana ligamen dan tisu-tisunya
terpusing. Biasanya berlaku pada
pergelangan tangan dan kaki.
Tanda -
Bengkak, lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang cedera, menjadi
biru kehitaman.
Simptom - Rasa kesakitan pada sendi itu.
Rawatan - a. Letakkan ais pada sendi yang cedera untuk
mengurangkan bengkak dan melegakan kesakitan.
b.
Jika pergelangan kaki terseliuh, buka kasutnya dengan
segera.
c. Tinggikan bahagian yang
cedera dan letakkan sendi
dalam keadaan paling selesa. Jika pergelangan tangan, siku atau
bahu terseliuh, ampu tangan sebelah bahagian
tercedera dengan anduh besar.
d. Lekapkan kapas yang
tebal pada sendi yang cedera dan
balutnya dengan pembalut krep mengikut
angka lapan.
Bawa mangsa ke hospital.
Terkehel
Terkehel
adalah satu keadaan di mana tulang terkeluar dari sendi dan kedudukannya
berubah.
Tanda -
Berubah kedudukan sendi, berubah rupa, bengkak, lebam.
Simptom - Rasa amat sakit pada sendi.
Rawatan - a.
Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel.
b.
Jangan gerakkan anggota yang cedera dan biarkan dalam
kedudukan paling selesa.
c. Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera.
Urat Daging Terkoyak
Otot-otot
boleh menjadi lebih tegang atau koyak disebabkan oleh pengecutan otot-otot
secara tiba-tiba seperti ketika mengangkat benda berat atau bermain.
Tanda -
Bengkak, perubahan warna di bawah kulit atau lebam di bahagian
cedera.
Simptom - Rasa kesakitan ketika bergerak, mungkin menjadi kaku.
Rawatan - a. Letakkan
bahagian yang cedera dalam keadaan yang
paling selesa.
b.
Letakkan kompres sejuk untuk mengurangkan bengkak
dan kesakitan dalam tempoh 24 jam.
c.
Ampu bahagian yang cedera dengan anduh segitiga.
d.
Bawa mangsa ke hospital.
Kejang Otot
Kejang
adalah satu keadaan yang berlaku secara tiba-tiba dan sakit kerana otot-otot
tertarik dan tersimpul. Ia disebabkan
oleh kehilangan air akibat perpeluhan yang berlebihan dan pengaliran darah ke
otot yang kurang. Biasanya berlaku di
depan peha (quadriceps), belakang peha (hamstring) atau betis Calves).
Tanda -
Kejang otot.
Simptom - Letih, rasa sakit otot yang teruk.
Rawatan - a. Rehatkan
pelajar / atlit.
b.
Memanjangkan otot yang mengejang. Luruskan bahagian
otot (tangan, kaki atau peha) dan regang
secara perlahan.
c.
Beri minuman air sejuk.
Pedih Perut
Ketika
bermain, berlari atau melakukan aktiviti senaman, terutama bagi yang tidak
biasa berlatih, sering terjadi kekejangan pada otot abdomen dan akan terasa
sakit atau pedih pada abdomennya.
Rawatan - a. Rehatkan
atlit secara baring terlentang.
b.
Beri minuman air panas.
c.
Gosokkan pada bahagian abdomen yang sakit itu.
Pencegahan
Kecederaan.
Pencegahan
harus menjadi keutamaan dalam sukan sama ada oleh guru, jurulatih, atlit atau
pentadbir sukan. Pencegahan bergantung kepada faktor-faktor berikut:
Memanaskan
Badan Dan Aktiviti Pemulihan
Memanaskan
badan perlu untuk meregang otot tendon dan ligamen yang akan digunakan selepas
sesi itu. Bagi meningkatkan suhu badan, atlit perlu bersedia secara mental dan
fizikal untuk aktiviti yang diceburinya.
Sesi
pemulihan juga penting kerana selepas melakukan aktiviti fizikal, tubuh badan
perlu dipulihkan beransur-ansur bagi mengelakkan pengumpulan darah di otot-otot
tertentu yang akan menyebabkan rasa sakit, tegang dan kejang otot dalam kes-kes
tertentu
Pencegahan Melalui Kecergasan Sukan
Daya
tahan otot dan daya tahan kardiovaskular yang tinggi atau tahap stamina yang
tinggi mengurangkan kemungkinan berlakunya kecederaan. Ini disebabkan
otot-otot, tendon dan sendi dikuatkan.
Di samping itu peningkatan stamina membolehkan atlit melibatkan diri
dalam aktiviti tanpa merasa letih. Keletihan merupakan salah satu punca
kecederaan dalam sukan.
Pencegahan Melalui Kemahiran
Kemahiran
bukan sahaja melibatkan aspek fizikal tetapi juga aspek mental yang membolehkan
atlit/pelajar menganalisa suasana permainan dan mengenal simptom yang akan
menyebabkan kecederaan.
Pencegahan Melalui Persekitaran
1.
Tempat bermain
Pencahayaan, keadaan dan bahan
padang/gelanggang, kawasan bebas padang/gelanggang.
2.
Pakaian dan peralatan
Alat pelindung badan seperti
‘shinguard’ untup menutup tulang betis, penutup muka untuk bola lisut, penahan
gigi untuk tinju.
Kasut – mengikut acara sukan dan
memenuhi kriteria keseimbangan, kelembutan, berat dan tapak.
Pakaian – bahan, keselesaan dan
kesesuaian dengan cuaca.
Pencegahan Melalui Prosedur-Prosedur
Terkawal
Kecederaan mungkin berlaku sekiranya
salah satu yang berikut diabaikan:
Kawalan diri oleh pelajar/atlit.
Kawalan oleh pengadil.
Kawalan
latihan/program pertandingan oleh jurulatih.
Prinsip asas pertolongan cemas
- Memberi rawatan segera sekiranya berlaku
keadaan-keadaan yang boleh mengancam nyawa seperti gangguan saluran
pernafasan (air-ways obstruction), gangguan bernafas (breathing
difficulties) dan gangguan sirkulasi (circulatory difficulties)
- Mengurangkan kesemua pergerakan mangsa
dan bahagian yang tercedera
- Menghalang pergerakan bahagian yang
tercedera dengan menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat
- Mencegah kontaminasi luka pada
bahagian yang tercedera
- Mencegah keadaan bengkak menjadi lebih
serius
- Merawat renjatan sekiranya berlaku
Penutup
Sebarang tindakan
pertolongan cemas untuk merawat pesakit mestilah berasaskan kepada
prinsip-prinsip tertentu, jika sekiranya melakukan sesuatu tindakan yang
melampau kemampuan kemahiran seseorang penolong cemas, sungguhpun bertujuan
murni, boleh menjejaskan rawatan doktor. Kecederaan seperti patah tulang atau
pendarahan jika tidak diberi pertolongan cemas akan menjadi lebih teruk. Patah
tulang belakang boleh mencederakan korda spina (saraf dalam tulang belakang)
dan mengakibatkan kelumpuhan. Pendarahan jika berterusan akan
mengakibatkan kehilangan darah yang banyak. Begitu juga sebarang luka yang
dibalut dengan sempurna boleh dicegah daripada serangan kuman, lukanya senang
diberi rawatan selanjutnya dan akan lekas sembuh.
Apabila tulang yang patah dibalut dan dibelat, maka
rasa kesakitan pun berkurangan. Tindakan yang tenang dan cekap itu dengan
sendirinya memberi harapan kepada pesakit. Kata-kata nasihat juga boleh
mententeramkan jiwa yang resah. Kepada ahli-ahli sukan, sebelum melakukan
latihan sukan, mereka perlulah mempastikan kesihatan dan kemampuan diri sendiri
terlebih dahulu. Kemudian, memulakan latihan dengan mengadakan sesi ‘warming
up’ atau panaskan badan. Begitu juga apabila selesai sesuatu latihan,
membuat sesi ‘cooling down’ atau menyejukkan badan adalah mustahak bagi
mengelak terjadinya kesakitan atau kecederaan pada anggota badan selepas
latihan.
Memakai peralatan sukan yang
sesuai dan selamat serta tidak melebihi kemampuan sendiri juga adalah
penting bagi mengelak berlakunya kecederaan sukan. Begitu juga kepada orang
yang memberikan pertolongan cemas; memberi pertolongan hendaklah berfikir
dan jangan panik. Justeru itu, langkah-langkah pencegahan amatlah wajar difahami
serta diamali supaya kecederaan serius tidak berlaku. Kesan daripada kecederaan
boleh mengakibatkan masalah psikologi yang sementara atau kekal seperti
tekanan perasaan (stress), gangguan emosi dan mental. Oleh itu berhati-hati,
beringat-ingat dan berwaspadalah selalu untuk mengelakkan dari berlakunya
kecederaan dan berfikir sebelum mengambil satu-satu tindakan pertolongan kepada
mangsa yang mengalami kecederaan
KECEDERAAN TISU LEMBUT
Pendahuluan
Kemalangan
dan kecederaan kerap berlaku apabila aspek-aspek keselamatan tidak diutamakan.
Kebanyakan kes yang berlaku adalah berpunca daripada kecuaian, kelalaian,
kekurangan keupayaan membuat keputusan yang sesuai dan keadaan yang melanggar
peraturan yang telah ditetapkan.
Setiap
orang guru atau jurulatih haruslah mengetahui tahap kesihatan dan tahap
kecergasan para pelajar atau atlit di bawah jagaannya.
Klasifikasi Kecederaan
Semua
kecederaan sukan boleh dikategorikan mengikut tempoh masa ia wujud. Terdapat
dua jenis kecederaan berasaskan masa iaitu :
a. Tenat (Acute) -
kecederaan yang berlaku secara tiba-tiba seperti luka dan
lebam.
b. Kronik (Chronic)- kecederaan yang wujud berpanjangan seperti
siku tenis
(tennis elbow).
Kecederaan
tisu lembut melibatkan bahagian otot, ligamen, tendon dan rawan. Ia boleh
berlaku di bahagian tengah otot, antara otot dengan tendon, tendon, di tempat
melekat tendon (origin dan insertion) atau di tulang sendiri.
Jenis Kecederaan Tisu Lembut
Kecederaan
tisu lembut dibahagikan kepada dua jenis kecederaan iaitu :
Kecederaan Tisu Lembut Tenat.
1. Luka
kulit dalam (punctures).
Berlaku apabila kulit luar berpecah
seperti terkena paku kasut (spike) atau kuku tajam.
2. Lecur/Mengelupas.
Berlaku apabila kulit terkoyak kerana
benda tajam seperti cincin atau jam tangan.
3. Lebam/Kontusi.
Berlaku hasil daripada pukulan
langsung. Tisu dan rerambut darah tercedera menyebabkan kehilangan cecair dan
darah. Rasa sakit, bengkak dan kawasan tercedera berubah warna.
4. Seliuh
(sprains).
Berlaku apabila ligamen diregang atau
dikoyak. Disebabkan oleh pukulan terus atau terpulas.
5. Rawan
terkoyak.
Berlaku apabila tulang di sendi
terpulas dan tertekan. Biasanya berlaku di lutut.
6. Tergeliat(strains).
Berlaku apabila otot atau tendon
dipendekkan atau diregang dengan kuat.
7. Dislokasi
(dislocation).
Berlaku apabila tulang terkeluar dari
kedudukan biasa.
Kecederaan Tisu Lembut Kronik
1. Tergeliat
kronik otot.
Berlaku apabila otot dikerjakan
berlebihan dan diregang berlebihan. Wujud hasil daripada kecederaan berlarutan
beberapa minggu atau bulan.
2. Tendinitis.
Berlaku apabila tendon diregang
berlebihan atau digunakan berlebihan. Kecederaan ini biasanya berlaku pada
tendon lutut (patela), tumit (achilles) apabila melakukan aktiviti melompat
atau berlari yang berlebihan. Kecederaan biceps dan rotator cuff (bahu) pula
adalah kerana individu membuat aktiviti balingan bahu yang lemah dan tidak
fleksibel.
3. Bursitis.
Rongga sendi yang kecil dan penuh
cecair yang terletak di antara tulang, otot, tendon dan tisu-tisu lain. Berlaku
apabila bahagian tertentu diasak. Sering berlaku di siku dan lutut.
Pengelasan Kecederaan / Darjah Kecederaan
1.
Sakit
sedikit semasa cedera atau dalam tempoh 24 jam selepas kecederaan, sakit
setempat, atlit masih boleh meneruskan permainan.
2.
Sakit
sederhana. Sakit semasa melakukan pergerakan, atlit tidak dapat meneruskan
permainan.
3.
Atlit
mendengar bunyi putus ‘pop’, bengkak, sakit sangat, kejang otot, berdarah,
bentuk bahagian yang cedera berubah – cacat.
Penilaian Terhadap Kecederaan
Apabila berlaku kecederaan, prosedur
berikut boleh kita gunakan : TOTAPS.
T (Talk) - Bercakap
dengan atlit yang cedera.
Bertanya
– bagaimana ia belaku?
Di
mana sakitnya?
Adakah
ia bertambah, berkurang atau tidak berubah?
O (Observe) - Memerhati
keadaan orang yang cedera.
Memerhati tempat yang
cedera, lebam, bengkak dan lain-lain tanda
T (Touch) - Menyentuh
tempat ang cedera.
A
(Active Move) - Pergerakan aktif. Menyuruh atlit
bergerak tanpa
memberi bantuan kepadanya.
Pergerakan terhad dan rasa sakit yang amat sangat menggambarkan keperluan
rawatan perubatan.
P
(Passive Move) - Pergerakan pasif. Jika kecederaan
kurang jelas,
aplikasikan regangan otot
secara perlahan. Jika masih rasa sakit, atlit perlu direhatkan dan dapatkan
rawatan.
S (Stand) - Berdiri.
Atlit yang cedera disuruh berdiri dan
Seterusnya melakukan
aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari, melompat dan menendang. Ulang
aktiviti jika cedera masih tidak dikenal pasti.
Rawatan Kecederaan Ringan
Cryotherapy – RICE. Tindakan awal ke atas kecederaan tisu
lembut.
R (Rest) - Merehatkan bahagian yang cedera. Atlit
tidak
dibenarkan
meneruskan aktiviti fizikalnya.
I (Ice) - Menggunakan
ais ada bahagian yang cedera.
Aplikasikan ais selama 5 –
10 minit dan ulang setiap 3 jam atau 4 kali sehari, jika boleh berbuat
demikian. Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam pertama untuk mengelakkan
bengkak kerana pengumpulan cecair di tempat yang cedera. Penggunaan ais boleh diteruskan sehingga 72 jam.
C (Compression) - Tekanan
dikenakan pada bahagian yang cedera
dengan
dua cara :
Cara tidak langsung dengan
membalut bahagian cedera menggunakan bandej atau pita pelekat kain.
Secara
langsung iaitu dengan tekanan tangan.
E (Elevation) - Menaikkan
bahagian yang cedera ke paras lebih tinggi dari paras jantung. Ini boleh
dilakukan dengan mengangkat kaki atlit ke atas bangku sambil baring
Ubat anti-inflammatory - penggunaan
ubat ini hendaklah ditentukan oleh pegawai
perubatan.
Rawatan
fisioterapi - perlu diberi secepat mungkin iaitu selepas kecederaan.
4.
Bantu diri, pergerakan bebas dan latihan pemulihan – senaman secara
bebas.
5.
Corticosteroid - ditentukan oleh pegawai perubatan. Dilakukan sekiranya
rawatan-rawatan lain tidak berjaya.
Rawatan
Untuk Kecederaan Tidak Dijangka
Terseliuh.
Terseliuh
adalah satu kecederaan pada persendian di mana ligamen dan tisu-tisunya
terpusing. Biasanya berlaku pada pergelangan tangan dan kaki.
Tanda -
Bengkak, lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang cedera, menjadi
biru kehitaman.
Simptom - Rasa kesakitan pada sendi itu.
Rawatan - a. Letakkan ais pada sendi yang cedera untuk mengiurangkan
bengkak dan melegakan kesakitan.
b. Jika pergelangan kaki terseliuh, buka
kasutnya dengan segera.
c. Tinggikan bahagian yang cedera dan
letakkan sendi dalam keadaan paling
selesa. Jika pergelangan tangan, siku atau bahu terseliuh, ampu tangan
sebelah bahagian tercedera dengan anduh
besar.
d. Lekapkan kapas yang tebal pada sendi yang
cedera dan balutnya dengan pembalut
krep mengikut angka lapan.
Bawa mangsa ke hospital.
Terkehel.
Terkehel
adalah satu keadaan di mana tulang terkeluar dari sendi dan kedudukannya
berubah.
Tanda -
Berubah kedudukan sendi, berubah rupa, bengkak, lebam.
Simptom - Rasa amat sakit pada sendi.
Rawatan - a. Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel.
b. Jangan gerakkan anggota yang cedera dan
biarkan dalam kedudukan paling selesa.
c.
Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera.
Urat Daging Terkoyak.
Otot-otot
boleh menjadi lebih tegang atau koyak disebabkan oleh pengecutan otot-otot
secara tiba-tiba seperti ketika mengangkat benda berat atau bermain.
Tanda -
Bengkak, perubahan warna di bawah kulit atau lebam di bahagian cedera.
Simptom - Rasa kesakitan ketika bergerak, mungkin menjadi kaku.
Rawatan - a. Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang paling
selesa.
b. Letakkan kompres sejuk untuk mengurangkan
bengkak dan kesakitan dalam tempoh 24 jam.
c. Ampu bahagian yang cedera dengan anduh
segitiga.
d. Bawa mangsa ke hospital.
Kejang Otot.
Kejang
adalah satu keadaan yang berlaku secara tiba-tiba dan sakit kerana otot-otot
tertarik dan tersimpul. Ia disebabkan oleh kehilangan air akibat perpeluhan
yang berlebihan dan pengaliran darah ke otot yang kurang. Biasanya berlaku di
depan peha (quadriceps), belakang peha (hamstring) atau betis Calves).
Tanda -
Kejang otot.
Simptom - Letih, rasa sakit otot yang teruk.
Rawatan - a. Rehatkan pelajar / atlit.
b. Memanjangkan otot yang mengejang. Luruskan
bahagian otot (tangan, kaki atau peha) dan regang secara perlahan.
c. Beri minuman air sejuk.
Pedih Perut.
Ketika
bermain, berlari atau melakukan aktiviti senaman, terutama bagi yang tidak
biasa berlatih, sering terjadi kekejangan pada otot abdomen dan akan terasa
sakit atau pedih pada abdomennya.
Rawatan - a. Rehatkan atlit secara baring terlentang.
b. Beri minuman air panas.
c. Gosokkan pada bahagian abdomen yang sakit
itu.
Pencegahan
Kecederaan.
Pencegahan
harus menjadi keutamaan dalam sukan sama ada oleh guru, jurulatih, atlit atau
pentadbir sukan. Pencegahan bergantung kepada faktor-faktor berikut:
Memanaskan Badan Dan Aktiviti
Pemulihan.
Memanaskan
badan perlu untuk meregang otot tendon dan ligamen yang akan digunakan selepas
sesi itu. Bagi meningkatkan suhu badan, atlit perlu bersedia secara mental dan
fizikal untuk aktiviti yang diceburinya.
Sesi
pemulihan juga penting kerana selepas melakukan aktiviti fizikal, tubuh badan
perlu dipulihkan beransur-ansur bagi mengelakkan pengumpulan darah di otot-otot
tertentu yang akan menyebabkan rasa sakit, tegang dan kejang otot dalam kes-kes
tertentu
Pencegahan Melalui Kecergasan Sukan.
Daya
tahan otot dan daya tahan kardiovaskular yang tinggi atau tahap stamina yang
tinggi mengurangkan kemungkinan berlakunya kecederaan. Ini disebabkan
otot-otot, tendon dan sendi dikuatkan. Di samping itu peningkatan stamina
membolehkan atlit melibatkan diri dalam aktiviti tanpa merasa letih. Keletihan
merupakan salah satu punca kecederaan dalam sukan.
Pencegahan Melalui Kemahiran.
Kemahiran
bukan sahaja melibatkan aspek fizikal tetapi juga aspek mental yang membolehkan
atlit/pelajar menganalisa suasana permainan dan mengenal simptom yang akan
menyebabkan kecederaan.
Pencegahan Melalui Persekitaran.
Tempat bermain.
Pencahayaan, keadaan dan bahan
padang/gelanggang, kawasan bebas padang/gelanggang.
Pakaian dan peralatan.
Alat pelindung badan seperti
‘shinguard’ untup menutup tulang betis, penutup muka untuk bola lisut, penahan
gigi untuk tinju.
Kasut – mengikut acara sukan dan
memenuhi kriteria keseimbangan, kelembutan, berat dan tapak.
Pakaian – bahan, keselesaan dan
kesesuaian dengan cuaca.
Pencegahan Melalui Prosedur-Prosedur
Terkawal.
Kecederaan mungkin berlaku sekiranya
salah satu yang berikut diabaikan:
Kawalan diri oleh pelajar/atlit.
Kawalan oleh pengadil.
Kawalan
latihan/program pertandingan oleh jurulatih.