LIDAH SEORANG KAWAN
Menasihat orang salah tidak salah,
Yang salah memikirkan salah orang.
Pemurah banyak cara. Pemurah dengan harta. Pemurah dengan ilmu Pemurah
dengan tenaga. Pemurah dengan kuasa.
Pemurah dengan nasihat .Pemurah dengan senyum.
Orang
yang mengaku buat baik,
Jangan diharapkan kebaikan daripadanya.
Bahasa hati tidak sama dengan bahasa lidah
Bahasa hati dapat difahami
Bahasa lidah, lidah sendiri tidak memahami.
Bahasa lidah nisbah bahasa hati
laksana suara mikropon dengan orang yang bercakap
yang faham orang bercakap sedangkan mikrofon tidak faham
Bagitulah yang faham itu hati bukan lidah.
Jangan terlalu mengeluh di depan orang
Jangan pula rasa berbangga dengan kesenangan
nanti orang jemu dan beci.
Banyak diam tidak semestinya bodoh
Banyak cakap tidak semestinya cerdik
Kerana kecerdikan itu buah fikiran.
Orang cerdik yang pendiam lebih baik
dari orang bodoh yang bercakap
Seorang yang lantang, belum tentu berani
Kalau berlindung disebalik kuasa
Berani yang sebenarnya memperkatakan kebenaran
Sekalupun ia bukan orang yang berkuasa.
Orang yang menuduh melulu, akan menanggung beban itnah
akibat sikap buruk
sendiri yang tidak takut dosa.
Perbalahan beraku pada orang pandai, biasanya boleh
bertemu.
Tetapi perbalahan berlaku orang bodoh sukar bertemu.
Diam tidak
semestinya berfikir.
Merenung tidak semestinya mengkaji.
Bercakap tidak semistinya berilmu.
Bercakap tidak semistinya ingin tahu.
Lidah walaupun lembut tidak bertulang,Peranan hebat
sekali.
Boleh membunuh dan boleh menghidup.
Boleh mendamai dan boleh memporak peranda.
Boleh menghina dan boleh memulia.
Boleh mempersona dan boleh meliarkan.
Boleh menghasut dan boleh memujuk
Maka gunakanah lidah dengan sebaiknya
Perbincangan antara orang tidak berilmu, biasanya
berlarutan.
Perbincangan antara mereka sama berilmu menghasilkan buah
fikiran
Tapi belum tentu diamalkan
Perbincangan antara orang-orang yang bertakwa
Ringkas,padat dan sama-sama dapat mengamalkan.
Sesorang akan mati kerana tergelincir lidahnya
Tidak ada yang mati kerana tergelincir kakinya.
Jangan mengucap apa yang engkau tidak suka.
Kemungkinan lidah itu mengucapkan sesuatu
Yang terjadi apa yang dikatakan itu.
Kejujuran lidah tidak mengupat, dusta,
tidak membicara apa-apa yang bukan kepentingannya.
Kejujuran anggota badan tidak digunakan untuk maksiat
Tidak mengganggu orang muslim.
Oleh
Mantan
Ketua Jabatan PJK, IPGKKB
No comments:
Post a Comment