PERGERAKAN
KREATIF UNTUK PELAJAR IPGKKB
Mohd.Yazid Bin Deraman.SMK
mydyazid@g.mail.com.
Pengenalan
Pergerakan telah berlaku sebelum seseorang kanak-kanak itu
lahir. Selepas lahir pergerakannya bermula dari atas kepala, bahu dan tangan
dan akhirnya kaki.begitu juga dengan perkembangan motor, ia bermula daripada
perkembangan motor kasar diikuti dengan perkembagan motor halus. Pada umur 3
tahun mereka dapat bergerak dengan laju ataupun perlahan dan juga boleh
mengawal pergerakan badan mereka. Terdapat beberapa faedah pergerakan adalah
iaitu kanak-kanak dapat meneroka natural rhythms (bernafas, berehat, berjalan,
berlari dan melompat). Dalam melakukan sesuatu aktiviti kanak-kanak dapat
bergerak dengan bebas tanpa dipaksa oleh orang lain. Dalam teori yang
dikemukakan oleh Robert havighurst, beliau menyatakan perkembangan kanak-kanak
dapat berkembang melalui persekitaran. Oleh yang demikian guru perlu mencuba
satu aktiviti yang menarik perhatiannya secara tidak langsung dapat
meningkatkan minatnya untuk menyertai aktiviti tersebut. Yang kedua ialah
integrasi antara bahasa, nyanyian dan pergerakan dan yang terakhir adalah
mengintegrasikan otak kiri dan kanan. Sebagaimana yang kita ketahui pergerakan
kreatif ini sememangnya aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak. Dengan adanya
aktiviti ini kanak-kanak dapat berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam
aktiviti tersebut secara tidak lansung dapat meningkatkan mindanya untuk
berfikir.
Secara amnya pergerakan dapat diabahagikan kepada dua
kategori, iaitu pergerakan bebas dan pergerakan yang mengikut detik masa.
Daripada kedua kategori tersebut empat jenis pergerakan yang berbeza iaitu
pergerakan asas. Ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu pergerakan lokomotor
dan pergerakan non lokomotor. Pergerakan lokomotor adalah pergerakan dari satu
tempat ke tempat yang lain seperti berjalan, berlari, berjengket dan
skip.pergerakan non lokomotor pula adalah pergerakan dalam pelbagai bentuk
tetapi berada ataupun berdiri di satu tempat sahaja. Yang keduanya adalah
pergerakan semasa bernyanyi. Pergerakan jenis ini tidak memerlukan banyak
ruangan, pergerakan ini biasanya dihadkan kepada pergerakan pada bahagian
separuh atas badan sahaja. Pergerakan jenis ini selalunya mengikut lirik lagu,
supaya kanak-kanak dapat mengingati lirik lagu dan bernyanyi dengan lebih
bersemangat.yang ketiga adalah pergerakan dengan corak irama dan tarian
Pergerakan jenis ini adalah pergerakan yang paling susah dipelajari. Ini adalah
kerana, pergerakan jenis ini perlu diselaraskan dengan detik muzik dan
kanak-kanak juga perlu mengingati urutan pergerakan. Oleh yang dimikian,
pergerakan jenis ini hanya sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar usianya
dan juga mereka yang telah berpengalaman dalam aktiviti pergerakan asas.
2.0 Pergerakan kreatif
Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang
menggabungkan gerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan
dilakukan secara kreatif ( meliputi aktiviti gerak tari ) bertujuan untuk
membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing
( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif
adalah pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan.
Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang
didengari.
Fowler(1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai
suatu pendekatan dalam kaedah pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk
pergerakan kemahiran asas, permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan
proses penemuan dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, pergerakan bermaksud
pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan motor halus manakala
kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman
(inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Kadangkala digabungkan ilhamnya atau
diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu yang baru.
Sebelum kanak-kanak dapat bergerak sedemikian,
perbendaharaan pergerakan perlu diterokai oleh setiap kanak-kanak. Pergerakan
melibatkan tiga elemen iaitu ruangan (atas-bawah, kiri-kanan, dan depan-belakang),
kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-licin) dan masa (cepat-perlahan,
panjang-pendek,detik). Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara
pergerakan maka mereka dapat menggunakannya dengan lebih kreatif mengikut muzik
3.0
Ciri-ciri pergerakan kreatif
Antara ciri-ciri yang dapat lihat dalam pergerkan kreatif
ialah membentuk personaliti unggul. Dengan melaksanakan aktiviti yang
berunsurkan pergerakan kreatif, ianya dapat membentuk personaliti yang unggul
seperti sifat berani berhadapan dengan orang ramai, berkeyakinan, berdisiplin
dan lain-lain lagi. Ciri seperti ini dapat diketengahkan dalam melakukan
aktiviti pergerakan kreatif. Ciri-ciri yang kedua adalah keriangan belajar.
Ianya dapat dilihat apabila sesuatu aktiviti dijalankan. Apabila kanak-kanak
mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung kita
dapat melihat keriangan antara mereka dalam melaksanakan aktiviti tersebut.
Kita dapat kanak-kanak bebas bergerak mengikut kreativiti masing-masing.
Seterusnya
dengan melakukan pergerakan kreatif ini kita dapat melihat kanak-kanak
berkeupayaan menyelesaikan masalah. Selalunya kanak-kanak menjana idea baru dan
kreatif dalam menghasilkan atau menyelesaikan aktiviti dengan baik. Sebagai
contoh dengan mengambil aspek dalam lakonan kanak-kanak cuba menyelesaikan
masalah dari segi aspek kostum dan persembahan yang berkesan supaya
menghasilkan lakonan yang menarik. Yang terakhir adalah pemusatan pemerhatian
yang menyeluruh iaitu menggunakan pancaindera. Pergerakan kreatif ianya
melibatkan keseluruhan anggota badan dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan keupayaan dalam perkembangan motor kasar dan motor halus.
Jenis-jenis
pergerakan yang ada dalam pergerakan kreatif
5.1 Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan
keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang dan berkaitan
dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan
lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan
dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan
lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan
lokomotor juga merupakan dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut
pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat,
melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak,
guling sisi dan galop.
5.2 Pergerakan bukan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak
mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik
dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan terutama pada
sendi buka-tutup dan pusing putar. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan
sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Oleh
yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak
mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan
lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, berlari
setempat, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik
dan tahan rakan serta tekan tubi.
5.3 Manipulasi Alatan
Manupulasi alatan ialah aktiviti yang mana mempergunakan
alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini
memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau menangani
sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alatan merupakan asas kepada kemahiran
sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas
manipulasi alatan dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan-
mata, kaki mata dan lain-lain.
Manipulasi alatan mestilah melibatkan objek seperti pundi
kacang, melanton bola sambil berjalan, berjalan sambil mengimbang bola di kaki,
skipping sambil berlari, menggerakkan reben dan memusingkan gelung dengan
tangan.
Ketiga-tiga
elemen ini dapat diaplikasikan di dalam pergerakan kreatif. Ini kerana di dalam
pergerakan kreatif ia memerlukan ketiga-tiga pergerakan tersebut untuk
melakukan dan menghasilkan suatu pergerakan yang kreatif. Sebagai contoh, guru
melakukan suatu aktiviti kepada kanak-kanak yang mana aktiviti itu dapat
merangsang kanak-kanak menggunakan keseluruhan tubuh badan mereka untuk
bergerak. Antaranya ialah dengan cara memberi mereka mendengar alunan muzik.
Apabila mereka mendengar muzik, minda mereka akan terangsang dan keghairahan
mereka untuk melakukan pergerakan akan timbul tambahan pula mereka diberi
kebebasan oleh guru dalam berkreativiti. Oleh sebab itu, mereka akan
menggunakan ketiga-tiga elemen tersebut untuk melakukan pergerakan seperti
menari, bertepuk tangan, berlari, berjalan dan lain-lain pergerakan lagi.
Kesemua pergerakan inilah yang dipanggil pergerakan kreatif.
4.0 Elemen-elemen pergerakan kreatif
Terdapat 6 elemen dalam pergerakan
kreatif iaitu ruang, masa, bentuk badan, beban, aliran dan irama.
Dalam elemen ruang boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu ruang diri dan ruang am, ataupun kita boleh
guna perkataan lain iaitu ruang terus dan ruang tidak telus. Untuk ruang diri
adalah merujukan kepada bahagian yang ada pada sekeliling badan pada seseorang
ataupun kawasan sekeliling yang boleh seseorang sampai pada satu bahagian. Maka
dalam kedua-dua bahagian ruang am dan ruang sendiri mempunyai suatu had iaitu
lantai, bumbung dan dinding.
Di samping itu, kedua-dua jenis ruang
mempunyai tiga tahap. Pada keadaan tahap tengah ialah seseorang sedang berdiri
tengak dan apa-apa sahaja bahan yang dekat dengan aras lantai adalah dikatakan
tahap bawah. Manakala apa-apa koordinasi atau pergerakan yang melibatkan aras
tinggi adalah dikatakan pada aras tinggi.
Elemen ruang juga boleh dikatakan
koordinasi badan terhadap sesuatu arah contohnya depan, kiri, kanan dan
belakang. Dengan mempunyai pergerakan yang asas ini dapatlah boleh mewujudkan
satu combinasi antara semua pergerakan tersebut menjadi satu pergerakan yang
melibatkan ruang am contohnya, pergerakan dengan berjalan lurus ke depan,
berjalan berbentuk ular atau berjalan berbentuk zigzag.
Untuk elemen kedua adalah badan atau bentuk badan.
Elemen ini telah menunjukkan tentang bentuk gaya boleh dilakukan pada seseorang
individu dengan menggunakan seluruh anggota badannya. Maka dalam elemen badan
terdapat dua bahagian mengenainya iaitu keseluruhan tubuh badan dan bahagian
tubuh badan. Untuk keseluruhan tubuh badan adalah menyatakan bahawa pergerakan
yang dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan keseluruhan tubuh badan dan
gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas dan terkawal. Pergerakan
yang dilakukan amat berkaitkan dengan pertubuhan seseorang kanak-kanak pada
aspek lokomotor dan bukan lokomotor. Contoh aktivitinya adalah gaya pergerakan
berjalan boleh dijalankan secara bebas atau terkawal. Selain itu pergerakannya
boleh berubah-ubah dengan bergerak berjalan dan berhenti mengikut rangsangan
yang diberikan misalnya, muzik.
Manakala untuk bahagian tubuh badan adalah menyatakan
tentang pergerakan yang dilakukan dengan menggunakan mana-mana satu atau
kesemua daripada anggota tubuh badannya untuk membentuk sesuatu atau sejenis
bentuk objek. Misalnya, dengan menggunakan anggota bahagian tangan dan kaki
untuk membentuk satu jenis barang iaitu meja ataupun sejenis haiwan seperti
kucing. Pergerakan ini adalah memberi persediaan tubuh badan untuk menyokong,
memindah dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan perlu
dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang
diberikan. Contohnya, pergerakan merangkak seperti kucing berjalan, bahagian
tubuh badan yang dikenal pasti adalah tangan, tapak tangan dan lutut.
Elemen seterusnya dalam pergerakan kreatif adalah elemen
masa. Elemen masa adalah saling berhubungan kait dengan kelajuan sama ada
cepat atau lambat tentang sesuatu gaya bentuk pergerakan. Pergerakan ini bukan
sahaja mengenai pergerakan semata-mata cepat atau lambat tetapi juga merangkui
proses antara kelajuan lambat hingga cepat. Contohnya seorang kanak-kanak
sedang berimaginasi bahawa dia adalah seorang peninju yang ingin menggerakkan
tangan dengan pantas untuk menumbuk. Manakala seorang kanak-kanak berimaginasi
seperti seekor burung yang sedang ingin mendarat, maka dia akan berasa bahawa
pergerakan tersebut adalah lambat.
Elemen keempat ialah elemen beban atau tekanan.
Dalam elemen beban adalah berkaitan tentang aspet berat dan ringan dalam
pergerakan yang dilakukan dan dikawal oleh seseorang otot-otot anggota tubuh
badan. Maka kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan
berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Contohnya, dalam aspek berat-
kuat, seseorang budan lelaki akan berimaginasi bahawa dia sedang mengangkat
berat maka budak lelaki akan berfikir dan berasa pemberat itu sangat berat dan
perlu menggunakan seluruh kekuatan badannya untuk mengankatnya. Manakala untuk
aspek halus-ringan, adalah seseorang budan akan berimaginasinya yang dia sedang
menyelam dalam air, maka dia akan berasa bahawa badannya adalah sangat ringan
semasa dalam keadaan yang menyelam dalam air.
Elemen kelima adalah elemen aliran. Elemen aliran
ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu elemen bebas dan elemen terikat. Elemen
bebas adalah merujukan bahawa seseorang budak yang sedang melakukan pergerakan
secara bebas apa-apa sahaja bentuk gaya seperti melompat di atas udara dan
berlari dengan cepat dari suatu tempat ke tempat yang lain.
Pergerakan amat sukar dihentikan dengan serte merta.
Manakala untuk aliran terikat adalah pergerakan yang lambat seperti berjalan
kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan adalah berada dalam keadaan
seimbang.
Elemen terakhir ialah elemen irama. Elemen irama
sentiasa dapat dihubung kaitkan dengan elemen masa. Elemen irama bukan
semata-mata hanya saling berkait dengan aspek muzik tetapi ia juga berkaitan
dengan bentuk irama lain dalam kehidupan seharian kita. Misalnya, perkataan juga
merupakan atau membentuk sebagai irama untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti
berkaitkan dengan lokomotor. Contohnya bermain aktiviti tepuk tangan untuk
demostrasi irama perkataan. Duduk dalam keadaan bulatan, kemudian sebutkan nama
masing-masing sambil menepuk tangan. Selepas orang pertama habis sebut namanya,
orang kedua akan sambung dengan tepuk tangan dengan sebut namanya. Proses
langkah ini dilakukan sehingga habis dalam satu pusingan. Dengan menggunakan
aktiviti tepuk tangan dengan berirama untuk menyebut nama masing-masing
dapatlah melatih pada aspek lokomotor kanak-kanak di samping juga dapat
mengikut irama yang betul.
6.0
Aktiviti-aktiviti untuk pergerakan kreatif
6.1 Drama
Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang
pernah disebut oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah
“pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik”. Beliau juga
memerhatikan bahawa walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan
menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut
rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze, bahawa apa yang telah
dihujahkan itu sebagai perkara yang benar Melalui pertunjukan pergerakan
kreatif yang dipersembahkan, dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula
memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat
pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka.
Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan
sedang keluar secara misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan,
kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk
tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan
ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.Melalui apa yang
dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang
dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan
perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri
mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan
kreatif yang telah dipersembahkan telah dapat member banyak perangsang dan
peluang kepada kanak-kanak di dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka
kerana melalui emosi yang lahir dari dalam diri kanak-kanak tersebut telah
memudahkan guru-guru prasekolah untuk mengenalpastiseterusnya membimbing setiap
perlakuan kanak-kanak tersebut.
6.2 Muzik
Seni kinestetik- Pergerakan kreatif didalam muzik adalah
seni kinestatik. Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam
pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa
senangdan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri.
Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkanperanan
yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara
aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan
kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi.
Dari segi kognitif, murid mendapatpengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang
asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja
membantupertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu
merekamemahami konsep muzik yang abstrak.
Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan
bermain alat muzik secara berkumpulan memberikesempatan murid berkomunikasi dan
berinteraksi dengan mengamalkannilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat
pelbagai bentuk muzik dalam budayamasyarakat Malaysia yang harus dikenali murid
sebagai warisan bangsa.Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur
budaya dalammuzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada
dirimurid.Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSRpelaksanaannya
harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaranseperti teori Pelbagai Kecerdasan,
Kajian Masa Depan, PembelajaranMasteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif, dan Kemahiran Belajar
6.3 Tarian
Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak
mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap
pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi.
Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai
bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif.
Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian.
Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan
berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan
kreativiti kanak-kanak. seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari
merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat
pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi
oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh,
kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari
kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang
mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan
tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain.
0
Faedah-faedah yang akan diperolehi dari pergerakan kreatif
Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti.
Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti pergerakan kreatif, mereka akan secara
tidak langsung dapat mempertajamkan imiginasi mereka. Pergerakan kreatif
mengurangkan ketegangan emosi. Kanak-kanak akan dapat melepaskan perasaan atau
emosi mereka dalam pergerakan mereka lakukan dalam aktiviti yang dijalankan.
Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek iaitu melalui
pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya. Selain itu juga, pergerakan
kreatif menolong membina keyakinan dan kepastian di dalam diri. Terdapat banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh
diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antaranya yang perlu ditegaskan adalah
keyakinan diri dalam melakukan pergerakan, keseronokan dan kepuasan, kebebasan
mencurahkan perasaan, idea dan emosi, menghormati
orang lain, bekerjasama, kebebasan dan berdikar
8.0
Garis panduan mengajar aspek pergerakan.
Sediakan ruangan bagi aktiviti pergerakan. Jika ruangan
kelas terlalu sempit, maka adalah lebih sesuai menggunakan pergerakan bukan
lokomotor seperti menepuk tangan, memetik jari dan menghentak kaki.
Beri peluang mereka meluahkan idea-idea muzik melalui
pergerakan. Walau bagaimanapun guru perlu memberi panduan pergerakan yang perlu
diikuti agar aktiviti tidak menjadi kelam kabut. Gunakan pelbagai muzik sama
ada muzik daripada kaset ataupun muzik yang dipersembahkan oleh guru ataupun
pemuzik supaya dapat meransang lagi kanak-kanak bergerak bersama muzik. Sebagai
contoh lagu ikan kekek.
Penutup
Pergerakan kreatif merupakan satu
bentuk penyataan kendiri yang unit. Dengan lain perkataan setiap peserta
mengggunakan pergerakan berirama untuk melahirkan pemikiran, idea atau
perasaannya. Komponem-komponem peergerakan kreatif terdiri daripada badan,
runag, masa dan daya adalah asas untuk menghuraikan pergerakan dalam pergerakan
kreatif. Pergerakan kreatif merupakan bentuk penyataan kendiri yang unit dan
membolehkan setiap pelajar memilih pergerakan-pergerakan yang sesuai untuk
melahir pemikiran idea atau perasaan
Guru memainkan peranan utama dalam
membimbing pelajar dalam memperkembangan potensi kreatif mereka.Peranan guru
dalam pergerakan kreatif ialah untuk membimbing pelajar dan membantu pelajar
dalam pelbagai pengalaman pergerakan. Dalam pergerakan kreatif guru tidak
mengajar sebarang gerak langkah untuk dihafalkan tetapi dalam peregerakan
kreatif guru membantu dan membimbing pelajar meneroka berbagai-bagai jenis pergerakan
dalam pelbagai cara yang kreatif. Guru tidak memerlukan latihan yang khusus
untuk melaksanakan pengajaran pergerakan kreatif, apa yang diperlukan semnagat
yang cekal.keberanian, dan sikap yang positif dan initiatif dalam pengajaran
pergerakan kreatif. Peranan guru membimbing pelajar meneroka, mencuba dan
menemui cara bergerak berdasarkan pergerakan pelajar sebagai sifat semulajadi
mereka.