Saturday, 17 January 2015

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM SUKAN SUKAN
(MOHD,YAZID DERAMAN)
PENSYARAH KANAN, IPG KAMPUS KOTA BHARU.

PENGENALAN
Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani ini mengutamakan unsur  pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur. Manakala aktiviti sukan pula  tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan  permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal. 
KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN
Menurut Kamus Dewan, pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan  pengawalan, pengelolaan, dan penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam  konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani.

            Berikut merupakan fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan iaitu merancang, menyediakan bajet, mengawal, mengelola, menyediakan jadual pertandingan, membuat keputusan dan menilai. Seterusnya untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan, terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu persediaan profesional, sikap profesional dan perkembangan profesional. Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan, maka kemajuan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.



PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuan kecergasan  dan nilai  seseorang  individu melalui  pendekatan  aktiviti  fizikal. Pendidikan  jasmani  (PJ)  juga  merupakan satu proses  pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti  psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani (PJ), pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti  fizikal yang dijalaninya. Malah, secara ringkasnya Pendidikan Jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986).
Oleh yang demikian, pendidikan  Jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang menumpukan penekanan  terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikal yang  menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan  emosi. Pendidikan Jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. yang diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulum Pendidikan Jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan.  Kurikulum  Pendidikan  Jasmani  di  Malaysia  digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi  membentuk masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan,  Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.  Oleh itu, bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati  pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum. 


Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani

Terdapat beberapa objektif kurikulum Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor, menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri, melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal, membentuk sahsiah dan disiplin diri, dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999).

Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa memahami matlamat utama Pendidikan Jasmani iaitu “Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999).

Organisasi

Pendidikan Jasmani merupakan disiplin pendidikan. Oleh itu, di sekolah Pendidikan Jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik.

Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
Antara bidang kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani ialah menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah, mempengerusi mesyuarat panitia Pendidikan Jasmani, memastikan rancangan tahunan Pendidikan Jasmani tersedia  untuk digunakan, mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani, menyediakan perancangan tahunan panitia, memantau pengajaran pendidikan jasmani, memeriksa buku latihan pelajar, merancang pembelian alatan untuk panitia, menyediakan anggaran perbelanjaan panitia, dan merancang latihan dalaman.

Perancangan Belanjawan
Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik. Ketua panitia Pendidikan Jasamani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan. Malah, ketua panitia  juga perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan Pendidikan Jasmani.
 Bil Murid                         ------------------>              Peruntukan

Kurang daripada 100 Orang                            RM 300.00

101-250 Orang                                                RM 300.00(minimum) Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang) 

251-500 Orang                                                RM 720.00(minimum) Rm2.60/seorang   (selepas 250 0rang)

501-750 Orang                                                RM 1370.00(minimum) Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang)

751-1000 Orang                                              RM 1970.00(minimum) Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang)

1001 Orang atau lebih                                     RM 2420.00(minimum) Rm1.00/seorang (selepas 100 0rang)

Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif. Pendidikan jasmani juga adalah melahirkan masyarakat yang akan menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan. Pendidikan jasmani turut membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan  ketiga-tiga  tunjang pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan.
Pendidikan jasmani adalah dapat melahirkan masyarakat yang dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. Pendidikan jasmani dilihat akan dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai murni, sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat.

Prinsip Pengurusan Sukan
Pengurusan sukan adalah proses bekerja bersama orang lain dengan menggunakan sumber secara optimum dalam persekitaran yang sentiasa berubah-ubah. Pengurus bertanggungjawab memastikan proses pengurusan berjalan lancar, bertindak menggunakan sumber fizikal dan manusia dengan cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi. Menurut Kelly, Blanton dan Bertel (1990), mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah oraganisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan. Pengurusan sukan juga ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental, bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal.
            Terdapat empat prinsip pengurusuan sukan iaitu yang pertama ialah perancangan untuk membentuk hala tuju. Pengurus memulakan tugas dengan menentukan matlamat, mengatur dengan merancang program dan menentukan garis-garis kasar gerak kerja. Peranan pengurus di sini amat penting bagi menggerakkan perancangan yang akan dilakukan dengan kuasa yang ada padanya. Prinsip yang kedua ialah merupakan pengorganisasian iaitu pengurus memastikan semua bahagian unit dapat bertindak, selaras melaksanakan apa yang dirancang. Ini berkaitan dengan pembahagian kerja kepada individu dan kumpulan. Pada masa yang sama, kerja haruslah dilaksanakan dengan betul dan bersama. Dua aspek utama pengorganisasi ialah aspek teknikal dan sosial. Aspek teknikal ialah untuk mencari individu yang mempunyai kebolehan teknikal yang tertentu dalam organisasi. Manakala aspek sosial pula melibatkan ahli-ahli bukan teknikal, tetapi individu dengan kebolehan kemanusiaan yang unik.
            Prinsip yang ketiga adalah kepimpinan yang mempunyai kebolehan seseorang mencari pengaruh. Kepimpinan seorang pengurus ialah bagaimana ia mempengaruhi pekerjanya dan bagaimana ia menyebarkan pengaruhnya dalam organisasi. Pengurus memimpin dengan menunjukkan cara, membimbing dan memberi motivasi kepada pekerja-pekerja dalam organisasi dengan tujuan mengekal dan meningkatkan moral mereka. Motivasi juga diperoleh melalui komunikasi aktif, penghargaan dan kebajikan. Seterusnya pengawalan adalah merupakan prinsip-prinsip yang terakhir dalam pengurusan sukan. Pengawalan adalah proses menilai dan menyemak. Caranya ialah dengan membandingkan status pencapaian organisasi sekarang ini dengan apa yang dirancang.
Berdasarkan kepada prinsip tersebut, sukan merupakan satu aktiviti yang  paling berkesan membentuk kecergasan dan kesihatan dari segi fizikal dan mental. Sukan juga dilihat membolehkan seseorang itu memperoleh sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia. Selain itu, sukan juga adalah satu penglibatan  pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga,  sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat asing yang mana ianya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri. Keperluan  asas  manusia juga merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fiziologi kepada kepuasan mutlak diri. 

Definisi Organisasi
Sekumpulan individu berusaha untuk menyempurnakan satu-satu tugas yang tidak boleh dilaksanakan oleh seorang individu sahaja. Struktur pula menentukan tugas seseorang individu dalam organisasi tersebut dan perhubungan dengan individu lain.  Mengikut Pfiffner (1960), organisasi adalah persediaan yang sistematik untuk tindakan dan menstrukturkan individu serta fungsi kepada pertalian-pertalian yang produktif. Organisasi juga mencari satu pola kemahiran dan tanggungjawab yang boleh diselaraskan serta penyatuan tujuan melalui pengawasan.

Definisi Pentadbiran

Pentadbiran merupakan satu proses atau keadaan yang melibatkan dua atau lebih individu mengembleng tenaga untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Menurut Leith (1990) pentadbiran melibatkan proses perancangan, pengelolaan, bimbingan dan kawalan ke atas sumber-sumber yang wujud untuk menghabiskan kerja yang diharapkan atau untuk mengarahkan program kepada pencapaian matlamat-matlamat tertentu. Manakala menurut Daughtrey & Woods (1976) pula ialah pentadbiran merupakan koordinasi aktiviti oleh individu dalam kumpulan yang tersusun. Pentadbiran juga melibatkan pengurusan kakitangan, perancangan organisasi, penghasilan dan perhubungan awam.
Oval: Jenis-jenis pentadbiran
Perkaitan antara Pentadbiran & Organisasi
Organisasi dibentuk untuk membekalkan suatustruktur @ sistem yang berkesan bagi mencapai tujuan satu-satu kumpulan. Pentadbiran pula ialah sebahagian daripada organisasi. Ia membimbing tingkah laku individu di dalam organisasi untuk mencapai tujuan yang ditetapkan. Organisasi membekalkan struktur untuk mencapai sesuatu matlamat oleh satu-satu kumpulan dan pentadbiran membekalkan unit-unit yang berfungsi untuk menjalankan organisasi dengan berkesan. Pentadbiran diperlukan untuk menubuhkan sesuatu organisasi. Manakala organisasi pula memerlukan pentadbiran untuk berfungsi. Objektif pentadbiran dan organisasi adalah untuk mengawal persekitaran dan pentadbiran serta memberi arah kepada organisasi.
Aspek perlu diberi perhatian dalam perancangan organisasi:
Terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian dalam perancangan sesuatu organisasi. Antara aspek tersebut ialah menentukan dengan jelas garis autoriti dan tanggungjawab dari paras atas ke bawah di dalam organisasi. Aspek yang kedua ialah individu yang mendelegasikan tanggungjawab masih lagi bertanggungjawab. Seterusnya memastikan bilangan paras organisasi adalah terendah. Aspek yang keempat ialah delegasi autoriti dan tanggungjawab adalah pada peringkat tindakan sahaja. Aspek kelima ialah kedudukan dibentuk supaya tugas pentadbiran dan fungsi dipisahkan. Kemudian, aspek keenam adalah objektif unit atau bahagian dalam organisasi adalah selaras dengan objektif organisasi itu sendiri. Seterusnya aspek yang terakhir ialah setiap individu dalam organisasi menerima arahan daripada seorang ketua yang lebih tinggi sahaja.
PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
Pengurusan
Pengurusan adalah merupakan satu proses perancangan, pengelolaan, memimpin dan pengawalan usaha-usaha anggota sesebuah organisasi serta menggembleng sumber-sumber yang ada dalam organisasi bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pengurusan juga boleh didefinisi dan ditafsir oelh pengamal dan ahli akademik dari pelbagai sudut yang berbeza.
Terdapat beberapa definisi pengurusan iaitu yang pertama ialah pengurusan merupakan satu proses integrasi sumber dan tugasan dan tanggungjawab ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi. Kedua, pengurusan adalah merupakan satu proses menetapkan objektif dan pengelolaan sumber ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan keberkesanannya akan dinilai bagi membantu pengamal mengambil langkah-langkah yang perlu di masa hadapan. Pengurusan juga ialah satu proses yang melibatkan pengarahan satu-satu kumpulan yang terlibat ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi. Seterusnya pengurusan adalah merupakan satu proses yang melibatkan perancangan, pengelolaan, memotivasikan dan pengawalan dengan tujuan untuk menghasilkan satu hala tuju dan matlamat bagi sesebuah organisasi.
Bagi memastikan aspek pengurusan itu berfungsi dengan baik, tiga aspek penting yang berikut perlu dipatuhi iaitu perlu wujudnya sebuah organisasi yang formal. Yang kedua organisasi perlulah jelas dan memilik matlamat atas kewujudannya. Aspek penting yang ketiga pula ialah organisasi itu perlu memiliki struktur pengurusan yang diketuai oleh seseorang yang diberikan kepercayaan memimpin.
Dalam konteks pengurusan masa kini fungsi utama pengurusan terdiri daripada komponen-komponen seperti berikut iaitu perancangan (Planning), pengelolaan (Organising, memimpin (Leading) dan pengawalan (Control.

(a) Perancangan (Planning)
Perancangan adalah satu aktiviti penetapan matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik. Perancangan yang baik dan berkesan adalah yang tidak bermasalah dan mudah untuk dilaksanakan. Terdapat empat kategori perancangan iaitu yang pertama ialah perancangan strategik yang dirangka bagi memenuhi objektif organisasi dalam konteks yang lebih luas. Ianya merangkumi pelan tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada kepentingan kewujudan organisasi tersebut. Ianya juga dikenali “Master plan”.
            Kedua ialah perancangan operasi yang dirangka secara terperinci untuk melaksanakan plan strategik. Seterusnya aspek yang ketiga ialah perancangan jangka panjang dan jangka pendek. Perancangan ini diklasifikasikan sebagai rancangan yang melibatkan tempoh masa. Tempoh masa yang ditetapkan ditentukan oleh perancang berdasarkan objektif yang ingin dicapai. Tiada tempoh masa yang spesifik, ianya boleh jadi satu tahun atau pun kurang. Jika perancangan itu ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh masa kurang dari satu tahun ianya diklasifikasikan sebagai perancangan jangka pendek dan begitulah sebaliknya.
Kategori perancangan yang terakhir ialah perancangan berfungsi. Perancangan jenis ini diklasifikasikan sebagai perancangan yang dibuat untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan untuk dicapai. Perancangan jenis bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara rancangan-rancangan lain bagi tujuan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, perancangan jenis ini ialah perancangan sumber manusia, perancangan kewangan dan perancangan program pembangunan atlet sekolah. Untuk perancangan program pembangunan atlet sekolah tercapai, ianya memerlukan kewangan dan juga sumber manusia bagi menjayakan rancangan tersebut.

Langkah-langkah dalam merangka sesuatu perancangan:
Dalam merangka satu perancangan yang baik ianya perlu mengambil kira semua aspek yang berkaitan dan juga aspek luar jangka. Perancangan ini perlu dirangka dan dipastikan dengan betul dan berkesan bagi memastikan prestasi dan masa depan organisasi tidak terjejas.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh digunakan dalam merangka sesuatu perancangan iaitu memikirkan idea yang baik, memilih idea yang terbaik, mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan kepada idea, menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat penting, menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan boleh diguna pakai, mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan tindakan perancangan, menentukan tempoh masa yang perlu dicapai, mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu, menentukan struktur organisasi, menyediakan garis panduan yang boleh diguna pakai sebagai contoh ketika ingin membuat sebarang keputusan penting panduan ini boleh digunakan, memikirkan kaedah pemantauan dan pengawalan yang terbaik, memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint) dan sebaiknya dibukukan untuk panduan mereka yang terlibat, melaksanakan rancangan dan yang terakhir ialah menilai keberkesanan perancangan  untuk tujuan pembaikan dan rujukan di masa hadapan

Faedah Perancangan
Berikut adalah faedah yang diperolehi melalui perancangan yang baik iaitu membantu memberikan hala tuju, membantu organisasi menentukan masa hadapannya, membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan dan membantu menjadikan organisasi berjaya dalam aspek pengurusannya.

(b) Pengelolaan (Organising)
Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan dan ianya bukannya satu proses yang berasingan. Pengelolaan juga boleh menjadi sebahagian dari perancangan atau digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan yang lain. Secara kolektifnya, proses dan fungsi pengurusan ialah perancangan, pengelolaan, pelaksanaan dan pengawalan sebagai satu aktiviti mengurus (managing).

Langkah-langkah dalam Melaksanakan Pengelolaan
Berikut ialah langkah-langkah yang boleh diikuti dalam aktiviti pengelolaan. Yang pertama ialah membahagikan tugas secara spesifik. Ini kerana, keberkesanan dalam pengelolaan banyak bertumpu kepada pembahagian tugasan secara spesifik kepada mereka yang dipertanggungjawab. Faedahnya ialah individu yang menjalankan tugasan yang spesifik dan sama akan lebih mahir dan juga turut membantu mempertingkatkan kemahiran dan menjamin pencapaian matlamat.
            Kedua ialah pembahagian tugas berdasarkan kumpulan/unit kecil yang mana dapat membantu ketua memantau anggota di bawahnya berdasarkan kumpulan yang telah ditetapkan. Malah turut bekerjasama dengan anggota lain serta memantau pelaksanaan tugas. Ketiga ialah memberikan autoriti dan tanggungjawab. Ini adalah berdasarkan portfolio masing-masing. Ketua memiliki autoriti yang boleh dikaitkan dengan pemilikan kuasa. Kuasa yang wujud dari pihak atasan dan diturunkan adalah mengikut keperluan tugas. Seterusnya tanggungjawab  merupakan satu bentuk akauntibiliti terhadap tugasan yang diterima.
            Langkah yang seterusnya dalam aktiviti pengelolaan ialah menentukan span of management yang bermaksud jumlah anggota yang akan ditugaskan bagi satu-satu kumpulan atau unit. Jumlah anggota juga menentukan kejayaan sesuatu tugasan. Jika terlalu sedikit anggota yang diperlukan ianya akan mengurangkan keberkesanan kerja, manakala jika terlampau ramai sebagai ketua maka akan hilang kawalan terhadap anggota bawahan yang terlampau ramai. Langkah yang terakhir dalam aktiviti pengelolaan ialah mengkoordinasi sumber organisasi. Ianya merupakan usaha kolektif yang dilakukan bagi memenuhi objektif organisasi. Koordinasi juga merujuk kepada kaedah penggabungan, integrasi dan keseragaman  di antara kumpulan dan unit-unit lain.

Faedah Pengelolaan
Berikut adalah faedah diperolehi melalui pengelolaan yang tersusun dan sistematik. Faedah yang pertama ialah tindakan yang diambil akan lebih berkesan. Kedua, menggunakan segala sumber yang anda dengan lebih efektif dan efisien. Faedah ketiga ialah membantu dan memudahkan proses meletak tugasan dan tanggungjawab kepada individu yang berkenaan. Seterusnya faedah yang terakhir ialah membantu mewujudkan satu sistem pelaksanaan dan pengawalan yang berkesan.
SEMAK KENDIRI 5.2
(c) Memimpin (Leading)
Dalam aktiviti perancangan dan dan pengelolaan, ketua akan bekerjasama dengan anggota di bawahnya dalam setiap tugasan yang ingin dicapai. Memimpin adalah satu proses mempengaruhi dan memujuk anggota bawahan untuk bekerja secara bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan. Dalam konteks sebagai seorang ketua, objektif ini bukan hanya disebut dari mulut sahaja, tetapi ianya menuntut seorang ketua memotivasikan anggotanya ke arah mencapai objektif.

Kuasa Memimpin dalam Organisasi
Kuasa sering dilihat sebagai satu bentuk keupayaan di mana seseorang itu boleh mengarah atau menyuruh orang lain melakukan sesuatu tugasan atau kerja dan juga bagaimana ia menggunakan kuasa untuk melakukan sesuatu tindakan untuk dirinya dan orang lain. Dengan perkataan yang lebih mudah, kuasa itu merupakan keupayaan yang dimiliki untuk mempengaruhi tindakan-tindakan lain. Tanpa pemilikan kuasa, organisasi, pengurus dan juga pemimpin akan berhadapan dengan kesukaran untuk mencapai sebarang objektif yang telah ditetapkan.
            Kepimpinan boleh dijelaskan melalui konsep-konsep berikut iaitu kepimpinan merupakan suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan pengikutnya dan mendorong pengikutnya supaya mengerah tenaga secara tersusun menuju objektif yang di rumus secara kolektif. Bekerja secara sedemikian akan memberikan kepuasan kepada pemimpin dan pengikutnya. Kepimpinan juga memberikan perwatakan dan menerima perwatakan daripada media, persekitaran dan iklim di tempat ia berfungsi. Kepimpinan tidak bekerja dalam ruang yang tidak mempunyai udara, tetapi bekerja dalam iklim yang diwujudkan oleh berbagai unsur. Interaksi pemimpin, ahli, masyarakat dan suasana sekitaran sentiasa berlaku.
Kepimpinan juga sentiasa aktif dan mungkin berubah-ubah mengikut peringkat, kekuatan, atau had tetapi ianya tidak akan tenggelam dan timbul. Ini bermakna tiada pemimpin, tiada pengikut, dan jika tiada anggota maka tiada kumpulan. Keadaaanya sama ada dinamik atau tidak ada langsung. Kepimpinan juga mengambil prinsip-prinsip, kaedah dan sistem mengikut kadar yang pasti dan tetap secara yang disengajakan. Prinsip-prinsip ini termaktub dalam undang-undang tubuh atau perlembagaan.

c)    Pengawalan (Control)
Pengawalan  adalah  salah  satu  aktiviti  penting  dalam  pengurusan  dan  ianya wujud hasil  dari  keperluan  yang  telah  ditetapkan  dalam  setiap  perancangan.  Sebagai pengurus, perlu  dipastikan  semua  tugasan  yang  telah  diamanahkan  telah dilaksanakan dengan baik. Di sinilah letaknya peranan pengawalan di mana ianya berfungsi untuk memberikan maklumat  kepada  pengurus. Melalui maklumat  yang  diterima  ini  ianya nanti  akan membantu  pengurus  dalam  membuat  keputusan.  Antara  peranan  penting pengawalan  ini  adalah  bertujuan  untuk  menyesuaikan  cara  kerja  kepada  sesuatu standard yang telah ditetapkan.
Contoh Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan :

Pengurusan dan Pengelolaan Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat IPG Kampus Kota Bharu.



Tuesday, 13 January 2015

Kaedah Pengajaran

KAEDAH PENGAJARAN- 
(Mohd.Yazid Deraman .IPGKKB.)

           Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu teknik dan pendekatan.  Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran.  Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.  Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.  Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992).  Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan  kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.  Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik.  Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.
            Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.  Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.  Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987),  nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.

            Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.  Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
Demikian juga dengan Hasan Langgulung  (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu   adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua   pelajar  dalam semua keadaan.  Kaedah harus berubah  mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar.  Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.  

Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:
          1.  kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran
2.  kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang
               hendak dicapai
3.  kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran
               yang diajar
4.  kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
5.  kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6.  mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah
               bekenaan
7.  kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang
               ada.
        
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar  yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar.  Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama.  Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

            Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.  Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.  Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:

          1.  Tujuan am (learning goal)
2.  Objektif pelajar (specific objective)
3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit
              
tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
4.  Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar .
5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur
              pencapaian
pelajar

  Kata Cangelosi (1992):
Learning goal is the overall purpose of the teaching unit.  It indicates what students are expected to learn.
Specific objective, define the learning goal.  That is a number of specific skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire.  

Perrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu:
a.    Planning
b.    Implementation
c.    Evaluation
 
Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru.  Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan.  Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching).  Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas.  Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah.  Inilah dia guru yang efektif (effective teacher).

             “…effective teacher is one who is able to demonstrate the
             ability to bring about intended learning goals”. 
Parrott (1986:5)
 
Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas.  Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang  pendidikan Islam atau penerapan nilai Islam.  Ini juga harus dirancang dengan saksama.  Iaitu  apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya.  Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan ajaran Islam dengan cara yang betul. Jadi, penekanannnya ialah penghayatan Islam, bukannya peperiksaan.  Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu Islam, tetapi gagal memberi pendidikan Islam, iaitu gagal mendidik anak-anak untuk menjadi orang Islam bagi memikul tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah.

Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher).  Ia bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar (Huitt, 1994).  Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya.  Ini semua mencerminkan guru muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-Ibrashy, 1976).

Guru yang gagal ialah tidak membuat persediaan penjagaran gagal memahami spendekatan, stragegi, kaedah dan tenik pengajaran yang akan digunakan semasa bersama murid. Apa yang menyedihkan guru masuk ke kelas tidak jelas objektif pengajarannya, mengajar sebagai hanya rutin biasa dan tidak bersandar kepada padagogi dan ilmu dan kemahiran yang akan digunakan. kemahiran dan pengurusan bilik darjah penting untuk menapatikan kaedah digunakan bembari kesan peda pembalejaran murid. Tiada satu kaedah yang terbaik, tapi  apa yang penting kebijaksanaan guru memilih starageti pengajaran bersandarkan kepada keperluan yang difikirkan sesuai pada masa itu. Jadilah guru yang celerlang di dunia dan di akhirat.


TEORI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
(MOHD.YAZID BIN DERAMAN IPG.KKB)

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :
  • Kaedah sumbang saran
  • Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
  • Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
  • Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
  • Kaedah oudioligual
  • Kaedah kodkognetif
  • Kaedah projek
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak mehalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oelh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
3. Memory
  • Address three pressing problem you have faced in your class and solve these problem based on what you now know about Memory.
Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasnya tidak setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan mereka tetapi fizikal, mental, emosi dan social mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan atau pada peringkat melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan kesediaan belajar boleh dikaitkan daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan a. kematangan fizikal b. kematangan intelek c. kematangan emosi

a. Kematangan fizikal Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang tinggi. Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadap perbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan perkembangan normal berupaya membantu guru menyediakan asas pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat Bantu mengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahaja penyesuaian yang berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula jadi pelajar.

b. Kematangan intelek (mentel) Kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan mentafsir deria (persepsi), kebolehan membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imagenasi), kobolehan untuk mengingati kembali apa yang telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan kesimpulan tentang hal-hal yang diprolehi daripada pengalaman ataupun yang abstrak. Kematangan intelek tidak mempunyai hadnya. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada kegiatan mental yang paling mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat ditentukan pada tahapsejauh manakah kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan kesediaan belajar, perubahan-perubahan perkembangan dalam keupayaan intelek seperti ini patutlah diberi perhatian. Walaupun perkembangan intelek itu merupakan proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat dan berterusan, namun proses ini tidak sama bagi semua pelajar. Memang terdapat kecenderungan am yang sama dalam kalangan mereka yang sedang menjelani proses kematangan tetapi kadar pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka yang bertanggungjawabdengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira perbezaan-perbezaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan seterusnya melaksanakan tugas mereka dalam kelas.

c. Kematangan Emosi Emosi menggambarkan satu kaedaan yang dikaitkan oleh dorangan-dorongan melalui satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan mengandungi nada perbezaan atau berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan . Ahli-ahli psikologi dan fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati dan tindak balas fisiologi. GGGerak hati atau desakan dalaman yang mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai gabungan dan peringkat, secara umum, emosi dapat diertikan sebagai suatu pengalaman yang penuh perasaan, yang melibatkan penyalarasan dalaman secara am dengan keadaan mental dan fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata. 4. Metacognition - What is your reaction to the video on metacognition? - Explain in your own words three or more benefits of applying metacognition in your classes AND - How would you apply metagnition in your classes?

Metacognition dapatlah ditafsir sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran tentang proses yang dilaksnankan secara berfikir. Menurut Bronw (1980) metacognition’ adalah merupakan ilmu pengetahuan atau kesedaran yang terdapat kepada seseorang yang membolehkannya. Gadner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Seorang pelajar lebih tua dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh menyedari, mengawal dan mengamalkan starategi berfikir berhubung dengan satu-satu masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya. Boyer dalam model ‘ Functional Thinking’ nya menyatakan lebih jelas bahawa ‘ Metacognition adalah merangkumi kebolehan seseorang, merancang (planning), memantau (monitoring). Dan menilai (assessing) satu-satunya keputusan atau idea yang hendak diutarakan “Boyer menjelaskan bahawa ‘metacognatinion’ terletak di luar kebolehan berfikir (cognition) itu sendiri. Menurutnya “ Metacognative operations are applied to the strategies and skill used to produce meaning rather then diretctly to data and experience. Metacognation seeks to control these meaning-making aperations by which one seeks to make meaning”. Dengan ini ini metacognition dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan startegi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi bukannya buah fikiran yang dilahirkan atau bukan hasil sebenar berfikit itu sendiri. Seseorang yang ingin menyelesaikan satu masalah ekonominya terpaksa mengalami proses merancang , memantau, menilai keputusan yang akan dibuat. Proses merancang, memantau dan menilai ini ada kaitan langsung dengan keputusan yang akan dibuat atau diambil dalam penyelasaian masalah tersebut.

Terdapat kebaikkan dalam mengaplikasikan Matacognitive: 1. Kaedah perbincangan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terdapat banyak topic sesuai disampaikan melalui sesi perbincangan khasnya bagi kursus bahasa. Di antara topik-topik yang sesuai dibincangkan topic isu semasa, program pelajar dan sebagainya. Kaedah ini melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan pelajar-pelajar dalam kelas atau satu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. Para pelajar harus diberitahu cara-cara dan peraturan-peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini bertujuaan agar aktiviti perbincangan lancer, teratur dan tidak terpesong daripada tujuan. Pada akhir perbincangan, idea-idea haruslah dirumuskan. Rumusan ini kan digunakan untuk membuat ulasan perbincangan.

2. Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal pasti empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan, iaitu pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi (reproduction), dan penangguhan (re inforcement) motivasi (motivion). Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara yang berikut: • Penyampaian harus cekap dan menarik • Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat • Hasilan guru atau contoh-contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi

3. Pembelajaran, ingatan, dan lupaan Pembelajaran merupakan sesuatu proses psikologikal dalaman. Sama ada ia belaku tidak akan dapat diperhatikan atau diukur secara langsung. Apa yang kita ukur ialah ingatan selepas pembelajaran sahaja. Oleh itu, ingatan hanya boleh dianggap gambaran atau praktikal pembelajaran. Walaupun, ingatan boleh mewakili pembelajaran, kualiti ingatan dan lupaan ialah tiga proses yang saling berkaitan serta saling berpengaruhi antara satu sama lain. Berikut mengilustrasikan secara ringkas peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan. Rajah 1: peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan.Berdasarkan huraian-huraian pengertian ingatan di atas maka bolehlah dirumuskan bahawa ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpanya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika perlu.

Berdasarkan daripada tiga kaedah penyampaian yang digunakan tadi, proses pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan.
Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran.

Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.