Tuesday, 13 January 2015

Buku Permainan Kanak-kanak. (Mohd.Yazid Deraman)

PENULIS ;  MOD.YAZID DERAMAN
PENERBITAN & PENCETAKAN : PENERBITAN ABADI, KOTA BHARU, KELANTAN
CETAKAN PERTAMA; SEPTEMBER 2014 
MUKA SURAT; 140 MUKA SURAT DENGAN 140 JENIS PERMAINAN
SAUZ B5, CETAKAN WARNA WARNI DANGAN ULUTRASI BERBEZA SETIAP MS.

ISBN ; 978-983-2953-63-0  PERPUSTAKAAN NEGARA

Buku Permainan kanak-kanak dalam pendidikan jasmani ditulis bagi memenuhi kurikuklum sukan pelajaran pendidikan jasmani. Ia boleh digunakan juga untuk murid pra sekolah dan jurulatih sukan dan olahraga. Ia disusun dengan peraturan permainan yang mudah  dilaksanakan dan dengan gambarajah panduan cara bermain. Terdapat 163 permainan yang dipilih yang biasa dimainkan oleh kanak dan juga dari permainan tradisonal kanak-kanak seluruh Malaysia. Permainan dalam buku ini berfokus membina kemahiran asas    dalam permainan tertentu, ia mengandungi peraturan yang minima dan senang difahami, tidak menggunakan masa yang panjang untuk bermain, permainannya boleh diubahsuai segi bilangan, peraturan, kawasan bermain dan peralatan yang diperlukan. Tugas guru atau jurulatih ialah mencipta situasi supaya pelatih dapat Belajar melalui bermain dalam pendidikan jasmani atau aktiviti sukan merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Penekanan pendekatan belajar melalui cara bermain boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak melalui aspek fizikal, emosi dan sosial. Melalui teknik ini juga mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka . Dengan bermain sambil belajar kanak-kanak akan dapat menguasa perkembangan dan kemahiran fizikal, penguasaan bahasa, melahirkan perasaan dan perkembangan proses sosial yang baik. Bermain sebagai penentu  perkembangan, kekuatan sahsiah, daya cipta, kesetabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek disamping perkembangan koodinasi badan dan ketangkasan fizikal. Permainan memberi pengalaman   keadilan, kebolehan berfikir dan memahami peraturan dalam permainan. Permainan  digalakkan dalam pelajaran pendidikan jasmani kerana ia dapat mendedahkan murid kepada kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Pelaksaan permainan dalam pengajaran pendidikan jasmani atau dalam kejurulatihan sukan akan melahirkan sahsiah yang tinggi bagi menghadapi cabaran masa kini.
Permainan dalam buku ini sesuai untuk kanak-kanak pra sekolah, pelajar  sekolah rendah dan menengah dan  boleh digunakan secara meluas dalam aspek kejurulatihan sukan. Buku ini sesuai  untuk semua peringkat dan boleh dijadikan sebagai panduan untuk pengajaran dan    kejurulatihan sukan, ia mudah difahami peraturannya dan cara bermain boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis kemahiran sukan. Permainan dalam buku ini berfokus membina kemahiran asas dalam permainan tertentu, ia mengadungi peraturan yang minima dan senang difahami, tidak menggunakan masa yang panjang, permainan boleh diubahsuai segi bilangan,  peraturan,kawasan bermain dan peralatan yang diperlukan Tugas guru atau jurulatih ialah mencipta situasi supaya pelatih dapat membina kemahiran yang diperlukan  dalam situasi permainan. Murid-murid atau pemain digalakkan bermain tahap keupayaan fizikan dan  teknikal untuk memastikan kejayaan dan keseronakan dalam permainan. kemahiran yang       diperlukan  dalam situasi permainan. Murid-murid atau pemain digalakkan bermain tahap keupayaan fizikan dan  teknikal untuk memastikan kejayaan dan keseronakan dalam     permainan. Permainan ini dicipta bagi membantu guru-guru mengajar subjek pendidikan jasmani dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mencapai hasrat Falsafah     Pendidikan Kebangsaan. Buku ini sangat sesuai dan memenuhi semua standard yang ditetapkan dalam KSSR.



Belajar melalui bermain dalam pendidikan jasmani atau aktiviti sukan merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Penekanan pendekatan belajar melalui cara bermain boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak melalui aspek fizikal, emosi dan sosial. Melalui teknik ini juga mendatangkan keseronokan dan kepuasan     kepada mereka . Dengan bermain sambil belajar kanak-kanak akan dapat menguasai        perkembangan dan kemahiran fizikal, penguasaan bahasa, melahirkan perasaan dan        perkembangan proses sosial yang baik. Bermain sebagai penentu  perkembangan, kekuatan sahsiah, daya cipta, kesetabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek disamping perkembangan koodinasi badan dan ketangkasan fizikal. Permainan memberi pengalaman keadilan, kebolehan berfikir dan memahami peraturan dalam permainan. Permainan  digalakkan dalam pelajaran pendidikan jasmani kerana ia dapat mendedahkan murid kepada kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Pelaksaan permainan dalam pengajaran pendidikan jasmani atau dalam kejurulatihan sukan akan melahirkan sahsiah yang tinggi bagi menghadapi cabaran masa kini.

Permainan dalam buku ini sesuai untuk kanak-kanak pra sekolah, pelajar  sekolah rendah dan menengah dan  boleh digunakan secara meluas dalam aspek kejurulatihan sukan. Buku ini sesuai  untuk semua peringkat dan boleh dijadikan sebagai panduan untuk pengajaran dan    kejurulatihan sukan, ia mudah difahami peraturannya dan cara bermain boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis kemahiran sukan. Permainan dalam buku ini berfokus membina kemahiran asas dalam permainan tertentu, ia mengadungi peraturan yang minima dan senang difahami, tidak menggunakan masa yang panjang, permainan boleh diubahsuai segi bilangan,  peraturan,kawasan bermain dan peralatan yang diperlukan Tugas guru atau jurulatih ialah mencipta situasi supaya pelatih dapat membina kemahiran yang diperlukan  dalam situasi permainan. Murid-murid atau pemain digalakkan bermain tahap keupayaan fizikan dan  teknikal untuk memastikan kejayaan dan keseronakan dalam permainan.



Dalam menyediakan buku ini, penulis telah mengumpul  dan menyesuaikan segala pengalaman, penulisan, penyelidikan dan   pengajaran yang didapati dalam pelbagai program serta kursus PJM 3102 dan PJM 3110 di IPG, amali pergerakan asas dan permainan kanak dalam KSSR  dan penyesuaian  model permainan kanak-kanak Bungke dan Thorp . Penerbitan buku ini merupakan pilihan terbaik untuk memperkenalkan permainan kanak-kanak yang sesuai dengan kanak-kanak Malaysia yang pelbagai kaum. Ia merupakan koleksi permainan kanak-kanak yang terdahulu dan perlu di perkenalkan dalam sukatan pelajaran KSSR sebagai nilai tambah dari yang sedia ada. Guru digalakkan menggunakan kretativiti dan inovasi dari pelbagai jenis dalam buku ini mengikut kesesuaian  situasi, tempat, peralatan dan kebolehan murid. Pengguna  buku ini memerlukan pemikiran aras tinggi untuk menyesuaikan permainan mengikut aras dan tahap kebolehan murid. Pengajaran dan pembelajaran yang terancang melalui panduan buku ini dapat   membina individu yang cergas, sihat  berkemahiran tinggi bagi mencapai matlamat dan objektif kSSR Pendidikan Jasmani.

Mohd.Yazid Bin Deraman
Penulis.






Pendekatan,strategi,kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan

PENDEKATAN,STRATEGI,KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN.
(Mohd.Yazid Deraman, IPG.KKB)
"Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak tercapai."
"Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul juga"
"Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi"
"Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..."
"Apa itu strategi..."

PENDAHULUAN

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.
Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.
Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIK

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.
Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.
Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.
Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.
Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.
Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.
Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.
Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.
Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.
Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.
Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.
Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.
Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.
Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.
Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.
Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.
Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.
Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum


Sunday, 11 January 2015

Tekanan, Faktor dan Risikonya

                                                    TEKANAN . FAKTOR DAN RISIKONYA

Oleh
Mohd.Yazid bin Deraman
Jabatan pendidikan Jasmani & Kesihatan
mydyazid@g.mail.com.


PENDAHULUAN

Tekanan adalah amat komplek dan pekara peribadi. Ia melibatkan kita semua, iatu dari segi perasaan kita, perilaku, prerstasi tempat kerja atau menjadi mangsa kemalangan dan penyakit.Tekanan boleh berlaku jika berada di bawah tekanan. Tekanan boleh berlaku bisa kita berada dalam situasi yang berlaku  bukan satu kebiasaan. Pada hakikatnya sukar memberi definasi tepat tentang tekanan kerana ia berbeza mengikut persepsi sesorang terhadap sesuatu situasi dan keupayaan menghadapi sesuatu situasi tersebut.

PERSEPSI TEKANAN

Apabila menghadapi maklumat, situasi atau masalah yang sama orang berlainan akan memberi tidakbalas yang berbeza.Seseorang akan merasa tekanan amat sangat pada hal ada orang laian merasakan perkara tersebut remeh temah. Pembawaan genatik, pendidikan, pengalaman masa lalu dalam mengendalikan sesuatu situasi menentukan ia mencabar, menakutkan, membosan atau diterima. Perkara ini menjadi subjektif dengan perasaan cemas, peningkatan tekanan darah dan sebagai tindak balas.

TEKANAN DAN PERKEMBANGAN KEPERIBADIAN.

Kadar tekanan yang tertentu itu penting dalam perkembangan keperibadian.Ia memberi kita ghairah untuk hidup, merangsang dan menjadi kita lebi kreatif terlalu sedikit cabaran menjadikan kehidupan membosan dan mengecewakan. Ibarat membentulkan tali gitar, terlalu longgar merosakkan nada dan terlalu ketat akan memutuskan tali.Tekanan adalah hakikat hidup. Sebarang perubahan yang disenangi atau tidak ia merupakan tekanan. Ada antara kita menjadi tertekan bila sukan membuat keputusan, menjadi cemas tentang keputusan situasi yang tidak menentu.

Apabila tekanan menjadi berlebihan sehingga ia menjadi satu cara hidup, ia akan membewa kepada keletihan mental, emosi dan fizikal. bagi individu yang mudah mendapat tekaanan ia mudah mendapat penyakit kardiovaskular. perbezaan besar setiap individu dan persepsi kepada tekanan adala mustahil menjaga tahap tekanan atau keupayaan sesorang terhadap sesuatu tekanan. Ialah sukat untuk mencipta satu ujian untuk menunjukkan perkaitan tekanan dengan penyakit jantung. Terdapat banyak bukti juga menunjukkan tekanan akibat faktor budaya, sosial, psikologi, personaliti dan tingkahlaku menrupapa penyebab utam tidak sihat dan penyaakit jantung.


TEKANAN KRONIK

Apabila berlaku tekanan mungki  pemulihannya adalah lambat, ia boleh cepat dengabn syarat kita ada keupayaan menghadapi tekanan-tekanan supaya  situasi-situasi itu tidak berulang. Tekanan jangka panjang adalah luar kawalan dan ini dinamakan tekanan kronik, contohnya
·         Ketidakharmonian perkahwinan dalam  jangka masa panjang.
·         Dakwaan yeng membsbitksn konflik yang menyakitkan.
·         Usaha keras untuk memastikan kejayaan atau kecermerlangan waktu kesukaran atau kesusahan.
·         Berkerja di bawah ketua yang tidak menyenangkan atau menjadi ketua dengan orang bawahan yang tidak cekap.
·         Konflik kesetiaan yang sukan dan berterusan
·         Ada kawan baik atau rakan sekerja yang menjadi musuh dalam selimut , gunting dalam lipatan.atau talam dua muka.
·         Tidak mempunyuai prospek dalam organisasi atau jabatan, bahagian
·         Kematian atau kesakitan berterusan
Keaadan ini mangsa tidak akan merasa sedar ia berada dibawah tekanan. Jika berlaku musibah atau penyakit serangan jantung baru ia mersai sesstu tekanan telah dilalui dan akan melihat sesutu itu secara lebih mendalami. Adaklah penting juga bagi kita memahami tekanan tidak berlaku dalam kejadian yang besar sepeti yang saya yantakan di atas. Ia juga beraku dalam kehidupan seharian seperti memendu dalam kesesakan lalu lintas, menghadapi saingan hebat dalam perkerjaan dan kenaikan pangkat atau menunggu sesorang sepanjang hari.

BAGIMANA MENGENALI TEKANAN ANDA.

Untuk mengenali tabda-tanda dan gejala tekanan pada diri kita atau orang lain adalah poenting bagi kita memahami apakan kesan terhadap anggota badan, minda dan perlakuan Apabila kita mendapat tanda-tanda tekanan samada yang nyata atau imagninasi dikenali sebagai respons, mula beroperasi. Situasi ini akan mengjasilkan tindakbalas yang dikenali stressors. Bagimana cara tekanan respon dan stressors beroperasi
·         Sebaik otak menerima tanda tekanan, pengasilan hormon adrinalin dan hormon tekanan akan meningkat.
·         Hati akan mengeluarkan gula dan lemak dan mengalir dalam aliran darah dan mengasilkan tenaga dengan segera.
·         Respirasi akan menjadi cepat, membekalkan lebih banyak oksigen dan menjadi tidak menentu jika otot dada kita tegang
·         Sel darah merah banyak dalam aliran darah membawa banyak oksigen kepada otot dan otak.
·         Denyutan jantung bertambah cepat dan tekanan darah meningkat untuk memastikan darah sampai tempat yabg diperlukan. Dentyutan nadi dan jantung akan kencang.
·         Makanisma pembangkuan darah akn diaktifkan apabila terdapat luka.
·         Otot- otot menjadi tegang ketikan persediaan unuk bertindak Contoh otot kaki tengang bila otot kaki sedia bertindak berlari.
·         Pencernaan terhenti,darah akan terbahagi kepada otot dan otak.
·         Peluh bertambah dalam menghasilkan haba mungkin hasil untuk bertindak balas kepada sesuatu situasi.
·         Mulut merasa kering
·         Usus dan tiup otot mungkin mengjadi longgar kemungkinan untuk kencing.
·         Anak mata ter5beliak untuk memboleh lagi cahaya masauk atau melihat dalam gelap.
·         Deria memuncak memboleh tindak balas dengan cepat.
Apabila tanda tekanan dapat diredakan, diatasi atau diadaptasikan gangguan, badan akan berada ke makanisma normal. Jika stressor berterusan , stressor laina akan wujud dan mungkin boleh mengimbangan stesossr yang sedia ada.
Kesan stressor ini segi biologi, menyebabkan tekanan darah tinggi akan kekal tinggi.otot terus tegang, kesihatan buat sementara waktu akan terganggu. Hasilnya mungkin tidak selesa, sesak nafas, sukar bernafas, terketar-ketar, berdebar-debar,tekanan sakit kepala, sakit otot, keletihan, tidak hadam, cerek berit.kerap kencing, terasa hendak pitam dan sebagainya.

KESAN PSIKOLOGI AKIBAT TEKANAN.

Kebolehan minda untuk meninterpertasi situasi akan melahirkan pelbagai reaksi tindak balas terhadap. Pengalaman psikologi terhadap situasi berbeza kepada tekanan jangka panjang, contoh seperti berikut:-
  • Tidak dapat memberi tumpuan
  • Kesukaran membuat keputusan yang mudah
  • Hilang kenyakinan diri.
  • Cepat dan kerap kali marah.
  • Kebimbangan dan kcemasan.
  • Ketakutan yang tidak resional atau sangait panik.
  • Perasaan sangat kecewa.

KESAN TINGKAHLAKU TERHADAP TEKANAN

Setiap orang mempunyai indiosintrasi tindakbalas berbeza akibat tanda-tanda tekanan diatas, seperti:-
  • Banyak merokok
  • Banyak mengambil ubatan.
  • Hilang ingatan
  • Mudah mendapat kemalangan.
  • Keterlaluan mengetap gigi dan tangan
  • Tabiat menarik rambut, menggigit kuku atau menghentak kaki.
  • Selera makan bertambah atau berkurangan.
  • Kurang atau bertambah keinginan untuk tidur
  • Keegrasifan
Banyak reakreasi terhadap tekanan menjadi terlazim atau tetap terhadap pengalaman yang tidak menyenangkan, rasa sakit kepala, sakit perut, pening atau menyisih diri.pening, mengigil. Rekreasi ini hadir dalam tekanan minat yang tetap.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP TEKANAN
FAKTOR TINGKAH LAKU INDIVIDU

Mengikut kajian terdapat 2 jenis kumpulan manusia yang mempengaruhi tingkahlaku dan rekaan.
Tingkahlaku A
  • Mempunyai rasa berlebihan terhadap sesuatu perkara mustahak.
  • Terlalu asyik membuat kerja.
  • Terlalu suka bertanding.
  • Berusaha sedaya upaya mencapai sesuatu perkara dalam masa singkat.
  • Menentang sebarang halangan atau apa-apa saja atau orang
  • Tidak pernah putus asa, bergelut habis-habisan untuk menjaya menghadapi cabaran.
  • Cuba untuk berfikir, menunjukkan prestasi dan berkomunikasi semuanya pada satu masa.
  • Pergerakan terlalu pantas dan menonjol
  • Bercakap besar, meninggikan suara dan berbincang dengan air muka yang risau.
  • Tangan dan kaki mengetap berlebihan.
  • Mudah dipengaruhi mana-mana keadaan bila kecekapan dan kepintarannya teracam.
  • Tidak boleh bertolak ansur terhadap penanguhan  dan sukar untuk tenang.
  • Berkerja dengan kapasiti maksima walaupun perkara tidak mustahak.
  • Suka meneruskan pekerjaan walaupun kelesuan

Kesan individu jenis ini ialah, resiko mendapat penyakit jantung dua kali ganda dengan individu jenis B. Tingkahlaku A tidak diwarisi melalui keturunan tetapi ia mudah terdedah akan mendapat kesan penyakit jantung melalui tingklaku dan amalan dalam kehidupan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP TEKANAN.

TEKANAN TEMPAT KERJA

Beban kerja, tekanan dan desakan kerja menjadi lumrah masyarakat dewasa ini.Banyak orang berkerja keras untuk kehidupan yang selesa. Penilgkatan resiko penyakit jantung jika anda tidak mengawal pekerjaan anda seoerti berikut:-
  1. Beban kerja
  2. Bertambah tanggungjwab kerja
  3. Memegang lebih daripada satu jawatan.
  4. Masalah dengan persaingan.
  5. Permintaan kerja menggunakan tenaga fizikal.
  6. Tekanan kerja dengan ganjaran.
  7. Hilang prestaj tempat kerja
  8. Jadual kerja

MENGATASI TEKANAN

Apabila banyak tekanan dan tekanan yang berpanjangan bagi orang yang sensitif boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.Tindakabalas tekanan setiap orang berbeza tapi mekanisma asanya tidak berubah.Untuk mengurang tekanan dalam hidup kita kita perlu membuang tekanan tersebut atau mengubah tindakbalas lazim. Mengubah tekanan memerlukan kebolehan anda sendiri mengubahnya atau mempelajari teknik membuang tekanan.Ada orang memerlukan teknik berehat atau mereda tekanan atau  mungkin memerlukan nasihat profesional bagi mengatasinya.


Anda misti memahami tekanan dan sedar begaimana tekanan tersebut terhadap kesihatan anda. Tekanan ada kaitan dengan kesihatan. Contohnya semasa kita memandu, tiba-tiba kereta memotong dengan lajunya, apakah tindakan anda, tentu maraha, apakah yang anda akan katakan, bodoh. Bagaimana perasaan anda selepas itu.Tegang dan berdebar dan marah. Untuk mengatasinya anda panadai menilai  memastikan tindakbalas tekanan dari peristiwa itu secara tidak menjejaskan kesihatan anda. Anda perlu mengedalikan perasaan marah .Kemarahan, permusuhan atau terlalu agresif menrupakan faktor yang penting kearah penyakit darah tinggi dan penyakit jantung. Kita perlu mengubah personaliti kita dari personaliti yanng memberi resiko penyakit jantung supaya kita lebih tenang, releks dan lebih fleksible