Saturday, 6 April 2013

Huraian Ringkas Strategi Pengajaran dan Pembelajaran



HURAIAN RINGKAS STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PANDUAN UNTUK PENSYARAH DAN PELAJAR

MOHD.YAZID BIN DERAMAN
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan.
IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.

Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran disampaikan. terdapat pelbagai kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah yang dipilih atau digunakan mistilah disesuaikan dengan strategi dan teknik pengajaran.

1.    KULIAH / SYARAHAN

Menerang, memberi interpetasi dan menghurai idea-idea dan konsep-konsep supaya pelajar dapat memahami prinsip-prinsip- Coleman.

Dijalankan dalam situasi di mana bilangan pelajarnya amat besar. Digunakan meluas dalam kuliah teori dan praktikal.Penyampaian biasa secara lisan, iaitu lebih guru bercakap dan pelajar mendengar dan membuat catatan. Mungkin juga beberapa media pengajaran di gunakan. lebih berkesan jika i9a digabungkan dengan teknik yang lain.

Langkah kuliah/syarahan yang akan dijalankan seperti adanya pengenalan, persembahan dan penutup.Untuk pengenalan, menerang dengan jelas skop pangajaran, memberitahu palajar apa yang dikehendaki daripada pelajar, cuba membangkitkan minat, sentiasa ceria, semyum, menghadap kelas dan berkomunikasi dengan baik dan berkesan dengan pelajar. Untuk persembahan pula guru mistiolah bercapakap kuat ,jelas dan mesra, jelaskan jika ada arahan, huraikan istilah yang digunakan, berkomunikasi dengan semua pelajar, gunakan pelbagai teknik seperti menyoal,pengunaan papan tulis,domotrasi, ulangi  butiran yang penting dan mengetahui isikandungan dengan yakin. Jika penutup dengan kaedah kuliah misti guru misti mengulangi isi utama, menggalakkan perbincangan dan membuat peneguhan isi yang lemah.

2.    PERBINCANGAN

Perbualan sesama pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan guru.Melibatkan dua hala antara guru dan murid.Merupakan kaedah yang dinamik dan meransang perhubungan dalam bilik darjah dan melibatkan pelajar aktif dalam pembalajaran Pelajar diberi peranan aktif untuk menyatakan pendapat mengenai sesuatu tajuk atau isu. Guru menandakan serta mengarahkan pandangan ke seuatu prinsip atau mendapat menyeluruh. Pelajar belajar dan mempraktikan amalan baik dan berbincang antara satu sama lain. Mereka berkongsi maklumat serta memberi dan menerima pendapat dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan.

Kaedah perbincangan pelajar dilatih berfikiran kritis dan kreatif. Sesi perbincangan mengalakkan pelajar menilai logik, dengan pandangan sendiri. perbincangan akan memberi maklum balas serta merta kepada guru terhadap konsep dalam pendidikan jasmani dan dapat menguraikan kefahaman murid sesuatu  masalah.

Tiga kemahiran yang perlu dikuasai guru iaitu kemahiran menyoal, kemahiran mengurus aliran maklumat dan jawapan dan memahami reaksi terhadap soalan pelajar. Perbincagan boleh dijadikan alat dalam mengukur dan menilai kemahiran dan sikap pelajar. Kaedah ini mengalakkan pembalajaran secara koperatif dan kolaboratif. kaedah ini seseuai untuk kumpulan yang kecil, sederhana dan untuk individu.

3.    TUNJUKCARA

Kaedah utama digunkan semasa pengajaran pendidikan jasmani. Melibatkan demotrasi lisan dan penglihatan. Kaedah pebgajaran memberi peluang kepada murid untuk melihat secara langsung tugasan yang diberikan. Sebelum demotrasi sesuatu kemahiran atau isi pelajaran, susun pelajar supaya mereka boleh melihat atau mendengar dengan jelas.Perkenalkan tajuk atau aktiviti terlebih dahulu dengan kaedah kuliah. Lakukan demotrasi mengikut kadar pergerakan yang sebenar, ikut cara dan prosidur piawai yang sebenar. Semasa membuat demotrasi membuat perlakuan dan butiran kemahiran serta menerangkan sepenuhnya pergarakan yangn tidak dapat dikuasai. Menujukkan setiap lagkah untuk membuat, memasang, menangal, mengguna sesuatu.Kaitkan pengalaman baru dengan kemahiran yang telah dipelajari  atau dikuasai. Ulangkan perlakuan dengan kadar perlahan jika murid bermasalah menguasainya, berikan butiran penting dan galakkkan pelajar berbincang dan mencuba serta bentukkan pengukuhan kepada pelajar. Kumpulan tidak terlalu besar. Penggunaan kemahiran diutamakan.Jika perlu guru membuat dahulu pelajar perlu diberi peluang mencuba.

4.    DISKUSI PENAL

Kumpulan tiga atau empat orang  penal  membincangkan sesuatu topik secara formal dihadapan kelas. Selepas itu ahli penal akan menjawab soalan bagi menjelaskan atau menghuraikan idea-idea tambahan dikemukan oleh kelas.

5.    SIMULASI ATAU MAIN PERANAN.

Sesorang ahli kumpulan diberi satu peranan atau beliau dikehendaki berfikir, membentang dan mempertahankan pendapat serta menentukan satu kesimpulan yang sesuai dengan nilai yang patut dimiliki oleh watak yang diwakilinya. Tiada skrip disediakan, hanya episod atau situasi ditetapkan dan dibentangkan kepada semua ahli dalam kumpulan itu.  Secara ini ahli berkenaan terpaksa mempertahankan sesuatu nilai dan sikap yang mungkin tidak secocok atau tidak sesuai dengan program asalnya. Kaedah ini amat sesuai untuk membina nilai dan mengubah sikap.

6.    BRAINSTORMING

Satu teknik perbincangan yang membolehkan sesuatu kumpulan berfikir secara kreatif bersama dan menghasilkan idea-idea yang banyak. Otak diperah untuk difikir tampa batasan. Semua idea yang dihasilkan dicatat dan hanya dipertimbangkan dan diperkembangan dan diperkemaskan

7.    KAEDAH TUMPUAN ATAU PENYELIDIKAN (DISCOVERY/INGQUIRY APPROACH)

Sejenis pendekatan penyelesaian masalah yang disusun khas supaya sesuatu yang dikemukakan kepada pelajar menjadi cabaran bagi mereka menyelidik dan meneliti secara mendalam.Penekanan kepada pemikiran yang kriatis dan kreatif untuk mengumpul maklumat dan membuat kesimpulan atau menyelesaikan masalah. Bermula set pemerhatian,tentukan cara  merekod pemerhatian data yang diperhatikan dan ditaksir sebagai maklumat

8.    KAEDAH PROJEK

Pembelajaran melalui pengendalian sesuatu projek mengenai sesuatu topik. Aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan yang banyak dilakukan diluar bilik darjah. Projek memerlukan tempoh masa tertentu untuk disiapkan. Guru perlu mengenal pasti terlebih dahulu objektif yang perlu dicapai dalam kelas dan fikirkan cara yang sesuai dan boleh digunakan dengan berkesan.Pelajar perlu mencari bahan yang sesuai dan merancang langkah yang perlu menjayakan projek. Kaedah projek yang berkonsepkan belajar sambil mempraktikkan (learning by doing) boleh mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran.

9.    KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI

Pembelajaran ini boleh menagani masalah pelajar yang mempunyai pelbagai peringkat kebolehan.Pendekanatan pengajaran ini bertujuan memastikan pelajaran menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Setiap pelajar boleh belajar mengikut kebolehan mereka. Prinsip penting kaedah ini setiap murid berpotensi diajar oleh guru, pembelajaran dipecahkan kepada unit kecil bagi memudahkan pelajaran dikuasai.

Pelajar perlu diberi masa yang mencukupi untuk menguasai hasil pembelajaran dan arahan guru misti jelas dan tepat. Guru misti menyediakan aktiviti bermakna, berkesan dan menerik. Bahan pengajaran misti sesuai, penilaian berasaskan ujian rujukan kriteria. Murid diberi latihan dan melihat maklumbalas. Melaksanakan ujian formatif untuk mengukur objektif sesuatu unit pelajaran yang boleh dikuasai.  Murid misti menguasai 80% aras mesteri yang ditetapkan sebalum berpindah ke unit pembelajaran lain. Aktiviti perkayaan untuk pelajar cemerlang dan menyediakan aktiviti pemulihan pelajar yang tidak menunjukkan pengusaan.

9    KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF

Kaedah ini digunakan di dalam bilik darjah yang mempunyai pelajar dari kumpulan yang mempunyai keupayaan yang berlainan. Pelajar akan berkerja dengan kumpulan kecil, kerah pencapian objektif dan matlamat pembelajaran yang sama. pembelajaran disusun supaya murid dapat berintraksi dan belajar antara satu sama lain. Guru menyediakan aktiviti pembelajaran dan bertindak sebagai fasilitator. Kaedah ini boleh membina kemahiran berkomunikasi secara lisan, kemahiran sosial dan berfikiran kritis. Pembelajaran koperatif mengalakkan pelajar berdikari, bebas memberi dan mendengar pendapat. Nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bertolenransi dan berkerjasama dam pembalajaran.

    10.   PEMBELAJARAN TERARAH (DIRECTED STUDY)
           
Pembelajaran semua sesuatu topik melalui bacaan dari buku-buku tertentu atau membuat modul pembelajaran sendiri.dibawah arahan, bimbingan dan penyeliaan guru.

    11.   PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)

Dua orang atau lebih guru mengajar satu topik yang sama secara integrasi dalam satu tempoh yang sama. Mereka bertugas sebagai satu pasukan dan mungkin mengajar satu-satu topik itu mengikuti perspektif yang berlainan.

    12.   PENGAJARAN TERANCANG (PROGRAMMED INSTRUCTION)

Pengajaran di susun mengikut urutan yang rapi dan pelajar belajar secara sendiri mengikut tempoh sendiri. Yang diutamakan penyampaian maklumat atau pengetahuan sadikit demi sadikit dan diuji kefahaman pelajar sebekum berpindah kepada maklumat baru. Pelajaran disedikan dalam bentuk program dan ada jenis liner dan ada jenis branching.

Program liner pelajar akan maju dari petak ke petak dan akhirnya dapat menyelesaikan sesuatu program. Program branching menangandungi langkah pembelajaran tambahan. Jika pelajar membuat kesilapan,ia diarah untuk menambah kemahiran yang lebih mudah sebelum meneruskan program itu.


Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh pelajar dalam pengajaran pendidikan jasmani. Guru perlu memahami dan menguasai kaedah ini dan membuat penyelidikan tindakan pengunaan kaedah ini sesuai atau berkesan dan proses pengajaran dan pembelajaran.

BIL
KAEDAH
BIL
KAEDAH
1
Analisisi /kecerakinan (analyse)
55
Perbualan
2
Audia lingua, audia visual
56
Penyoalan
3
Aural dan oral
57
Projek
4
Bahas (Debate)
58
Projek pembelajaran konsep
5
Banci (Survay)
59
Penyelesaian masalah
6
Bercerita (telling)
60
Pelbagai media (multi purpose)
7
Bermain (play-way)
61
Pengunaan Bahan Terancang (self instructional learning programe)
8
Berpasukan (Team teaching)
62
Pengunaan bahan maujud
9
Bertulis
63
Pengunaan baan gantian
10
Campuran/panduan
64
Perangkaan
11
Cergas (active)
65
Pemetaan
12
Ceramah
66
Percubaan
13
Congak
67
Pemerhatian
14
Dalton (rancangan)
68
Peralatan pandang dengar (audio visaul aids)
15
Dapatan/jumpaan/penemuan (Discovery)
69
Penyelidikan
16
Dwi bahasa
70
Peta berlapis
17
Drama/ lakonan
71
Pemikiran
18
Eklektik
72
Pendengaran
19
Fonik (Phonic)
73
Praktik
20
Fonatik (reform)
74
Rujukan.
21
Gabungjalin
75
Rencana
22
Heuristik
76
Syarahan
23
Jumpaan (enguiry)
77
Semujadi
24
Jumpaan terpimpin
78
Sintaktik
25
Kajian
79
Situasi
26
Kawalan bahasa
80
Scratis/soaljawab
27
Kerja rumah
81
Mengguna surat khabar/ADD
28
Kesatuan/unit
82
Struktur
29
Komputer/ICT
83
Terus/langsung (inderect)
30
Kumpulan
84
Tidak terus/tidak lansung
31
Laporan (eye-witness report)
85
Tiori/praktik
32
Latih tubi (Drill)
86
tutor
33
Lukisan
87
tunjukcara (demotration)
34
Lisan
88
Tayangan filem
35
Lihat dan sebut (Look and say)
89
Tayangan filen jalur/slaid
36
Liner programmer/Branching programe
90
Tayangan vedio
37
Lawatan/ekologi
91
Ujikaji/ selidik
38
Lawatan sambil belajar
90
Ujian secara lisan
39
membaca & soalan.
91
Ujian secara bertulis
40
Menggunakan majalah
92
pengunaan TV.radio, pita video
41
Menyiasat/ memerhati
93
T Group
42
Membuat model
94
Diskusi panel
43
menghafal
95
Pertukaran maklumat.
44
Mengajuk / mengingat
96
Persembanhan peserta
45
Montessori
97
kerja selidik
46
menggunakan gambar
98
Simulasi
47
Minat
99
Action research
48
Mujarat
100
renungan.
49
Terjemah


50
Nyayian


51
Penerangan


52
Pameran


53
Pertandingan


54
Perbincangan



Guru perlu inovatif dalam mencipta pelbagai pendekatan yang berpusat kepada murid agar dapat merangsang pelajar berfikir, bertindak dengan kreatif dan mampu menggunakan intelek meraka secara bijaksana. Perubahan kemajuan masa kini memelukan guru sanggup berkerja keras dan berinisiatif, berfikir, dan mencuba pelbagai pendekatan dan teknik pengajaran secara inovatif dan kreatif demi untuk mengembangka kemahiran intelek, rohani dan jasmani mereka selaras dengan hasrat Falsafah Pendididkan Kebangsaan. Murid-murid sekarang tidak boleh dididik secara tradisional

Mohd.Yazid Deraman
IPG.KKB


BICARA HATI - ZIKIR ASMAUL HUSNA



Bicara Hati- Zikir Asmaul Husna
MOHD.YAZID BIN DERAMAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS KOTA BHARU.
mydyazid@gmail.com
Ya Allah... kau pancarkan cahaya pertunjukMu Ya Nur, Ya Hadi agar daku sentiasa di dalam kebenaran.
Ya Allah, alirkan cahaya CintaMu, Ya Allah Wujud kedalam hatiku, Ya Allah agar Daku hanya mencintaiMu melebihi cintaku
Pada sekelian makhlukMu.. Ya Allah alirkan sifat kasih sayangMu...
Ya Rahman,Ya Rahim ke dalam diriku agar daku
Mampu mengasihi antara satu sama lain
Mengikut syariatMu... Terima kasih
Ya Allah Ya syukur di atas segala nikmat kurniaanMu yang tiada terhitung
Ya Allah........
PENGGUNAAN ZIKIR ASMAHUSNA DALAM MENGADAPI PELBAGAI MASALAH PENYAKIT DAN MASALAH SEMASA
Menerima dan redha dengan ujian kesakitan
Ya Qodir
Ya Muqtadir
Ya Allah, sesungguhnya  sakit ini datang dariMu sebagai tanda kasihnya Engkau padaku dan daku redha atas ujian ini
Memohon kesabaran
Ya Sobur
Ya Allah, kurniakan kesabaranMu padaku agar daku menjadi hambaMu yang sabar dalam menanggung kesakitan.
Memohon penyembuhan
Ya Salam
Ya Fatah
Ya Allah, sesungguh ubat bagi penyakit ini ada padaMu dan daku merayu agar disembuhkan dan dibukan jalan penyembuhan.
Memohon dipercepatkan penyembuhan
Ya Awwal
Ya Akhir
Ya Allah sesungguh daku sudah tidak berdaya lagi untuk menahan kesakitan ini, daku bermohon agar dipercepatkan penyembuhan dan diakhirkan kesakitan ini.
Proses kekuatan jiwa untuk menanggung kesakitan.
Ya Aziz
Ya Qowiy
Ya Matin
Ya Allah, kurniakan keperkasaan kekuatan dan keteguhanMu di dalam jiwaku yang lemah ini agar daku dapat melalui ujian ini dengan penuh kesabaran dan ketenangan.
Pancaran cahaya petunjuk
Ya Nuur
Ya Haadi
Ya Allah, kurniakanlah daku ini akan cahaya petunjukMu agar daku bertindak mengikut aturanMu.



Proses Penyucian Jiwa
Ya Affuw
Ya Ghaffar
Ya Tawwab
Ya Quddus
Ya Jalil
Ya Allah, maafkanku, ampunkanku, terimalah taubatku, bersihkan dan jernihkan hatiku dari penyakit hati, dosa dan berhala dunia
Proses Pancaran cahaya
Ya Nuur
Ya Hadi
Ya Allah pancarkan cahaya petunjukMu ke dalam hatiku.
Proses membuka hijab.
Ya Fatah
Ya Allah bukakan hijab antaraku dan engkau.
Proses melembut hati.
Ya Latif
Ya Allah lembutkan hatiku yang keras agar bgementar hatiku ketika menyebut namaMu.
Proses pagari jiwa
Ya Hafiz
Ya Muhaimin
Ya Allah Lindungi, pelihara dan pagari hatiku dalam bisikan nafsu dan syaitan.
Proses penyerahan jiwa
Ya Baari.
Ya Allah, daku menyerah seluruh jiwa raga untuk agendaMU dan jadikan daku abdiMu sejati.
Proses kebijaksanaan
Ya ‘Alim,
Ya Hakim
Ya Rashid
Ya Allah, kurniakan Ilmu makrifat agar daku dapat mengenaliMu.
Proses kecermerlangan
99 Asmaul Husna
Memanggil nama Allah mengikut situasi dan keperluan sambil berbicara dengan Allah.



Proses mengenalpasti penyakit (Diagnosis penyakit) yang kita hadapi.
Ya Zohir
Ya Haadi
Ya Nurr
Ya Fatah
Ya Allah zakir kepadaku punca penyakit ini, pancarkan cahayaMu kepada penyakit ini dan berikan petunjuk kepada penyembuhan penyakit ini dan bukalah jalan penyembuhan serta kurniakan kami kebijaksanaanMu dalam penyembuhan penyakit ini.
Mengadapi penyakit akibat jangkitan kuman
Ya Mujmit
(Yan Maha Mematikan)
Ya Allah, Ya Mumit,
matikan kuman yang menjakiku ini, Sesungguhnya Engkaulah yang Muhyi, Ya Maha menghidupkan dan engkau jua Yang Mumit yang maha mematikan mampu mematikan seluruh kuman-kuman
Ketika tiada sesiapa datang menziarahi pesakit dan peaskit terbiar dan terabai.
Ya Basir
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Allah, Ya Basir,
 walaupun tiada siapa menziarahiku,Engkau sentiada datang melihatku stiap saat, bukan hanya melihat, tetapi Ya Engkau Ya Salam juga menyembuhkanku. Hanya engkau yang sebenar-benar mengasehani dan menyanyangiku selama ini bukanlah manusia.



Mengatasi masalah hutang
Ya Fatah
Ya basith
Ya Wasi’
Ya Razaq
Ya Ghoniy
Ya Mughni
Ya Awwal
Ya Mujib

Ya Allah, Ya Fatah,
bukanlah jalan keluar daripada masalah kewanganku, sesugguhnya Engkau Ya Qobidh yang menyempitkanku kerana kasihanMu kepadaku.
Ya Allah, Ya Basith, Ya Wasi’
lapangkan dan luaskan hidupku.
Ya Allah, Ya Razaq, Ya Ghony, Ya Munghni
 kuniakan sEdikit rezeki dan kekayaanMu agar dapat aku memperbaiki masalah kewangan yang kritikal ini, sesungghnya Engkau Maha Memberi kekayaan.
Ya Allah. Ya Awwal,
 mohon mempercepatkan, sesungguhnya daku sudah tidak mampu menanggung ujian ini, sesungguh Engkau Yang Maha Mempercepatkan  lagi Maha Menunaikan hajat Ya mujib.
Memperbaiki hubungan keluarga
Isteri
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Wadud
Anak
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Jami’

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Waddud, alirkan secebis kasih dan cintaMu  kepada kami suami isteri agar kami dapat melaksanakan amanahMu. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Jami’ satu hati-hati dan anak-anak kami dan anak-anak dengan kasih sayangMu agar dapat kami sayang menyanyang, tolong, menolong, pimpin memimpin dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Yang mengadapi penyakit disebabkan tekanan kerja.
Ya Salam
Ya Basith
Ya Baari’
Ya Allah, Ya Salam, Ya Basith,
kurniakan ketenangan serta kelapangan didalam janjiku, emosiku dan fikiranku, sesungguhnya daku tidak mampu menanggung kerja yang terlalu banyak dan terbeban ini. Bantulah daku menyusun dan mengatur serta menyiapkan kerja-kerja ku.

Menerang hati dan kecergasan fikiran untuk anak-anak.
Ya ‘Alim
Ya Hakim
Ya Rashid
Ya Nuur
Ya Allah, Ya  Alim, Ya Hakim, Ya Rashid alirkan ilmu, kebijaksanaan dan kecermerlangan kepada anak-anakku ini dengan pancaran cahayaMu ke dalam jiwa dan fikirannya agar mereka mampu memahami dan mengamalkan pelajaran mereka.
Anak-anak mendengar cakap dan berakhlak baik
Dengar cakap
Ya Qohar
Ya Latif
Ya Malik
Akhlak Baik
Ya Majid
Ya Hamid
Ya Latif
Ya Halim, Ya syakur
Ya Sobur
Ya Allah, Ya Qohhar, Ya latif, Ya Malik
Tunduklah anakku kepadaMu, lembutkan hatinya yang keras dan balikkan, hatinya untuk mendengar cakap.
Ya Allah, Ya Majid, Ya Hamid, Ya Latif, Ya Halim, Ya Syukur, Ya Sabor
Alirkan budi pekerti mulia, sifat terpuji, kelembutan, sifat menghormati, kesabaranMu kepada anakku agar mereka dapat berakhlak mulia. Mengatasi masalah pelupa dan lemah ingatan.




Kesemua Asma Husna di atas dibaca  sebanyak 40 kali setiap kali solat. Amal setiap hari selama satu bulan. Sekiranya tidak sempat booleh dibaca waktu lapang. Bagi masalah yang kronik elok dibuat selepas solat hajat, solat dhuha, solat tahjud dengan dibaca sebanyak 40 kali dan doa dalam hati. Doa dan bicara hati ini boleh diubahsuai mengikut tujuan dan masalah, gunakan basa yang mudah. Untuk menjaga adap sebaiknya dimulai dengan Allahhumma/Allahhu Rabbi.

MOHD.YAZID DERAMAN
IPG.KKB. 7APRIL 2013.