Tuesday, 3 January 2012

HALATUJU KEPIMPINAN KETUA JABATAN PJK 2012

HALATUJU KEPIMPINAN KETUA JABATAN PJK TAHUN 2012 IPG KKKB.
Mohd.Yazid Bin Deraman
Ketua Jabatan

Secara teorinya, ahli dijabatan berhak segala yang ada padanya, bebas memilih kepimpinan dan membuat keputusan sendiri, tetapi organisasi meletakkan dan menyalur hak kepimpinan untuk meneraju organisasi tersebut dengan penuh kepercayaan dan kebijaksanaanya kepada Ketua Jabatan. Berkerja bersama saya untuk misi,visi dan jabatan dan IPG. Kepimpinan organisasi dan kehendak ahli mesti selaras dan tuntutan dan halatuju organisasi tersebut. Kepimpinan yang berjiwa besar  berwawasan dan berpandangan jauh demi masa depan organisasi dan pelanggangnya. Halangan kecil dalam kepimpinan merupakan jalan-jalan penyelesaian  untuk mendapat dan memberi kepuasan serta meningkatkan momentum prestasi dan kecermerlangan ahli, ia bukan  untuk meruntuh reputasi dan moral organisasi. Untuk berdaya maju dan berdaya saing  kepimpinan jabatan dan IPG KKB dan  pihak tertentu harus memadang secara pragmatik sesuatu isu, menangani secara professional dan bijaksana, ibarat menarik rambut dalam tepung. Oleh itu Ketua jabatan PJ mengambil pendekatan TIADA YANG KALAH, TIADA YANG GAGAL, dalam strategi penambahbaikan kepimpinan dan pengurusan di jabatan. A winner sees answer for every problem, but a loser sees a problem for every answer, Moto, ONE VISION,ONE FUTURE,WORK TOGETHER,YEAR 2011 akan jadi amalan lagi dalam pentadbiran dijabatan PJK tahun 2012.

1.    Asasnya, misti mematuhi dan melaksanakan kepimpinan berteraskan kepada Misi, visi, strategik dan hala tuju piagam pelanggang IPG tahun 2011-2115. Ketua Jabatan dan pensyarah  misti menetapkan matlamat tersebut dan dicapai melalui kepimpinan yang secara realistik. Arahan organissi dan kepimpinan pengurusan atasan  misti dipatuhi sebagai penjawat awam.
  1. Kepimpinan yang mesra pelanggang, berfokus kepada menyelesai masalah bersama bukan dalam bentuk arahan dan  rutin kerja yang berterusan. Banyakkan amalan kepimpinan dalam pengurusan.
  2. Penghargaan yang tinggi kepada kepada ahli berdasarkan  komitmen dan hasil kerja pensyarah dijabatan
  3. Prestasi yang tinggi diberikan kepada pensyarah setimpal dan sesuai dengan hasil dan beban kerja pensyarah dijabatan. Kecermerlangan jabatan indikakor kecermerlangan pensyarah dan pelajar.
  4. Tekanan dan bebanan kerja tidak selaras dengan kuantiti , sumber tenaga, kemudahan  yang sedia ada. Kepimpinan di jabatan dan institut harus melihat keutamaan dalam membuat penilaian segi tanggungan dan kebajikan di jabatan.
  5. Mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain dan  dan mengurang sifat terlalu sensitif pada kesilapan yang dilakukan ,bersedia mengurangkan birokrasi pengurusaan dijabatan.
  6. Menjaga perhubungan luar terutama bila pengunaan kemudahan sukan samaada perseorangan atau agensi supaya lebih professional sebagai IPG.
  7.  Wujudkan satu sistem maklumat terkini dan telus kepada pensyarah terutama penyertaan dalam kursus,aktriviti, info terkini  dalam dan luar agensi.
  8. Mengubah gaya kepimpinan di jabatan, jangan terlalu kepada orentasi tugas dan arahan,tapi lebih membantu dan membimbing.
  9. Memastikan penyelarasan secara sistematik kelas bercantum dan, memastikan dibuat  perincian perancangan  untuk keadilan dalam pengajaran, dan penilaian.
  10. Berkerjasama, saling membantu dan menyelesaikan masalah secara bersama bukan arahan satu hala dengan tampa bimbingan.
  11. Kepimpinan lebih mesra pelangggang, lebih berkeloborasi, penuh penghargaan dan bimbingan, serta lebih berdiplomasi.
14  Amalan pengurusan konflik yang berkesan dalam melahirkan keputusan yang berkualiti. Keupayaan kepimpinan di jabatan mengembang daya imeginasi, kreativiti, pengalaman dan daya fikir yang resional, sentiasa mencari alternatif terbaik dalam cara penyelesian masalah.

15  Berusaha meningkat moral yang tinggi kepada jabatan , pensyarah serta pelajar major PJ.Menjana moral yang tinggi akan memberi keselesaan emosi,kepuasan hati ahli untuk menjadi pensyarah yang produktif serta jabatan disegani sebagai jabatan kluster dengan intiti tersendiri.
16  Bersikap tegas tetapi fleksible. Tegas pada peraturan dan arahan rutin pada masa yang sama lebih terbuka kepada  penerimaan dan masalah pensyarah dijabatan.
17  Beri perhatian kepada pensyarah di jabatan, peka  kepada keperluan pensyarah,lebih bertolak ansur dalam tugasan,  fokus hasil kerja yang berkualiti.dan peningkatan produktiviti
18  Kepimpinan KJ cuba elakkan unsur-unsur pemusnah motivasi.tugas Ketua Jabatan dan pensyarah bukan untuk kepulariti kepimpinan, tapi memberi motivasi serta membawa pensyarah bagi mencapai sasaran kerja di jabatan dan organisasi.
19  Elakkan kepada pemusnah kepuasan kerja (dissatisfiers) di jabatan PJ. Jika ada faktor negatif terhadap usaha-usaha yang positif, maka jadikan ia satu ransangan dan motivasi diri dan motivasi untuk organisasi.Berikan walaupun pada pekara-perkara yang kecil, konsepnya sedikit lebih baik dari berlebihan.
20  Jangan biarkan ahli jabatan mempunyai tanggapan bahawa Ketua Jabatan PJ mementingkan kemahuan sendiri. Penugasan ahli dan kerja dibuat tidak secara paksaan dengan menukar kepada amalan pengurusan masa yang fleksible , dengan tidak  menjejaskan kepentingan jabatan dan organisasi.
21  Jangan amalkan pilih kasih, utamakan keadilan dalam pengurusan dan agihan tugas serta penilian kerja. Amalan  menikmati kehidupan bersama, selaras dengan moto jabatan demi untuk kepuasan dan kebaikan bersama.
22  Jangan lupa bantu ahli jabatan dengan pelbagai kaedah dan cara. Kepakaran KJ hendaklah dijadikan model atau panduan dalam penyelesaian masalah dijabatan. Gunakan kepakaran, kemudahan, peluang-peluang dan ruang yang sedia ada dengan sebaik dengan cara berkesan.
23  Jangan terlalu peka kepada persoalan-persoalan kecil. bijak dalam membuat kenyataan atau keputusan.Kesalahan kecil biasanya akan memberi masalah yang besar jika tidak berhati-hati. Kurangkan arahan terbuka .Amalkan kaedah penyelesaian yang lebih spesifik dan jelas lagi.
24  Sentiasa sedar tentang untuk mengelakkan perasaan prajudis Ketua Jabatan kepada ahli jabatan, pensyarah, pekerja dan orang luar. Hendaklah memahami fonomena sebagai satu masalah yang boleh diselesaikan secara berhemah. Elakkan perkara remeh kerana ia penyebab dan penganggu pencapaian dan krisis moral kakitangan.
25  Sedar dan faham standard Ketua jabatan. Mengubahsuai diri dalam keupayaan mencapai standard yang ditetapkan. Jangan terlalu ketat, rigit dan adakan luang masa untuk pelaksanaannya. Individu dalam pengurusan dinilai pada stadard yang ditetapkan oleh KJ. Simpan dan rekod data yang jelas memantau keberkesanan arahan dan hasil kerja.
26  Biarkan pensyarah tahu kedudukan dan pencapaian mereka. Penilaian dan pemantauan berterusan dengan kaedah bimbingan, mencegah lebih baik dari mengubat.Bersedia memperbaiki kelemahan.
27  Pensyarah misti diberitahu maklumat-maklumat terkini terutama perubahan yang memberi kesan kepada mereka. Elakkan dari kejutan budaya dan  budaya ikut arahan , jangan amalkan budaya tutup pintu.maklumat dan peluang perlu disebarkan luaskan. Wujudkan satu sistem penyampian maklumat yang berkesan di jabatan.
28  Bersedia belajar dengan orang lain. Jangan membuat andaian semua perkara tampa merujuk mereka tertentu.Terima hakikat kelemahan dan kekurangan dan halangan maklumat.Jadikan jati diri untuk diri sendiri.
29  Amalkan konsep delegasi. Jika ingin berjaya dan memudahkan pengurusan amalkan konsep ini untuk ringankan beban tugas dijabatan. Jika pensyarah ada kecekapan dan kepakaran, berikan peluang. Pastikan cara penugasan ini selaras dengan polisi dan matlamat organisasi.
30  Sentiasa tunjukkan kenyakinan dalam kepimpinan dan pengurusan. Tiada masalah tidak boleh diselesaikan, elakkan prajudis, memberi dan menyebar maklumat salah, pertahan maruah jabatan dan institut dari prasangka-prasangka negatif .
31  Petunjuk prestasi ialah kecermerlangan pelajar dalam akademik, kurikulum dan sahsiah perguruan..Kepakaran pensyarah merupakan asset penting bagi jabatan.
32  Pensyarah berjiwa pendidikan, merialisasa misi dan visi IPG. Cintakan profesion dan sentiasa mendapat kepuasan dalam pekerjaan. Matlamat IPG,KJ pensyarah dan jabatan misti selari dan terbina dijabatan.
33  Wujudkan budaya kerja cemerlang, Suasana profesionalaisme dalam pekerjaan.Berkerja melepasi sasaran kerja. Ambil dari yang terbaik.Tiada budaya TT,BB. Aiman tak kesah.
34  Banyakkan 5, SSSSS. Sapa, Senyum, Salam,Santun, Setia. Rakan kerja di Jabatan.



Kepimpinan jabatan berpendapat segala kemelut dan kirisis yang dilalui tidak mungkin akan lenyap dengan cara mengambil keburukan orang lain.Ia lebih bernilai jika kita bersama membantu menyelesaikan masalah, Ia lebih bermakna lagi jika dapat diselesaikan secara berhemah tampa memutuskan salitulrahim dan tampa menyentuh hati nuraini orang lain. Dalam proses membuat keputusan kita kenalpasti apakah masalah utama barulah kita berfikir jalan terbaik untun menyelesaikan tampa melibatkan banyak pihak. Keputusan yang tidak bijak dan tergesa dengan andaian yang tidak jelas, akan menjatuh maruah imej dan reputasi sendiri, sebagaimana maksud firman Allah “ Dan janganlah kamu menurut sesuatu yang tidak kamu ketahui, sesungguhnya, pandangan, pengkhianatan dan urani masing diminta pertanggungjawabkan (Al-Isra;36).
 Kepimpinan bukan satu tanggungjawab tetapi satu amanah yang memerlukan usaha kerjasama daripada ahli jabatan.Pemimpin mesti menjadi pendengar yang baik, menganalisis, merumus dan menerima sesuatu yang benar-benar bermanfaat. Semuga dunia yang kita duduki ini merupakan sebuah organisasi yang memberi kebahagiaan hidup yang berpanjangan melalui proses kepimpinan yang luhur, berkesan dan dinamik. Sememangnya mana-mana organisasi tidak dapat memenuhi kemahuan setiap individu. Sesuatu yang memuaskan hati individu mungkin menimbulkan ketidakpuasan orang lain. Tampa kefahaman yang menyeluruh daripada semua ahli jabatan sebagai angota IPG maka sistem pentadibiran sedia ada akan menjadi sumber tekanan atau konflik kepimpinan dan pengurusan disemua peringkat di IPG. Dalam menangani masalah IPG kita tidak boleh mengundur ke belakang dengan memusnah segala  aset kepimpinan yang ada tetapi perlu membina kekuatan dan jati diri dalam menghadapi cabaran ke arah halatuju IPG. Kita misti fokus dan jelas ,tahu bahawa keputusan diambil akan membawa pelbagai natijah, hanya orang bijaksana bukan saja mengenal sebiji batu dijalanan tetapi mengenal , membeza dan memilih, antara intan dan permata .Orang berkeyakinan tinggi dan bijaksana ia lebih berkuasa dalam membentuk nasib, bukan menjadi mangsa pada nasib. Ia lebih menyedari bahawa impian atau gagasan yang boleh melahirkan realiti kepada mereka yang bercita-cita tinggi. Orang bersemangat tidak akan kalah dan sentiasa berkenyakinan tinggi walaupun dalam keresahan. ia dapat membezakan antara kejayaan dan kegagalan, tahu bagaimana memupuk, membina dan mengekalkan keazaman dan membina wawasan yang diimpikan. Ibarat perbandingan, seseorang itu hanya melihat kereta yang kotor, sementara seorang lagi melihat peluang untuk membuka tempat baru mencuci kereta kotor tersebut. Jika kita melihat masalah  lebih daripada satu prespektif   tersebut, maka kita akan menjadi seorang yang cemerlang dan bijak dalam proses menyelesaikan masalah. Itulah harapan dan wawasan untuk mengadapi cabaran tahun 2012 .




Monday, 2 January 2012

Ciri-ciri Pensyarah Cemerlang di Jabatan PJK IPGKKB

                            Yang Berkesan Dalam Merealisasikan  Pendidikan Cemerlang
Mohd.Yazid Deraman.SMK.
(mydyazid@gmail.com)

                            "If  they aren't learning...then you aren't teaching."
                                                             ~ Anon

Pendahuluan

Antara persoalan yang sering timbul di minda kita, ialah mengapakah berlaku prestasi sebuah IPG itu lebih baik daripada sebuah IPG yang lain? Bagitu juga dibanding antara jabatan  di satu IPG atau antara jabatan dalam IPG yang sama. Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan yang wujud itu disebabkan 'nasib' semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan (Kaizen) kerana tidak wujudnya misi (mission), visi (vision), komitmen (committment) atau contoh ikutan (role model), sama ada dari aspek diri individu atau pihak pengurusan IPG yang boleh mencetuskan inspirasi dan halatuju (direction) yang jelas, betul dan tepat.

Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompok dan komuniti.

Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan kejayaan. Tiga unsur ini  berkait  rapat antara satu sama lain dan ianya digelar sebagai "Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap).

Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil diploma tahap kesarjaaan, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.

Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar.

Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya.

Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas.

Kejayaan dan kecemerlangan di IPG KKB terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang warga IPG, pensyarah, kakitangan  dan juga pentadbir sesebuah IPG itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah pensyarah itu sendiri.

Pensyarah Yanag  Berkesan

Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru atau pensyarah  yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
·         Bersikap profesional.
·         Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
·         Kaya ilmu.
·         Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
·         Bermoral teguh.
·         Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
·         Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
·         Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
·         Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
·         Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
·         Mempastikan situasi 'Pensyarah  Mengajar Pelajar Belajar' wujud di dalam kelas.
·         Berupaya melahirkan 'IPG Berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
·         Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
·         Berupaya membentuk perwatakan bakal guru dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
·         Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
·         Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
·         Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di bilk kuliah.

Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan seterusnya IPG berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang?

Untuk menjadi pensyarah berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku "The One Minute Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau menyatakan bahawa;
·         Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena lepaskan, bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .
·         Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan  kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi.
·         Sekali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkara-perkara kembali kepada keadaan asalnya.

Mengubah Diri ,Mengubah Sikap

Plato berkat, "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri." Garfield pula berkata, "Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya."

Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen Covey (1989) dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" menyatakan ada dua tahap  proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang yang paling berkesan' iaitu tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi publik'. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi seseorang memenangi diri peribadi adalah:
·         Jadilah Proaktif (Be Proactive)
·         Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in  Mind)
·         Buat dahulu perkara pertama (Put First Things First)
Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu diamalkan adalah:
·         Fikirkan Menang/Menang (Think Win/Win)
·         Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand, and then to be understood)
·         Sinergi (Synergize)
·         Tajamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)

Memenangi Peribadi

Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi dengan orang-orang di dalam organisasi rasmi kita iaitu di IPG di mana personaliti dan perwatakan memainkan peranan dan pengaruh yang kuat terutama ke atas anak didik kita dan juga rakan sejawatan. Peribadi yang positif  dan kuat mudah memberi kesan dan pengaruh serta dapat menjalin hubungan interpersonal yang baik dan harmonis.

Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana kita boleh membuat pilihan. Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung kepada sedar-diri (self-awareness), imaginasi, hati nurani (conscience) dan keazaman-diri (independent will) setiap individu itu. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang tindakbalas, setiap orang mempunyai satu ruang untuk membuat pilihan, dan di ruangan  'kebebasan memilih' inilah pula manusia sebenarnya memiliki 'anugerah istimewa' iaitu sedar-diri ,keadaan setiap orang sedar situasi sekeliling dan juga implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. Di samping sedar-diri ini manusia juga dianugerahkan imaginasi kebolehan menjana sesuatu di dalam minda yang melangkaui realiti semasa. Hati nurani (consceince) pula merupakan kesedaran dalaman (suara hati) terhadap salah dan betul, benar dan palsu, terhadap prinsip-prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni antara pemikiran dan tindakan. Akhir sekali ialah satu anugerah kepada 'kemerdekaan' dan keazaman diri satu kebolehan bertindak berdasarkan sedar-diri dan bebas daripada segala bentuk pengaruh.

Ciri kedua  memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda' yang bererti setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada kemajuan dalam kerjaya atau kejayaan peribadi dan keluarga. Ringkasnya apakah kita mahukan 'husnul khatimah' atau pun 'su'ul khatimah'.

Dan ciri ketiga ialah buat dahulu perkara pertama  (Put First Things First) yang maksudnya kita mengamalkan 'pengurusan masa' yang kemas dan sistematik, mengutamakan prioriti tindakan serta tidak suka menanggguh kerja. Insya Allah setelah tiga unsur penting ini kita kuasai maka tidaklah sukar untuk menjadi seorang yang lebih berkesan baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pensyarah yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yan boleh menjadi role model kepada orang-orang lain.

Pendidikan Cemerlang di IPG.KKB.

Aristotle berkata, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap pensyarah dan pelajar berusaha  mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras, berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit.

Oleh itu Jabatan PJK dan pensyarah perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi menghapuskan atau mengurangkan faktor-faktor dalaman  yang menyekat kemajuan pelajaran pelajarnya. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus kecemerlangan pendidikan di IPG mestilah berfokuskan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik kuliah. Semua ini perlukan perubahan sikap dan kepercayaan para pensyarah (termasuk pelajar-pelajar).

Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah" berkata;

      "Walau bagaimanapun , di peringkat sekolah pada keseluruhannya,
        seluruh cara hidup atau cara bekerja - yang dikatakan budaya
        sekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaan
        sekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Jika tidak,
        segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah, kemungkinan
        matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai."

Pendapat Hussien Mahmood dalam usaha untuk memajukan sekolah,perbandingan dengan memajukan IPG, hendaklah berfokuskan;
a.       Pencapaian matlamat IPGKKB, iaitu pengetahuan dan pencapaian akademik para pelajar;
b.      Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan IPG demikian;
c.       Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia ada  melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif
d.      Menggerakkan segala tenaga di IPG dan di luar IPG ke arah pencapaian matlamat-matlamat IPG melalui kepemimpinan Ketua Jabatan/Pengarah.

Saya berpendapat , dalam Satu Penilaian dan Cadangan Pembaharuan  faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada peningkatandan kemajuan  dan dengan itu mistilah dibasmi dan dielakkan:
·         Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota;
·         Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang;
·         Sikap tidak cakna;
·         Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa';
·         Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau;
·         Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan;
·         Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan;
·         Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan;
·         Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh dirayakan atau dibanggakan oleh organisasi menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan memasuki kumpulan yang menolak perubahan.

Menempa Kejayaan di IPG.

Pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para pensyarah menyempurnakan tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak didik menguasai ilmu, malah menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. Oleh itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen pensyarah juga haruslah bertambah dan meningkat  dari sebelumnya dan ini sudah tentu memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya.

Untuk mencapai matlamat ini pensyarah mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi bahawa apa jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras  di samping membuat perubahan pendekatan, strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif.

Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin  dalam hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran, dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan.

Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa "The positive approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what could be different next time."

Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada aspek "next time" ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang. Satu daripada pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai P.D.C.A (yakni Plan - Do - Check - Act).

Plan (Rancang) : Semua aktiviti  mestilah dirancang dengan rapi. Elakkan sekali-kali mentaliti ad-hoc, buat sesuatu secara tangkap muat, atau ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu.

Do (Buat) : Semua yang telah dirancang  mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah aspek paling penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap perancangan itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan tinggal perancangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita buat telah semuanya dilaksanakanjika belum atau tidak pernah merancang dan buat kerja ikut terlintas, inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan.

Check (Semak) : Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan; penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. Banyak kerja rutin pensyarah kita perlu disemak  dengan teliti .Yang paling berkesan memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif  yang  melibatkan semua perancangan aktiviti di jabatan dan IPG..

Act (Bertindak) : Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Cari puncanya, cari mana silapnya dan cari siapa afritnya (pakar). Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas  bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat, teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal.
 Budaya Kerja Berkualiti
Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam organisasidi jabatan atau di IPG, beberapa ciri harus diberi perhatian dan menjadi amalan kepada kita ;
i)   Orientasi warga kerja haruslah bergerak di atas landasan yang betul sebagai prasyarat bagi menjayakan budaya kerja cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk cemerlang.
ii)  Komitmen daripada segala lapisan warga kerja bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi adalah dituntut.
iii)  Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas kehendak organisasi dengan mengetepikan segala kepentingan lain khususnya kepentingan peribadi.
iv) Sesebuah organisasi mewujudkan 'mind-set' yang berorientasikan kecemerlangan supaya warga kerja lebih komited kepada matlamat utama jabatan.
v) Sentiasa menggalakkan warga kerja menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan pengurusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi.

PENUTUP

Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti   sesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga organisasi  mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang menyeluruh dan positif.

Penutup

Menjadi pensyarah  berkesan, IPG berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan pensyarah itu sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang pensyarah yang tidak mudah patah semangat dan tidak teraruh dengan golongan menolak kecermerlangan dan  perubahan.Dengan kehadiran ramai pensyarah baru, kita tidak boleh berundur kebelakang dan berada di belakang.Melonjak keintelektuan dan menjana kepakaran dengan inovasi terkuini boleh meletakan IOGKKB di persaeda persaingan.

Pensyarah yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di jabatan setiap masa dan waktu. Pensyarah yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di IPG, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan.

Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi.

Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;

                  " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara
                    berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan
                    diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh
                    itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan
                    watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai
                    pendidik yang unggul."ٱ

 dan pensyarah di IPG Kota Bharu adalah mereka yang tidak berkecuali sepeti kenyataan di atas, Insyallah  semuaga Tuhan  memberkati semua usaha murni kita. GIGIH, ILTIZAM, CEMERLANG.

 Rujukan

Covey, Stephen R. (1989) The Seven Habits of Highly Effective People. Simon and Schuster, New York.

Fox, John (1998) Back to the Future - Management of Change. Anne Fox & Associates, Australia.

Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

____________ (1999) Program Peningkatan Kurikulum Dan Kemajuan Pendidikan (Edisi Kedua), Satu Penilaian Dan Cadangan pembaharuan. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Van Hooser, Phillip (1998) Triangle of Success. Van Hooser Associates, Ocala, Florida, USA.