PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN IPG YANG
BERKESAN
Oleh
Mohd.Yazid Bin Deraman
(Jabatan Pendidikan
Jasmani& Kesihatan, IPGKKB)
Setiap organisasi yang ingin menjadi lebih cekap dan
berkesan dalam mencapai objektifnya, mestilah memberi keutamaan dari segi
perilaku organisasi. Perilaku organisasi melibatkan dua perkara pokok, iaitu
pengaruh kepada tindakan ahli dalam organisasi dalam menangani kerja-kerja yang
dilakukan di mana cara kita bertindak dalam memenuhi amanah dan tanggungjawab
yang diserahkan. Perkara kedua bagaimana pihak pengurusan dapat memahami
tingkahlaku dan prestasi individu dalam sebuah organisasi dan menggalakkan
mereka berkerja ke arah perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Cara organisasi
menyelaras dan mengintegrasi aktiviti-aktiviti ahlinya dapat menentukan IPG itu
dapat diuruskan dengan lebih berkesan, berjaya dan mencapai matlamatnya
Peningkatan kualiti dan kecemerlangan IPG tidak berlaku
begitu saja, tapi memerlukan perancangan dan masa. Kepimpinan di IPG perlu
membuat dignos atau mengesan punca-punca
penyakit yang yang sedia ada. Di peringkat Jabatan perlu ada usaha mengenal
pasti kelemahan dan punca yang
menyebabkan Jabatan tidak atau kurang berkesan dari segi praktiknya.
Kajian-kajian menunjukkan ia mempunyai pertalian yang kuat dengan kepimpinan .
Kepimpinan IPGKKB yang berjaya
(berkesan) didapati lebih aktif, lebih berkuasa membuat keputusan terutama
dalam bidang kurikulum dan pengajaran. Pemimpin di IPGKKB berkesan berkemahiran
menyelaras program-program pengajaran, kerja-kerja pensyarah dan perancangan
IPG yang berkesan. Ketua organisasi juga menunjukkan perhubungan yang baik dan
berkesan dengan staf, serta memberi perangsang dan bimbingan serta menghargai
kerja-kerja yang baik yang dijalankan oleh guru.
Pempinan yang
berkesan apabila pemimpin dikatakan
dapat mengubah (transform) organisasi mereka dari keadaan yang sedia ada
kepada keadaan yang lebih dinamik dengan mencipta wawasan (vision) untuk
organisasi, menanam semangat bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu perubahan
dan menyemai budaya dan strategi baru bagi organisasi mereka supaya segala
tenaga digerakkan dan segala sumber dapat digunakan. Kemajuan IPG berpunca dari
kepimpinan Pengarah dan Ketua-Ketua jabatan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan bila pemimpin do the right
things hasil dari wawasan dan pertimbangan serta dapat menjelaskan kepada
orang bawahannya pelbagai makanisme orang yang terlibat dalam organisasinya..
Pemimpin yang berkesan juga menggunakan pemikiran (thingking) terlebih
dahulu sebelum mencari know-how. Pemimpin yang seperti ini dikatakan
pencari masalah ( problem finder). Pemimpin
sebagai pengurus yang cekap adalah mahir dalam penyelesaian masalah, orentasi
pemikirannya dan pekerjaan ini dikatakan lebih reaktif yang suka menyelesaikan
masalah bukan mencari masalah. Faktor lain dalam pengurusan yang berkesan ialah
pemimpin yang mempunyai self-regard yang dapat dibina dengan mengenali
kelemahan diri sendiri serta berusaha menyesuaikan antara kelemahan dan
kekuatannya dengan organisasinya
Kepimpinan yang berkesan peringkat jabatan banyak tertumpu kepada tugasnya yang
berhubungan dengan pengajaran iaitu yang berkaitan dengan bidang akademik,
strategi dalam mencapai matlamat, peningkatan kecekapan pensyarah. Kepimpinan
yang berkesan ialah pemimpin yang bercorak doing the thing and doing the
thing right. Keberkesanan sesebuah IPG dan jabatan adalah tanggungjawab
seorang Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan, Tidak akan wujud prestasi tanpa
kepimpinan yang berkesan. Keberkesanan
IPG biasanya diukur atau dinilai dari segi kejayaan dan pencapaian dalam
peperiksaan di samping mewujudkan rasa kepuasan kerja di oerganisasi.
Kepimpinan yang dinamik (strong
principle leadership) dikenalpasti sebagai satu pembolehubah yang
dikatakan boleh membawa kejayaan sesuatu organisasi. Kecemerlangan IPG atau IPG
yang berkesan dalam kajian biasanya dikaitkan dengan kecermerlangan pelajar
dalam bidang akademik.dan ko kurikulum Kecemelangan perkembangan intelektual
dan kendiri para pelajar serta
kerelevnan sajian kurikulum dengan keperluannya.
KEMAHIRAN
PENGURUSAN
Untuk membina IPG yang berkesan kepimpinan
IPG terutama kepimpinan organisasi mesti mempunyai kemahiran dalam bidang pengurusan.
Fungsi utama Kepimpinan ialah merancang, membina program, melaksana dan menilai
semula perancangan yang telah dibuat. Pemimpin di IPGKKB mesti ada kemahiran
dan kaedah penyelesaian masalah, mengadakan mekanisma pelaporan maklumat,
membentuk struktur (organisasi di IPG) serta membentuk suasana kondusif yang
menggalakkan kakitangan berkerja
Kemahiran perancangan ialah kebolehan kepimpinan di IPG
membuat ramalan atau jangkaan mencari, menganalisis dan mentafsir maklumat,
membuat program. Penilaian semula program serta teknik mengkaji semula.
Kemahiran pengelolaan kebolehan
kepimpinan membuat penyediaan, penyusunan dan kordinasi aktiviti dengan tujuan
untuk mencapai matlamat yang dikehendaki. Manakala kawalan pula ialah kebolehan
pemimpin membuat prosedur untuk mengawal mutu atau mengukur sesuatu prestasi,
mengawal sumber, pengesanan dan penilaian pensyarah dan mahasiswa guru..
KEBOLEHAN
MEMBERI MOTIVASI
Kefahaman mengenai motivasi kakitangan adalah aspek yang
sangat penting dalam memberi panduan dan gambaran yang jelas terhadap keperluan
dalam pengurusan IPG yang berkesan. Memotivasi kakitangan sangat penting dalam
sebuah organisasi yang berasaskan kepada pengurusan sumber manusia . Kejayaan
seseorang pemimpin untuk mengurus IPG secara berkesan bersandarkan kepada
keupayaan Pemimpin itu atau pihak pentadbir menggerakkan pekerja berkerja lebih
prokduktif, meningkatkan kepuasan berkerja serta peningkatan penglibatan dan
ketinggian keiltizamannya. Pemimpin di IPGKKB merupakan pemangkin yang
penting membolehkan mewujudkan iklim
organisasi yang boleh membantu kakitangan memberi sumbangan terbaik pada
organisasinya.
Dalam organisasi IPG motivasi dapat membantu bagaimana
memahami punca sesuatu tingkahlaku dalam organisasi dan dapat meramal kesan
sesuatu tindakan untuk mengarahkan tingkahlaku mencapai matlamat organisasi dan
individu. Untuk mengurus IPG cara berkesan, usaha memotivasikan kakitangan
perlu dilakukan dengan cekap bagi memastikan segala misi dan visi dan matlamat
sekolah tercapai. Setiap Pengarah/ketua jabatan mesti kreatif dan mempunyai
pengetahuan , kemahiran dan daya kreatif untuk mempelbagaikan dan memastikan
kesesuaian eleman-elemen motivasi yang digunakan. Faktor intrinsik yang boleh
memotivasikan kakitangan ialah pencapaian diri, keunggulan diri, sosial,
autonomi dan penghormatan diri. Manakala faktor ekstrinsit pula ialah yang
memotivasikan mereka ialah keadaan tempat kerja, amalan organisasi, penyeliaan,
hubungan interpersonal dan kerja itu sendiri.
MEWUJUDKAN IKLIM ORGANISASI
Untuk
mengurus IPG dengan cemerlang kepimpinan
di IPG perlu mewujudkan iklim organisasi yang berkesan. Iklim organisasi yang
diwujudkan menentukan bagaimana harus kita bekerja. Iklim organisasi mempunyai
kesan nyata terhadap prestasi kerja dan juga pertumbuhan organisasi PGKKKB.
Ramai penyelidik telah membuktikan
terdapat hubungan yang signifikan antara iklim organisasi dengan prestasi kerja
kakitangan juga kepuasan kerja dan juga gaya pengurusan. Organisasi yang
mempunyai tahap pengurusan yang tinggi dan hubungan kakitangan yang baik
akan mewujudkan kepuasan kerja yang
tinggi di kalangan kakitangan serta dapat menghasilkkan output yang
memuaskan.
Ikklim organisasi hasil dari stail pengurusan , polisi
organisasi dan prosedur umum mengenai kerja. Iklim organisasi dari sudut
komunikasi, motivasi, membuat kawalan dalam organisasi, penyelarasan antara
bahagian dan pengurusan secara umum pengurusan untuk keadilan semua sumber.
PERPADUAN
DALAM ORGANISASI
Perpaduan merupakan asas untuk
membolehkan organisasi menggunakan,tenaga, usaha, fikiran dan pengeluarannya.
Mewujudkan kesatuan dan perkongsian visi IPG,dan visi kakitangan adalah sangat mustahak dalam usaha
mengurus sekolah secara lebih berkesan.
Dalam kontek organisasi di IPG. perpaduan kakitangan
sangat penting. Pemimpin perlu mengambil langkah positif untuk meningkatkan
semangat muafakat, musyarah menghayati
semangat kekitaan dihargai dan dihormati. Para pemimpin mestilah
mengutamakan semangat kekitaan yang tinggi pada dikalangan warga IPGKKB,
keadaan yang tidak sihat boleh membawa kepada perpecahan dan pembaziran guna
tenaga dalam organisasi. Perpaduan dalam organisasi mestilah dijelmakan dalam
semangat berpasukan yang kuat dengan merentasi segala perbezaan pendapat, agar
kakitangan dapat merasakan bertanggungjawab di atas setiap keputusan yang
diambil serta komited untuk melaksanakan dan menjayakannya.
PERHIDMATAN
PENYAYANG,
Untuk mewujukan IPG yang cemerlang dan berkesan, pihak
pengurusan di IPG perlu mewujukan perkhidmatan yang penyayang (caring
services) yang lebih mengutamakan nilai kemanusiaan.. Pengurusan di IPG
harus mendekati kakitangan agar mereka merasa dihargai, tidak tersisih dalam
satu organisasi. Pengurusan IPG yang cemerlang sentiasa berusaha menjalankan
hubungan terus dengan kakitangan. Pengatah mesti mewujudkan sikap prihatin dan
sentiasa mencari peluang mendekati kakitangan di bawahnya.
Kakitangan perlu
diberi layanan perkhidmatan dan layanan kemanusiaan yang sebaik mungkin kerana
kakitangan merupakan tulang belakang kejayaan sebuah sekolah. Kajian banyak
menunjukkan bahawa kepuasan kerja kakitangan tidak berdasarkan kepada gaji
tetapi pada kepuasan kerja, bagaimana pihak pengurususan sekolah memberi
layanan, pengiktirafan perkhidmatan dan sumbangan guru serta dapat mewujudkan
kepercayaan agar mereka sentiasa dihargai di sekolah.
Perkhidmatan dan pengiktirafan ini menyebabkan kakitangan sentiasa berusaha lebih gigih lagi dan
sentiasa memberi penghormatan kepada pengurusan sekolah. Tanggungjawab menjaga
kepentingan orang bawahan merupakan suatu amanah, pengurusan sekolah mesti melaksanakan
dengan penuh kesungguhan dan kesempurnaan.
PENERAPAN BUDAYA KORPORAT
Untuk mengurus sekolah secara lebih
berkesan budaya kerja korporat boleh diterapkan dalam perkhidmatan awam. Budaya
kerja cemerlang dan pengurusan berkualiti
dalam budaya korporat patut
diamalkan supaya menjadi imej pengurusan sekolah yang berkesan
Budaya kerja cemerlang dan pengurusan
yang berkualiti dalam syarikat atau korporat boleh dijadikan teladan dan
strategi pengurusan yang berkesan.
Pengurusan perlu mengamalkan budaya kerja cemerlangi untuk
mencapai matlamat pengurusan sekolah.
Budaya kerja Jepun umpamanya
mementingkan semangat rasa kepunyaan (ownership), kesetiaan, partisipasi,
komitmen, dedikasi dan kecemerlangan.
Stail atau gaya pengurusan barat yang
diamalkan dalam sektor swasta boleh dijadikan panduan untuk diamalkan
pengurusan sekolah. Pengurusan MBWA (Management
by Walking Around) dengan konsep pengurusan yang menggalakkan interaksi
antara pengurusan atasan dan peringkat bawah, mengutamakan komunikasi dan
mementingkan membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah, agihan sumber
manusia dan sumber alam dan juga sebagai perunding (negotiator).
Pengurusan berkualiti seperti dalam buku In Search Excellence pengurusan
berkualiti mengutamakan kecederungan bertindak untuk kualiti, pekerja berminat
dan berdedikasi bekerja, perhubungan terus dengan pelanggan, menggalakkan
budaya usahawan, peningkatan produktiviti. mengutamakan nilai kualiti,
menggunakan kepakaran yang ada dengan
kawalan organisasi yang
fleksible.
Dalam sistem pengurusan barat peranan
pengurus atau pemimpin peringkat
tertinggi organisasi mestilah berfungsi sebagai pengatur, penyelaras,
menguatkuasakan peraturan dan mengeluarkan
arahan. Peranan pemimpin atau
pengurus tidak terbatas sebagai pengurus tetapi ia juga sebagai
jurulatih (coach), perangsang (cheer leader), pembimbing (facilitator),
penasihat (counsellor) dan pemujuk (cojoler). Pengurus yang mahir, efektif dan berkesan, menurut
pakar pengurusan mestilah mempunyai ciri-ciri atau kemahiran, teknikal (technical
skill), kemahiran perhubungan (human relation skills), kemahiran
kosepsi (conceptua skill) dan kemahiran komunikasi (communication
skill).
ETIKA PENGURUSAN
Etika pengurusan yang dipentingkan ialah kualiti dan akauntibiliti
Etika dari kacamata Islam bersumberkan Al-Quran dan Sunnah dan berasaskan
kepada akidah dan syariah. Etika pengurusan Islam mempunyai ciri kebaikan
mutlak, kebaikan segajat, mantap dan kewajipan yang dipatuhi dan pengawasan
yang menyeluruh.Dalam proses kepimpinan, syarak menetapkan peraturan dan undang-undang
yang wajib, arahan mesti dipatuhi dan diputuskan secara syura’. Jikalau ia tidak bertentangan dengan
akidah, syarak dan akhlak.
Kepentingan dimensi stail kepimpinan
boleh dirujuk kepada surat Saidina Ali Bin Abi Talib kepada Malik bin Al-Haris Al-Ashar sempena
pelantikan beliau sebagai gabenor Mesir tahun Masehi 655. Baginda menekankan
betapa pentingnya pemimpin melakukan dan melaksanakan tugas sebaik mungkin
dengan kakitangan bawahannya . Kandungan surat ini memberi gambaran dan bukti
pentadbir mengamalkan gaya pentadbiran bertimbang rasa dan tinggi
pendayautamaan strukturnya. Dapat disimpulkan gaya kepimpinan pengetua
mempunyai hubungan yang rapat dengan motivasi dan iklim organisasi (Mohd.Yazid.
1996)
BUDAYA KERJA YANG CEMERLANG.
Budaya kerja cemerlang sangat penting
untuk membentuk sekolah yang berkesan. Budaya kerja cemerlang ialah tatacara,
etika kerja yang baik di kalangan kakitangan Tatacara yang baik ialah rajin,
gigih, daya cipta, kreatif, semangat kerjasama. kerja berpasukan, integriti, berdisiplin
dan bersikap untuk berusaha meningkatkan
prestasi.Budaya kerja cemerlang mesti diamalkan dalam pengurusan sekolah
masa kiniIa merupakan budaya kerja murni dan berkualiti yang mesti dijadikan
amalan kerja bersama, diperkukuhkan dengan sistem, proses, prosedur dan
peraturan yang jelas serta mudah dilaksanakan semua peringkat kakitangan.
Budaya kerja cemerlang yang telah dilancarkan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia
pada 27 November 1989, tujuan untuk membentuk masyarakat yang rajin dan
berdisiplin. Matlamat akhirnya untuk menghasilkan tugas dan pekerjaan tanpa
cacat, cemerlang dan berkualiti tinggi. Usaha membentuk budaya kerja yang
cemerlang kakitangan awam melalui
pelbagai dasar yang telah dilancarkan seperti Dasar Pandang Ke Timur (1982),
Bersih,Cekap dan Amanah (1982), Kepimpinan Melalui Teladan (1983), Penerapan
Nilai Islam (1985/6), Gerakan Budaya Kerja Cemerlang yang dilancarkan pasa 20
November 1989. Hari Q Perkhidmatan Awam pada 31 Oktober 1991.
KESIMPULAN
Untuk memajukan organisasi khasnya IPG supaya lebih
cemerlang, ia memerlukan kepimpinan yang
bertenaga dan berani mengambil risiko apabila membuat sebarang perubahan. IPG
Kampus Kota Banru perlu berubah mengikut kadar keupayaan maksimum samada secara perkembangan atau secara
proses. Untuk organisasi menjadi lebih cemerlang ,maka keupayaan proses
perubahan yang ada wajar menjadi
efektif. Kefahaman dinamika perubahan harus dipertingkatkan lagi oleh pihak
pengurusan IPG..
Pengiktirafan kepada pensyarah yang
rajin dan dedikasi, keberkesanan dan kerelevanan program pendidikan adalah amat penting untuk diberi keutamaan dalam
pengurusan. Pemimpin IPGKKB mesti menitikberatkan pencapaian, kemudahan, dan
peralatan,budaya, iklim organisasi yang kondusif dan yang merancangkan
pembelajaran boleh memberi impak kepada prestasi pelajar bagi melabelkan
sesebuah IPG itu efektif atau tidak. Kepimpinan
untuk mengurus IPG sentiasa berusaha atau mengambil tindakan dalam
pembangunan atau penambahbaikan dari semasa ke semasa. Segala perubahan di
IPGKKB memerlukan amalan perubahan sikap ,budaya kerja yang
cemerlang,serta berkualiti .
Bibliografi
Edmonds.
R. (1982), Search For effective School, Anlysis of City School: Are Inst
Instructional Effective For Poor
Children. Harverd
University Centre For Urben Study.
Fulmer,
Robert (1983), Praticed Human Relation, Homewood, Rivherd Irwin
Inc.
Hussein Mahmood (1993),Kepimpinan
dan Keberkesanan Sekolah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Jaafar Muhamad (1992), Asas
Pengurusan, Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
Koontz, Harold dan O
Donnel(1976), Management : A System and Contigency Anlysis
of Manageral Function. Mc.Graw, New York.
Linkert, Rensis (1969),
New Pattern of Management. Mac Graw Hill, New York.
Mohd.Yazid (1996). Gaya
Kepimpinan dan Ikilm Organisasi. Tesis Sarjana
Pengurusan,Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Mustafa Hj.Daud (1996),
Etika Pengurusan, Kuala Lumpur, Utusan Publications Distributors
Sdn.Bhd.
Razali Mat Zain (1996),Kepimpinan
Dalam pengurusan,Kuala Lumpur, Utusan Publications Sdn.Bhd.
Wan Zain Wan Omar
(1996). Pengurusan Islam Abab ke 21. Utusan Publications Sdn.Bhd.
Kuala Lumpur.
Yulk.G.A. (1981). Ledership
In Oreganization, Prentice Hall,Inc. Englewood, Califonia.
No comments:
Post a Comment