KEMAHIRAN MENYOAL DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
& PENDIDIKAN KESIHATAN
(Mohd.Yazid Bin Deraman)
Pensyarah kanan
IPG Kampus Kota Bharu, Kelanatan
Kemahiran
menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah satu kaedah yang
digunakan oleh guru PJ untuk mendapatkan
tindak balas daripada pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk atau
kemahiran yang disampaikan. Selain itu,
soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung dalam meningkatkan prestasi
pelajaran mereka. Dalam kelas pendidikan jasmani intarksi guru baik secara
teori atau amali dengan murid mistilah
berlandaskan teknik penyoalan untuk guru memastikan kemajuan tahap pembelajaran
murid baik segi amali atau teorinya. Dengan teknik penyoalan yang sistematik,
berkualiti guru-guru dapat menilai
prestasi pelajar semasa pembelajaran kelas pendidikan jasamani.
Teknik
menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan
digunakan untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada pelajar. Khususnya,
guru menggunakan teknik menyoal untuk memastikan sama ada mereka memahami
pelajaran baru kemahiran amali yang diajar oleh guru.Selain itu, menyoal juga
mempunyai nilai sosial kemasyarakatan dengan menyoal dapat membantu pelajar
mengukuhkan hubungan dan menyatukan kumpulan melalui interaksi hati ke
hati.Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian terhadap teknik menyoal
kerana kekerapan memberikan soalan boleh menjadi alat dan jalan untuk
menghasilkan pengajran yang baik ( Groisser, 1964 : 193 )
OBJEKTIF PENYOALAN
Secara
umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan memberi soalan kepada
keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapan,
barulah guru memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan
tersebut. Kaedah menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan
serta menggalakkan pelajar untuk berfikir. Kaedah ini juga dapat merangsang
pemikiran pelajar.
Selain
itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas tentang pengajaran dan
pembelajaran. Tambahan pula bahawa kebanyakan penilaian adalah bergantung
kepada soalan, maksudnya bahawa setiap soalan mesti ada objektifnya
PRINSIP PENYOALAN
Guru
misti ambil kira aras kesukaran, penaguhan , penilaian jawapan, masa menunggu
dan taburan soalan kepada murid-murid. Guru mesti jelas abjektif apabila
mengemukan soalan kepada murid itu guru hendak menguji kefahaman murid,
meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran, mengembangkan pemikiran
murid dan menimbulkan minat murid untuk belajar.
a) Menggerak Minda Murid
Guru
dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal jawab dengan
menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis terutamanya
ketika mengajar tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat
dan rasa ingin tahu pelajar semasa sesi soal jawab dijalankan.
b) Menilai Pemahaman Pelajar
Guru
dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu latihan sebelum
menghadapi ujian atau peperiksaan.
c) Membimbing Pelajar
Pelajar
biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan jawapan. Dalam kaedaan
ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan pelajar. Sebaliknya, guru
wajar menggunakan teknik soalan yang memberikan panduan kearah jawapan yang
dikehendaki sehingga pelajar menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan
kesalahan itu.
d) Merantas Pembelajaran
Proses
pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif sepanjang masa. Bentuk soalan
boleh juga menggunakan konsep yang diperoleh dalam sesuatu mata pelajaran
kepada situasi yang lain.(Kamarul &Abd. Halim,2007 : 181 )
e) Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang Tinggi
Soalan
yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan, penggabungan atau sintesis
dan penilaian( Zawawi,1988:215)
f) Mengekalkan Perhatian Murid
Guru
dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran
sedang berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang berkhayal atau leka,
teknik soalan boleh digunakan untuk mengembalikan semula perhatiannya tanpa
memarahi dan mengherdik pelajar terbabit( Zawawi, 1988: 215 )
g) Mengeratkan Interaksi
Tujuan
menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid dan sesama
murid. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid penting kerana
dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan
garmoni ( Zawawi, 1988 : 216 )
Objektif
yang telah disebutkan di atas, menjadi asas tujuan guru menggunakan tekni
menyoal kepada para pelajar di dalam kelas. Dengan menggunakan teknik menyoal
yang betul, sudah pasti suasana kelas akan lebih aktif dan seturusnya
pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih berkesan.
BAGAIMANA MELAKSANA PENYOALAN
ARAS KESUKARAN....Soalan yang dikemukakan adalah tahap
senang kepada tahap sukar. Soalan biarlah dari aras yang rendah iaitu menguji
pengetahuan atau mengingat semula pengetauan murid. selepas itu barulah soalan
bidang kefahaman, aplikasi, analisis,sentesis dan penilaian.
GERAK BALAS/RESPON....Guru tidak harus memberi respon yang
direct seperti betul atau salah. Jawapan boleh dibetulkan oleh rakan
sebayanya.Semasa murid memberi jawapan guru harus menunjukkan minat atau
tumpuan perhatian terhadap jawapan murid. Memberi galakkan atau dorongan kepada
jawapan yang salah sama penting untuk jawapan yang betul.Selepas menerima
jawapan guru boleh melatih kemahiran berfikir dengan soalan lanjutan yang
mencabar.
MASA MENUNGGU....Selepas memberi soalan guru perlu memberi masa
kepada murid berfikir untuk mendapat jawapan yang betul. Masa menunggu adalah
3-4 saat.
TABURAN SOALAN...Kajian menunjukkan murid yang lemah kurang
ditujukan soalan oleh guru. Guru lebih suka mendengar jawapan daripada murid
yang cergas. untuk mengatasi masalah ini guru boleh menggunakan carta taburan
soalan untuk analisis taburan soalan.
ARAS-ARAS PENYOALAN
Soalan-soalan
yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru hendaklah dipelbagaikan
mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya “ Taxonomy of
Education objective” membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan dalam
dimain kognetif.Bermula daripada mengingat kembali fakta,iaitu aras paling
rendah melalui peringkat mental yang paling kompleks dan abstrak hingga paras
paling tinggi diklifikasi sebagai penilaian. Enam peringkat seperti berikut
۞
Pengetahuan
۞
Kefahaman
۞
Aplikasi
۞
Analisis
۞
Sintesis
۞
Penilaian
PENGETAHUAN
Soalan-soalan
diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, difinisi, tarikh,
tempat dan nama-nama yang telah dipelajari.
Perkataan
yang biasa digunakan ialah namakan,
nyatakan,berikan, terangkan, siapa, apa, mana, bila dan senaraikan.
KEFAHAMAN
Soalan-soalan
di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon memahami, menterjemah dan meninterpretasikan fakta asas, konsep,
prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
Perkataan-perkataan
yang biasa digunakan ialah terangkan,
tuliskan, mengapa, huraikan dan lain-lain.
APLIKASI
Soalan-soalan
di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari
untuk menyelesaikan masalah.
Perkataan-perkataan
yang biasa digunakan ialah bagaimana,
selesaikan, carikan, kerakan, gunakan, huraikan dan lain-lain.
ANALISIS
Soalan-soalan
di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor Perbezaan, kesamaan
dan hubungkait antara satu sama lain.
Perkataan
yang biasa digunakan ialah bandingkan,
bezakan, Analisis, cerkinkan, asingkan, bahagikan dan sebagainya.
SINTESIS
Soalan-soalan
di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta
mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau
deduksi.
Perkataan
yang biasa digunakan ialah rumuskan,
membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan,
gabungkan dan lain-lain.
PENILAIAN
Soalan-soalan
di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik,
memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, perinsip, teori dan
lain-lain.
Perkataan
yang biasa diunakan seperti beri kritikan,
buktikan, nilaikan, berikan komen dan sebagainya.
Pada
tahun 1990an sekumpulan ahli psikologi diketua Anderson telah mengemas kini
taksonomi Blomm sesuai dengan kemajuan abab ke-21. Antara perubahan ialah aras
kemahiran keenam-enam ditukar daripada katanama kepada kata kerja. Taksonomi
baru ini mengambarkan bentuk pemikiran. Pemikiran ini sebagai satu proses.
Semua aras diganti dengan kata kerja dan
aras sintesis dan pemikiran disusun semula. Ciri-ciri penting cara soalan
mengikut aras kemahiran domain kognetif mengikut taksonomi Bloom 2001:-
·
Mengingat
(Remembering)
·
Memahami
(Understanding)
·
Mengaplikasi
(Applying)
·
Menganalisis
( Analysing)
·
Menilai
( Evaluating)
·
Mencipta
(Creating)
MENGINGAT
Soalan peringkat ini menguji murid
mengingat semula, memgecam idea, mengenalpasti, menyenarai dan menamakan
keterangan, prinsip atau fakta yang telah dipelajari.
Kata-kata tugas eksplist yang boleh
digunakan ialah bacakan, catatkan,
daftarkan, lebelkan, kenal pasti, namakan, padankan, pasangkan, perihalkan.pilihkan,
sebutkan, senaraikan dan tandakan.
No comments:
Post a Comment