Setiap orang tidak pernah terlepas dari ujian
Allah . Setiap ujian berbeza antara satu sama lain, samaada ujian itu berbentuk
kesusahan atau kesenangan. Suka atau tidak pasti ujian dari Allah akan hadir,
janji Allah adalah pasti sebagaimana Allah berjanji setiap yang bernyawa akan
ada kematianya, setiap kemudahan dan nikmat itu ada kesulitannya. Kehidupan
kita sememangnya penuh dengan ujian . Allah menguji kita dengan pelbagai
dugaan. Kita tidak pernah menyangka akan berlaku ujian bagitu rupa pada diri
kita dan keluarga. Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk dan kadangkala kita
terlupa diri kita sedang di uji. Ujian ini merupakan warna kehidupan yang misti
dilalui setiap insan yang bergelar manusia. Saya sedari ini, terima segala
dengan redha, kuatkan semangat, katakan pada diri ada hikmah besar sebalik
ujian ini. Buka mata dan hati, jangan putus berdoa dan berHarap kebaikan akan
kembali, Insya Allah ketenangan akan kembali, semua yang hilang akan diganti
balik malah lebih baik lagi.Allah akan menerima doa orang teranyai.
Jika kita sabar dalam keadaan ketaatan,
kita berada peringkat tertinggi dalam kesabaran. Jika tiada kesabaran yang
tinggi, agak mustahil kita melaksanakan ketaatan.Ingat janji Allah, Dia tidak
akan menguji hambaNya dengan sia-sia. Allah lebih mengetahui kenapa dan kenapa
kita diuji, matlamatnya untuk mengetahui siapakah dikalangan hambanya yang baik
amalannya. Allah tidak sebut siapa yang paling banyak amalannya, tapi ALLAH
menyebut siapa yang paling baik amalannya. Kita manusia merasa kita melakukan
kebaikan, tidak sedar telah sebenarnya telah melakukan keburukan dari perbuatan
yang dirasakan ada kebaikannya, kita perlu membuat istiqarah, sedar apa yang
dilakukan bezakan antara pahla dan dosa.
Bagitulah ALLAH S.W.T letakkan kita kesabaran
yang tinggi, diuji dengan pelbagai dugaan. ujian ALLAH S.W.T datang dalam
pelbagai bentuk, semuanya itu tanda kasih dan sayang ALLAH kepada
hambaNYA.Bukan setiap masa kita diuji dengan kesusahan dan bukan setiap masa
kita diuji dengan kesenangan. Bahkan ada ketika kita tidak pernah menyangka
akan berlaku ujian sebagaitu rupa. ada kala kita sendiri terlupa bahawa diri
sedang diuji. Hanya ALLAH mohon pertunjuk, istikhorah ke arah jalan penyelesaian. Akhir
bertekat, misti berjuang, bertahan dipihak yang benar, menepis segala halangan,
kuatkan azam dan tekad tampa menyerah
kalah. Hati ini bertekat dan bersedia untuk mengadapi cabaran ini kerana yakin
dengan kebenarannya.
Bumi mana tidak ditimpa hujan, lautan mana
tidak bergelora, bagitulah kehidupan kita sebagai manusia biasa, tidak pernah
sunyi daripada dugaan. ALLAH Maha besar,Maha benar dan janjiNya benar.Ia tidak
menguji kita kecuali dengan kesanggupan diri menghhadapi dengan penuh hikmah
dan kebijaksanaan. Siapa lagi yang terlindung dan penyelamat selain dari Allah
Yang Maha Berkuasa.Katakan dalam jangan mengalah, mohon kepadaNya, moga rahmat
dan hidayahNya sentiasa memayungi keberkatan perjalanan hidup kita. Maksud
firman Allah dalam surah Al-Bagarah 216, “Boleh
jadi kamu membenci sesuatu pada hal ia sangat baik bagimu. Boleh jadi kamu
menyukai sesuatu padahal ia sangat buruk bagimu”.Ya ALLAH jangan kau beban
kepada kami beban yang berat sebagaimana telah engkau bebankan kepada orang
sebelum kami. Ya ALLAH, angan kau pikul kepada kami apa yang tidak sanggup kami
memikulnya. Ampunilah kami dan rahmatlah kami. Aku adalah pendosa dan banyak dosa PadaMu aku mohon pertolongan dan Engkau Penolong kami maka
tolonglah kami