Friday 17 May 2013

AMALAN PEMAKANAN UNTUK GAYA HIDUP MENURUT PERSPEKSIF ISLAM



AMALAN PEMAKANAN UNTUK GAYA HIDUP SIHAT
 MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
OLEH
MOHD.YAZID BIN DERAMAN
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
IPG Kampus Kota Bharu
mydyazid@gmail.com


PENDAHULUAN.
Kesihatan  merupakan kunci utama kesejahteraan insan dan kehidupan kita. Kesihatan umpama sahabat, kehilangan dirasai ,bila ianya telah pergi dirasakan kesusahan. Kesihatan merupakan satu simbul kekayaan. Sehebat mana kita manusia, setinggi mana pangkat kita, agenda penjagaan kesihatan misti diutamakan pengekalan status kesihatan setiap orang merupakan kewajipan yang utama . Dalam dunia yang sedang membangun dan serba moden kehidupan kita sekarang banyak dibantu dengan teknologi moden , ditambah dengan kesibukan dan tugasan yang berpanjangan, hingga kita lupa dan alpa aspek penjagaan kesihatan diri. Kita hanya akan berjumpa doktor bila kita sakit. Bila diberi sedikit ujian kesihatan kita barulah ada kesedaran, berdoa memohon pada Tuhan supaya sembuh dari penyakit dan merasakan  alangkah bahagianya jika diberi kesihatan yang  baik

Kesihatan kita tidak ternilai dengan wang ringgit,Ia terlalu berharga. Kesihatan merupakan nikmat dan anugerah Allah S.W.T yang amat besar ertinya dalam kehidupan manusia sebagai bangsa beragama kita tidak boleh lari dari penciptanya, jiwa yang tidak tenang, resah gelisah dan gundah gualana berarti tidak sihat secara rohani. mereka yang tidak memiliki hubungan yang baik dengan penciptanya sering merasa terhukum apabila jatuh sakit. Tetapi persoalanya adalah kita menghargai kesihatan kita yang sangat ternilai itu?  Apakah langkah kita lakukan untuk mencegah badan kita dari sakit atau supaya badan kita mampu memberi prestasi, umpama kereta baru kita. Pernahkah kita menjalani pemeriksaan berkala atau mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan, bersenam dan sebagainya. Fikirlah, kerana tabiat manusia tidak merasakan penting kesihatan selagi mereka tidak sakit. Umpama kita orang tua-tua, bila terhantuk baru terngadah. Orang merokok akan terus merokok walaupun ia sedar bahaya merokok, Orang yang mengamalkan gaya hidup ‘sedentary’ terus mengamalkan gaya hidup ‘sedentary’ walaupun ia tahu gaya hidup tersebut bukan amalan gaya hidup yang sihat. Pelajar-pelajar kita waktu petang gemar melepak  walaupun ia tahu mengisi masa lapang beriadah  waktu petang baik untuk kesihatan. Pensyarah kita semua tahu penyakit kencing manis, kolesteral, darah tinggi, Penyakit jantung koranari, tapi tidak tidak tahu atau tiada pengetahuan bagaimana kaedah menjaga kesihatan atau berupaya bersenam atau beriadah kerana alasanya sentiasa sibuk  malaslah dan tiada masa.

MASALAH KESIHATAN MASA KINI

Masalah kesihatan di dunia sekarang telah  mengalami revolusi, jika dulu masyarakat  mengalami kekurangan zat makanan dan vitamin tapi hakikat hari ini masyarakat mengalami masaalah kesihtan, disebabkan terlebih makan, lebihan kolesteral, lebihan gula, lebihan berat badan dan obesiti. Penyakit wujud dalam mesyarakt sekarang kerana limpahan rezeki, dimana manusia lupa dan tidak mengikut peraturan yang disusun oleh Allah SWT dan tidak mengikut sunnah yang dijar oleh Rasullah SAW. Ini berlaku akibat kelalaian dan kealpaan manusia sendiri yang tidak menjaga kesimbangaan dalam hidup, seperti sanatullah yang ditetapkan. Dalam surah ar-Ruum ayat 41 dimana Allah mengingatkan kita, bahawa kerusakan muka bumi ini akibat perbuatan manusia itu sendiri dan mereka perlu bertanggungjawab atau merasa akibat daripada perbuatan tersebut  kegagalan inilah yang menyebabkan  manusia mendapat pelbagai penyakit.dan pelbagai penyakit yang pelik menjadi wabak didunia moden tampa ada cara, teknologi moden, penyelidikan atau ubat, veksin, antibodi untuk menyembuhnya.

Dari kajian  statistik Kementerian Kesihatan Malaysia daripada 26 juta penduduk Malaysia, 6 juta warga dewasa mempunyai berat badan berlebihan. Bilangan yang gemuk dinegara 3 kali ganda Penyelidikan TNS Asiapanel 2006, mendapati 38 peratus suri rumah Malaysia mempunyai berat badan berlebihan tertinggi di kalangan 5 negara Asian, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Korea Selatan. semenjak 10 tahun dulu, ini melebihi negara Jerman dan Perancis. Kira-kira 2.3 juta perokok di Malaysia, Kajian menunjukkan  8.4 juta rakyat Malaysia tidak suka  atau mengelak dari bersenam. Peningkatan pesakit yang masuk wad hospital akibat diabetis amat merisaukan. Kajian Pegawai Penyelidik IKIM dan Kementerian Kesihatan 2006, Gaya hidup masyarakat negara ini menyebabkan banyak masalah kesihatan yang kronik. Antara ciri yang mendatangkan resiko penyakit bahaya yang tidak berjangkit ialah gaya hidup dan gaya penakanan yang tidak sihat dimana kajian Kementerian Kesihatan  7.2.juta (60.1) rakyat tidak menjalani aktiviti fizikal; dan 8.7 juta (7.8 peratus tidak memakan sayuran dan buahan).

MENGAPA PERLU GAYA HIDUP SIHAT

Kita perlu mengamalkankan Gaya hidup yang sihat kerana gaya hidup sihat  sebagai satu proses atau amalan kesihatan kearah perubahan hidup yang berkualiti dan memuaskan.  Ia meliputi pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan dan stress dan yang paling penting menghindar diri dari aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko kepada kesihatan. Gaya hidup sihat berkaitan rapat dengan kecergasan dan senaman. Semua orang ingin sihat sejahtera dan menikmati kehidupan yang aman. Kuncinya ialah dengan pemakanan yang sihat, kekal aktif, mengurus kesejahteraan  emosi dan memastikan kita tidak mengidap sebarang penyakit walau pun seusia 40 tahun. Setiap individu dari pelbagai kategori dinasihatkan melakukan aktiviti fizikal 3 kali seminggu selama 30 minit, mengamalkan pemakanan yang rendah lemak dan garam. Pepatah ada mengatakan diri kita apa yang kita  makan Kerajaan tidak boleh menjaga kesihatan setiap rakyat, merekalah perlu menjaga kesihatan masing-masing

Sebaik doktor adalah badan kita sendiri, itulah satu pegangan yang kami cadangkan dalam usaha mengamalkan kehidupan yang sihat dan sempurna. Jika kita menjaga  badan dengan sempurna , maka badan kita sendiri akan menjaga kesihatan kita. Pada zaman dulu masyarakat terbelanggu dengan dengan kekurangan zat makanan atau kekurangan  nutrisi dan masalah penyakit berjangkit, tetapi zaman moden  ini, masalah utama melanda dengan masyarakat ialah ketidakseimbangan nutrisi dan serangan penyakit akibat lebihan zat makan akibat kehidupan yang mewah dan gaya hidup sedentary,  Penyakit biasanya menyerang masyarakat zaman kemajuan ini seperti kanser, penyakit jantung, obesity, diabetis dan sebagainya. Mengikut kajian pada 40 tahun adalah tempoh yang ketara pelbagai penyakit dikesan. Jika dalam usia ini anda sihat dan cergas, anda boleh menikmati  kehidupan yang sempurna  dalam usia yang lanjut, InsAllah mudah mudahan .Jika ada ada masalah kesihatan masih tidak terlambat untuk mengambil langkah pencegahan mengatasinya. Masalah utama kesihatan masyarakat kita ialah kerana tidak mengamalkan gaya hidup sihat , kurang kesedaran dalam penjagaan kesihatan dan keserdahanaan dalam kehidupan. Gaya hidup yang berlebihan tampa  pengetahuan penjagaan kesihatan akan memberi takanan dan kesannya timbul pelbagai penyakit.

Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat serta melakukan aktiviti fizikal yang kerap.Kesihatan jasmani yang baik juga memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap. Kesihatan mental yang baik mempamirkan bahawa seseorang mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi dengan bijaksana dan bebas dari ganguan mental. Manakala kesihatan sosial ialah individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan perhubungan antara satu sama lain.  Gaya hidup yang sihat ialah penjagaan kesimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengekalkan pelbagai serangan penyakit zaman moden dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan dengan kekal sihat dan teratur. Pemakanan juga penentu kepada tahap kesihatan setiap wagra IPGM. Amalan makan secara sihat seperti pengambilan makanan berdasarkan kepada piramid makanan adalah faktor penting penjagaan kesihatan. Penglibatan dalam aktiviti kecergasan seperti berjoging, bersenam dapat membantu mengawal dan menurun berat badan Aktiviti seperti berbasikal, berjalan kaki, senamrobik, riadh waktu petang boleh membantu membakar kelori berlebihan dan menurun berat badan. 300 kelori boleh dibakar dalam 30 minit, oleh ltu kita digalakkan meluangkan masa 30 minit, 3 kali seminggu melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan, berjalan pantas, berlari, berkebun, naik tangga dan bermain permainan secara aktif. Melakukan akativiti secara berkala boleh meningkatkan tahap kesihatan kesan bukan pada fizikal tapi pada psikologi dan emosi. Feadahnya boleh meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sistem pengedaran darah serta menguatkan otot jantung dan membantu mengawal tekanan darah tinggi.
MAKAN DEMI  UNTUK KESIHATAN .
Makan merupakan satu keperluan dan aktiviti yang amat menyeronokkan.Untuk terus hidup kita memerlukan pemakanan yang baik dan sesuai untuk kesihatan. Bagitujuga amalan pemakanan kita yang boleh mendatangkan kebaikan pada kesihatan diri kita. Malangnya kebayakan dari kita kurang berhati-hati dari segi pemilihan makanan, baik segi jenis, kualiti dan kuantitinya. Mereka akan makan hanya untuk memuaskan selera dan mengisi perut agar tiad lapar tampa mengambil kira makanan itu berzat baik atau tidak untuk kesihatan. Kita kadang kala tertipu dengan hidangan makanan yang cantik, baunya yang yaman dan rasa yang enak tampa mengambil kira keseimbangan zat makanan tersebut. Semakin sibut seseorang kita makan kita mengambil makanan ala kadar saja. Makanan yang baik  nilai pemakanan ialah makanan yang lengkap dan seimbang. Makanan yang lengkap ialah makanan yang mengandungi semua zat makanan yang penting bagi kesihatan seseorang dalam nisbah yang tertentu. Zat makanan sangat diperlukan supaya  tubuh badan kita dapat berfungsi dengan sempurna. Tubuh kita memerlukan 50 jenis zat makanan dan tubuh yang betul-betul sihat dapat menghasilkan 25 peratus daripada zat tersebut. Zat makanan terbahagi enam kumpulan iatu, karbohidrat, lemak, protin, mineral, vitamin. Zat-zat ini dibahagikan kepada tiga fungsi, kumpulan makanan memberi tenaga untuk pergerakan tubuh dan untuk tindakbalas kimia dalam tubuh. Karbohidrat, lemak dan protein termasuk dalam kumpulan ini. Kumpulan makanan yang membina dan membaiki tubuh seperti air, protein lemak, karbohidrat dan mineral. air 63% berat badan, protein 18%, minirel 6%, dan karbohidrat 0.8%. Vitamin tidak dianggap sebagai zat pembina sebab jumlah vitamin dalam tubuh dewasa tidak mencapai 30gm. Fungsi zat pemakanan lain sebagai mangkin pelbagai tindakbalas kimia dalam tubuh. Kesemua zat tersebut seperti vitamin dan mineral.


PANDUAN PEMILIHAN PEMAKANAN YANG SIHAT
Untuk memilih diet yang memberi kesemua zat makanan dalam jumlah yang mencukupi untuk kesihatan harian  makanan haruslah memenuhi kriteria berikut iaiatu, seimbang dan sederhana, pelbagai, mencukup dan mempunyai kalori yang terkawal.
 Seimbang dan sederhana.Setiap orang inginkan kesihatan yang sempurna harus mengamalkan kriteria keseimbangan dan keserderhanaan dalam  pimilihan diet. Contoh untak mendapatkan zat besi yang cukup harus makan daging dan ikan (Tapi tidak berlebihan), manakala untuk dapat kalisium yang cukup harus minum susu atau makan makanan hasil tunusu dalam jumlah yang berpatutan. Pelbagai: Kita tidak boleh mengambil makanan yang sama setiap hari. Setengah nutrien merupakan punca utama beberapa nutrien jika dibanding dengan makanan yang lain. Kelebihan seseatu nutrien  mungkin mudarat dan bagitu juga jika kekurangan. Makanan yang serupa mungkin tidak diperlukan oleh tubuh  Makanan juga misti mencukupi dan memenuhi keperluan diet harian (RDA). Keperluan kelori setia orang berbeza bergantung kepada jantina, umur, jenis pekerjaan atau aktiviti dan juga faktor umur seseorang. Kalori yang terkawal, berkaitan dengan pemakanan yang membekal tenaga (karbohidrat, Lemak, protein). Kelebihan kalori menyebabkan kegemukan, kekurangan kalori dikaitkan dengan kekurangan tenaga dan kelesuan dan  ganguan tumbesaran.
Untuk pemilihan pemakanan yang sihat, pilihlah makanan yang asli., iaitu makanan yang dimakan dalam bentuk asal atau yang  minimum mengalami pemerosesan, pengawetan atau pengubahsuaian dari bentuk semulajadi. Contonya susu lembu asli dibandingkan dengan susu coklat, buah rambutan berbanding dengan jus rambutan dalam tin. kentang segar berbanding dengan cip kentang berperisa. makanan yang diproses atau diawet akan kehilangan nutrien tertentu.  Keduanya mungkin mempunyai kelori yang sama, tapi khasiat jauh berkurangan dari makanan asli. Pilih makanan yang berketumpatan nutrien yang tinggi, salah satu rahsia makanan ialah memilih makanan dari setiap kumpulan makanan (Karboidrat, lemak, protein dan vitamin). Ciri-ciri makanan mistilah pelbagai dan memenuhi nutrien dalam makanan yang seimbang dapam piramid makanan atau dalam satu sajian makanan. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran. Semenjak dahulu lagi bahawa mereka  yang kerap memakan buahan sayuran mempunyai risiko yang lebih rendah  mengalami penyakit jantung dan strok.kebaikan sayuran berpunca daripada sifat makanan tersebut yang kaya dengan vitamin, antioksidan iaitu A,B dan E dan kandungan serat yang tinggi. Biasanya apabila seseorang mengambil buah dan sayur maka ia kurang mengambil makanan yang kaya lemak. Tingkatkan pengambilan serat. Sarat ialah saki baki tumbuhan yang tidak boleh dicerna oleh enzim di usus. Diet berserat ialah makanan yang mengandungi selulosa, hemiseselulose, gam, pektin atau lagnin, ada larut dalam air (pektin) dan tak larut dalam air (selulosa dan lignin). Umumnya sayuran dan bijiran merupakan selulosa yang baik. Epal dan limau serta buahan mengandungi pektin yang baik. Serat berfungsi mengekalkan fungsi normal gastrousus. Kurangkan pengambilan minyak tepu dan kolesteral. Asid lemak tepu (SFA) terdapat dalam jumlah yang sangat tinggi  dalan keju, kulit ayam, daging berlemak, susu penuh krim, aiskrim, dadih, kek dan kuih-muih mengandungi lemak, mentega, santan kelapa dan coklat. SFA akan meningkatkan  aras kolesteral. Untuk mengantikan asid lemak tepu (SFA) boleh diganti dengan lemak monotaktepu (mengandungi asid lemak monotaktepu MFA). Makanan yang kaya dengan MFA yang sesuai ganti SFA ialah minyak zaiton, minyak manzola, kacang, badam dan buah avokado. LDL (lipoprotein  berketumpatan rendah) dianggap ‘kolesteral jahat’ kerana ia menghantar kolesteral kepada sel yang memerlukan dan mengedapkkan kolestera ini menyebabkan berlaku arterioskrerosis. HDL (Lipoprotein berketumpatan tinggi) pula dianggap ‘kolesteral baik’ kerana ia memindahkan kolesteral berlebihan dari sel tubuh ke hati untuk dibuang. Contoh makanan kolestral tinggi ialah telor ayam, organ dalaman haiwan, makanan laut, makanan asal susu, ayam dan ikan.
AMALAN MAKANAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.
Manusia makan untuk hidup bukan hidup untuk makan, ini bermakna makan merupakan satu keperluan bukan untuk tujuan hidup, Islam bagitu perihatin tentang amalan pemakanan penganutnya. Amalan pemakanan yang dilakukan dengan  betul bukan sekadar memenuhi keperluan fisiologi  tetapi merupakan satu ibadah. Islam mengajar amalan makanan dan pemakanan bermula dari punca dan sumber makanan, kebersihan makanan, cara memasak, menghidang, memakan dan membuang sisa makanan. Semua ini diambil kira sebagai amalan dan kesolehan seseorang. Perkara ini dijelaskan  Allah s.w.t yang berfirman bermaksud:
“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah rezekikan kepada kamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya .’
                                                                        ( al-Ma’idah, ayat 88 )
Hai Rasul-Rasul makanah makanan yang baik dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
                                                                               ( al-Mu’minum. Ayat 51)
Pemakanan mengikut perspektif Islam untuk menjaga kesihatan, kerana tubuh yang sihat dapat beribadat kepada Allah dengan sebaik mungkin. Oleh itu kita tidak akan makan dan minum sesuatu yang bernilai baik dan halal. Ini membuktikan ketaatan mereka kepada Allah kerana Dia memerentah kepada kaum muslim untuk berbuat demikian. Sebagaimana maksud firmat Allah s.w.t.
“Wahai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepada mu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.”
                                                                        ( Al Baqarah (2) ; 172 )
Allah memerentah hamba-Nya beriman untuk memakan makanan yang baik dari rezeki yang diberikan. Memakan makanan yang halal menyebabkan ibadah dan doa kita diterima. Jika memakan makanan haram menyebabkan amal ibadah kita di tolak dan doa terhalang. Allah akan menerima kebersihan makanan dimakan seseorang. Orang muslim makan makanan yang halal tidak terdapat najis dan kotoran kerana niatnya untuk beribadah kepada Allah. Makanan akan menjadi haram dari dua perkara iaitu haram kerana zatnya dan haram cara memperolehinya. Islam mengajar kita tidak mengharamkan makanan yang baik yang telah di halalkan oleh Allah sebagai rezeki dengan syarat  tidak berlebihan dalam memakan makanan tersebut dan mengutamakan aspek keseimbangan unsur-unsur makanan yang diperlukan oleh tubuh.
            Rasullah  bersabda ertinya....
Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah dari mukmin yang lemah”
                                                                        ( HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Makanan yang seimbang adalah makanan yang ideal, baik kuantiti mahupun kualiti. Al Quran telah mengariskan dasar yang jelas dan bijak dalam hal pemakanan ini. Nabi Muhammas s.a.w. telah mengukuhkan dasar tersebut sambil memberi beberapa ketentuan dan peratuan bagi menjamin setiap muslim mengambil makanan yang sempurna, seimbang segi jasmani dan rohani. Syariat islam menganjur untuk makan makanan yang beranika ragam dan seimbang yang sangat diperlukan untuk kesihatan dan kehidupan yang baik. Benar apa yang disabdakan oleh Rasullah s.a.w yang maksunya:
Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada mukmin yang lemah”
                                                                        (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Kajian banyak dilakukan untuk menentukan jenis makanan dan nutrien yang sesuai  dan yang diperlukan oleh seseorang untuk kesihatan tubuh badan, keadaan dan lingkungan usia. Allah s.w.t telah mengajar manusia tidak mengharamkan makanan yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah s.w.t.
            Allah berfirman dengan maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang telah kami berikan kepada kamu dan bersykurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah”
                                                                        (Al-Baqarah; 172.)
Islam menganjurkan umatnya untuk tidak makan makanan dengan tidak berlebihan dan juga tidak terlalu kedekut hanya makan satu jenis makanan saja dalam satu hidangan.
Firman Allah s.w.t  dengan maksudnya:
“Makan dan minumlah, tapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan.”
                                                                        ( Al-A’arf: 31)
“Makanlah antara rezeki yang baik yang telah kami berikan kepadamu dan janganlah melampau batas kepadanya yang menyebabkan kemurkaan-Ku menmimpa-Ku meimpa-Mu.  Danm barang siapa ditimpa oleh kemurkaan-ku, maka sesungguhnya binasalah ia”
                                                                                    ( Taha, ayat 81)
Salah satu ciri makanan yang sihat ialah kalori yang terkawal. Kelori yang terkawal tercapai melalui tabiat makan yang sederhana dan tidak berlebihan.
            Rasullah s.a.w. bersabda bermaksud:
Tidak dipenuhkan oleh seseorang manusia akan karungnya, yang lebih jahat dari perutnya. mencukupilah bagi nak Adam itu beberapa suap yang menegakkan sulbinya untuk beribadat . Kalau tidak diperbuatanya yang demikian, maka sepertiga makanan dan sepertiga minuman serta sepertiga udara”
                                                                        ( Sir-al-Salikin, Jld 2 hlm 3.)
“ Makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang dan makanan untuk empat orang  untuk lapan orang”
                                                                        ( Sahih muslim. Jil 3 hlm 1136)
Rasullah s.a.w juga menganjur supaya kita makan apabila kita lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Rasullah berlapar kerana denganya ia dapat bersabar dan Rasullah makan keran belia dapat bersyukur.Terlalu kenyang akan menggelorakan nafsu akibat penyakit pada tubuh dan kesanya mengurangkan atau menganggu ibadat. Kita dinasihatkan menjaga perut dari berkerja berlebihan. Rasullah menasihat kita berhenti makan sebelum kenyang krana perbuatan itu berkaitan dengan nafsu makan yang berlebihan bukan kepada keperluan atau asas fisiologi.  Makan  berlebihan tampa mengikut peraturan pemakanan dan zat pemakanan dikaitkan dengan penyakit kronik
Dalam amalan makanan menurut prespektif islam kita dingatkan supaya bersyukur dan mengingat Allah yang menganugerahkan nikmat kepada manusia. Baginda bersabda bermasud: “ Segala puji kepada Allah yang memberikanNya makanan dan minuman, memudahkannya menelan dan mengeluarkannya.(Abu Ayub r.a). “ Seseorang yang makan dan bersyukur adalah sebagaimana seseorang yang berpuasa dan bersabar menyempurnanya”. (  Abu Hurairah.r.a.).
ETIKA MAKAN RASULLAH
Semua perkataan dan perbuatan Rasullah merupakan sebahagian daripada keimanan kita Antara sunnah Baginda yang sangat baik untuk kita ikuti ialah etika baginda makan. Perkara ini mungkin diangap remeh tapi kita perlu membiasakan siri sebagai sunnah Rasullah.
1          Rasullah meletakkan makanannya di atas lantai dan baginda  tidak pernah  makan atas meja. 
            “Rasullah tidak pernah makan atas meja “ (Al Bukhari)
2          Menerima makanan yang ada. Jika Rasullah tertarik makanan yang telah disajikan, maka baginda akan menjamahnya. Tapi jika baginda kurang gemari baginda akan meninggalkan tampa menghinanya,
            “ Rasullah tidak pernah sekali pun  mencela makanan, jika baginda berselera baginda akan memakannya dan jika baginda tidak tertarik baginda akan tinggalkanya” (Abu Dawud)
3          Baginda makan dengan tiga jari tangan kanan. Tujuan untuk mengecilkan suapan, menguyah dengan baik. baginda akan makan dari makanan yang berada di bahagian tepi, bukannya dari bahagian tengah.
            Keberkatan itu turun  di tengah makanan, maka makanlah dai pinggirnya dan jangan dari tengah”.  (HR.Abu Daud .dan  Tarmizi)
4          Baginda tidak pernah meniup makanan dan minuman yang masih panas dan lebih selesa menunggu hingga sejuk, barulah memakan atau memi numnya. Baginda juga tidak bernafas dalam gelas ketika minum. Rasullah melarang bernafas atau meniup di dalam minuman sebagaiman hadis  riwayat Ibnu Abbas dan Tarmizi.
5          Menunjukkan rasa syukur. Rasullah menerima makanan sedia ada tampa menghina makanan tersebut menunjukkan kita bersyukur kepada Allah. Jika kita tidak menjamah makanan dan menghina pula makanan tersebut menunjukkan perbuatan tersebut mengkufur nikmat Allah. Apabila makanan telah tersedia, makan dengan ikhlas hati ia bukti syukur kita pada nikmat dan rezeki dari Allah sebagaimana maksud firman Allah s.w.t
            Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan; Jika kamu bersyukur pasti kami akan menembah (Nikmat) kepada kamu dan jika kamu mengingkari (Nikmat-Ku) sesungguhnya azab-Ku pedih”.
                                                                                    (Ibrahim 14: 7)
6.         Baginda mengakhiri makan dengan memuji Allah.
            Barang siapa memakan makanan dan berkata.” Segala puji bagi Allah yang memberi makanan ini kepadaku dan memberikanya kepadaku tampa daya dan usaha dariku. maka dosa masa lalunya diampuni.”
                                                                                    (HR. Al Tarmizi)
7          Rasullah berdoa sebelum dan sesudah makan. Perbuatan ini sangat mulia disisi Allah. Amalan doa merupakan amalan yang sangat mulia. Dengan mengucap doa kepada Allah akan menjadikan kita manusia sebagai  orang yang mengerjakan amal yang mulia. Jika tergolong dalam amal mulia, maka balasannya bagi diri kita keberkatan dan pahla dari Allah.
            Nabi bersabda maksudnya:
            “ Tidak ada sesustu yang lebih mulia bagi Allah melaiankan doa.””
                                                                                    (HR. Asl Tarmizi)
8.         Mencuci tangan tangan sebelum dan sesudah makan. Sabda nabi bermaksud:
            Barang siapa tertidur sedangkan kedua belah tangannya terdapat gajih (lemak), lalu ketika bangun bagi dia sudah memderita sejenis penyakit, maka hendaklah ia tidak mencela, kecuali dirinya sendiri”.
9.         Mendahului makan buah-buahan sebelum makan daging sebgai usaha untuk mengikut apa yang dilakukan oleh para penghuni syurga.
            “ Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka ingikan.”
                                                                        (Al-Wagi’ah:20.30)
10.       Disunatkan mencuci mulut sebalum dan selepas makan. perkara ini dimaksudkan mencuci gigi dari sisa-sisa makanan dan bekteria. Salah satu satu perkara yaang dijaga kebersihannya oleh Islam ialah  mulut iaitu dengan berkumur.
            Sabda nabi ertinya:
            “ Apabila berwudut, hendaklah kamu berkumur”
                                                                        (HR Abu Daud).
            “ Berkumurlah kamu setelah minum susu, kerana didalamnya ia mengandungi lemak
                                                                        ( HR.Ibnu Majah)
            “ Bersiwak itu dapat membersihkan mulut dan sangat disukai oleh Allah”
                                    (HR. Bukhari, Ibnu Majah, Nasa’i Ahmaf dan ad-Darani)

TATACARA PEMAKANAN SIHAT RASULLAH SAW..
Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya. Rasulullah SAW mengelakkan minuman susu bersama makanan berprotin dan melarang memakan campuran pelbagai jenis daging. Baginda SAW lebih banyak mengambil bijirin, sayuran dan buah-buahan kerana corak pemakanan sebagini adalah sihat dan berkhasiat seperti juga yang disarankan oleh pakar nutrisi pada hari ini. Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang. Rasullulah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari. Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah SAW agar sentiasa sihat dan tidak mengalami sakit perut ataupun keracunan makanan.
 Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
 1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu, dikuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
 2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka,
Cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
 3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.
4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tomyam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi,  ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.
 5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat,
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat  jadi kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak.
 6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda: “Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”. Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser. Al-Hakam Bin Uyainah berkata: “Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”
 7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, “Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”. Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, ” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.
8. Buah tamar sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut. Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata, “Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.
9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.
 10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.
 11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia menghindar daripada segala penyakit. “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan” – (An-Nahl: 68-69).
12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
Cara Rasulla SAW dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan. Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
 13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW: maksunya.  Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“ Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).
 14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan. 
15. Baca Bismillah dan berdoa sebelum dan setelah makan.
Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.  Doa sebelum makan; “Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.” Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)
 16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).  “Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404). Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkati.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
 17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.
 18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersabda; “Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”
 19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma zat-zat makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita. Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga. Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam  untuk beribadat.
 20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan.  Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”. Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.
 21. Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat. Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.
 22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.  Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyempurnaan ibadah yang bermutu.
PENUTUP
Pemaknan menurut  prespektif dalam islam  dan merujuk kepada sunnah dalam rangka kehidupaan yang diajar oleh Rasullah merupakan langkah yang tepat menjadikan diri kita sihat secara fizikal, mental dan ruhiyah. Rasullah merupakan teladan setiap proses kehidupan yetutama dari penjagaan kesihatan dan pemakanan kerana perbuatan baginda mempunyai hikmah yang tersendiri. Kunci kesihatan Rasullah berada ditangan kita. Kesihatan adalah pilihan kita . Kepandaian kita segi pemilihan pemakanan dan amalan kesihatan menentukan pelbagai perkara tentang kehidupan kita. Kita kadangkala kerana kurang pengetahuan dan pendedahan cara yang betul segi amalan pemakanan terutama mengikut sunnah Rasullah kita tidak peduli amalan buruk yang kita lakukan.Merujuk kepada sunnah dalam kehidupan dan apa yang dijar oleh Rasullah merupakan langkah yang terbukti menjadikan diri kita sihat secara fizikal, mental dan rohani.
Sekiranya kita menjalani kehidupan menurut hukum-hukum yang diperentahkan oleh Allah SWT makan terpelihara Sunnah-sunnah Tuhan yang wujud pada diri kita. Pentingkan penjagaan pemaknan dan kesihatan dalam islam kerana ia berkaitan dengan kualiti kehidupan dan juga soal menunaikan segala ibadah terhadap Allah SWT. Kesihatan itu modal hidup yang penting kerana setiap amanah atau kewajipan hanya dapat dilaksanakan dengan sempurna jika tubuh kita sihat. Kepatuhan kita kepada Allah S.W.T termasuklah kewajipan manusia memelihara  tubuh ia agar sentiasa sihat keran setiap sesuatu yang dimiliki manusia itu merupakan amanah belaka . Memelihara tubuh agar sentiasa sihat dengan cara hidup dan amalan pemakanan mengikut cara prespektif islam merpakan amanah kerana tubah badan itu adalah amanah Allah SWT.Kesihatan tidak akan tercapai jika kita tidak mengerti akan Sunnah-sunnah yang berkaitan dengan peraturan dan ilmu kesihatan.Usaha menjaga kesihatan itu tidak cukup sekadar mengetahui hukum syarak yang berkatan dengan peraturan kesihatan, kebersihan dan pemakanan, tapi penetian  ilmu biologi, fisiologi, pemakanan  mustahah  diketahui. Kefahaman kita tentang ilmu ini akan dapat menyedarkan kita akan wujudnya hukum sunatullah yang mengatur sistem tubuh badan kita. Kesihatan manusia dan kesejahteraan amat bergantung kepada kefahaman kita hukum Sunatullah. Senaman, makanan yang teratur, serta cara berfikir yang betul adalah kaedah semulajadi mencegah penyakit,  Amalah-amalan Sunnah Rasullah , etika makan mengikut islam, merupakan amalan yang wajip dipatuhan kerana terbukti hikmanya segi penjagaan kesihatan.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sadikitpun tetapi manusia itulah yang menganiaya diri mereka sendiri ”
                                                                                    (Yunus : 44)
            Sabda nabi saw yang berikut bermaksud;
            “ Sesunggahnya tubuh kamu memiliki hak yang harus kamu penuhi
                                                                                    (HR. Bukhari. Amad dan Nasa’i)
            “ Berusaha  untuk melakukan perkara yang bermanfaat bagi kamu”
                                                                                    (HR. Muslim, Ibnu Majah dan Ahman)
            “ Manfatkan kesempatan sihat kamu untuk (manghadapi) masa sakit kamu”
                                                                                    (HR. Bukhari)









 RUJUKAN

Abdullah al Farug   (2012). Mengapa Rasullah Tidak Mudah Sakit. Selangor. Kemilau  
            Publika. Sdn.

Abdullah Al Qari ( 2007). Mari Berubat Dengan Al Qauran. Kuala Lumpur. Al Risalah
            Product Sdn.Bhd.

Abdul Basit muhammad Al-Sayyid. (2012). Cara Nabi s.a.w Berubat Dan mencegah
            Penyakit. Selangor. Berlian Publication Sdn.Bhd.

Hamzah Raden Anwar  ( 2009). Cara Makan Rasullah (SAW). Makanan Sihat Dan
            Berkualiti. Kuala Lumpur. Al- Hidayah Publication.

Irwan Shah.  (2008) . Panduan menjaga Kesihatan Fizikal dan mental. Selangor.
            Darul Iman Sdn.Bhd.

Lukman Hakim. (2002). Tip penjagaan makanan Dan Kesihatan.Kuaala Lumpur.
            Al- Hidayah Publishers.

Mohd. Hamin Rajikan  ( 2003). Pemakanan Dan Kesihatan. Kuala Lumpur. Dewan.
            Bahasa dan Pustaka.

Sam Rahmat (2001). Amalan Hidup Sihat. Kuala Lumpur. Percetakan Dewan Bahasa
            Pustaka.


1 comment: