Wednesday 3 August 2011

Penghayatan Bulan Gaya Hidup Sihat

Oleh: Mohd.Yazid Deraman-Ketua Jabatan PJK
(Hari kualiti Kualiti IPG Kota Bharu 2hb Ogos 2009)

Berhubung dengan pelancaran bulan kecegasan Kementerian  Pendidikan  Malaysia pada Julai 2009. Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan mengambil usaha proaktif menterjemahkan hasrat Kementerian Pendidikan Malayasia, menjadikan bulan Ogos ini sebagai bulan penghayatan gaya hidup sihat bagi semua warga IPGM KB.., Bermula pada 2hb Ogos ini sehingga 22hb Ogos 2009 Jabatan PJK merancang pelbagai usaha untuk memberi kesedaran kepada warga IPGM KB tentang kepentingan menjaga kesihatan dan kepentingan untuk mengekalkan tahap kecergasan. Dalam bulan ini iaitu sebelum menjelang Ramadhan adalah diharapkan semua waga IPKB menyahut seruan yang baik, supaya ramadhan pada tahun ini menjanjikan kita dalam keadaan  sihat dan walafiat, sejahtra , bahagian dan dapat melaksanakan ibadah sepanjang Ramadhan dengan penuh keberkatan dan semangat yang tinggi semuga kita warga IPGMKB mendapat gajaran yang dijanjikan pada setiap detik di bulan Ramadhan.

Sebaik doktor adalah badan kita sendiri, itulah satu pegangan yang kami cadangkan dalam usaha mengamalkan kehidupan yang sihat dan sempurna. Jika kita menjaga  badan dengan sempurna , maka badan kita sendiri akan menjaga kesihatan kita. Pada zaman dulu masyarakat terbelanggu dengan dengan kekurangan zat makanan atau kekurangan  nutrisi dan masalah penyakit berjangkit, tetapi zaman moden  ini ,masalah utama melanda dengan masyarakat ilah ketidakseimbangan nutrisi dan serangan penyakit akibat lebihan zat makan akibat kehidupan yang mewah dan gaya hidup sedentary,  Penyakit biasanya menyerang masyarakat zaman kemajuan ini seperti ,kenser,penyakit jantung ,obesity ,diabetis dan sebagainya

Mangikut kajian pada 40 tahun adalah tempoh yang ketara pelbagai penyakit dikesan. Jika dalam usia ini anda sihat dan cergas, anda boleh menikmati  kehidupan yang sempurna  dalam usia yang lanjut, InsAllah mudah mudahan .Jika ada ada masalah kesihatan masih tidak terlambat untuk mengambil langkah pencegahan mengatasinya. Masslah utama kesihatan masyarakat kita ialah kerana tidak mengamalkan gaya hidup sihat , kurang kesedaran dalam penjagaan kesihatan dan keserhanaan dalam kehidupan. Gaya hidup yang berlebihan tampa  pengetahuan penjagaan kesihatan akan memberi takanan dan kesanya timbul pelbagai penyakit.

Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat serta melakukan aktiviti fizikal yang kerap.Kesihatan jasmani yang baik juga memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantab. Kesihatan mental yang baik mempamirkan bahawa seseorang mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi dengan bijaksana dan bebas dari ganguan mental. Manakala kesihatan sosial ialah individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan perhubungan antara satu sama laian.

Kesihatan merupakan satu kekayaan, Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang tinggi darjatnya.Akal yang dianugerakan kepada manusia mampu mengenali dan mendalami ilmu penjagaan kesihatan. Sudah sampai masanya dan  bulan Ogos ini bulan kesedaran penghayatan gaya hidup sihat dalam aspek  penjagaan kesihatan misti dijadikan amalan yang penting dalam kehidupan kita,

 Gaya hidup yang sihat ialah penjagaan kesimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengekalkan pelbagai serangan penyakit zaman moden dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan dengan kekal sihat dan teratur. Pemakanan juga penentu kepada tahap kesihatan setiap wagra IPKB. Amalan makan secara sihat seperti pengambilan makanan berdasarkan kepada piramid makanan adalah faktor penting penjagaan kesihatan. Penglibatan dalam aktiviti kecergasan seperti berjoging, bersenam dapat membantu mengawal dan menurun berat badan Aktiviti seperti berbasikal, berjalan kaki, senamrobik, riadh waktu petang boleh membantu membakar kelori berlebihan dan menurun berat badan. 300 kelori boleh dibakar dalam 30 minit, oleh ltu kita digalakkan meluangkan masa 30 minit, 3 kalai seminggu melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan, berjalan pantas, berlari,berkebun, naik tangga dan bermain permainan secara aktif. Melakukan akativiti secara berkala boleh meningkatkan tahap kesihatan kesan bukan pada fizikal tapi pada psikologi dan emosi. Feadahnya boleh meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sisitem pengedaran darah serta menguatkan otot jantung dan membantu mengawal tekanan darah tinggi.

Pada pagi  ini satu ceramah kesihatan olah Pegawai Kesihatan di dewan wawasan. Pada petang ini , bermula jam 4.30 petang hingga 5.30 petang senamrobik akan diadakan di daratan ini, terbuka untuk semua pensyarah dan staf sokongan secara percuma. Senamrobik akan diadakan 2 kali seminggu iaitu hari bermula jam 4.30 petang pada setiap hari Ahad dan Selasa sehingga minggu akhir cuti semester ini. Pada 9hb Ogos 2009, Jabatan dengan kerjasama bahagian Pendidikan Kesihatan  Negeri Kelantan,Hospital Raja Purumpuan Zainab Kota Bharu akan mengadakan pamiran kesihatan, Pemereksaan kesihatan dan kauseling kesihatan dan penjagaanya. Pada masa yang sama jam 8.00 pagi semua pensyarah, guru pelatih di kehendaki berada di dewan wawasan untuk majlis pelancaran oleh Pengarah dan satu ceramah kesihatan dari pakar yang didatangkan khas untuk warga IPGM KB. Pada bulan Jun hingga Ogos 3 bulan berterusan , setiap jam 5.00 petang, pelajar major PJ menganjur karnival sukan terbuka untuk pensyarah, staf sokongan dan pelajar IPGM. Pertandingan seperti Futsal, badminton, bola tampar, Takraw, bola jaring, Tahniah pada pensyarah staf sokongan yang mengambil bahagian terutama badminton yang mendapat sambutan hangat. Futsal pednyertaan 50 pasukan Lelaki dan 15 pasukan perumpuan mengambil bahagian. Dalam 3 bulan ini kami berjaya mengerakan warga pelajar berriadah waktu petang, saya merasa seronok sekalan setiap petang semua sudup padang dan gelanggang IPKB pelajar-peklar kita beriadah. Inilah amalan baik untk gaya hidup sihat semuga ia akan menjadi amalan yang berterusan.

Antara altiviti akan dilaksanaka dalam bulan pengahayan gaya hidup sihat
Ialah:-
  1. Karnival permianan bawah program riadah Waktu petang- Bula Julai hingga Ogos ini- Permainan- Fursal, Bola Sepak, Badminton, Bola Jaring, Bola Tampar & Takraw.
  2. Pada 9,8.2009.Pada 9,8.2009. Perhimpunaqn rasmi Pensdyarah di Dewan Wawasan-Pelacaran Bualanenghayatan Gaya Hidup Sihat/- Aktiviti adalah
    1. Pelancaran Buletin SIHAT PJ jabatan PJK
    2. Pelancaran Blog PJ.
    3. Ceramah Gaya Hidup Sihat  oleh pakar kesihatan dari HUSM -.
    4. Pemiran kesihatan oleh- Bahagian Pendidikan Kesihatan Kota Bharu
    5. Pemereksaan kesihatan dan kauseling Gaya Hidup sihat -oleh Hospital Raja Perumpuan Zainab Kota Bharu-.
    6. Ujian SEGAK – 4 komponem kekuatan-Mencari juara Pensyarah & Staf sokongan dan Pelaja
    7. Hari Bertemu pelanggang Pensyarah jabatan PJK  dengan Staf, Pensyarah dan Pelajar.
Semua pensyarah dan staf sokongan wajid hadir untuk pemereksaan kesihatan, Satu rekod status kesihatan akan disimpan oleh Jabatan satu kajian dan tindakan sususan oleh Pihak Hospotal

  1. Senamrobik oleh Persatuan Kecergasan Jasmani Kelantan –Setiap hari Ahad & Selasa Jam 4.30 petang di dataran Pejabat.


 Dalam bulan ini iaitu sebelum menjelang Ramadhan adalah diharapkan semua warga IPKB menyahut seruan yang baik utnk mengamalkan gaya hidup sihat,, supaya ramadhan pada tahun ini menjanjikan kita dalam keadaan  sihat dan walafiat, sejahtra , bahagian dan dapat melaksanakan ibadah  dengan penuh keberkatan dan semangat yang tinggi semuga kita warga IPGMKB mendapat gajaran yang dijanjikan pada setiap detik di bulan Ramadhan.

Pada pagi merupakan hari kualiti Warga IPKB yang kita sambut dan hanya setiap bulan. Kualiti sesuatu yang amat diperlukan dalam kehidupan seseorang. Walaupun seseorang itu mungkin tidak berkuliti dalam amalan kesihatanya atau aktiviti hidupnya tapi apabila ia mengkehendakinya ia mengharap yang berkualiti. Kualiti merupakan sifat insan terpuji.

Sebagai Khalifsh Allah dimuka bumi, manusia ini telah diamanahkan oleh Allah SWT untuk melakukan segala perentahnya, berlaku amar makruf dan menjauhi segala mungkar. Ini disimpukan dalam Firman Allah SWT dalam Quran bermaksud..............

Tidaklah aku jadikan jin dan manusia, melainkan hanyalah untuk mengabdikan dari kepadaku- (Adzv- Dzariyaat;56)

Ayat ini  jelas bahawa tujuan manusia itu untuk beribadah terhadap Allah S.W.T dalam segala bidang hidupnya agar tercipta kesentosaan hidup didunia ini. Sebab itu Islam mengutamakan kesihatan umatnya, sebab sempurrna atau tidak seseorang itu melaksanakan perentahnya bergantung kepada tahap kesihatanya,

Untuk menjalani kehidupan yang baik, bersih dan murni serta yang diredai oleh Allah SWT sendiri berfirman yang bermaksud..........

kami jadikan manusia selalu dalan kesukaran perjuangan- Al-Mulk 2

Hai manusia, Sesungguhnya kamu misti berkerja keras menuju Tuhanmu, maka barulah kamu akan dapat menemuinya.....

Ini beberapa ayat Quran yang terang-terang yang menunjukkan kepada kita hidup di dunia bukan saja belayar dilaut yang tenang bahkan penuh dengan kesukaran, cubaan dan masalah. Semua orang tahu , iblis dan syaitan telah mendapat mandat sepenuhnya dari Allah SWT untuk menyesatkan anak adam sepanjang masa dan tempat. Apakah satu satu modal yang teguh buat mengharumi kehidupan  yang penuh dengan masalah selain..... dari diri yang sihat  sihat segi fizikal , rohani dan jasmani.

Jika kita membicarakan kecermerlangan dan kualiti, berk,aitan dengan manusia dan kemanusiaan, dan semua kita inginkan kebahagiaan dalan kehidupan ini, maka kita misti mengerti apakah konsep  falsafah kebahagiaan. Apakah ertinya diri kita berkualiti sekiranya kita tidak bahagia atau tidak sihat?. Apakah ertinya kita menyebut keluarga berkualiti sekiranya tidak kebahagiaan. Apakah ertinya kita sebagai pensyaarah siang malam mencari rezeki, menambah kekayaan dengan pelbagai pangkat dan DG tapi tidak bahagia. Maka kualiti munusia hakikatnya bukan kebendaan, kedudukan, pangkat kemewahan tapi ia lebih bersifat dalaman yang boleh membahagiakan, mendamaikan, memberi ketenangan pada diri, inilah kualiti yang hakiki, hidup sihat dan bahagia yang tidak boleh ditukar dan di berli dengan wang dan ringgit.

Kualiti dan kecermerlangan bermula dari kita, Apa yang kita lakukan hari ini lakukan dengan berkualiti,Hanya insan yang berkualiti mampu manghasilkan keluaran dan perkhidmatan yang cemerlang. Kita misti berusaha untuk membezakan  dua perkara matlamat yang ingin kita capai dengan natijah  yang kita dapat rasai.. matlamat merupakan sasaran segala hasil kerja yang kita capai dan selesaikan tugas. Sedangkan keseronokan berkerja dan kebahagiaan sebahagian natijah hasil pengorbananan ,kerja keras penat lelah yang kita lakukan. Ia bukan kebendaan tapi kepuasan hati bertugas. Jika kita ingin berjaya dan cemerlang maka kita menanam tabiat membuat kerja lebih dari apa yang dibayar. Akhirnya InsyaAllah kita akan dibayar lebih dari apa yang kita kerjakan. Ganjaran nati lebih dari gaji dan DG yang kita dapat.ini dinamankan the low increasing returns (Hukum timbalas).Hukumya berapa banyak usaha yang kita curahkan dalam kehidupan kita, maka sebanyak itulah yang kita dapat balik.Kita semua kakitangan misti mempunyai elemen atau unsur atau cintakan kerja yang kita buat, in love with what we doing. Dengan perasaan minat, suka dan cintakan kerja, sesorang akan dapat menunjukkan dan melakukan kerja dengan cemerlang, cekap,berkualiti serta


Oleh
MOHD.YAZID BIN DERAMAN
Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan




No comments:

Post a Comment