Wednesday 3 August 2011

Pelancaran logo IPG

PELANCARAN LOGO.MISI DAN VISI IPGM PERINGKAT IPGKKB
(Mohd.Yazid Deraman, Jabatan PJK. Jabatan Bertugas)

Ybr En HashimDeraman. Pangarah IPGKKB.
Ybr Dr Mohd Aziz Mohd Din ,Pemangku Tim Pegrh
Ketua Jabatan./Ketua Unit/Pensyarah Kanan/Pensyarah /PEK / Staf sokongan /JK perwakilan pelajar
Bakal-bakal guru yang dirahmati Allah.
Assalaimulaikum,salam satu Malaysia dan selamat sejahtera.
Pada minggu lepas perhimpunan rasmi penutupan minggu orentasi  dan memperkenalkan pensyarah kepada pelajar telah sempurna dilaksanakan.
Dan pada pagi ini kita, kita berkumpul semula secara rasmi untuk satu majlis yang sangat penting dan bersejarah dalam kelender  IPG KKB tahun 2010. ia itu majlis pelancaran logo IPG KPM secara rasminya pagi ini.
Perlu saya ingatkan pada majlis pagi ini, pada 25hb Julai ini ,sekali lagi kita akan berkumpul  didewan wawasan untuk satu  majlis rasmi iaitu menyambut perayaan hari guru peringkat IPG Kampus Kota Bharu.
Jabatan PJK pada bulan Julai merupakan jabatan bertugas. perancangan awal sepatutnya pada pagi ialah ialah majlis sambuatan perayaan hari guru bersama pelancaran rasmi logo IPG KPM.
Tapi kita terpaksa mengubah perancangan disaat-saat terakhir kerana Pengarah hanya dapat bersama kita pada 25hb Julai di masa sambutan perayaan hari guru.
Beliau telah memberi mandat supaya perhimpunan pagi ini di teruskan dengan pelacaran logo IPG dan memperkenalkan Visi dan misi IPG KPM.
Bagi pihak jabatan bertugas,terima kasih diucapkan kepada Pemangku Timbalan Pengarah kerana sudi  hadir mewakili Pangarah ke majlis pelancaran hari ini, Terima kasih juga kepada Dr Abdullah Yusof Ketua jabatan Pendidikan Khas  atas ceramah penghayatkan halatuju IPG KMP yang akan mengupas Misi dan Visi dan halatuju IPG KPM.
Semua Pengarah, Timbalan Pengarah telah pun menhadri kursus dan diberikan pendedahan halatuju IPG
 Ketua ketua jabatan dalam cuti baru ini telah dipanggil oleh Rektor selama 5 hari semata-mata untuk diberi kefahaman dan memastikan halatuju IPG jelas di fahami, dihayati dan dijadikan amalan dalam pengurusan pentadbiran di Kampus masing-masing.
Semua warga IPG Kampus IPG Kota Bharu yang berada dalam dewan akan diberikan pendedahan, Setiap orang baik pekerja pensyarah dan pelajar  misti tahu dan faham Visi, Misi dan halatuju  IPG  fampa keraguan lagi , Apabila di audit atau ditanya olah Pegawai MQA, maka jawapan diperlukan , misti se ia sekata senada,senada seirama Kita tidak mahu ada perbezaan  kefahaman dalam menterjemah visi dan misi, halatuju IPG KPM

Pada hari ini kita merasa bangga  memperkenalkan secara rasmi  logo IPG KPM dan untuk digunakan secara rami IPG Induk iaitu IPG, KPM di Ciberjaya  dan 27 IPG seluruh Malaysia. Semua IPG akan menggunakan satu logo, menggunakan visi, dan misi yang sama.. Peta strategic ini dinamakan plan strategic 2010-2014 Institut Pendidikan Guru yang diselaraskan dengan MIsi dan Visi KPM.
IPG sebenarnya unit tetapi mempunyai kekuatan tersendiri. Sejarah telah menyaksikan IPG yang dulunya melahirkan guru peringkat sijil,namum kini telah pada tahap memiliki Ijazah pertama pada tahun ini.
Semua warga IPG misti sedar. kedudukan ini IPG kini berada pada kedudukan peralihan sebagai sebuah intitusi setaraf IPT. 
Untuk memastikan hasrat peralihan tercapai dan menjadi reality satu petanda aras misti kita bena bersama terutama di kampus Kota Bharu ini.
Saya masih ingat kata-kata Rector dan Timbalanya semasa berkursus bersama ,katanya  disuatu masa nanti jika kita nak cari guru yang hebat atau orang memperkatakan segala kehebatan guru, itulah guru dasri IPG bukan.IPT. Jika nak cari guru yang hebat carilah di IPG.Jika ada guru yang mencipta nama dan mengharum nama Malaysia itulah guru yang dihasilkan oleh IPG bukan IPT.
Anak-anak saya dibawah bakal bakal guru masa hadapan akan  mewarna kehebatan IPG nanti. IPG Kampus kota Bharu tercatat kebangaan jika ada menjagi guru namanya harum bagai kasturi. IPG Kampus Kota Bharu akan dicari-cari sebagai IPG terunggul melahir guru yang berkualiti dan terbilang di sekolah  nanti,  
Maka orang akan melihat siapa yang mendidik dan menghasilkan guru yang terbilang ini, maka tidak yang lain pensyarah-pensyarah yang dihadapan saya ,di dalam dewan wawasan  ini ,mereka  pensyarah  yang bitara sebagai pendidik guru terbilang.
Satu tepukan kita  berikan sebagai penghormatan mahaguru kita ini.
Akhirnya saya berharap program pada hari ini dapat dihayati sepenuhnya. Misi dan visi amat perlu difahami sebelum ia diterjemah kapada tindakan yang strategic.
Visi IPG ialah peneraju kecermerlangan pendidikan guru.
Misi ialah Institut  Pendidikan Guru melahirkan guru yang kompotem dan berjiwa pendidik melalui program pembengunan guru yang dinamik kea rah pendidikan sekolah bertaraf dunia.
Kita berharap dan berdoa supaya diberi kekuatan kepada kepimpinan IPG , pensyarahnya dan anak didiknya agar IPG menjadi satu-satu intitusi di Malaysia yang melaksana program di aktiraf kualitinya.agar guru di IPG dilahirkan disuatu masa nanti adalah guru yang releven dengan tuntutan semasa, guru dilahirkan mampu menghadapi cabaran dan bersaing dalam dunia pendidikan yang mencabar.

Sekian wassalaimulaikum …….

Ketua Jabatan PJK IPG KKB.





No comments:

Post a Comment