Wednesday 12 October 2011

FAKTA-FAKTA PENTING MENGENAI KEGEMUKAN/OBES

  1. Tidak semua orang gemuk makan lebih daripada jumlah yang dimakan oleh individu yang berat tubuhnya normal.
  2. Di Malaysia kegemukan penyakit orang kaya, tahun 2020, 10% rakyat Malaysia obes.
  3. Nilai jumlah berat lemak dengan berat tubuh lelaki 12-18% dan perumpuan 18-24%. Jika lelaki lebih 20% dan perumpuan  30% maka ia dianggap obes.
  4. Yang pasti orang yang akan jadi gemuk makan lebih daripada yang diperlukan oleh tubuhnya.
  5. Kalori yang berlebihan walaupun sadikit tetapi jika terkumpul ia akan tertimbun sebagai lemak
  6. Lemak terkumpul lelaki pada dada dan abdomen, tetapi orang perempuan pada lengan atas,pinggul, pinggang dan paha.
  7. Jika seseorang memilih berjalan  kaki 15 minit ia membakar 15 kcal, jika ia memandu kereta ia memandu 15 kcl setiap hari, jika 4 tahun endapan lemak dalam badannya ialah 10kg.
  8. Kegemukan berlaku pada lelaki dan perumpuan , lebih kerap pada perumpuan.
  9. Perumpuan melahir anak atau menopause barat badan bertambah 4-5 kg, ini lumrah kerana sumber makanan atau tenaga diperlukan pembentukan makanan berupa susu untuk bayi. Berat ini akan kekal atau bertambah jika tidak amalkan gaya hidup sihat dan aktif.
  10. Kegemukan berkaitan faktor luar (eksogenus) peningkatan jumlah makanan dan kalori dan faktor dalam (endogenus) berkaitan masaalah penyakit.
  11. Kegemukan bermula kanak-kanak 10 tahun ada kaitan dengan keturunan atau pengambilan kalori berlebihan
  12. Kanak-kanak yang gemuk cenderung menjadi individu yang gemuk apabila mereka mencapai usia dewasa.
  13. 80% Kegemukan seterusnya usia dewasa tenaga digunakan selaras dengan pemakanan diamalkan.
  14. Kegemukan berkaitan dengan resiko hayat yang pendek, sakit jantung, strok, batu karang hampedu, ganguan pernafasan dan osteogenenesis
  15. Kegemukan dapat dikurangkan melalui pengurangan pengambilan kalori, pembetulan tabiat makan, bersenam dan pengambilan ubat tertentu.
  16. Berjalan 36 minit, berbasikal 18 minit, berenang 18 minit, berlari 14 minit akan hilang 200 kcal,
  17. Jika 1000 kcl dikurangkan setiap hari satu minggu penurunan berat badan 1kg. Jika kita mengurang 500 kcl sehari anda kehilangan berat badan seminggu 0.5 kg.
  18. Bengkung, pelilit paha, urut dan mandi wap boleh mengurang berat badan tapi bersifat sementara kerana kaedah ini  dapat memecahkan lemak ,cuma kehilangan  cairan tubuh sementara saja. Bersenam yang terbaik.

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Mohd.Yazid Deraman.Ketua Jabatan PJK.IPG Kampus Kota Bharu.
myd/MYD/25/10/08-Seminar Penyelidkan IPGM KB Di Dewan Wawasan.

Rujukan Pemakanan & Kesihatan, Mohd Hamin Rajikan, DBP.2003.

No comments:

Post a Comment