Tuesday, 18 August 2015

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN DALAM SENAMAN


(MOHD.YAZID BIN DERAMAN)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS KOTA BHARU.

PRINSIP SARAT BEBAN (OVERLOAD PRINSIPLE)

1.    Badan boleh mengubahsuai diri kepada sesuatu beban senaman yang diamalkan.
2.    Beban senaman hendaklah mencukupi untuk memaksa badan menyesuaikan diri dengan paras senaman yang diamalkan.
3.    Berlatih pada paras yang melebihi kemampuan badan adalah merbahaya.
4.    Latihan aerobik aktivi yang dilakukan dalam jangkamasa 20 minit atau sekurang-kurangnya 20 minit berturut-turut  yang melibatkan otot-otot besar ada dicadangkan.
5.    Tedapat dua cara menambah beban latihan senaman,
a.    Masa dan tempoh senaman di panjangkan dan beban dikelakkan
b.    Beban kerja ditingkatkan tapi tempoh senaman di kekalkan
6.    Contoh sesorang berlari dalam masa 30 minit dengan kelajuan 10kn sejam boleh meningkatkan tempoh senaman kepada 40 minit dengan kelajuan yang sama.
7.    Setiap kali tempoh masa ditambah badan akan mengubahsuai diri kepada beban yang baru.
8.    Dengan prinsip sarat beban ini badan akan bertambah cergas segi aerobik, sistem edaran darah, jantung dan paru-paru bertambah kuat dan cekap.
9.    Jika senaman dengan alatan beratan beban senaman boleh ditambah dengan beransur menambah beratan beban.
10. Jika objektif senaman untuk daya tahan otot memadai dengan menambah  bilangan ulangan. Contoh senaman daya tahan otot, dilakuakan dengan tambahan 1-5kg berat, tapi untuk kekuatan berat beban 50-60 kg beban diperlukan.
11. Prinsip latihan dengan ulangan yang rendah dan beratan beban yang tinggi untuk mencapai kekuatan maksima. untuk daya tahan otot ulangan tinggi denagan beban yang rendah.
12. Dalam senaman yang dilakukan beban sentiasa ditambah secara beransur-ansur supaya badan kita dapat mengubahsuai untuk mengatasi cabaran senaman akhir kita akan jadi lebih kuat dan cergas dengan menggunkan prinsip latihan ini.

PRINSIP ANSUR MAJU.

1.    Untuk mendapat kemanjuan latihan atau sesuatu latihan  berkesan, prinsip menambah beban secara perlahan, berperingkat, ansur maju sangat penting supaya proses pengubahsuaian badan dengan beban senaman dan ransangan senaman akan memberi kesan pada latihan dilakukan.

2.    2 pringkat prinsip ansur manju

a.    Program senaman untuk kali pertama (baru), badan terpaksa mengubahsuai dengan beban senaman dan memerlukan masa yang lama, oleh itu jeda rehat yang lama digalakkan untuk mengelakkan kecederaan. contoh senaman 3 atau kali saja seminggu, tempoh senaman 20 – 40 minit saja.
3.    Senaman di paras membeban sangat bahaya, untuk mendapat kecergasan fizikal tidak semistinya kita berlatih seperti seorang olahragawan untuk sesuatu pertandingan. tapi berlatih tahap kemampuan fizikal secara beransur dan menambah beban dari masa kesemasa secara ansur maju.
4.    Kesan senaman tidakmengikut prinsip ansur maju,ia akan sakit bahagian dada, pening kepala,rasa hendak muntah,payah bernafas, keletihan yang berlebihan, kesakitan bahagian sendi, kesakitan bahagian otot.

PRINSIP PENGKHUSUSAN LATIHAN

1.    Latihan untuk sesuatu sukan mistilah khusus untuk sukan tersebut
2.    Untuk mengatasi masalah gaya hidup tidak sihat senaman mistilah sesuai dengan mengatasi masalah kesihatan ini.
3.    Untk capai taraf kecergasan aerobik dengan berjoging tidak sesusi untuk ,enminmgkatkan prestapi sukan renang dan juga bidminton, ia memerlukan satu kaedah latihan kusus untuk sukan tersebut.
4.    Jika kita berlari 20km sejam maka badan kita cekap dengan kelajuan ini, tetapi jika berlari dengan kelajuan tinggi, kecergasan aerobik tidak mencukupi kerena berlari dengankelanjuan berbeza memerlukan kedudukan badan dan latihan yang berbeza
5.    Oleh itu prinsip pengkhusussan sangat penting supaya badan manusia sentiasa bersedia dengan keperluan fizikal yang berbeza dalam kehidupan seharian.

PRINSIP UNDURAN ( PRINCIPLE 0F REVERSIBILITY. “USE IT OR LOSE IT PRINCIPLE”)

1.    Taraf kecergasan jasmani kita bukan kekal abadi.Jika kita tidak bersenam taraf kecergasan kita akan merosok
2.    Kadar kehilangan kecergasan adalah lebih perlahan dari kadar pencapian kecergasan.
3.    Athlet yang menyetai program latihan sebelum dan semasa pertandingan akan kekal tahap prestasi dan kecergasan, tapi jika selepas pertandingan jika tidak ada program latihan selepas pertandingan, tahap prestasi dan kecergasan akan merosok.


PRINSIP-PRINSIP LATIHAN YANG PENTING DALAM LATIHAN
1.    MEMANASKAN BADAN

Sebelum menjalani latihan yang membebankan amalkan  senaman untuk memanaskan badan. Jika otot-otot dan sendi tidak disediakan secara menyeluruh kemungkinan besar kita mendapat kecederaan masa latihan.

2.    PENAMBAHAN BEBAN SECARA BERANSUR-ANSUR.

Latihan yang baik mistilah ditambah beban secara beransur-ansur. Tubuh kita memerlukan masa enam atau lapan minggu untuk mencapai tahap kecergasan yang baik.

3.    TEMPOH LATIHAN

Pastiikan tidak bersenama dalam tempoh yang lama , membebankan atau berlebihan. jangan berlatih hingga terlampau letih, keletihan menyebabkan kecederaan. Berlatih pada tahap kemampuan anda.

4.    INTENSITI

Tambah beban masa senama sangat baik, anda akan dapat meningkatkan tahap kecergasan. Intensiti adalah berat senaman bukan tempoh senaman.

5.    KESANGGUPAN DIRI.
Berlatih pada tahap kesanggupan dan kemanpuan diri.Jangan terlalu rendah atau terlalu tinggi, misti ada ansur maju dan intensiti.
6.    KEKUATAN
Sesorang misti ada kekuatan bagi mencapai kecergasan menyeluruh. kekuatan adalah kemampuan sesorang.
7.    MOTIVASI

Sesorang yang mempunyai motivasi yang baik atau tinggi akan menggalakkan sesorang bersenam dengan lebih tekun.lagi. Hasrat untuk mncapai taraf kecergasan tinggi merupakan motivasi yang sangat baik.

8.    PENGKHUSUSAN

Senaman yang di pilih mistilah khusus atau sesuai dengan tujuan dan objektif. Memilih jlis senalama dan latihan yang spesifik dengan senaman tersebut sangat penting untuk mendapat kesan dari senaman tersebut.

9.    MENGURANG KETENGANGAN

Senaman yang mengurang kelesuan dan ketegangan hendaklah diamalkan untuk mempercepatkan pemulihan.Cool down atau warm down perlu diamalkan selepas senaman.

10. VARIASI DALAM LATIHAN

Program latihan yang perlbagai untuk mengelakkan kita rasa jemu dan mengurangkan kecederaan. konsep berat, ringan /berlatih dan rehat diamalkan semasa latihan. Berehat penting untuk pemulihan dan mengelakkan kecederaan akibat tekanan latihan

11. KELEBIHAN BUKAN SEMESTINYA BERFEADAH

Senaman adalah baik dan berfeadah tapi terlalu banyak senaman yang tidak berfeadah dan akan menjejaskan kesihatan anda. Jika senaman dilakukan tampa menggunakan prinsep, kaedah, cara dan perosidur yang betul ia akan mendatangkan kesan negatf daripada positif. atau ia satu senaman yang sia-sia saja.

12. TINDAKBALAS INDIVIDU

Satiap orang mempunyai tindakak balas yang berlainan kepada senaman yang sama. Ini mungkin disebabkan faktor-faktor seperti berikut:
a.    Keturunan
b.    Kematangan fizikal
c.    Tabiat rehat dan tidur
d.    Taraf kecergasan
e.    Sikap dan motivasi
f.     Kesan alam sekaliling
g.    Kecacatan
h.    Kecederaan
i.       
13. TETAPKAN OBJEKTIF MUNASABAH

Supaya anda bermotivasi semasa merancang atau berasenam tatapkan motivasi yang sesuai dengan diri dan keupayaan kita, supaya anda lebih bermotivasi. Tampa merancancang objektif tertentu sukar kita merancang satu senaman yang berkesan.

14. TABIAT BERSENAM

Jadikan senaman sebagai satu amalan dan satru corak hidup anda. Senaman tiada paksaan, jadikan satu kebaisaan dan rutin hidup seharian yang menyeronok dan menyegarkan.
Semua prinsip yang dibincangkan penting bagi memberi pengetahuan dan membantu anda bersenam dengan lebih  berkesan dan selamat. Amalkan semua prinsip-prinsip ini agar anda mendapat kemajuan yang lebih memuaskan dalam senaman.


Sumber Kecergasan Fizikal KBS/1987.

Sunday, 2 August 2015

Panduan Senaman Menggunakan Prinsip F.I.T.T.

PANDUAN SENAMAN PENGUNAAN PRINSIP F.I.T.T

Pengunaan prinsip FITT ( Frekuensi, Intensiti, Time, Type) berasaskan matlamat senaman sebagai panduan untuk meningkatkan kecergasan anda.




Bil


PERKARA

SASARAN / TUJUAN


Daya Tahan Jantung

Pengunaan berat badan

Kekuatan otot

Ketahanan otot


Kelenturan
1
F= Frenkunsi
3-5 kali seminggu
5-6 kali seminggu
3-4 kali seminggu
3-4 kali seminggu
Hampir setiap hari

2
I =Intensiti
70-85% dari kadar nadi latihan
40-60% dari kadar nadi latihan
85-95% dari 1 RM
65-75 dari RM
Hingga ke tahap ketidaklesesaan bukan sakit
3
T=Time
20-30 minit setiap sesi
40-50 minit setiap sesi
1-3 set
10-15 kali ulangan
3-5 set
10-15 kali ulangan
8-10 saat setiap bahagian.
4
T=Type Of axerciace
Senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berbasikal.
Senaman aerobik
Latihan angkat berat dan rganagan
Latihan angkat berat dan ragangan
Regangan statik

BAGAIMANA MENGIRA KADAR NADI LATIHAN ANDA (INTENSIITI RENDAH)

KNL    =          40 - 60%(Julat Kadar Nadi)+ Kadar Nadi Rehat
KNL    =          40 - 60% (KNmax- KNR)+ KNR

Bagi individu yang berumur 60 tahun dengan kadar nadi rehat (Kadar nadi sepelas bangun dari tidur)ialah 80 denyutan seminit (dsm) dengan kadar nadi latihan 40-60% intensiti, pengiraan seperti berikut....

            KN max                                               =             220 – umur
                                                            =          220 -  60         =          160 dsm
            Julat Kadar Nadi(JKN)      =          KN max – KNR
                                                            =          160 – 80         =          80 dsm
            Kadar Nadi latihan (40%)  =          40% (JKN) + KNR
                                                            =          0.4 (80) + 80  =          112 dsm
            Kadar Nadi latihan (60%)  =         0.6 (80) + 80  =          128 dsm


            Kadar Nadi latihan anda   =          112 – 128 dsm.

Sunday, 12 July 2015

BUDAYA BERFIKIR WARGA IPGKKB.

MEREALISASI KEMAHIRAN DALAM BUDAYA BERFIKIR DAN BERTINDAK WARGA DI IPGKKB.
Mohd.Yazid Bin Deraman
Dalam kehidupan kita sebagai pensyarah di IPG kemahiran pemikiran kreatif dan kritis perlu ada dalam diri masing-masing sebagai pendidikan guru. Kita misti membezakan budaya kerja antara sekolah dan IPG kerana IPG penaraju pendidik guru dan kita berupaya mendidik remaja untuk menjadi bakal guru. Segala tindak tanduk, perbuatan, tutur kata menjadi model membuktikan amalan profesional seseorang pensyarah yang berwibawa. Saya memerhatikan budaya kerja ,komunikasi dan pencakapan antara pensyarah dengan pelajar dan pensyarah dengan pensyarah masih tidak menjelma sebagai ahli akademik pendidik guru yang sebenarnya gaya dan tingkahlaku. pensyarah di IPG. Para pensyarah  misti bertindak berlandas pemikiran dan perbuatan sebagai orang yang berilmu baik dalam bilik kuliah atau di luar kuliah, kerana cara hidup orang yang berilmu dapat mewujudkan manusia berilmu (literate), bersyukur, bersusila, bermaruah dan berwawasan (insighit) jelas dan bercita-cita besar.

Ahli akademik perlu mencari perlu berusaha berterusan mencari, meneroka, menghayati dan menguasai ilmu. Mereka mengamalkan cara hidup berlandaskan ilmu atau ilmu menjadi landasan setiap cara hidup tampa mengabaikan kewajipan dalam beragama.Saya berpendapat cara pemikiran kritis saya perlu diamalkan di kalangan warga IPG kerana ia dapat melahirkan intelektual yang rasional dan bijak yang berupaya mencipta gagasan, konsep atau rumusan bagi pertumbuhan pemikiran kritikal dan kreatif. Apa yang diharapkan kita warga IPG ,menjadi warga berketrampilan yang gigih serta berdisiplin yang mengamalkan budaya kerja cemerlang sepanjang kerjaya. Harapan kita jangan menjadi budaya rutin untuk hadir ke IPG pagi dan petang setiap hari, Kita tidak mahu menjadi pekerja setia di punch card untuk membukti masa hadir berkerja dan balik bertugas dengan masa yang tepat . Kita bising bila puch card tidak berdakwat kerana tidak jelas bukti kehadirannya, tapi kita tidak merenung, 8 jam di IPG adakah tugas berkualiti yang kita merancang sudah disempurnakan, apa jasa kita meningkat mertabat anak didik kita sebagai bakal guru yang lebih hebat dari kita sendiri atau sebaliknya.Masa berkulati dan berhaga kita gunakan sepenuhnya. 

Warga IPG perlu menjadi warga pencipta yang inovatif dan futuristik yang berpotensi mendapatkan jupaan baru, mencipta rekaan baru, menghasilkan keluaran baru, menigkatkan produktuviti, memperbaiki mutu serta mengatasi masalah dalam pelbagai alternatif dengan bijaksana.Warga pendidik guru misti disediakan sebagai intektual yang resional dan bijak yang berupaya mencipta gagasan, konsep dan rumusan sebagai mana maksup firma Allah dalam Surah Az Zumar ayat 9 “Katakanlah adalah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Yang ingat ialah orang-orang berfikiran”.
Untuk merealisasikan budaya berfikir dan membangun tamadun ilmu di IPGKKB beberapa gagasan, teori, pendapat dan pengalaman dicadangkan untuk diamalkan. Saya mengariskan keperluan berfikir yang baik untuk diamalkan. Tapi ingat seni berfikir kritis dan kreatif jangan hendaknya mengenepikan Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Untuk menjadi diri kita mempunyai kemahiran pemikiran kritis dadalam budaya hidup di IPG kita boleh :-

1.    Membezakan antaran fakta/andaian/pendapat/hujah yang terbukti/andaian pendapat/hujah yang berkepentingan dalam hal yang belum terbukti.
2.    Membezakan maklumat, andaian dan dalil-dalil yang releven dengan yang tidak
3.    Memerlukan ketepatan fakta sesuatu kenyataan
4.    Menetukan kebolehkepercayaan sesuatu sumber
5.    Mengenalpasti hujah/andaian yang ambiguous
6.    Mengenal bias
7.    Mengenalpasti kekeliruan yang logik
8.    Mengenal ketidak cocokan logik masa menaakul
9.    Menentukan kekuatan sesuatu pendapat atau hujah.

Untuk merealisasikan kemahiran kritis dalam diri kita sebagai warga pendidik guru perkara berikut sangat penting untk kita renungi dalam segala tindakan kita di IPG. Kita gagal kerana terlalu banyak membuat andaian, komentar, akhir membawa kepada dosa fitnah atau lebih berat lagi membuat dengan surat layang yang tidak berasas. Perkara ini telah berlaku di IPG kerana kita gagal bertindak sebagai penjuang dan pemikir yang berhemah dan bijaksana. Kita semuanya masih kebodohan dalam ilmu pemikiran kritis.Antara perkara yang kita perlu pelajari dan amalkan di IPG :-

1.    Sesuatu kenyataan/hujah/maklumat diperiksa sejelasnya supaya ia benar.
2.    Sentiasa cenderong untuk meneroka sebab-musabab sesuatu itu (reasons) dengan nilai agama
3.    Mencuba untuk mengetahui sesuatu dengan sebanyak mungkin (To be informed)
4.    Mengguna dan menyebut sumber yang boleh dipercayai.
5.    Melihat dan mengambilkira keadaan keseluruhan sesuatu itu.
6.    Menentukan supaya perkara dihujah/dibincang releven dengan tajuk atau perkara pokok.
7.    Mencari cara-cara lain (alternatif) terhadap sesuatu itu.
8.    Berfikiran terbuka.
9.    Membuat keputusan atau sanggup mengubah keputusan apabila bukti-bukti sudah memadai.

Individu atau golongan pensyarah atau pentadbir yang kreatif saya melihat perkara dibawah ini yang dicadangkan boleh diamalkan bagi membaiki prestasi kerja sesama kita warga IPG.

1.    Menghasilkan banyak idea (Fluency: the ability to come up with a quantiti of ideas)
2.    Menjana pelbagai idea (Flexibility: the a ability to investigste a problem from many perpectives in the search for possible solutions)
3.    Mampu menembah idea yang ada (Unigue) asli (origenal) dan luar biasa (Originality: the abality to come up with new or noval ideas)
4.    Mampu menokoktambah idea yang ada (Elebrations :the abality to build upon an idea looking at manay implications an ramification of the problem)
5.    Melihat idea berdasarkan keberkesanan idea bukan dari mata kasar atau bukan dari mana datangnya.
6.    Rela menangguh keputusan (Suspends judgement) supaya keputusan tidak dibuat secara ah hoo.
7.    Tidak terlalu terikat dengan peraturan yang lazim.
8.    Mempunyai fantasi idea tetapi juga amat jelas akan realiti.

Fenomena di di IPG ,kita banyak  berada banyak di zon selesa dengan kekurangan jumlah pelajar dan jumlah jam intarksi, budaya ilmu, penulisan penyelidikan tidak menyerlah. Hanya aktiviti wajib dilaksanakan kerana memenuhi program tampa matlamat yang jelas. Saya berpendapat kelemahan daya pemikiran kreatif dan kritis, dikalangan kita pensyarah  yang terbiasa dengan amalan ini antaranya :

1.    Tidak berani mencuba atau menyokong idea baru
2.    Menyukai pada yang biasa dan yang lazim dilakukan
3.    Tidak berminat atau manunjukkan kesungguhan minit idea positif orang lain,
4.    Lekas menyerah kalah, tidak menampakan usaha yang terarah untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah.
5.    Malas  berikhtiar, biasa saja.Masa lapang main tenis , badminton atau keluar dengan urusan personal.
6.    Selalu cemas bila ada kes.atau faktor yang menghalang
7.    Kurang percaya diri sendiri, tidak berubah walaupun kenaikan gred atau umur berubah atau diri digelar pensyarah cemerlang dan kanan.
8.    Terlalu terikat dengan prosidur atau terlalu berhemah tapi tidak konsisten.
9.    Tidak mempenyai pandangan yang jauh.
10. Bukan ahli pemikir, banyak kepada ahli pengkritik jalanan
11.Kurang celik ilmu kerana masih terikat atau tertumpu satu bidang pengetahuan saja


Meneliti budaya kerja kita nampaknya kita masih lagi tidak menghargai masa emas yang dianugerah. Ada jabatan mengajar 9 jam lebaih , ada 2 jam dan ada yang tiada kuliah lansung. Aktiviti akademik tidak terancang dan tersusun jelas dijabatan. Tiada peneraju atau  pengerak untuk membawa pekerja yang berketerampilan, yang gigih yang mengamalkan budaya kerja cemerlang. Kita masih gagal memperbaiki mutu kerja, meningkatkan produktiviti, menjadi pakar pencipta inovatif dalam menghasil ciptaan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Adakah kita pengamal kemahiran padagogi yang tegar atau hanya mengarah anak didik mencari sendiri jalan keluar dalam penyelesaian masalah pengajaran. Dalam latihan praktikum saya dapati pelajar-pelajar kita kurang kreatif dan kritis dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam mencipta kaedah pengajaran yang kreatif lagi bistari  yang aktivinya berdasarkan pemikiran aras tinggi.Mereka memerlukan ilmu dan bimbingan, adakah kita pensyarah memberi cukup ilmu untuk mereka berjuang di medan pengajaran dan pembelajaran. Kita bercakap pengajaran untuk abab 21, pendidikan bertaraf dunia tapi kita masih berbicara perkara yang raflah, Isu politik yang terkini menjadi dan menjadi tajuk utama pedrbualan dijabatan . Budaya menyalah orang lain sudah biasa,komen, kritik dan surat layang dah amalan penyelesaian masalah diri.Sebenarnya kita ada kelemahan dan kekurangan, sebagaimana orang lain ada kekurangan dan kelemahan. tapi yang pelik mereka ini yang cemerlang di IPG.Tiada seseorang pun dari kita yang tidak bersalah. Perlu apa diperli, disindir,caci mencaci, kutuk mengutuk dan hina dan menghina. tiada sadikit kebaikan yang diperolehi bahkan menambahkan kebencian dan kemurkaan Allah sebagaimana disabda olah Rasullah: “Sesiapa yang tidak mengasihani sesama manusia, tidak akan dikasihani ia oleh Allah.Sepatutnya kita bergembira atas kejayaan orang lain, Sanggup bersusah dengan kesusahan orang lain kerana tanda-tanda sahabat warga IPGKKB, kalau kita salah, dinasihati dengan penuh kasih sayang, kalau kita tegur kesalahannya, diterima dengan baik, semua kebaikan kita ikuti dan rahsia kita simpan.Amalan yang baik adalah derma, memberi senyuman bertegur sapa adalah sedekah. Nasihat dan kata-kata baik adalah hadiah. Rasullah mengingat kia dengan sabdanya : Erti,’ Jika kamu tahu apa yang aku tahu nascaya kamu banyak menangis dan ketawa sadikit (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)