PROLOG DAN EPILOG- PERJALANAN HIDUP SEORAN PENSYARAH IPG
Hari ini 30hb, 3 hari lagi merupakan detik terakir hari lahir ke 60 tahun
umur saya pada Sabtu 2hb September 2016 .Alhamdulilah
Allah memberi rezeki tubuh badan yang sihat dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan
sebagai hamba Allah. Pada Umur 60 tahun mengikut pekeliling perkhidmatan
pegawai kerajaan yang baru rasminya dan berakhirnya kakitangan perkhidmatan, awan
sebagai pensyarah di IPG.
Terima kasih kepada Jabatan PJ dan jabatan
kajian sosial yang mengatur majlis hari ini yang sungguh istimewa hari ini
diambang menyambut hari kebangsaan.Terima kasih kepada pensyarah dan guru
pelatih yang hadir.Hari terakhir saya dalam perkhidmatan sabtu 2b September
2016. Awal bulan Ogos saya dah terima surat kelulusan persaraan, kad persaraan.
walaupun surat memberi gambaran supaya saya diarah bersara, tapi kita sebagai
penjawat awan yang setia dalam perkhidmatan berkerja seperti biasa tampa cuti hingga
diakhir tarikh persaraan.Sedangkan ada rakan-rakan dalam jabatan lain sebulan
sebelum persaraan dan berciti. saya masih setia berkerja dengan baki cuti 7 hari lagi
saya tidak ambil.
Vedio yang baru di tayang saya nak didikasi
khas kepada En Zul Grafik, En Yahya dan pelajar PISMP Semester 3, membantu saya
menyiapkan persembahan vedio. 1 bulan yang menyiapkan gambar dan susun skrip
vedio dan pada masa yang sama saya sempat menyiapkan buku yang ke 3 untuk di
hantar kepada Dr Abdullah bawa ke Serawak
baru-bari ni. Alhamdullah bila mereka
balik dari Serawak vedio dah siap dan buku saya diterima dengan membaiki oleh
DBP. Vedio ini 240 keping gambar, 4 bahagian, zaman persekolahan, belajar,
berkerja dan zaman di IPG. Jika tuan puan melihat vedio itulah sebahagian liku-liku
perjalanan hidup yang saya tempuhi masa
lampau ,Saya tidak lupa sejarah kerana sejarahlah telah mencerminkan kejayaan saya pada pada
hari dalam perkhidmatan awam dan disaat-saat akhir persaraan pada pagi ini saya
pasti akan mengenang segala nostagia yang berlalu bertugas dengan 8 pengarah
IPG. Saya juga menyiapkan edisi khas buku bibliografi saya bertajuk Travalog
seorang pensyarah IPG, Sebahagian barang peribadi saya dan hasil kerja guru
pelatih dari tahun 1991 hingga 2016 saya serahkan pada geleri untuk diabadi dan
disimpan.pada pagi juga saya edarkan buku autograf untuk tuan/puan buat catatan
sebagai tanda ingatan saya di IPG Tulislah sesuatu semuga dengan tulisan
tuan/puan saya akan ingat di IPG.Saya didikasi kepada tuan/puan 40 Doa Rabana
dala Quran sebagai ingatan khas sempena majlis persaraan saya pada hari ini.
Kemana
saya pergi mereka kan tanya bila nak bersara,Setiap hari kawan-kawan di IPG
bertanya berapa hari lagi nak bersara, Saya tidak bilang berapa slip gaji, tapi
membilang minggu,berapa kali jumaat, tapi saya menunggu tarikh 2 September 2016
hari lahir saya ke 60.Solan ke 2 ditanya,apa perancangan bila pencen?.Pada ini ada orang bertanya apa perasaan saya di hari
terakhir meninggal perkhidmatan. Semua soalan tidak boleh dijawab tapi saya
sudah bersedia hadapi dan bersedia untuk bersara segi psikologi dan fizikalnya,
bersara apabila saya melepas jawatan ketua jabatan kepada Tn j Aziz Jaffar dan En
Wan Zamri. Kadang-kali mari perasaan dihati apabila saya mula berhijrah, sepatutnya
sudah lama saya bersara pabila semua cita-cita dan memiliki keluarga bahagia dan sempurna- apa lagi saya nak kejar
didunia ini, jika bekalan kita masih tidak lagi sempurna untuk kehidupan di
akhirat nanti.
Hari ini saya tidak merasa bersedih tetapi bersyukur
dan bangga dapat menamatkan perkhidmatan
seperti yang dalam tempoh 37 tahun berkhidmat
dalam sistem pendidikan dalam keadaan yang sihat walafiat walaupun perlu makan
ubat setiap hari. Alhamdulilah sepanjang perkhidmatan ,saya bersyukur ada
Isteri dan keluarga bahagia yang amat perihatin dan setia atas saya dan sehingga kini dan dapat menjalani kehidupan dengan penuh kebahagian
dan keberrkatan. Semuga seluruh hasil kerja buat saya Allah akan memberi pahala
, ganjaran amalan-amalan baik dalam
usaha mendidik dan melahir bakal guru.Mungkin kita berutung dilahir sebagai
guru dan pesnyarah, dimana anak murid kita bertebaran seluruh Malaysia hasil
didikan kita. Cuba bayangkan betapa besarnya pahla dan ganjaran Allah jika kita
di IPG istigomah dalam niat berkerja seharian. Di IPG hendarkan sikap ujud,
riak, ego, sombong, takabur tapi cuba bersikap tawaduk pada diri.
Kita berupaya membina kehidupan dengan penuh
perancangan tapi takdir menentukan. kadang-kadang kita tidak tahu, qada’ dan qadar,
ujian Allah dan rezeki datang dari mana-mana yang kita tidak sangka dan
kadang-kadang ujian datang dalam kita tidak bersedia menghadapinya. Itulah
takdir kehidupan yang pasti kita hadapi semua orang.
Saya dari keluarga yang susah, anak penoreh getah
Kg Degong ,Rantau Panjang, hidup satu keluarga kebun getah di selatan Thailand.
berpisah ibu bapa dalam umur 4 tahun,Berpindah ke Kelantan semasa umur 7 tahun
dan tinggal bersama dengan nenek dan bapa suadara selama 9 tahun sehingga dapat
berdikari sendiri pada tahun 1972 apabila menerima tawaran KPM belajar di
sekolah berasrama penuh SMSAH pada tahun
1972. Ini kesah lama yang jika tidak diceritakan ia hanya tinggal sejarah
diri,jika tidak dikenang, ia berlalui bagitu saja .Minggu lepas saya bawa
anak-anak dan isteri ketampat kelahiran saya untu mereka memaami realiti dan
perjalanan nidup yang ditentukan oleh Alla SWT. Kesah ini berlaku pada sesiapa
saja, kerana setiap kejayaan pada hari ini hasil dari kesusahan, keperitan dan
kedudukaan, dimasa dulu.Kita senang hari ini hasil keperitan hidup ibu bapa
kita dimasa dulu. Sejarah persekolahan 3 tahun saya berbasikal sejauh 12km setiap
hari dari kg Bandar, Kemubu ke sekolah Menengah Pulai Condong berbekalkan duit
20 sen dan sebungkus nasi berlauk ikan kering yang disediakan oleh nenek. Hampir
3 tahun menjadi rutin harian, hujan dan panas bersama rakan setia, sekarag pensyarah
metamatik UPM sekarang Profesor Dr Mohd Ropa Ismail, kerana kami berdua tidak mampu untuk membayar tambang bas.
Anak-akan saya tidak percaya akan kesah-kesah dan kesusahan,kerana mereka hidup
dalam zaman kesenang, katanya itu zaman dulu mana sama zaman sekarang. Mereka
tidak faham hakikat kehidupan , kesusahan dahululah yang membawa kesenangan
masa sekarang. Anak-anak memang tidak faham realiti kehidupan kerana merekahidup dalam senang,ke sekolah
hari-hari dihantar dengan kereta Volvo DU23 ,Honda PCX993,Honda City DCM 2962,Proton
WHQ4605, Tapi hari ini 4 orang anak-anak
saya apabila mereka berada dimenara gading memerlukan belanja
lebih besar,mereka sedar dan lihat sendiri kawan-kawannya dalam kesusahan
mengejar segulong ijazah sebagai mahasiswa yang bergantung hanya kehidupan
dengan duit PPTN atau biasiawa semata.
Allah memberi rezeki pertama kepada saya pada
1972 pelajar terbaik SRP dan dapat tawaran dan melanjut pelajar aliran sains tingkatan
4 di SM Sultan Abd.Halim Jitra dan 1973 SPM mendapat grade 1 sains tulin. Masa
itu tiada lagi matrikulasi, meneruskan pengajian tingkatan 6 sains tahun 1975 disekolah yang
sama dengan keputusan STPM sains 4 subsid. 1976 mendapat tawaran Diploma
Pertanian UPM dan Diploma Rubber Plastik Teknologi di UITM. Tidak meneruskan
pengajian kerana tidak mampu, Saya memilih untuk berkerja dan tahun 1976 masa
bermula kerjaya baru selama 1 tahun bakal pegawai kedet pilot di TUDM Sungai Besi, tapi Allah Maha
berkuasa dan menentukan segala-galanya, saya cuma gagal satu item ujian dalam Air Crew Medical semulitor copit Kapal
terbang dan di serap kapada bahagian teknikal. Kekecewaan ini menyebabkan saya
memohon untuk keluar dari tentera. Atas nasihat Allahyarham Cikgu Wahab Mamat,
guru dan bapa suadara saya di SM Pulai Condong supaya saya mohon ke maktab perguruan. Lantas
memohon ke maktab perguruan dan berjaya pada tahun1978 di MPPKNP Terengganu..Tahun
1978-1979 mendapat latihan dengan sijil perguruan cemerlang dan anugerah Pengetua
di Maktab Perguruan Pendidikan kesihatan dan Nilai Pemakanan Kuala Terengganu,
Pasir Panjang Terengganu. 1979 bermula era baru sebagai guru muda 11 tahun,sebagai
guru PJ dan sains tingkatan 3 di SMK Kuala Krai. Di sini sekolah ini saya
membina kerjaya guru sukan. dan akhirnya melanjut pelajar UPM 1984
dan mendapat ijazah Bac.Pen. Pendidikan Jasmani & Kesihatan. tahun1988. Berkhdmat Guru PJ di Sek Men Keroh Kuala
Krai.selama satu tahun dan 1990 mendapat tawaran mengajar di SM Sains Labok Macang
dan juga SM Hamzah Macang sebagai Hoki
tapi mengambil keputusan bertukar kerjaya di Maktab perguruan Kota Bharu pada 2hb
Februari 1991 di Unit Pendidikan jasmani
Pengetuanya Pn Hjh Rahmah Hj Husein.Ini sebahagian dari Intsari Buku
dalam percetakan “Travalog Cerita Seorang Pensyarah IPG, Prolog dan Epilognya.”
Berakhir saya dalam perkhidmatan pagi ini ,
bermakna sudah 37 tahun berkhidmat dalam perkidmatan Awan sebagai guru dan
pensyarah, 25 tahun di IPG dan 12 tahun di sekolah. Saya bermula sebagai guru
biasa gaji permulaan RM 540 ,tahun 1979 dengan grade C2 ,1984-1988 melanjut
pelajaran ke UPM mendapat ijazah Bac.Pn.PJK dan diberi gaji kepada grade
D1,A19, DG3, di sekolah dan 1990 bertugas di Maktab Perguruan dengan gred gaji SSB,DG
41, DG44, DG 48, DG 52 dan akhir DG 54 di IPG(8 gred gaji dalam 37 berkhidmat).
Bemula kelulusan SPM dengan sijil perguruan ambil masa 5 Tahun(1979-1984) mendapat
ijazah pertama di sekolah , dan di IPG mengambil masa 5 tahun mendapat ijazah
ke dua di IPG 1990-1995.
25 tahun di IPG Apabila skim cuti 7 hari
ditukar kepada Cuti Rihat 7 hari, saya dalam 13 tahun skim ini dilaksanakan saya Cuma
ambil cutu 3 hari saya. Alhamdillah kerajaan membayar dengan gaji akhir bulan
Ogos ini kerajaan ganjaran GCR Rm
32,399.54 dengan jumlah cuti 88 hari yang tidak diambil.Jika perkhidmatan
dipanjang saya perlu tunggu 9 tahun lagi dengan cuti 7 hari untuk dapat maksima
150 hari GCT dimana ganjaran penuh oleh kerajaan RM 56 ribu . Dalam Perkhidmtan
saya ada MC kerajaan 3 bulan saja itupun
kerana kerana dimasukkan dalam wad untuk pembedahan dan pemulihan jantung.
Saya
nasihat rakan yang akan bersara supaya menyemak buku perkhidmatan dan menyemak
borang permohonan dengan kerani.Feadah persaraan saya terima pada hari ini
berdasarkan gaji pada bulan Jun sedangkan gaji bulan Ogos ada 2 perubahan
kenaikkan. Syukur Alhamdullah saya menerima 2 kenaikan pergerakan gaji tahunan
dan tambahan baki cuti 7 hari lagi. Pejabat membuat permohonan semula
berdasarkan penyelarasan gaji baru dan selepas ini Alhamdullah saya akan
menerima feadah persaraan baru yang ke 2 ini dilulus oleh JPA.
26 tahun di IPG saya disiplinkan diri saya
untuk sampai di IPG sebelum jam 7,30 setiap hari dan memulakan kerja jam 7.30
pagi.Saya berkerja dan berihat apabila makan tengari, Bukan saya kedekut atau tidak bersosial, tapi
saya menghargai masa dan kerja. Banyak kerja yang
saya perlu buat setiap hari, saya tidak cukup masa walaupun mengajar 4
jam, Banyak yang saya ketinggalan ,impian dan sasaran kerja tidak tercapai jika
saya tidak mengejar masa setiap hari.Masa lapang saya menulis dan membuat nota
. penulisan dalam jurnal IPG, Modul, inovasi dan tulisan dalam blogs, saya
dapat menghasilkan Buku Permainan Kanak-kanak dalam pasaran,3 manuskrib buku
kepada DBP, Buku Permainan Rekreasi Kanak-kanak, Permainan Kecil Dalam PJ dan
terbaharu dan bulan Ogos ini 100 Permainan Yang Meyeronokkan.Ini Anugerah Allah
sesuatu yang tidak ternilai, bila kita kita sakit kita di diuji,Syukur dalam
masa pemulihan dapat menyiapkan 3 manuskrip buku yang terbengkalai sejak tahun
2008 lagi. Allah nak tahu tahap kesyukuran dan penghargaan pada masa, pada
kehidupan dunia dan pada kehidupan selepas kematian.Menulis tampa tekanan dan
penuh keseronakan saya jadikan ia satu terapi untuk diri saya selain saya
menjadikan hobi-hobi lain sebagai terapi.
Ini sadikit kesah hidup saya Di IPG, 8 tahun pensyarah PJ, 2 tahun Ketua Unit
Disiplin Rekod HEP,10 tahun Ketua Jabatan,
6 tahun pensyarah cemerlang. Sepanjang perkhidmatan di IPG Saya sempat
menjadi pensyarah untuk program Sijil
Perguruan, Diploma perguruan dan Ijazah Perguruan. Pengalaman berkhidmat 8
pengetua/pengarah- Hjh Rahman, Hj Salleh,Hj Borhan, Hj Abd Rahman,Hj Mohamad,
Hj Salehudin, Hj Hashim, 6 Timbalan Pengarah, Allyarham Dato Hj Razali, Hj Omar,
Hj Zawiah. Hj Yajit Yaacob dan Dr Aziz Mat Din dan Dr Abdullah. Tahun 1996
terpilih oleh KPM mendapat tajaan Bank Dunia ke UNSW Sydney Australia selama 3 bulan.1997
melanjut pelajaran Ijazah ke dua sepenuh masa di UM. 1995 mendapat perkhidmatan Cemerlang dengan
pergerakan gaji menengak dan pada tahun 2003 kali kedua mendapat perkhidmatan
cemerlang dan Pada 2006 mendapat Darjah Kehormatan Negeri Kelantan dengan
pingat tertinggi negeri Kelantan, Bintang
Seri Mahkota Kelantan(SMK).
Semasa berkhidmat 8 Pengarah,saya ingin
didkasikan ucapan terima kasih Mantan/ Bekas Pengetua/Pengarah dan KPM, mereka
ini ada kaitan dengan kehidupan yang saya nikmati hari ini.
Hjh Rahmah- Kursus Bank Dunia , UNSW,
Australia.
Hjh. Salleh -Perkhidmatan cemerlang 1995
dengan pergerakan gaji Hj.Borhan - Perkhidmatan Cemerlang tahun 2005.
Hj. Abd Rahman- Bintang Sri Makhkota Kelantan
Hj.Hashim- Pensyarah Cemerlang DG 52 dan 54.
Hari ini hari terakhir ia sudah pasti akan
berlalu dan akan jadi kenyataan. Kenangan terakhir yang tidak akan saya lupakan,ia
sangat bermakna dan bernilai dalam kehidupan.Terima kasih semua majlis
tersangat istimewa. Semua penghargaan dan pemberian tersimpan dilubuk hati,
orang berhati mulia akan mengenang budi orang. Semenjak tidak menjadi Ketua
Jabatan saya merasa sadikit kekurangan bukan satu kerugian. Saya suka pada
aktiviti hebat berimpat tinggi dalam pelbagai cabaran. Saya boleh melakukan apa
jua perkara jika dipercayai dan dipertanggungjawabkan dan di hargai. Sejarah saya
dengan 8 pengarah terdahulu saya mampu mencorak pelbagai citra warna dalam
perkhidmatan di IPG. Kalau dulu saya menjadi pemimpin, sekarang saya menjadi
pengikut yang setia. hidup umpama roda, kita jangan memikir antara kita siapa
yang menang dan siapa yang kalah. Kita mesti selalu dalam situasi
menang-menang,kata orang umpama menarik rambut dalam tepung jangan sampai ia terputus.
Bila tiada jadi KJ dan mengajar 4 jam, inilah peluang terbaik saya menyambung
hobi menulis buku dan menambah nota-nota dalam blogs.Terima kasih kepada Dr
Abduulah dalam siri kedua meminta saya masuk dalam kumpulan, Alhamdullah akhirnya
3 manuskrip disiapkan dan 2 ada di DBP, bila pencen saya dah berjanji dengan Dr
Lah aka meneruskan untuk memastikan 3 manuskrip ini menjadi buku atas nama IPG,
jika nampak selepas ini saya masih datang ke IPG, ada kerja penulisan buku yang
belum beres lagi.
Pagi
ini realiti kehidupan, pasti jua kau hadapi
Bak air yang mengalir,Pasti tiba ia di muara waktu
Perpisahan akan mengimbau makna
Sebuah kenangan tercipta,Pada
jejak-jejak yang lalu
37 di alam perguruan, 26 tahun di alam
pendidik guru.
Hari ini, berdiri di Dewan Wawasan
Pasti ini hari terakhir diraikan dan ucapkan salam perpisahan
Kau pasti ditinggalkan, kerinduan dalam
kesepian
Pagi ini anak-anak dan rakan-rakan
Saya melihat tenang denai di malam ,itulah
kenangan di IPG,
Pasti kau ingat, ini barisan kepimpinan,
rakan pensyarah, bakal-bakal guru,
apa lagi Dewan Wawasan ini.
apa lagi Dewan Wawasan ini.
Bagai terdengar dihati, Suara bisikan
melankolia,
Ucap salam terakhir, salam perpisahan
yang pasti,
tetap
jua kan pergi ,Kerana kita ada yang muda penyabung bicara
Tiba waktu menyusun jari,Memberi
keringat, tekad dihati,
Yang tersua, dimaafi,Yang sesal di
insafi
Yang lebih dibahagi,Yang kurang
dilengkapi
Pada saat perpisahan ini,Tiada terlerai
gundah gulana,
Tersima sebuah amanah
Kerana yang pasti, Yazid, kau telah
berbakti,
melakukan segala termampu di persada
ilmu.
Tersinar cebisan amanah dalam amalan
Sekelumis Doa hanya Allah pembeberi rahmat dan hidayah.
Pagi ini....,Bagikan air yang mengalir,
Pasti tiba jua dimuara,Pasti tersisa
kenangan indah
Berbisa luka tiada berdarah
Selangit tinggi suara-suara ceria
anak-anak ku,
Diliku hidup IPG tercinta
Dewan wawasan, bakti padang saujana
memandang
Ingatlah, ini tempat pernah kau jejaki,
berlari,
bermain bersama anak-anak mu guru muda
Ini tempat aku mencurah bakti,
Pertemuan
antara kesah suka dan duka
Selamat tinggal IPG,katanya ini sebuah
kenangan,
25 tahun
di IPG,Datang pergi pelbagai wajah,
Berbaur gembira bercampur gundah,
Usah dikenang, kerana ia adalah sejarah
Pasti kau terkenang ,Sayangku jangan menangis, jangan sedih
Air mata keinsafan dan menginsafi dosa
itu,
lebih bernilai dari air mata perpisahan di
pagi ini.Kerana...
yang
tertinggal di dewan wawasan pagi ini
Anak -anak ku terdidik mewarisi citra guru,
Mereka penyambung pewaris jasa dan
perjuangan mu
Jangan risu dengan pada yang hilang,
Kerana yang ada dan yang ditainggalkan adalah amanahmu
Kau ada rakan-rakan maha pendita,mereka lebih
menongkak menorak warna dan wajah
Mereka adalah murabi dan muaalim
payambung legasi.
Ah..........Telalu sukar aku hendak
mengatakan ,
Pada situasi yang pasti ku tempuhi
Tenyatakan, tapi aku tetap pateh
berbicara pada pagi ini
Pada temanku maha guru,
Kita yang dijanjikan di syurga pada amalan yang diradai,
Kita pengalir keringat ilmu dan perit
kehidupan
Pagi ini 30 Ogos
Aku yang terlewat mengucap salam
perpisahan
Kerana , aku yang pemaaf, dan memaafakan,
penyenang bicara insan semua
Halalkan yang termakan dan terminum,Kerana
aku tahu,
aku banyak berdosa , aku banyak bersalah
Hanya ampun dan maaf dipinta
Pesan
Lukman paada anaknya Surah Lukman ( 18.19)
” Wahai anakku,jangan kamu memaling
wajah dari manusia dan jangan berjalan
dimuka bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong
membanggakan diri
Dan sederhana dalam berjalan dan lunakkkan
suaramu,
kerana seburuk suara itu adalah suara
keldai.
Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung
kepada engkau
Dari memohon kepada engkau
sesuatu yang aku tidak mengetahui
hakikatnya
Dan sekiranya engkau tidak memberi ampun
kepada ku,
Dan tidak menaruh belas kasihan kepada
ku
Nascaya aku akan termasuk orang-orang
yang rugi
Ya Allah Engkau adalah Rabbiku,
Tiada Tuhan berhak disembah, kecuali
engkau
Engkau yang Maha mencipta, aku adalah
hamba mu,
Aku akan setia pada perjanjianku dengan
mu,
Semampuku Aku berlindung kepada mu,
dari kesilapan dan dosa yang aku lakukan
Aku mengakui nikmatmu pada ku
Aku mengakui dosaku semasa mendidik
anak-anakku
Kerana itu ampunlah aku
Sesungguhnya tiada yang mengampun dosa
kecuali engkau Maha pengampun.
PESAN
AKHIR SEORANG GURU.....
Wahai anak-anakku & rakan ku, ingat
Patuhilah dan hormatilah guru dan Kepimpinan guru kerana ia fitrah kebenaran
Tapi tegurlah jika ia salah,dan
perbetulkan secara berhemah
agar engkau menjadi rakan bijaksana,
tidak pendendam diakhir persaraan,
Jangannkau amalkan kehidupan dengan menghina
dan memfitnah
dia kerana kesenangan yang dinikmati ini
hanya dengan izin dari Allah
Cuba kenang tangan-tangan yang pernah
menyusapmu .
Suatu masa dulu kau tidak kenal BPG dan IPG,
kau tidak merasa nikmat DG 52,54 seusia
bagini
Ingat Allah yang lebih mengetahui dan
Maha mengetahui amalan kita apa yang aku
lakukan
Kerana Allah SWT.tidak sebut
siapa yang paling banyak amalannya,
tapi ALLAH menyebut siapa yang paling baik amalannya.
Kita manusia merasa kita melakukan
kebaikan, tidak sedar telah sebenarnya telah melakukan keburukan
dari perbuatan yang dirasakan ada
kebaikannya,
kita perlu membuat istiqarah,
sedar perbezakan mengata dan
mengupat,menasihat,dan mencerca, membetul dan memfitnah,
surat rasmi dengan surat layang , antara pahla
dan dosa .
Adakah kita dilandasan kebenaran atau
pengikut setia pada kawan,
Kita diberi persimpangan memilih jalan,
Pemimpin
kalah dalam dalam perjuangan
Kita manusia merasa kita melakukan
kebaikan,
tapi tidak sedar telah sebenarnya telah
melakukan keburukan
dari perbuatan yang dirasakan ada
kebaikannya ,
Kita dipuja,dijulang sebagai pejuang,
tapi sebenar kitalah pemusnah kecermerlang
Kerana gagal mengenal potensi diri.
membezakan fakta dan andaian
Zurah Az-Zumar. Ayat 9.
“Katakanlah sama, orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui. Yang ingat ialah orang-orang yang
berfikiran”
Surah Al Maaidah. Ayat 8.
“Hai orang-orang yang beriman,hendaklah
kamu jadi orang-orang yang selalu menegak kebenaran kerana Allah.menjadi saksi
dengan adil. Berlaku adillah itu lebih dekat kepada takwa”
Firman Allah SWT
surah Al-Ujurat. Ayat 12 .
“Wahai orang yang beriman,
jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (agar kamu tidak menyangka sangkaan yang
dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa dan janganlah
kamu mengitip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan jangalah
setengah dari kamu mengumpat setengah dari yang lain. Adakah seseorang dari
kamu suka memakan daging suadara kamu yang mati (jika demikian keadaan
mengupat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya (oleh itu patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada sesungguhnya Allah
penerima taubat lagi Maha Mengasahini.”
Ini ujian sebagai pemimpin,
Setiap orang tidak pernah terlepas dari
ujian Allah .
Setiap ujian berbeza antara satu sama
lain, samaada ujian itu berbentuk kesusahan atau kesenangan.
Suka atau tidak pasti ujian dari Allah
akan hadir,
janji Allah adalah pasti sebagaimana Allah
berjanji
setiap yang bernyawa akan ada
kematianya,
setiap kemudahan dan nikmat itu ada
kesulitannya.
Kehidupan kita sememangnya penuh dengan ujian
.
Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan.
Ujian ini merupakan warna kehidupan yang
misti dilalui
setiap insan yang bergelar manusia.
Kita tidak pernah menyangka akan berlaku
ujian bagitu rupa
pada diri kita dan keluarga.
Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk
dan kadangkala kita manusa dia terlupa
diri kita sedang di uji.
Saya sedari dan menerima segala dengan
redha 4 tahun lepas,
kuatkan semangat, katakan pada diri,
ada hikmah besar sebalik ujian ini.
Buka mata dan hati, jangan putus berdoa
dan berharap kebaikan akan kembali,
Insya Allah ketenangan akan kembali,
Mohon kempunan,semua yang hilang akan
diganti balik
malah lebih baik lagi.
kerana Allah akan menerima doa orang
teranyai.
Maksud firman Allah dalam surah
Al-Bagarah Ayat 216,
“Boleh
jadi kamu membenci sesuatu pada hal ia sangat baik bagimu. Boleh jadi kamu
menyukai sesuatu padahal ia sangat buruk bagimu”.
Saya cuba membayangkan kisah yang lalu
pada bulan April 5 tahun yang lalu
Satu ujian hadir tidak terduga.
Diri ini tewas , dalam rahmat dan rezeki
.
Hampir 1 tahun diri ini dengan ujian
Allah,
segala-gala telah berubah.
Tapi Allah masih sayangkan diri,
Allah memberi peluang dan masa Allah
menguji kita,
Jika nikmat hidup terasa ditarik tanda kita jangan lupa Maha
pencipta
Hadapi ujian dengan tabah dengan penuh keinsafan ,
Yakin bahawa Allah sentiasa bersama
kerana DIAlah menurunkan ujian
Jangan putus-putus memohon keampunan
atas dosa-dosa yang lalu.
Yakin ada nikmat dari pada Allah,
kemanisan disebalik ujian.
Ujian tidak bertandang dalam bentuk
musibah,
kesakitan, kepayahan,
tapi ada orang yang dalam tewas ujian masa
kesenangan.
Syukur satu tahun saya menderita,saban
masa ke Hospital RPZ2, dan sekarang yakin Allah bersama kita orang sentiasa
tunduk memohon keampunan,
Kuatkan azam kita akan sembuh, tapi...ingat
Jangan lupa Allah telah memberi
peringatan atas segala peristiwa berlaku untuk kita untuk menginsafi dosa-dosa
yang telah kita lakukan sebelum ini.
Kita banyak menghitung nikmat yang Tuhan
berikan
tapi kita tidak pernah menghitung
dosa-dosa yang kita lakukan.
Ujian
itu membawa pintu kesedaran
perubahan gaya hidup untuk mendapat Rahmat
dan keredaan Allah semata.
Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu
sia-sia,
sesungguhnya dunia tempat ujian dan
akhirat jua tempat kekal abadi.
Aku memohon kepada Mu, ampunlah segala
dosaku,
maaflah segala khilaf dan lemah dayaku.
Kawan-kawanku,
Hari ini pasti berlalu, tapi ingat pesan saya.....
Sebagai pemimpin yang diamanahkan
kita misti melahirkan rasa bersyukur,
kerana Hidup ini saling memerlukan dan
saling tumpang, menumpang.
Marilah kita sedari hakikat kehidupan di
IPG pada pagi ini,
umpama kita makan sepinggang nasi.
Pada sepinggang nasi yang kita makan di
situlah ada padi yang diusahakan oleh petani,
ada ikan yang dicari oleh nelayan,
ada ikan yang dicari oleh nelayan,
ada ayam yang diternak oleh peternak.
ada sayur ditaman orang kampung
Bayangkan berapa banyak pihak berkerja untuk
sepinggang nasi.
lahirnya rasa bersyukur disebalik
kejayaan kita hakikat perlu sedari banyak yang saling membantu
Allah telah kirim malaikat Nya mengejut
kita agar bangun beribadah dan berdoa kepadaNya.
Paling malas mintalah dan berdoalah kepada
Allah atau kita beristigfar dan bertahmid supaya malaikat akan datang lagi
mengejut kita dari tidur.
Ketika orang lain nyeyak tidur kita munajat,
merayu pada Mu sepanjang malam, membawa menggunung harapan
mengadu pada dengan penuh keinsafan dan
kesabaran
. Kau tentu tahu limpah kurnia Allah seluas
lautan bagai buih buih dilautan
. Kita sebenarnya serba tiada, Hanya Allah memiliki segala-gala maka
semakin banyaklah kita meminta kepada Allah.
kerana Allah ingin mendengar doa dari mulut
kita sendiri,
Allah nak tengok bibir kita sendiri
meminta kepadanya.
Allah hendak mendengar suara kita,
jangan dikunci mulut untuk meminta pertolangan,
Kita tidak minta syurga tapi mohon
Rahmat dan Hidayah dengan kesudahan yang baik bertemu Maha pencipta
Jangan menumpang doa dari orang lain,
jangan sekadar meminta dimulut sahaja tapi dalam hati kosong.
jangan sekadar meminta dimulut sahaja tapi dalam hati kosong.
Saya tanamkan sikap bukan pensyarah yang berpencen
tapi Persyarah Cemerlang DG 54 dibersarakan
setelah tamat tempoh 60 tahun perkidmatan .
Kami yang bersara ini adalah mutiara
dihujung perjalanan.
bukan batu-batu di jalanan atau ayam pencen hanya untuk
sembelihan.
Wahai
Rakan-rakan dan anak-anakku....ini pesanku diakhir ucapan di akhir kalam, saya
selalu berpesan pada anak-anak saya.....
Dalam hidup ini ingat ,Jika kita tak mampu
membuat semua,Jangan kita tinggal semua
Jangan menilai seseorang berdasarkan
masa silam,
Tapi lihat pada hari ini...
Kerana setiap orang mampu berubah,
malah lebih baik dari yang disangkakan.
Orang jahat perilakunya jarang mengaku kejahatannya
tapi orang jahat nampaknya baik tapi
bisanya orang berniat jahat ia melihat kejahatan satu kebaikan
bisanya orang berniat jahat ia melihat kejahatan satu kebaikan
Hidup seperti lilin menyinari orang
lain,
jangan hidup seperti menusuk diri dan menyakiti
orang lain
Jika anda mahu membuat sesuatu anda akan
cari jalan, Jika anda tidak mahu membuat sesuatu anda akan cari alasan dan mencari
kelemahan .
Jangan menabur najis dalam periuk nasi orang lain.
Jangan menabur najis dalam periuk nasi orang lain.
Sebaik baik manusia diharapkan
kebaikannya daripada kejahatanya.
ada manusia nampak baik tapi hatinya
jahat.-manusia melihat dosa itu adalah kebaikan atau tidak sedar kebaikan itu
adalah dosa
Baju yang cantik hanya sesuai dengan
orang yang kemas.
Lebih baik jadi tak pandai dari yang
memadai-mandai atau lebih baik memandai-mandai daripada tak pandai lansung,
sekurangnya ada guna juga.
Jangan menjadi orang bodoh,berlagak hebat dan sombong
Jangan menjadi orang bodoh,berlagak hebat dan sombong
Berfikir sebelum bertindak,fikir dulu
sebelum berbicara,
Berfikir dua kali sebelum mengambil keputusan.
Berfikir dua kali sebelum mengambil keputusan.
Fikiran yang benar akan mengasilkan
tindakan yang benar,
fikiran yang salah akan menghasilkan tindak yang salah
fikiran yang salah akan menghasilkan tindak yang salah
Orang yang biasa tapi kerjanya luar
biasa hasilnya akan luar biasa,
sesuatu yang biasa dilakukan secara luar biasa
hasilnya luar biasa, kita mampu berkerja luar
biasa,
kecuali orang yang tidak luar biasa dan
berkerja biasa-biasa saja .
tapi bila bercakap ialah yang luar biasa, boleh buat semua perkara
tapi bila bercakap ialah yang luar biasa, boleh buat semua perkara
Kita perlu berubah dan jangan takut bila
berubah
kita tidak akan hilang apa yang kita
miliki bila kita berubah.
Berubah itu mudah, tapi kekal dengan
perubahan itu mungkin payah
Kita nak cemerlang ,jangan mencari salah
orang lain,Kenal potensi diri dan semak hasil kerja kita dan buktikan kita
sememang dan selayaknya cemerlang, Cemerlang bukan dalam borang tapi hasil
kerja dan penilaian orang lain dan kerja berkualiti dibuktikan.
Biar azab kurang makan dari azab lebih
makan
Jangan fikir yang sedap saja Kadang-kadang
kena fikir yang pahit,
sebab yang pahit itu ubat, yang sedap itu racun
sebab yang pahit itu ubat, yang sedap itu racun
Biar buruk dimata orang tapi baik di
mata Tuhan,
tentu lebih baik di mata Tuhan dan di mata orang.
tentu lebih baik di mata Tuhan dan di mata orang.
Anak-anak ku dalam mengejar ilmu, jika tidak
tahu banyak,
tapi ingat
jangan menyembunyikan perkara yang sadikit.
Mempertajam mata kapak satu minit ,
lebih baik menghayun kapak satu hari.
Ada rakan kita ia orang yang gagal
tapi ia menyalahkan orang lain, ia
sebenarnya tersalah langkah,
Tersalah langkah bermula dari tersalah
fikir,
Tersalah fikir bermula kita tersalah
kenal diri kita.
Jangan lihat apa yang telah kamu
selesaikan,
tapi lihat apa yang belum kamu
selesaikan,
Kerja kita konsisten.Istikomah dalam
kerja
Jika nak berjaya,jadilah orang yang mencari
peluang dan
jangan jadi orang yang menunggu peluang.
Orang berjaya mencari peluang membuat
kerja,
orang yang pengalah/gagal cuba melepas
diri,
melepas peluang dari membuat kerja
Orang berjaya kita akan nampak ia
berusaha untuk berjaya,
tapi orang yang gagal akan berusaha
mencipta alasan
untuk keselesaan dirinya bukan untuk berjaya.
untuk keselesaan dirinya bukan untuk berjaya.
Orang yang berjaya memaksa dirinya untuk
berubah,
manakala orang gagal akan berubah bila
terpaksa atau dipaksa
Orang yang gagal akan memberi seribu
masaalah dan alasan,
tapi oranag berjaya jadikan masalah dan
alasan untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Ingat, sebalik kekurangan itu ada
tersembunyi hikmah kekurangan.
Kita tidak gagal tapi kita belum berjaya
lagi. Kita misti berani gagal,
kerana sebalik kegagalan hikmah itu ada kejayaannya.
kerana sebalik kegagalan hikmah itu ada kejayaannya.
Allah tidak lihat siapa banyak amalan
tapi
Allah nak lihat siapa yang paling baik
amalannya.
(ilmu, belajar, mendengar atau mencintai
ilmu atau ulamak)
Kadang kali kita terlalu ingin apa yang
orang lain dapat,
tapi kita lupa kita sudah miliki apa yang Allah berikan kepada kita.
tapi kita lupa kita sudah miliki apa yang Allah berikan kepada kita.
Kenal kehebatan kita kerana Allah merezekikan.
Saya bukanlah orang hebat, tapi saya belajar
dari orang yang hebat, Saya orang biasa tapi ingin menjadi orang yang luar
biasa, Saya bukanlah orang yang istimewa tapi saya ingin membuat sesorang itu
istimewa, kerana saya bukan orang yang gagal tapi saya akan belum
berjaya lagi- akan saya usaha dengan pertolongan dan izin Allah.
Bila kita berjiwa pensyarah, pasti kita
berjiwa pendidik, berhati putih, suci dan tidak mengadu dumba dan mengubat
mengeji.
Pastikan hati bersih dan minda terbuka
,tiada dendam dan prangsangka
Sekali kita menjadi pensyarah, kelakuan
di tauladani dan perkataan kita dingati, amalan kita jadi panduan.
Ciri-cirikan sebagai guru dan pensyarah
minda kelas pertama,
ada prinsip dan jati diri, jangan
menongkat arus,
Pensyarah kenal hala tuju IPG, Penaraju
Pendidikan Guru,
Falsafah Melahir guru berbudi perkerti mulia.
Saya akan bersara ,saya tidak pencen,
ayam yang pencen tiada nilai hanya untuk disembeleh dibuat laut, tapi orang
bersara bertambah kualiti kehiduppan dunia dan akhirat,
penaraju kepimpinan mesyarakat dan
hidup lebih berkat kerana masa lebih
banyak beribadat.
Hari-hari
terakir saya ingin didikasi kepada guru ...
Semuga kita menjadi guru,yang hadirnya ditunggu
yang hilangnya dirindu, ilmunya diburu
nasihatnya diseru, tingkahlakunya ditiru
Guru pendidik mulia, Laksana kumtum kembang mekar
Memuncak nama pembela sejahtera
Abadi dalam harum namanya
Saya berdiri pagi kerana jasa guru mendidik menjadi
pensyarah cemerlang
Terima kasih guruku, mengajar diri ini, membawa ke ladang
ilmu
Dengan sabar tidak kenal jemu,
Dan yang kini ku petik buah kejayaan
Dari pohon segar dari guruku terbilang.
Terima kasih guruku budiman,
Yang merungkai erti kehidupanku
Yang menanam benih kemanusiaan,
Dari bintang kegelapan malam
Ditengah lautan jadi pedoman
Terima kasih guru,Yang membugar perkebunan budi
Lembut menyiram akal pekerti,
Tekun menyemai mulia peribadi
Jasa baki mu guru terhampar pasti,
Moga Tuhan sentiasa memberkati
Terima kasih guru tercinta,Dari murid mu di IPGKKB
Menyambut cabaran semangat perkasa
Memperkukuh iltizam membina bangsa
Gelanggang pendidikan guru dipersada
Modal insan jiwa pendidik di pelihara,
IPG,Penaraju guru
bertaraf dunia
Pantun
orang bersara
Orang
bersara hatinya gembira
Hidup
aman sebagai pesara
Kerja
tidak perlu hidup disara
Nilai
prestasi sudah tak dikira
Cukup
bulan dapat bayaran
Buat
belanja lauk dan sayuran
Sekali
sekala mencari hiburan
Pergi
melancong bersama jiran
Bangun
pagi tidak tergesa
Senaman
ringan diri selesa
Sarapan
sadikit sekadar rasa
Tahap
kesihatan sering diperiksa
Makan
dan pakai hanya ala kadar
Jangan
sampai masih tak sedar
Amalan
yang buruk wajib dihindar
Jangan
ditentang qada dan qadar
Perkara
penting amal jariah
Menjaga
kebajikan surau kariah
Anak
dan cucu menambah mariah
Tiada
masalah bimbang dan payah
Orang
pencen orang kampung hormati
Teladan
baik budi pekerti
Disana
sini orang menanti
Mendengar
cerita dikedai-kedai kopi
Hidup
bersara terrasa lega
Tiada
ISO dan MQA
Tidak
banyak hati perlu dijaga
Hanya
bermesra dengan jiran tetangga
Orang
pencen anak dah besar
Cucunya
ramai sedang membesar
Rumah
dah selesa biarpun tak besar
Yang
penting tiada masalah besar
Bagitu
kesah usia dah tua
Suami
isteri tinggal berdua
Pengalaman
hidup dirasa semua
Kepada
yang esa terserah jua.
Sasaran
kerja orang bersara
Bangun
pagi masjid berjemaaah
Banyak
menghitung pahla dan dosa
Berbekal
banyak amalan,ganti yang lara.
Kaunselor
baik doktor dan hospital
Istikoma
temujanji, makan ubat berkala
Nasihat
isteri amat berharga
Agar
kesihatan sentiasa terbela.
Hidup
harian penuh berharga.
Kawan
sekeliling jiran tetangga
Kenderi
kendara, jadual dijaga
Keluarga bahagia hubungan berharga.
SEMPENA
HARI MERDEKA PANTUN KEMERDEKAAN
Serikandi
handal bermain sejata
Bijak
pula bermain seloka
Aman
harmoni negara tercinta
Berkat
usaha sejak merdeka
Segak
bergaya pehlawan gagah
Mengembara
sampai ke Andalusia
Proton
Perdana baru tampak megah
Barang
buatan negara Malaysia
Mudik
kehulu berkayuh sampan
Nahkoda
belayar dipulau jawa
Tanah
airku pusaka warisan
Rela
berkorban harta dan nyawa.
Jika
mahu pergi ke kota
Jangan
lupa membeli cendawan
Negara
kita tanggungjawab kita
Jadi
teras pemupuk perpaduan.
Kepada
Pengarah, Timbalan pangarah, KUP, PEK,pensyarah, Staf sokongan dan anak-anak
pelajar semua, bersaksi majlis dalam dewan ini saya memohon maaf dari hujung
rambut ke hujung kaki, jika selama ini saya melakukan kesalahan baik segi perbuatan
atau tutur kata atau segi bahasa badan dan saya memaafkan semua orang yang
berasa berdosa dengan saya kerana setiap malam tidak putus amalan amalan memohon keampunan dan memaaf sesiapa saja yang
kerana itulah ketenangan saya nikmati dalam kehidupan pada hari ini. sunnah Nabi ia akan memaafkan, melupakan dan
menyayangai dan mendoakan, mereka yang pernah membuat kesalahan. atau kejahatan
. Terima kasih utucara majlis hari ini yang tersangat istimewa dan saya
sekeluarga amat terhutang budi dan menghargai.
Sekian
yang lemah datang dari saya, yang sempurna itu Allah SWT.