Mohd.Yazid Deraman
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan.
Iinstitut Pendidikan Guru merupakan kilang
menghasilkan bakal guru untuk menjana genarasi akan datang. Pendidikan yang
berkualiti dari IPG penting dan diperlukan untuk melahirkan genarasi yang berkualiti.
Pensyarah di IPG memainkan peranan utama dalam tugas menyampaikan ilmu,melatih
dan mendidikan. penyampaian berkesan bergantung kepada sesorang guru. Ilmu yang
disampaikan jika diamalkan dulu oleh guru, memudahkan proses membentuk genarasi
yng baik. Pengajaran melalui teladan membantu guru pelatih melihat sendiri ilmu
yang dipelajari dilaksanakan secara praktikal. Pensyarah atau guru mesti
memastikan ilmu yang disampaikan adalah ilmu yang baik bermanafaat yang boleh
membentuk jiwa tauhid mereka. tidak salah belajar pelbagai subjek tapi semua
ilmu mesti berpaksikan kepada ilmu yang mengingatkan Allah Yang Maha Besar dan
Bijaksana, barulah para pelajar boleh terbentuk dengan baik kerana islam saja
yang selamat dan menyelamatkan.
Umumnya pendidikan berkesan mesti mengandungi
lima perkara:-
1.
Setiap pelajaran yang disampaikan mestilah
dikaitkan dengan kebesaran Allah SWT untuk menanam jiwa tauhid dalam hati
pelajar.
2.
Tanzir (berita-berita menakutkan tentang azab
dan seksaan Tuhan kepada orang yang derhaka kepada Nya) misti dijelaskan supaya
pelajar takut kepada perkara-perkara mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah.
3.
Tabsir (Khabar-khabar gembira bagi orang yang
taat kepada perintah Tuhan) supaya
pelajar berlumba-lumba untuk membuat kepajikan.
4.
Memaparkan sejarah tokoh-tokoh islam yang
gigih memperjuangkan agama .Pada mereka terdapat banyak sikap, tindakan, akhlak
yang boleh dicontohi berbanding tokoh-tokoh dunia hari ini.dimana mereka
berjaya membina tamadun dunia tetapi rusak akhlak dan peribadi.
5.
Mencerita sejarah orang-orang yang dimurkai
Allah dan balasan yang Allah timpakan kepada mereka seperti Firaun dan Namrud
supaya tidak mengikuti jejak langkah dan perangai mereka menentang Allah SWT.
Di IPG atau mana-mana intitusi pengajian
tinggi, pensyarah dan mahasiswi misti berintraksi sesama sendiri bagi
menambahkan kefahaman tentang apa yang dipelajari.Pensyarah misti berperanan
seperti peranan guru. Mereka misti mendidik ,menyampai ilmu dan pengalaman
serta mentarbiah. Barulah guru pelatih kita terbentuk dalam likungan agama dan
ilmu kedunian yang lain.
No comments:
Post a Comment