(MOHD.YAZID
BIN DERAMAN)
IPG KAMPUS
KOTA BHARU, KELANTAN
Pengenalan Program
Kesihatan Sekolah
Program
Kesihatan Sekolah (RKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka
untuk mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid dan
kegiatan sekolah, untuk mengalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk
membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan.
Tumpuan adalah kepada Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) kerana program ini
menyatupadukan dan menyelaras
PROGRAM
KESIHATAN SEKOLAH
Semua
aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Rancangan Kesihatan Sekolah telah
dimulakan sejak tahun 1967 lagi dengan tujuan utamanya untuk melahirkan
pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Keutamaan akan
diberi untuk menambah pengambilan dan latihan kakitangan profesional kesihatan
dan anggota kesihatan profesional bersekutu di sektor awam dan swasta.
Peraturan yang ditetapkan dalam Akta Kemudahan dan Jagaan Kesihatan Swasta 1998
akan dikuatkuasa untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan peluang mendapatkan
perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh sektor swasta.
Setelah
lebih dua puluh tahun berlalu, konsep kesihatan sekolah semakin berkembang
seiring dengan perkembangan di dalam bidang teknologi dan komunikasi. Pada
tahun 1996, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi nafas baru kepada RKS dengan mewujudkan
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Matlamat PBSS adalah untuk meningkatkan
pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara hidup
sihat dan memastikan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan
sihat.
Berkaitan
kesihatan, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling ikhtisas, suratsiaran dan
buku-buku panduan seperti Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah 1997, panduan
Melaksanakan PBSS, Buku Panduan PROSTAR dan Modul Latihan PROSTAR, Garis
Panduan Rancangan Makanan Tambahan, Garis Panduan Program Susu Sekolah dan
Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah 2005. Perkhidmatan
kesihatan di bawah PBSS termasuklah menilai status kesihatan murid, memberi
khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan dan kaunseling, memberi
penjagaan rawatan/kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta
mendiagnosis dan membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas.
Antara
program berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah adalah Perkhidmatan
Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, Rancangan Makanan Tambahan (RMT),
Program Susu Sekolah (PSS), Pendidikan Pencegahan Denggi, menjadikan sekolah
kawasan larangan merokok, menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas
kesihatan (sick-bay), mewujudkan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja
(PROSTAR), mengadakan program bebas dadah dan kempen cara hidup sihat.
RASIONAL, MATLAMAT
DAN OBJEKTIF PBSS
Rasional
Kewujudan
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) adalah berdasarkan rasional
berikut:
•
Mewujudkan
satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa tanggungjawab bersama dan
komitmen dalam kalangan warga sekolah.
•
Penyeragaman
beberapa program kesihatan sekolah sedia ada di bawah satu program bersepadu.
•
Keperluan
mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif kepada keperluan
sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa.
•
Meningkatkan
kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan
•
masyarakat
dalam menangani isu-isu kesihatan.
•
Program
yang terancang dan bersepadu adalah suatu usaha yang teratur dan fokus ke arah
amalan kesihatan perlu dipraktikkan.
•
Keperluan
untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat
dinilai keberkesanannya. Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) perlu
dirancang, dilaksana dan dinilai di setiap sekolah. Program ini adalah sejajar
dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif
dan berkualiti.
Matlamat PBSS
Matlamat
penting Pendidikan Kesihatan adalah untuk membentuk sikap dan
perlakuan
yang positif terhadap kesihatan serta melahirkan warga sekolah dan
persekitaran
yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan
negara.
Untuk merealisasikan matlamat ini adalah lebih mudah dan berkesan
ketika
kanak kanak ini masih muda kerana mereka boleh dipengaruhi oleh sikap
dan
amalan kesihatan yang positif ibarat "melentur buluh biarlah dari
rebungnya".
Tambahan pula, kanak kanak sekolah adalah "captive audience"
yang
mudah dipengaruhi. Rajah 1.1 menunjukkan program-program kesihatan
yang
boleh dilaksanakan di sekolah.
Objektif PBSS
:
•
Memelihara
dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat.
•
Membina
satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara
•
hidup
sihat.
•
Menetapkan
polisi/dasar kesihatan sekolah.
•
Memupuk
pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya setiap
warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri,
keluarga dan masyarakat.
•
Meningkatkan
kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam programkesihatan sekolah.
•
Menyediakan
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi:
•
Menilai
taraf kesihatan murid.
•
Memberi
khidmat rawatan dan rujukan.
•
Menggalakkan
bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan
•
masalah
kesihatan murid.
•
Memberi
penjagaan rawatan kecemasan terhadap penyakit-penyakit
•
di
sekolah.
•
Mencegah
dan mengawal kejadian penyakit.
•
Mengenal
pasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak kurang upaya.
KEPENTINGAN KESIHATAN
SEKOLAH DALAM KONTEKS
Kesihatan
adalah disasarkan kepada tiga kelompok masyarakat iaitu:-
•
Individu
•
Keluarga
•
Komuniti
Kerjasama
di antara masyarakat (individu,keluarga dan komuniti) dan sekolahmenggalakkan
penglibatan masyarakat dan sekolah dalam semua aktivitikesihatan melalui PIBG,
JKKK, Persatuan-persatuan, Jabatan-jabatan Kerajaan
dan
Bukan Kerajaan. Kerjasama tersebut membolehkan beberapa tindakan yang berfaedah
seperti berikut:
(a) Pemeliharaan
Persekitaran
•
Kawalan
pembiakan vektor
•
Pembuangan
sampah dan saliran air limbah yang sempurna
•
Kawasan
yang cantik, bersih, selesa dan selamat
(b) Struktur Fizikal
•
Lokasi
yang sesuai
•
Bangunan
yang selamat
•
Pengudaraan
yang sempurna
•
Pencahayaan
yang cukup
•
Kemudahan
bilik darjah dan asrama yang mencukupi, peralatan yang
•
sesuai,
menyediakan bilik rawatan yang sesuai
(c) Kerjasama di
antara Masyarakat dan Sekolah
Kerjasama
di antara sekolah dengan masyarakat bertujuan untuk mengintegrasikan
aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat. Ianya merupakan
satu proses dua hala di mana kedua dua sekolah dan masyarakat memikul
tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf
kesihatan kanakkanak. Dalam konteks ini sekolah perlu memikirkan apakah
sumbangannya terhadap masyarakat dan begitulah sebaliknya, iaitu apakah yang
masyarakat boleh sumbangkan kepada sekolah. Kerjasama meliputi:
•
Penyediaan
tandas yang mencukupi untuk murid-murid dan kakitangan
•
Kemudahan
bekalan air yang selamat dan mencukupi
•
Keadaan
kantin yang bersih dan selamat di samping pengendalian makanan yang sempurna
Enam
teras utama PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satupendekatan
bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah
melahirkan sekolah sihat adalah seperti berikut:-
•
Polisi
Kesihatan Sekolah
•
Persekitaran
Fizikal Sekolah
•
Persekitaran
Sosial Sekolah
•
Penglibatan
Komuniti
•
Kemahiran
Kesihatan Diri
•
(vi)Perkhidmatan
Kesihatan Sekolah
Polisi Kesihatan
Sekolah
Polisi
kesihatan sekolah ialah pernyataan yang menentukan tindakan dan
keperluan
sumber bagi mempromosikan kesihatan. Polisi ini berfungsi sebagai:
•
(a)Polisi
Kesihatan Sekolah bertujuan untuk:
•
(b)
Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah dan
•
masyarakat
luar.
•
(c)Merancang
dan mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan
Beberapa
polisi yang boleh dibentuk oleh sesebuah sekolah yang berkaitan dan
bersesuaian
dengan keperluan sekolah ialah:
•
Polisi
keselamatan makanan di kantin sekolah.
•
Polisi
pertolongan cemas
•
Polisi
keselamatan sekolah
•
Polisi
kawalan penyakit
•
Polisi
persekitaran fizikal sekolah
•
Polisi
persekitaran sosial sekolah
•
Polisi
pendidikan kesihatan
•
Polisi
peranan warga sekolah dan masyarakat
Polisi-polisi yang
dilaksanakan perlu dikaji dan dikemaskini dari semasa ke
semasa.
Contoh:
·
Polisi
Indikator
·
Polisi
bebas asap rokok Jumlah warga sekolah merokok dalam kawasan sekolah
·
Bilangan
poster larangan merokok dalam kawasan sekolah
·
Polisi
keselamatan makanan di kantin sekolah
·
Rating‰
premis kantin sekolah
Tujuan dan Fungsi
Polisi Kesihatan Sekolah.
Persekitaran
Fizikal Sekolah
Persekitaran
fizikal sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan sekolah yang
mempunyai
kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan
sihat.
Persekitaran tersebut berfungsi untuk:
•
Mewujudkan
persekitaran fizikal yang bersih dan selamat
•
Mewujudkan
persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan penyakit.
•
Memastikan
semua kemudahan asas di sekolah mencukupi dan sentiasa
•
dalam
keadaan bersih, ceria, selamat dan sihat yang merangkumi:
o
Bangunan
sekolah
o
Bilik
darjah
o
Tandas
o
Bekalan
air
o
Telefon
o
Kebun/lanskap
o
Makmal
o
Kantin
o
Asrama
o
Klinik
o
Dewan
o
Sektor
o
Tempat
letak kereta
o
Pagar
o
Perparitan
o
Sistem
pembangunan sisa pepejal
o
Pili
bomba dan
o
Padang
Permainan
Bagi
memastikan persekitaran fizikal sekolah yang sempurna beberapa perkara
perlu
diambil kira, iaitu:
•
Persekitaran
yang bersih dan selamat bagi menggalakkan amalan kesihatan, mengurangkan risiko
jangkitan penyakit-penyakit dan kejadian kemalangan di sekolah.
•
Kebersihan
kantin, dapur asrama dan dewan makan sekolah sentiasa bersih, selamat dan
mematuhi peraturan-peraturan kesihatan yang terdapat dalam Garis Panduan Kantin
Sekolah dan Pekeliling Pembangunan dan Bekalan Bil.2/1994 (Pengendalian Asrama)
•
.
•
Memastikan
pengalaman, penyediaan dan pengambilan makanan berkhasiat dan bermutu oleh
warga sekolah selaras dengan dasar pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia
semasa.
•
Mewujudkan
kawasan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok dan Pengetua, Guru Besar atau
guru diberikan kuasa untuk mengkompaun di bawah Peraturan-peraturan Kawalan
Hasil Tembakau 1993.
•
(e)Memastikan
sekolah bebas dari pembiakan nyamuk Aedes mengikut Buku Panduan Program Bebas
Denggi di Sekolah 1994
•
.
•
(f)Memastikan
persekitaran sekolah bebas dari pencemaran udara, air dan bunyi bising.
•
Pemantauan
dan Penilaian
•
Petunjuk-petunjuk
yang diambil kira ialah:
•
Peratus
sekolah mempunyai ÂratingÊ > 70% untuk 3K (keceriaan, keindahan
•
dan
keselamatan).
•
Peratus
sekolah melaksanakan program bebas denggi di sekolah.
•
Peratus
sekolah mencapai > 75% ÂratingÊ bebas denggi di sekolah.
•
Peratus
sekolah mencapai 75% ÂratingÊ premis makanan.
•
Peratus
sekolah mematuhi 100% peraturan larangan merokok.
•
Peratus
sekolah bebas daripada kemalangan di sekolah.
Persekitaran Sosial
Sekolah
Persekitaran
sosial yang sihat dan selamat ialah persekitaran yang boleh membentuk sikap dan
amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi
segala cabaran sama ada cabaran mental atau fizikal. Persekitaran sosial
sekolah yang baik berupaya menyediakan beberapa perkara iaitu:
•
Menyediakan
persekitaran yang kondusif untuk perkembangan mentalyang sihat dan mengurangkan
tekanan (stress) di kalangan warga sekolah.
•
Menyediakan
persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek warga sekolah. Persekitaran sosial yang
sihat dan selamat boleh membantu membentuk pelajaryang seimbang dari kesihatan
mental dan fizikal.
•
Beberapa
aktiviti boleh dilaksanakan bagi merealisasikan matlamat tersebut.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu berupaya:
•
Membina
ketahanan mental dan keyakinan diri warga sekolah melalui
•
penghayatan
agama dan nilai-nilai murni.
•
Mewujudkan
pelbagai aktiviti untuk mengurangkan tekanan (stress) dalam
•
kalangan
warga sekolah seperti kegiatan Pembimbing Rakan Sebaya,rekreasi, hobi,
„punching bag, sudut pidato dan papan conteng.
•
Memberi
perkhidmatan kaunseling terhadap kes-kes yang memerlukan.
•
Melaksanakan
amalan cara hidup sihat pada setiap masa.
•
Menangani
kes-kes disiplin warga sekolah mengikut peruntukan Peraturan-peraturan Disiplin
yang sedia ada.
•
Menggalakkan
pembentukan sahsiah yang murni melalui prosespengajaran dan pembelajaran, Kem
Motivasi, Kem Bina Semangat, Kem Ibadat, Kursus Kepimpinan, Rakan Muda, PROSTAR
dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian.
•
(g)
Memberi bantuan/sokongan moral, khidmat nasihat dan sokongan kewangan seperti
Biasiswa, Tabung Kebajikan dan Insurans Takaful.
Pemantauan dan
Penilaian Indikator-indikator:
•
(a)Peratus
sekolah bebas daripada penggunaan dadah
•
(b)
Peratus sekolah bebas dari kes Jenayah
•
(c)Peratus
sekolah menjalankan program PROSTAR
•
(d)
Peratus sekolah menjalankan aktiviti khidmat nasihat/kaunseling/anti stress.
Penglibatan Komuniti
Penglibatan
komuniti adalah suatu bentuk kerjasama di antara warga sekolah,ibu bapa serta
masyarakat yang menyokong dan meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah.
Penglibatan tersebut berfungsi seperti berikut:
•
Penglibatan
aktif dalam aktiviti kesihatan.
•
Melibatkan
diri dalam bentuk tenaga kepakaran/bahan/kewangan.
•
Memberi
dorongan dan sokongan moral kepada murid.
•
Menjadi
role mode amalan cara hidup sihat.
Untuk
mencapai matlamat PBSS, beberapa aktiviti boleh dijalankan untuk
memenuhi
fungsi penglibatan komuniti adalah seperti berikut:
(a) PROSTAR
(Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja)
Aktiviti meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti dan warga sekolah
tentang bahaya, cara pencegahan dan kawalan AIDS di samping menanam sikap
positif dan prihatin gejala sosial terutama gejala seks bebas dan penagihan
dadah.
(b)
Bebas Denggi di Sekolah
Aktiviti
meningkatkan kefahaman, kesedaran dan kemahiran dalam mencegah dan mengawal
demam denggi yang melibatkan warga sekolah dan komuniti.
(c)
Anti Merokok
Aktiviti
promosi anti merokok dan penguatkuasaan di sekolah sebagai kawasan larangan
merokok melibatkan warga sekolah dan komuniti.
(d)
Kempen Cara Hidup Sihat
Mengadakan
aktiviti-aktiviti kempen cara hidup sihat mengikut tema tahunan.
(e)
Program Kantin Sihat
Merancang,
melaksana dan mengawasi penyediaan, pemprosesan, hidangan, dan penjualan
makanan sihat di kantin sekolah oleh warga sekolah dan komuniti.
(f)
Sekolah Bersih
Mempertingkatkan
dan mempromosi kebersihan dan keceriaan sekolah.
(g)
Bebas Dadah
Melaksanakan
Program Sijil Lencana Anti-Dadah, aktiviti peningkatan kesedaran pelajar akan
bahaya penyalahgunaan dadah serta langkahpencegahan dan pengawalan.
(h)
Keselamatan
Melibatkan
warga sekolah dan komuniti dalam aktiviti mempertingkatkan keselamatan murid.
(i)
Rekreasi
Melaksanakan
program rekreasi bersama komuniti dan warga sekolah.
(j)
Agama dan Kerohanian
Melibatkan
diri secara aktif dalam penerapan nilai agama, moral dan kerohanian.
(k)Kekeluargaan
Penglibatan
komuniti dan warga sekolah dalam aktiviti kekeluargaan.
Kemahiran Kesihatan
Diri
Merupakan
suatu usaha untuk membentuk sikap yang positif ke arah amalan cara hidup sihat
dalam kalangan warga sekolah. Kemahiran tersebut penting bagi mengadakan
pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak formal dalam mengendalikan
kesihatan fizikal, mental, rohani dan sosial, serta alam sekeliling ke arah
amalan cara hidup yang sihat.
Beberapa
aktiviti Kemahiran Kesihatan Diri boleh dijalankan, samada melalui
pendidikan
formal dan tidak formal di sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah
seperti
berikut:
Kesihatan
Fizikal
(i)
Kebersihan diri
•
Murid-murid
mestilah diajar tentang kebersihan diri yang
·
ditetapkan
di dalam kurikulum sekolah.
•
Sekolah
perlu memastikan setiap murid mengamalkan kebersihan
·
diri
setiap masa melalui kaedah pemeriksaan oleh guru, latihan
·
amali
dan demonstrasi.
•
Murid
perlu bertanggungjawab terhadap kebersihan diri
·
sepanjang
masa seperti berpakaian kemas dan bersih, rambut
·
kemas
dan bersih, kuku pendek dan bersih serta gigi dan
·
mulut/hidung
yang bersih.
(ii)
Kesihatan pergigian
•Sekolah perlu
memastikan supaya aktiviti kesihatan pergigian diajar dan diamalkan di sekolah.
• Sekolah perlu
mengadakan kemudahan untuk latihan amali kebersihan gigi.
(iii)
Senaman dan kecergasan
•
Sekolah
perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya dua masa
•
pelajaran
dalam seminggu untuk senaman dan kecergasan.
•
Sekolah
perlu mengadakan kemudahan dan peralatan untuk
•
senaman
dan kecergasan.
•
Murid
dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
•
senaman
dan kecergasan.
(iv)
Makan secara sihat
•
Sekolah
mestilah mengajar konsep makan secara sihat kepada setiap murid melalui
kurikulum dan lain-lain aktiviti yang tidak formal.
•
Sekolah
perlu memastikan makanan yang dijual di kantin sekolahadalah bersih, selamat
dan berzat.
•
Murid
mestilah digalakkan untuk memilih makanan yang berzat, bersih dan selamat.
(v)
Anatomi dan fisiologi tubuh badan
•
Guru
dan murid perlu diberi pengetahuan asas mengenai strukturdan fungsi tubuh badan
melalui pendidikan formal.
•
Guru
dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan tentang perkembangan dan
pertumbuhan fizikal.
•
Guru
dan murid perlu didedahkan kepada masalah yang berkaitan dengan perkembangan
dan pertumbuhan fizikal.
(vi)
Pertolongan cemas
•
Sekolah
perlu melatih guru dan warga sekolah berkaitan pertolongan cemas.
•
Sekolah
perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu peti kecemasan dalam setiap bilik
darjah.
•
Murid
perlu mempelajari kaedah pertolongan cemas.
Kesihatan Mental dan
Sosial
(i)
Perkembangan mental dan sosial
Guru dan murid perlu
didedahkan kepada pengetahuan mengenai perkembangan mental dan sosial yang
normal.
(ii)
Tekanan rakan sebaya dan keluarga
Murid perlu diberi
kemahiran untuk menangani masalahberkaitan dengan rakan sebaya dan keluarga.
Guru hendaklah didedahkan kepada
cara-cara mengenal pasti masalah kesihatan mental dan sosial dalam kalangan
murid
Sekolah perlu
menyediakan perkhidmatan bimbingan dankaunseling kepada warga sekolah.
PEMANTAUAN DAN
PENILAIAN PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
(a) Pendidikan
Kesihatan Formal
1.
Ujian
bertulis selepas topik/penggal/tahunan
2.
Ujian
lisan selepas setiap topik/penggal/tahunan
3.
Kajian
semula Kurikulum Sekolah yang formal
4.
Skor
tingkah laku berkala
5.
Laporan
untuk setiap projek
6.
Senarai
semak setiap penyeliaan berkala yang dijalankan
(b)Pendidikan
Kesihatan Tidak Formal
1.
Laporan
Tahunan oleh:
2.
Jawatankuasa
Kesihatan Sekolah
3.
Kelab
Kesihatan Sekolah
4.
Biro
Kesihatan
5.
Senarai
semak bagi pemeriksaan fizikal dan persekitaran sekolah.
6.
Skor
pemeriksaan kesihatan diri.
7.
Hadiah
dan penghargaan bagi setiap aktiviti promosi kesihatan di sekolah iaitu
pertandingan kesihatan, kuiz kesihatan dan pameran kesihatan
8.
Skor
tingkah laku selepas kaunseling.
Perkhidmatan
Kesihatan Sekolah
Perkhidmatan
kesihatan sekolah merangkumi promosi kesihatan danpemakanan, penjagaan
kesihatan, rawatan, rujukan serta penempatan di dalam kelas khas yang diberi
oleh doktor perubatan dan pergigian, kakitangan kejururawatan dan guru-guru
untuk pencapaian kesihatan optimum warga sekolah. Perkhidmatan kesihatan
sekolah berperanan untuk:
·
Memaklumkan
guru dan ibu bapa mengenai tahap kesihatan murid bagi membolehkan rawatan
lanjut dan tindakan susulan bagi kes tertentu.
·
Membina
kefahaman dan kesedaran warga sekolah mengenai kepentingankesihatan optimum dan
amalan cara hidup sihat.
·
Rancangan
khas seperti rancangan makanan tambahan dan program susu sekolah kepada murid
dilaksanakan dengan sempurna.
·
Menyediakan
khidmat pertolongan cemas dan rujukan kepada warga sekolah.
·
Mengesan
masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes yang memerlukan
o
perhatian
serta tindakan lanjut.
·
Menyediakan
pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti-aktiviti kesihatan
o
sekolah.
·
Mencegah
dan mengawal kejadian penyakit.
Aktiviti-aktiviti
Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah:
(a)
Penilaian Status Kesihatan
Penilaian
status kesihatan meliputi pemeriksaan, pengesahan awal masalah kesihatan dan
ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga sekolah seperti ujian
penglihatan, kebersihan diri dan lain-lain oleh guru, jururawat dan doktor.
Antara aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan adalah:
a.
Sekolah
hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk pemeriksaan
kesihatan dan imunisasi murid.
b.
Rekod
Kesihatan Murid (RKM) hendaklah sentiasa dikemaskini. RKM 1 hendaklah dihantar
ke sekolah menengah yang berkenaan setelahmurid tersebut tamat tahun 6.
Sekiranya seseorang murid itu bertukar sekolah, buku RKM 1 hendaklah dihantar
ke sekolah baru.
c.
Pemeriksaan
kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan.
d.
Pemeriksaan
kesihatan diwajibkan untuk murid Tahun 1, Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.
e.
Guru
hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid.
(b) Rujukan dan
Tindakan Susulan
a.
Pemerhatian
atau rawatan awal terhadap kes yang dirujuk.
b.
Tindakan
susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan
(c) Khidmat
Kaunseling
Penyediaan
perkhidmatan kaunseling yang dijalankan oleh seorang guru kaunselor yang
terlatih di setiap sekolah.
(d)Pemakanan
Aktiviti
pemakanan meliputi:
a.
Penilaian
status pemakanan murid melalui pengambilan berat badandan tinggi serta
pengkelasan status pemakanan mengikut Rekod Kesihatan Murid.
b.
Pengesanan
secara fizikal dan klinikal kes kurang zat makanan, obesiti, beguk, anemia dan
lain-lain.
c.
Rawatan
dan rujukan kes kepada doktor atau jururawat.
d.
Ceramah
dan promosi pemakanan (healthy eating) kepada warga sekolah.
e.
Penyeliaan
pelaksanaan penggunaan menu serta rancangan khas seperti Rancangan Makanan
Tambahan dan Program Susu Sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.
F. Pemberian maklumat
pemakanan melalui risalah, poster, tayangan video dan lain-lain.
G Penyeliaan oleh Pegawai Zat Makanan dan
Pegawai Kesihatan Daerah terhadap pelaksanaan penambahan iodin dalam bekalan
air di sekolah yang diwartakan.
(e) Pergigian
Perkhidmatan
pergigian perlu dijalankan:
a.
Dengan
mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk rawatan pergigian murid oleh
sekolah.
b.
Untuk
menilai status kesihatan pergigian yang merangkumi pemeriksaan gigi, tisu-tisu
lembut dan kecacatan dentofacial oleh pergigian atau jururawat pergigian.
c.
Untuk
memerhati aspek kebersihan mulut murid oleh guru kelas.
d.
Dengan
memberikan keutamaan kepada aspek pencegahan dan promosi kesihatan pergigian.
e.
Dengan
memberikan rawatan pergigian yang sistematik dan komprehensif kepada murid.
f.
Dengan
menyediakan rujukan bagi kes yang memerlukan perhatian dan tindakan lanjut oleh
doktor pergigian dan jururawat pergigian.
(f) Pertolongan Cemas
Walaupun
langkah berjaga-jaga ada disediakan, kemalangan dan serangan penyakit boleh
berlaku ketika murid berada di sekolah. Polisi dan peraturan yang jelas untuk
mengendalikan pertolongan kecemasan adalah diperlukan.
Sekolah
juga perlu menyediakan perkara-perkara asas berikut:
Sebuah
bilik khas kesihatan (Âsick-bayÊ) yang dilengkapi juga dengan peti pertolongan
cemas. Sekurang-kurangnya seorang guru yang terlatih dalam memberi pertolongan
cemas dan resusitasi kardio-pulmonari.
(g) Pendidikan
Kesihatan
Aktiviti
Pendidikan Kesihatan meliputi:
a.
Penyampaian
pendidikan kesihatan kepada murid secara formal dan tidak formal
b.
Penilaian
berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan dalam
kalangan warga sekolah
c.
Pendedahan
kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di sekolah kepada warga
sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
(h) Kanak-kanak
dengan Keperluan Khas
Aktiviti
bagi kanak-kanak dengan perkembangan pada tahap di bawah
normal
mengikut umur atau kehilangan keupayaan fisikal, penglihatan dan
pendengaran
meliputi:
a.
Diagnos
dan pengesahan kanak-kanak dengan keperluan khas.
b.
Pendaftaran
dan penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas.
c.
Rujukan
kes untuk program pemulihan seperti pemulihan anggota, pemulihan cara kerja dan
lain-lain di peringkat klinik, hospital dan komuniti kepada agensi berkaitan.
PEMANTAUAN DAN
PENILAIAN
Pemantauan
dan penilaian meliputi:
a)
Pemeriksaan
Status Kesihatan
a.
Peratus
murid yang diperiksa oleh jururawat dan doktor.
b.
Kadar
pengesanan cacat penglihatan.
c.
Liputan
imunisasi
d.
Kadar
kejadian penyakit
b)
Rujukan
dan Tindakan Susulan
i. Bilangan kes dirujuk
ii. Bilangan kes
keciciran daripada kes rujukan
c)
Pemeriksaan
Status Pemakanan
d)
Bilangan
dan peratus dengan berat badan menurut ketinggian < 80% mengikut tahun
persekolahan (kurang zat makanan) > 120% mengikut tahun persekolahan
(obesity)
e)
Bilangan
dan peratus murid dengan hemoglobin (Hh) < 10 gm%
F) mengikut tahun persekolahan (anemia)
g) Bilangan dan peratus murid yang dikesan
mengidap beguk.
h) Bilangan dan peratus murid yang menerima
bantuan susu sekolah.
i) Bilangan dan peratus murid yang menerima
bantuan makanan
j) tambahan.
(d)Pemeriksaan Status
Kesihatan Pergigian
i. Peratus murid dengan
tahap kebersihan gigi yang optima.
ii. Peratus murid yang
diberi rawatan sehingga tahap ÂdemofitnessÊ.
(e) Pertolongan Cemas
(i) Bilangan dan peratus peti pertolongan
cemas yang lengkap
RINGKASAN PBSS.
•
Program
Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan dengan tujuan untuk menyatupadukan
dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah yang mampu
meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga sekolah.
•
PBSS
mengandungi satu program yang terancang dan bersepadu, fleksibel, inovatif dan
kreatif berlandaskan keperluan semasa dan setempat melalui kerjasama dan
penglibatan komuniti.
•
Enam
teras utama PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan
bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah
melahirkan sekolah sihat adalah seperti Polisi Kesihatan Sekolah, Persekitaran Fizikal
Sekolah, Persekitaran Sosial Sekolah, Penglibatan Komuniti, Kemahiran Kesihatan
Diri, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
•
Kerjasama
di antara sekolah dengan masyarakat bertujuan untuk mengintegrasikan
aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat.
•
Ianya
merupakan satu proses dua hala di mana kedua dua sekolah dan masyarakat memikul
tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf
kesihatan kanak-kanak.
•
Dalam
konteks ini, sekolah perlu memikirkan apakah sumbangannya terhadap masyarakat
dan sebaliknya, apakah yang masyarakat boleh sumbangkan kepada sekolah.
•
Perkhidmatan
kesihatan di bawah PBSS termasuklah menilai status kesihatan murid, memberi
khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan dan kaunseling, memberi
penjagaan rawatan/kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta
mendiagnosis dan membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas.
•
Antara
program berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah adalah Perkhidmatan
Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, Rancangan Makanan Tambahan (RMT),
Program Susu Sekolah (PSS), Pendidikan Pencegahan Denggi, menjadikan sekolah
kawasan larangan merokok, menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas
kesihatan (sick-bay), mewujudkan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja
(PROSTAR), mengadakan program bebas dadah dan kempen cara hidup sihat.
Rujukan
BANK
DUNIA, 96/70s. 1996. Developing countries face epidemic of Tobaccoa
related
and Non-communicable diseases.
BAHAGIAN
KAWALAN PENYAKIT. Laporan awal NDS, 1995.
JOHN
W.FARQUHAR. How health behaviour relates to risk factors. Circulation
3,
September, 1993.
KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA. Annual report of Department of
Public
Health, 1995.
KEN
RESNICOW ET AL. Advance and future directions for school-based health
promotion
research: Commentary on the CATCH Intervention Trial.
Preventive
Medicine , 23, July/August,1996.
September
1997, Program Kesihatan Sekolah Sihat Kementerian Kesihatan
Malaysia
dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
November
1994 Garis Panduan Rancangan Kesihatan Sekolah, oleh Bahagian
Penjagaan
Kesihatan Asas dan Pembangunan Keluarga Malaysia.