SEMBANG –SEMBANG SIHAT
Kesihatan merupakan kunci utama kesejateraan insan dan
kehidupan kita. Kesihatan umpama sahabat, kehilangan dirasai bila ianya telah
pergi.rasa kesusahan. Kesihatan merupakan satu simbul kekayaan. Sehebat mana kita manusia, setinggi
mana pangkat kita agenda penjagaan kesihatan misti diutamakan .Pengekalannya
status kesihatan setiap orang merupakan kewajipan utama setiap orang. Dalam
dunia yang sedang membangun dan serba rmoden kehidupan kita sekarang banyak
dibantu dengan teknologi moden , ditambah dengan kesibukan dan tugasan yanmg
berpanjangan, hingga kita lupa dan alpa aspek penjagaan kesihatan diri. Kita
hanya akan berjumpa doctor bila kita sakit. Bila diberi sadikit ujian kesihatan
kita barulah ada kesedaran, berdoa memohon pada tuhan supaya sembuh dari
penyakit dan merasakan Ya Allah ya Tuhan
alangkah bahagia jika aku diberi kesihatan yang baik
Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi
fisiologi dan anatomi badan berfungsi dengan baik dan badan tidak mudah
diserang penyakit . Tahap kesihatan fizikal kita boleh ukur dengan memeriksa
suhu badan,tekanan darah, denyut jantung dan kandungan air kencing
Kesihatan fizikal dapat dicapai dengan mengambil
makanan berkhasiat dan seimbang agar badan memperolehi tenaga yang memcukupi
untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental,fizikal, sosial dan fisiologi.
Tenaga juga perlu untuk pembinaan dan pertumbuhan badan serta menetang serangan
patogen menghindar diri dari penyakit. Kesihatan fizikal paling murah dan
dapat dicapai melalui hanya senaman
harian,
Semuaga kita tidak bersama orang-orang yang
tidak lupa banyaknya nikmat diberikan
oleh Allah SWT, kepada kita selama ini. Penulisan ini agar ia menjadi
pengajaran pada saya, juga kepimpinan Institut dan pada anda bakal guru,
peneraju wawasan pendidikan, menjana ilmu era ledakan maklumat tampa sempadan. Semuga kita tidak terkorban dengan
kemajuan ini yang sentiasa memisahkan diri kita untuk mengamalkan gaya hidup
sihat. Jangan kita nikmati kemajuan ini, dengan terlantar di hospital, maka
masa itu kita merasakan betapa bahagianya, kalau Tuhan berikan diri ini nikmat sihat.Ingat kos penjagaan kesihatan
bila kita tidak sihat lebih mahal jika dibandingkan semasa kita sihat. Mengapa
kita perlu berbelanja mahal untuk menjaga kesihatan bila sakit? tapi semasa
sihat, kita kedekut berbelaja masa dan duit untuk mengekalkan kesihatan kita.
”Think and Thank” atau ”Berfikir dan
bersyukur”. Fikirlah
semua hal yang harus kita berikan rasa
terima kasih dan bersyukur kepada Tuhan atas segala anugerah dan rahmatnya.
Kita jarang memikir atau menghirau apa yang kita miliki tapi banyak memikir
kekurang semata-mata. Kecederungan ini merupakan satu tragedi hidup zaman moden
yang membawa kepada penyakit mental dan fizikal. Jika anda ditakdir Tuhan
terlantar sakit, ini bukan satu stagedi. Tidak benar kerana kesakitan ini
memberi ruang masa untuk anda berfikir tentang diri anda, mengenali diri
anda.Kelemahan-kelemahan yang kita rasai akan memberi pertolongan yang tidak
diduga. Kesakitan adalah ujian yang patut diterima dengan keredaan, kerana Tuhan
sayang pada kita, oleh itu sertakan dalam pemikiran yang positif untuk melawan
penyakit dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan disokong dengan doa kepada
Allah SWT.
(Mohd.Yazid Deraman - IPG Kampus Kota Bharu Kelantan.)
No comments:
Post a Comment