MENGAWAL KOLESTERAL
Kolesteral
dalam kajian pakar perubatan adalah penjahat utama yang menyebabkan sakit
jantung.Mencari dan mencegah penjahat ini penting bagi kita semua yang ingin
kekal sihat kerana ia adalah pembunuh utama dunia moden ini.Ingat kolesteral
ada juga yang baik dan ada juga yang jahat.Nisbah-nisbah dikalangan bentuk
kolesteral juga penting terutama mengetahui paras kolesteral anda yang sebenar
dari masa ke semasa.Cabaran kita ialah mencegah sebelum terkena serangan atau
sakit jantung, Jangan berdalih mengenai cara mengawal resiko serangan jantung
kerana anda sendiri yang dapat mengawalnya.
MENURUN
KOLESTERAL
Kajian
penyelidikan setiap 1% pengurangan kolesteral darah resiko serangan jantung
menurun 2%, bahkan ada kajian dapat menurun sehingga 3%. Untuk pengetauan kita
pengurangan serangan jantung boleh dicapai dengan pencergahanya tapi bukan
untuk merawat penyakit itu. sebahagian besar kematian akibat sakit jantung
kerana serangan pertama. Apa yang penting dinasihatkan ialah rawatan sebelum
terkena serangan atau resiko terkena sakit jantung akibat tiada pengetahuan
penjagaan kesihatan atau amalan yang tidak sihat dalam gaya hidup yang sebelum
terkena serangan jantung. Bagi saya pengetahuan atau ilmu dan disertakan dengan
amalan penting dalam penjagaan kesihatan dalam kehidupan kita. Kita kekurangan
pengetahuan tentang kesan kolesteral yang mengakibatkan serangan jantung. Jika
kita ada pengetahuan atau pengalaman maka kita akan berhati-hati dalam
penjagaan kolesteral dalam tubuh badan kita.
Pencegahan
hanya satu-satu cara untuk membendung penyakit jantung.Jangan berdalih mengenai
resiko penyakit jantung. Dalam dunia modenini, resiko penyakit kerana faktor
baka atau keturunan tidak memberi kesan yang singnifikan lagi. Sebilangan kecil
ada orang berkederungan genatik mengalami kolesteral yang tinggi. Mereka ini
memerlukan program penjagaan dan pengawalan yang khusus. Anda dicadangkan
mengambil profil lipid anda dan membuat analisis menyeluruh kandungan lemak dalam
darah anda. seperti jumlah kolesteral, HDL Kolesteral, LDL kolesteral dan juga
jangan lupa pada jumlah lemak dalam badan (Trigliserida)
APA
RANCANGAN MENGURANG KOLESTERAL ANDA
Saya
telah melakukan program selama 3 bulan dengan HPZII Kota Bharu, ternyata keberkesanannya , koklesteral saya telah turun bawah 4.0 nisbah normal .Jika
kolesteral anda melebihi 5.17mmol/L pastikan anda membuat pemeriksaan kerana
nisbah normal untuk lelaki ialah 4.5 atau lebih rendah dan perumpuan 4.0 atau
lebih rendah. Penyelidikan menunjukkan 3.5 adalah baik dan kurang 3.0 itu cemerlang.
Tapi harus ingai ada kajian menunjukkan jika nisbah dikurangkan antara 2.4 dan
2.8 anda boleh menterbalikkan penyakit jantung. Kolesteral adalah penjahat yang
boleh menyumbat atreri tapi tidak semua kolesteral dicipta sifat yang sama.
Terdapat kolesteral jahat (LDL) dan kolesteral baik (HDL).Kita mahu LDL rendah
bawah 3.36mmo/L dianggap baik, jika melebihi 4.14 mmo/L maka ia tidak baik.
Penyelidikan
juga mendapati nisbah jumlah kolesteral penting sebagai satu pertunjuk bagi
penyakit jantung. Nisbah sangat penting berbanding dengan jumlah kolesteral. Ada
orang mempunyai kolesteral yang rendah terkena serangan jantung manakala mereka yang berkolesteral tinggi tidak terkena serangan jantung?
Individu
A Individu B
Jumlah
kolesteral......................... ..6.47 mmol/L 5.17 mmol/L
HDL
(Baik)......................................1.29 mmol/L 0.52 mmol/L
Nisbah........................................... 5 10
Individu
A mempunyai jumlah kolesteral tinggi bahaya untuk serangan jantung berbanding
dengan individu B.yang mempunyai kolesteral normal. Kemungkinan terkena
serangan jantung terletak pada nisbah jumlah kolesteral dengan koklesteral
jahat. Jika kolesteral melebihi 5.17mmol/L pastikan ada periksa nisbahnya
Cuba
semak tahap kolesteral anda, yang paling penting abnda senak nisbah dan jumlah
kolesteral
Jumlah kolesteral............................
5.17.mmol/L atau kurang
Kolesteral
HDL................................ 1.16
mmo/L untuk lelaki
1.55
mmo/L untuk perumpuan.
Kolesteral LDL................................ 3.36 mmo/L atau kurang
Trigliserida...................................... 1.41 mmo/L atau kurang
Nisbah Jumah kolesteral/HDL 4.5 atau lebih rendah untu
lelaki
4.0
atau lebih rendah untuk perumpuan.
.
PROGRAM
MENURUN KOLESTERAL
Teruskan
program disenaraikan ini, jika dulu kolesteral anda 6.2 mmmo/L dapat diturukan
kepada 5.5i9 mmo/L profil lipid anda akan terus bertambah baik.
- Berhenti merokok
- Mulakan program pemakanan yang ringkas
dan sihat
- Mulakan program senaman
- Turukan berat badan
- Ambil makanan tambahan dan herba
- Sedikan satu profil lipid darah anda.
(Pemeriksaan darah berkala)
ARTERI
SEMAKIN TERSUMBAT
Petunjuk
paling baik arteri yang sihat ialah menurunkan kadar kolesteral anda. Enap
cemar,lendir, plak bermula dari masa muda hingga dewasa semakin menimbun. Lagi
tinggi kolesteral anda lagi banyak plak dalam saluran darah arteri anda. Plak
yang banyak akan menjadi arteri koronari sempit, pengaliran darah ke jantung
tersekat. Kesannya anda cepat lesu, sakit dada, sesak nafas kerana jantung
kurang mendapat bakalan oksigen untuk berfungsi. Lubang arteri mengeci juga
disebabkan pembekuan darah dan ini gajala yang boleh memberhentikan pengalan
darah dan bekalan oksigen pada janyung. Jika arteri kecil tersumbat serangan
jantung tidak membawa maut tapi jika arteri besar tersumbat kesannya kepada
tisu jantung tidak mendapat bekalan oksigen dan ia tidak berfungsi lagi.
GARIS
PANDUAN OLEH PROGRAM PENDIDIKAN KOLESTERAL NASIONAL A.S
- Mereka ada faktor resiko berganda
penyakit jantung perlu mengekalkan 2.59mmmo/L dan mereka menunjukkan 3.36
mmol/L patut menjalini terapi drug dan perubahan gaya hidup termasuk
mengurangkan lemak tepu, mengurangkan berat badan dan meningkatkan
aktiviti fizikal.
- Penyakit kencing manis tahap 2
berkolesteral tinggi perlu dirawat lebih agresif
- Paras HDL 1.03 mmol/L faktor resiko
penyakit jantung. HDL di tahap 1.55 mmol/L boleh melindungi jantung.
- Lelaki
dan perumpuan berusia 20 tahun ke atas membuat pemeriksaan
kolesteral,LDL,HDL, Trigliserida berkala 5 tahun sekali.
- Paras Trigliserida pinggiran
dinasihatkan kurang berat badan dan bersenam. Trigserida yang tinggi
memerlukan pengubatan.
- Penurunan LDL mengurang jangka pendek
serangan penyakit jantung ingga 40%.
- Makanan stenol dan sterol atau kaya
dengan gentinan larutmeningkatkan kuasa poenurunan LDL dalam diet.
- Hormon-hormon sebagai satu alternatif kepada drug-drug yang boleh menurukan kolesteral
Dengan penulisan yang ringkas ini saya berharap pembaca mempunyai pengetahuan tentang kolesteral., baik mereka yang telah mengidap pelbagai penyakit kronik atau mereka yang peka tentang penjagaan kesihatan. Pengetahuan yang anda perolehi, satu kebijaksanaan jika ia diamalkan kerana anda akan menikmati kehidupan bermakna dimasa hadapan.
Mohd.Yazid Deraman. Jabatan Pendidikan
Jasmani & Kesihatan IPG.KKB.
Sumber:
Bruce Miller (2002), DDS.CNS Bruce Miller’s
Beter Health Series.Oak Publications. Kuala Lumpur.