Tuesday 8 October 2013

Sumber Antioksidan Daripada Buah Mengikut Warna



SUMBER ANTIOKSIDAN DARI BUAH MENGIKUT WARNANYA
MOHD.YAZID BIN DERAMAN
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan

PENDAHULUAN

Sumber antioksidan yang terbaik berasal dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Kebanyakan kita tidak berminat memakan sayuran, maka buah sebagai gantikan. Penting bagi setiap orang .mengetahui pengambilan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan, kerana ia mampu membantu melawan penyakit tertentu..Hasil kajian mendapati kandungan antioksidan pada buahan lebih tinggi berbanding dengan makanan yang lain. Kebanyakan buah-buahan selain dari antioksidan ia mengandungi perbagai jenis khasiat yang mana jika diambil secara kerap ia dapat mengekalkan tubuh yang sihat. Pengambilan buah-buahan antioksidan secara konsisten dapat membantu melawan redikal bebas di dalam tubuh yang menjadi penyebab kepada pelbagai masalah kesihatan.

APAKAH ANTIOKSIDAN

Antioksidan nama bagi sekumpulan zat yang berfungsi melindungi tubuh xdari serangan redikal bebas. Antioksidan dapat menghentikan aktiviti mencuri elektron dari sel lain dengan mendermakan elektronnya kepada redikal bebas. Melalui cara itu redikal bebas dapat disetabilkan dan kegiatan mencuri elektron dari sel laian dapat dihentikan. Oleh itu risiko kerosakan sel tubuh akibat redikal bebas dapat di kurangkan.

RADIKAL BEBAS.

Radikal bebas adalah molikul yang tidak stabil akibat kekurangan satu elektron dan sentiasa mencari peluang untuk mencuri elektron dari molikul laian seperti dari DNA dan sel. Ini boleh menyebebkan masalah kesihatan dalam jangka masa panjang kerana molokul sel akan rosak akibat dicuri semasa aktiviti redikal bebas. Biasanya penyakit yang disebabkan oleh redikal bebas amat sukar dirawat contohnya kanser, angin ahmar dan sakit jantung.

KHASIAT BUAH IKUT WARNA

JINGGA

Sejenis karotenoid yang di panggil beta karotene adalah punca buah berwarna jingga. Tubuh semulajadi akan menukar beta karotenoid kepada vitamin A. Pertukaran ini9  berlaku jika tubuh memerlukan. beta karotenoid juga berfungsi sebagai antioksidan yang permulaan penyakit berbahaya dan juga melambatkan proses kejadian katarak mata. Contoh buahan berwarna jingga ialah, mempelam, mangga,pisangkaki dan aprikot.

KUNING

Warna kuning mengandungi lutien dan zaexanthin di dalam buah mampu memperbaiki kemerosotan makula pada retina mata biasa. Pengambulan buah daripada kumpulan ini secara kosisten dapat membantu kamu menjaga mata sepaya kita memperlohi mata yang tajam walaupn usia meningkat. Contoh buahan berwana kuning ialah, pisang, tembikau susu, tembikai kuning dan nengka.

MERAH

Merah terhasil daripada kandungan lycopene atau karotenoid di dalam buah. Kadar lycopene di dalam buah akan bertambah mengikut tempoh matang buah. Selian dari itu, lycopene juga berfungsi sebagai egen oksidan yang membantu tubuh membaiki sel badanm yang rusak, sekali gus mengusir toksin yang menyebabkan penghasilan  sel kenser dengan meenyerap radikal bebas di dalam tubuh. Contoh buahan ialah tomato, ceri merah, strawberi, tembikai, buah naga dan delima.

JINGGA KEKUNINGAN

Buah berwarna jingga kekuningan dikatakan mampu memperbaiki fungsi jantung. Beta-crytoxanthin yang ada pada buah berwarna jingga kekuningan menggalakkan aktiviti antioksidan di dalam tubuh. Selaian dari itu enzim proteolitik seperti papain dan bromelin di dalam buah betik dan nenas amapu melancarkan sisitrem pengazaman tubuhh.Contoh  buah ialah Lemon, nanas dan betik.

HIJAU KEKUNINGAN

Kumpulan bua berwarna hijau kekuningan mengandungi khsiat yang hampir serupa dengan kumpulan buah berwarna kuning. Pengambilan dapat memelihara kesihatan mata jangka masa yang panjang. Kebiasaan buah dalam kumpulan ini berwarna dan kuning pada bahagian yang tertentu saja. Contoh buah ialah Avokado, kiwi dan jambu batu.

UNGUN

Buah-buahan daripada kategori ini mengandungi salah satu ejen antioksidan yang terbaik iaitu anhocyanin. Buah-buahan adalah jenis adalah buah mudah larut dan mampu bertukar menjadi merah kebiruan. Khasiat mampu melambatkan proses penuaan dan mengurang resiko penyakit jantung. Apa yang menarik buah warna ungun panling banyak diadapai dalam keadaan yang dikeringkan dan sedap dimakan. Contonnya ialah anggur, beri hitam, kismis,prun dan rasberi.


No comments:

Post a Comment