MEREALISASI KEMAHIRAN DALAM BUDAYA
BERFIKIR DAN BERTINDAK WARGA DI IPGKKB.
Mohd.Yazid Bin Deraman
Dalam
kehidupan kita sebagai pensyarah di IPG kemahiran pemikiran kreatif dan kritis
perlu ada dalam diri masing-masing sebagai pendidikan guru. Kita misti
membezakan budaya kerja antara sekolah dan IPG kerana IPG penaraju pendidik guru dan kita berupaya mendidik remaja
untuk menjadi bakal guru. Segala tindak tanduk, perbuatan, tutur kata menjadi
model membuktikan amalan profesional seseorang pensyarah yang berwibawa. Saya
memerhatikan budaya kerja ,komunikasi dan pencakapan antara pensyarah dengan pelajar dan
pensyarah dengan pensyarah masih tidak menjelma sebagai ahli akademik pendidik
guru yang sebenarnya gaya dan tingkahlaku. pensyarah di IPG. Para pensyarah misti bertindak berlandas pemikiran dan perbuatan sebagai orang
yang berilmu baik dalam bilik kuliah atau di luar kuliah, kerana cara hidup
orang yang berilmu dapat mewujudkan manusia berilmu (literate), bersyukur,
bersusila, bermaruah dan berwawasan (insighit) jelas dan bercita-cita besar.
Ahli
akademik perlu mencari perlu berusaha berterusan mencari, meneroka, menghayati
dan menguasai ilmu. Mereka mengamalkan cara hidup berlandaskan ilmu atau ilmu
menjadi landasan setiap cara hidup tampa mengabaikan kewajipan dalam
beragama.Saya berpendapat cara pemikiran kritis saya perlu diamalkan di kalangan
warga IPG kerana ia dapat melahirkan intelektual yang rasional dan bijak yang
berupaya mencipta gagasan, konsep atau rumusan bagi pertumbuhan pemikiran
kritikal dan kreatif. Apa yang diharapkan kita warga IPG ,menjadi warga
berketrampilan yang gigih serta berdisiplin yang mengamalkan budaya kerja cemerlang
sepanjang kerjaya. Harapan kita jangan menjadi budaya rutin untuk hadir ke IPG pagi
dan petang setiap hari, Kita tidak mahu menjadi pekerja setia di punch card untuk membukti masa hadir berkerja dan balik bertugas dengan masa yang tepat . Kita bising bila puch card tidak berdakwat kerana tidak jelas bukti kehadirannya,
tapi kita tidak merenung, 8 jam di IPG adakah tugas berkualiti yang kita
merancang sudah disempurnakan, apa jasa kita meningkat mertabat anak didik kita
sebagai bakal guru yang lebih hebat dari kita sendiri atau sebaliknya.Masa berkulati dan berhaga kita gunakan sepenuhnya.
Warga
IPG perlu menjadi warga pencipta yang inovatif dan futuristik yang berpotensi
mendapatkan jupaan baru, mencipta rekaan baru, menghasilkan keluaran baru,
menigkatkan produktuviti, memperbaiki mutu serta mengatasi masalah dalam
pelbagai alternatif dengan bijaksana.Warga pendidik guru misti disediakan
sebagai intektual yang resional dan bijak yang berupaya mencipta gagasan,
konsep dan rumusan sebagai mana maksup firma Allah dalam Surah Az Zumar ayat 9
“Katakanlah
adalah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui.
Yang ingat ialah orang-orang berfikiran”.
Untuk
merealisasikan budaya berfikir dan membangun tamadun ilmu di IPGKKB beberapa
gagasan, teori, pendapat dan pengalaman dicadangkan untuk diamalkan. Saya
mengariskan keperluan berfikir yang baik untuk diamalkan. Tapi ingat seni
berfikir kritis dan kreatif jangan hendaknya mengenepikan Allah SWT Yang Maha
Mengetahui.
Untuk menjadi diri kita mempunyai
kemahiran pemikiran kritis dadalam budaya hidup di IPG kita boleh :-
1. Membezakan antaran fakta/andaian/pendapat/hujah yang
terbukti/andaian pendapat/hujah yang berkepentingan dalam hal yang belum
terbukti.
2. Membezakan maklumat, andaian dan dalil-dalil yang releven
dengan yang tidak
3. Memerlukan ketepatan fakta sesuatu kenyataan
4. Menetukan kebolehkepercayaan sesuatu sumber
5. Mengenalpasti hujah/andaian yang ambiguous
6. Mengenal bias
7. Mengenalpasti kekeliruan yang logik
8. Mengenal ketidak cocokan logik masa menaakul
9. Menentukan kekuatan sesuatu pendapat atau hujah.
Untuk merealisasikan
kemahiran kritis dalam diri kita sebagai warga pendidik guru perkara berikut
sangat penting untk kita renungi dalam segala tindakan kita di IPG. Kita gagal
kerana terlalu banyak membuat andaian, komentar, akhir membawa kepada dosa
fitnah atau lebih berat lagi membuat dengan surat layang yang tidak berasas.
Perkara ini telah berlaku di IPG kerana kita gagal bertindak sebagai penjuang
dan pemikir yang berhemah dan bijaksana. Kita semuanya masih kebodohan dalam
ilmu pemikiran kritis.Antara perkara yang kita perlu pelajari dan amalkan di IPG :-
1. Sesuatu kenyataan/hujah/maklumat diperiksa sejelasnya supaya
ia benar.
2. Sentiasa cenderong untuk meneroka sebab-musabab sesuatu
itu (reasons) dengan nilai agama
3. Mencuba untuk mengetahui sesuatu dengan sebanyak mungkin
(To be informed)
4. Mengguna dan menyebut sumber yang boleh dipercayai.
5. Melihat dan mengambilkira keadaan keseluruhan sesuatu itu.
6. Menentukan supaya perkara dihujah/dibincang releven
dengan tajuk atau perkara pokok.
7. Mencari cara-cara lain (alternatif) terhadap sesuatu itu.
8. Berfikiran terbuka.
9. Membuat keputusan atau sanggup mengubah keputusan apabila
bukti-bukti sudah memadai.
Individu atau golongan
pensyarah atau pentadbir yang kreatif saya melihat perkara dibawah ini yang
dicadangkan boleh diamalkan bagi membaiki prestasi kerja sesama kita warga IPG.
1. Menghasilkan banyak idea (Fluency: the ability to come up
with a quantiti of ideas)
2. Menjana pelbagai idea (Flexibility: the a ability to
investigste a problem from many perpectives in the search for possible
solutions)
3. Mampu menembah idea yang ada (Unigue) asli (origenal) dan
luar biasa (Originality: the abality to come up with new or noval ideas)
4. Mampu menokoktambah idea yang ada (Elebrations :the
abality to build upon an idea looking at manay implications an ramification of
the problem)
5. Melihat idea berdasarkan keberkesanan idea bukan dari
mata kasar atau bukan dari mana datangnya.
6. Rela menangguh keputusan (Suspends judgement) supaya
keputusan tidak dibuat secara ah hoo.
7. Tidak terlalu terikat dengan peraturan yang lazim.
8. Mempunyai fantasi idea tetapi juga amat jelas akan
realiti.
Fenomena di di IPG ,kita banyak berada banyak di zon selesa dengan kekurangan
jumlah pelajar dan jumlah jam intarksi, budaya ilmu, penulisan penyelidikan
tidak menyerlah. Hanya aktiviti wajib dilaksanakan kerana memenuhi program
tampa matlamat yang jelas. Saya berpendapat kelemahan daya pemikiran kreatif
dan kritis, dikalangan kita pensyarah yang terbiasa dengan amalan ini antaranya :
1. Tidak berani mencuba atau menyokong idea baru
2. Menyukai pada yang biasa dan yang lazim dilakukan
3. Tidak berminat atau manunjukkan kesungguhan minit idea
positif orang lain,
4. Lekas menyerah kalah, tidak menampakan usaha yang terarah
untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah.
5. Malas berikhtiar,
biasa saja.Masa lapang main tenis , badminton atau keluar dengan urusan personal.
6. Selalu cemas bila ada kes.atau faktor yang menghalang
7. Kurang percaya diri sendiri, tidak berubah walaupun
kenaikan gred atau umur berubah atau diri digelar pensyarah cemerlang dan kanan.
8. Terlalu terikat dengan prosidur atau terlalu berhemah
tapi tidak konsisten.
9. Tidak mempenyai pandangan yang jauh.
10. Bukan ahli pemikir, banyak kepada ahli pengkritik jalanan
11.Kurang celik ilmu kerana masih terikat atau tertumpu satu bidang
pengetahuan saja
Meneliti budaya kerja kita
nampaknya kita masih lagi tidak menghargai masa emas yang dianugerah. Ada
jabatan mengajar 9 jam lebaih , ada 2 jam dan ada yang tiada kuliah lansung. Aktiviti
akademik tidak terancang dan tersusun jelas dijabatan. Tiada peneraju atau pengerak untuk
membawa pekerja yang berketerampilan, yang gigih yang mengamalkan budaya kerja
cemerlang. Kita masih gagal memperbaiki mutu kerja, meningkatkan produktiviti,
menjadi pakar pencipta inovatif dalam menghasil ciptaan baru dalam pengajaran
dan pembelajaran. Adakah kita pengamal kemahiran padagogi yang tegar atau hanya
mengarah anak didik mencari sendiri jalan keluar dalam penyelesaian masalah
pengajaran. Dalam latihan praktikum saya dapati pelajar-pelajar kita kurang
kreatif dan kritis dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam
mencipta kaedah pengajaran yang kreatif lagi bistari yang aktivinya berdasarkan pemikiran aras
tinggi.Mereka memerlukan ilmu dan bimbingan, adakah kita pensyarah memberi
cukup ilmu untuk mereka berjuang di medan pengajaran dan pembelajaran. Kita
bercakap pengajaran untuk abab 21, pendidikan bertaraf dunia tapi kita masih berbicara perkara yang
raflah, Isu politik yang terkini menjadi dan menjadi tajuk utama pedrbualan dijabatan . Budaya
menyalah orang lain sudah biasa,komen, kritik dan surat layang dah amalan
penyelesaian masalah diri.Sebenarnya kita ada kelemahan dan kekurangan,
sebagaimana orang lain ada kekurangan dan kelemahan. tapi yang pelik mereka ini yang cemerlang di IPG.Tiada seseorang pun dari
kita yang tidak bersalah. Perlu apa diperli, disindir,caci mencaci, kutuk
mengutuk dan hina dan menghina. tiada sadikit kebaikan yang diperolehi bahkan
menambahkan kebencian dan kemurkaan Allah sebagaimana disabda olah Rasullah: “Sesiapa
yang tidak mengasihani sesama manusia, tidak akan dikasihani ia oleh Allah.Sepatutnya
kita bergembira atas kejayaan orang lain, Sanggup bersusah dengan kesusahan
orang lain kerana tanda-tanda sahabat warga IPGKKB, kalau kita salah,
dinasihati dengan penuh kasih sayang, kalau kita tegur kesalahannya, diterima
dengan baik, semua kebaikan kita ikuti dan rahsia kita simpan.Amalan yang baik
adalah derma, memberi senyuman bertegur sapa adalah sedekah. Nasihat dan kata-kata
baik adalah hadiah. Rasullah mengingat kia dengan sabdanya : Erti,’ Jika
kamu tahu apa yang aku tahu nascaya kamu banyak menangis dan ketawa sadikit
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)